Anda di halaman 1dari 3

KARANGAN JENIS

GAMBARAN/KEPERIHALAN/CEREKA/PENGALAMAN

1. Karangan jenis ini merupakan suatu bentuk penulisan yang memerihalkan atau
menggambarkan apa-apa yang dilihat, didengar, atau dirasakan.

2. Biasanya karangan jenis ini menghendaki anda memerihalkan seseorang, sesuatu


pengalaman, sesuatu keadaan, sesuatu tempat atau pemandangan, sesuatu peristiwa
atau acara, sesuatu benda, dan sebagainya.

3. Perkara-perkara yang anda perlu perihalkan itu mungkin terdiri daripada sesuatu
yang berbentuk kenyataan atau khayalan.

4. Perkara-perkara yang hendak anda gambarkan itu mestilah jelas, menarik,


mempunyai perbandingan yang sesuai, dan dapat memberikan kesan yang
mendalam.

5. Misalnya, apabila anda memerihalkan sesuatu tempat, selain anda memerihalkan


apa-apa yang dapat anda lihat, anda boleh juga memerihalkan apa-apa yang anda
dengar dan anda rasakan, serta suasana ketika itu.

6. Daya pemikiran yang kuat, imaginasi yang mantap, dan pemilihan kata yang
tepat diperlukan apabila menulis karangan jenis ini.

7. Pengetahuan yang luas tentang apa-apa yang anda gambarkan akan membantu
anda menghasilkan karangan yang baik.

KELEMAHAN CALON

1 Gambaran yang dituliskan dalam karangan tidak menyeluruh atau kurang


mendalam.

2. Calon juga menulis gambaran yang tidak logik.

3. Gaya bahasa yang digunakan bernada serius, kurang menarik, atau mendatar
sahaja. Seharusnya gaya bahasa kreatif (sastera) digunakan.

4. Susunan isi penting tidak teratur dan menyebabkan penyampaiannya tidak


lancar.

5. Persembahan dalam karangan calon lebih mirip kepada persembahan untuk


karangan jenis cereka atau imaginasi.

6. Calon tidak menghabiskan keperihalan atau jalan cerita mengikut kehendak


soalan.
CONTOH SOALAN KARANGAN JENIS GAMBARAN DAN KEPERIHALAN

1. Sempena musim perayaan, kebanyakan pasar raya mengadakan jualan murah


secara besar-besaran. Anda telah pergi untuk membeli belah di sebuah pasar raya
yang terkemuka di tempat anda. Gambarkan keadaan dan suasana ketika anda
berada di pasar raya tersebut.

2. Setelah bercuti selama seminggu di rumah rakan, tibalah masanya untuk anda
pulang ke Kuala Lumpur. Anda menaiki bas dari stesen bas Alor Setar, iaitu
bandar tempat rakan anda tinggal. Perihalkan pengalaman yang anda tempuhi
sepanjang perjalanan itu.

3.Andaikan anda dan lima orang rakan telah mengikuti suatu ekspedisi ke suatu
kawasan hutan. Oleh sebab tidak berhati-hati dan tidak mengikut arahan, anda
terpisah daripada rakan-rakan yang lain lalu tersesat. Ceritakan pengalaman anda
sehinggalah anda diselamatkan.

4. Buat kali pertama dalam hidup anda, anda berpeluang mengambil bahagian
dalam acara sambutan Hari Kebangsaan di peringkat negeri. Anda dan rakan-rakan
sekolah anda terpilih untuk acara persembahan senaman beramai-ramai. Nyatakan
perasaan anda dan gambarkan suasana pada hari perayaan tersebut. (SPM 1994)

5. Cuti penggal kedua telah bermula. Anda akan pulang ke kampung anda di Ipoh
dengan menaiki kereta api. Gambarkan suasana di stesen kereta api pada masa itu.

6. Anda tentu pernah mengalami suatu peristiwa sedih yang tidak dapat anda
lupakan. Ceritakan peristiwa tersebut.

7. Sebuah bas terbabas ketika dalam perjalanan menuju ke sebuah bandar. Anda
adalah salah seorang penumpang bas tersebut. Ceritakan pengalaman anda dalam
kemalangan itu.

8. Pada cuti sekolah yang lalu, anda mengikut rakan karib anda pulang ke
kampungnya. Anda diundang menghadiri majlis kenduri kahwin kakaknya.
Perihalkan apa-apa yang anda saksikan semasa berada di majlis itu.

9. Anda dan keluarga anda dalam perjalanan ke kampung untuk menyambut hari
raya. Jalan yang anda lalui itu penuh sesak dengan pelbagai jenis kenderaan.
Gambarkan suasana sepanjang perjalanan itu.

10.Anda telah memenangi peraduan silang kata anjuran sebuah majalah tempatan.
Anda ditawarkan hadiah melancong secara percuma ke suatu destinasi peranginan
pilihan anda selama seminggu. Nyatakan perasaan anda apabila mendapat tawaran
tersebut serta nyatakan mengapa anda memilih tempat percutian itu. (1998)
 
11. Anda sedang menyaksikan pertandingan akhir bola sepak di stadium. Setelah
setengah jam perlawanan berlangsung, kekecohan berlaku apabila pengadil
dikatakan membuat keputusan yang tidak adil. Beberapa orang penonton masuk ke
padang dan menyerang pengadil. Gambarkan suasana perlawanan itu.

12. Pada masa cuti penggal persekolahan yang lalu, anda bersama-sama dengan
rakan telah menyertai program kembara berbasikal. Pada hari kelima perjalanan
tersebut, beberapa orang rakan anda telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Nyatakan perasaan dan tindakan anda ketika itu. (SPM 1995)

13.Baru-baru ini sekolah anda telah mengadakan program Hari Keluarga. Program
ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah.
Pelbagai acara telah dijalankan bagi memeriahkan lagi suasana Hari Keluarga
tersebut. Anda dan keluarga anda tidak melepaskan peluang menyertai program
tersebut. Ceritakan pengalaman anda itu dan nyatakan kebaikan yang anda dapati
daripada program tersebut. (SPM 1996)

Anda mungkin juga menyukai