Anda di halaman 1dari 6

Bahagian A

Jawapan
Soalan 1
a) Warga negara Malaysia perlu mematuhi undang-undang
b)Warga negara Malaysia hendaklah mengamalkan budaya dan nilai-nilai
murni dalam kehidupan

Soalan 2
a)Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
b)Mewujudkan masyarakat penyayang
c)Membangunkan masyarakat demokratik

Soalan 3
a)Menjimatkan tenaga dan sumber asli
b)Selamat untuk digunakan
c)Menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik
d)Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui

Soalan 4
a)Dasar Sosial Negara
b)Dasar Wanita Negara
c)Dasar Sukan Negara
d)Dasar Alam Sekitar Negara

Soalan esei 7
Perniagaan pasar malam merupakan satu keunikan dalam arena perniagaan di
Malaysia.Jelaskan implikasi perniagaan ini kepada masyarakat dan negara.
Pasar malam merupakan konsep pasar atau bazaar yang perniagaannya
dimulakan pada waktu petang sehingga kepada waktu malam.Ia merupakan
sejenis pasar jalanan yang terdapat di Malaysia.Pasar malam selalu diletak
dalam sesebuah kawasan perumahan satu atau dua hari setiap
minggu.Terdapat pelbagai implikasi yang boleh diberi oleh perniagaan pasar
malam kepada masyarakat dan negara.
Antara kebaikan pasar malam adalah dapat memudahkan kita serta
orang ramai mendapatkan juadah mahupun barangan harian. Hal ini demikian
kerana, pasar malam merupakan suatu tempat yang menyediakan pelbagai
jenis juadah dan hidangan yang sukar didapati di tempat-tempat lain.
Misalnya, makanan yang berasal dari negeri lain tetapi boleh didapati di
pasar malam, ini kerana kebarangkalian peniaganya merupakan peduduk asal
negerinya. Kepelbagaian aneka ini mampu melihatkan kita kepada
kepelbagaian makanan di Malaysia. Oleh hal yang demikian, masyarakat
akan lebih mengenali akan sesuatu yang baru sekaligus meluaskan minda
mereka kerana ilmu itu ibarat lautan renangilah ia selagi kamu mampu.
Selain itu, menjadi alternatif kedua terpenting dalam mendapatkan
sumber makanan. Hal ini demikian kerana, rata-rata mereka di luar sana
terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing hinggakan tiada masa untuk
mnyediakan makanan dirumah. Maka tidak hairanlah jika ramai antara
mereka yang berkunjung kepasar malam ini untuk mendapatkan keperluan
makanan untuk keluarga mereka. Sebagai contoh, ibu bapa yang sibuk
bekerja hingga tiada masa untuk myediakan makan malam untuk anak-anak
maka pasar malam adalah pilihan yang terbaik. Mereka juga dapat memilih
jenis makanan yang mereka inginkan. Oleh hal yang demikian, pelbagai jenis
makanan dapat dirasai bersama-sama.

Seterusnya itu, perniagaan ini juga dapat meningkatkan taraf hidup dan
pendapatan penduduk. Barangan yang dibeli dalam kuantiti besar secara
borong amat murah berbanding dengan pembelian barang secara asing.
Melalui perniagaan pasar malam para penduduk dapat membuat keuntungan
dengan menjual barangan yang mereka beli dengan harga borong. Dengan
menyumbang kepada perniagaan pasar malam kita juga membantu negara
kita dari segi ekonomi. Para peniaga dapat memberi cukai pendapatan dan
cukai tersebut boleh digunakan dalam pelbagai skema yang dianjurkan oleh
kerajaan negara kita. Taraf hidup kita juga turut meningkat.
Antara keburukannya ialah menimbulkan suasana yang bising serta
mengganggu ketenteraman awam. Hal ini demikian kerana, bilangan
pengunjung yang hadir adalah sangat ramai termasuk yang dating
berseorangan mahupun berkeluarga. Sebagai contoh, tidak kira walau mana-
mana lokasi pasar malam jua yang anda kunjungi bunyi bising tidak akan
pernah hilang kerana ia sudah ibarat isi dan kuku. Mereka juga akan cuba
untuk berlawan harga terutamanya peniaga itu sendiri, oleh sebab itu mereka
terpaksa mengeluarkan suara mereka agar didengari oleh pelanggan mereka.
Oleh hal yang demikian, pelanggan juga akan tertarik dan cuba untuk
menghampiri gerai tersebut.
Selain itu, setelah membeli makanan di pasar malam sudah pastinya
boleh mengakibatkan pembaziran. Kebiasaannya harga barangan di pasar
malam adalah lebih murah berbanding gerai-gerai di luar. Justeru, mereka
akan membeli dalam kuantiti yang banyak serta mereka menjadi rambang
mata tentang makanan apa yang harus mereka beli. Akibat dari isu di atas
kebiasaannya mereka tidak mampu untuk menghabiskan keseluruhan
makanan yang di beli itu tadi. Pembaziran mula berlaku dimana makanan itu
dibuang tanpa rasa bersalah. Sewajarnya, kita muhasabah diri kita, kita diberi
kesenangan untuk memiliki nikmat itu tetapi dengan mudah sahaja kita
menolak kesenangan itu, manakala ada mereka diluar sana yang terpaksa
berhempas pulas pagi, petang, siang dan malam bagi mendapatkan sesuap
nasi untuk keluarga mereka betapa susah hidup mereka. Tetapi kita hari ini
lupa akan semua itu. Terlalu dibelengu kekayaan dan kesenangan hingga kita
tidak melihat kesukaran mereka diluar sana.
Secara kesimpulannya, terdapatnya kebaikan dan keburukan perniagaan
pasar malam terhadap masyarakat dan negara kita. Kita haruslah bijak
menyumbang kepada negara kita dari segi ekonomi dan juga memastikan
bahawa kita tidak memberi implikasi negatif.
Soalan 5

Anda mungkin juga menyukai