Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA PERASMIAN DAN PENUTUPAN KEJOHANAN BALAPAN &

PADANG KALI KE 42 TAHUN 2018 SK SUNGAI LESONG.

Assalamualaikum wrt wbkth,


Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Negaraku
Salam Perak Amanjaya.

Yang Berbahagia
Yang Berhormat Dato’ Haji Samsudin Bin Hj Abu Hassan,
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ayer Kuning
Merangkap Exco Kerajaan Negeri Perak

Yang Berusaha

Encik Ahmad Kamari Bin Salleh,

Guru Besar SK Sungai Lesong,

Yang berusaha

Yang Dipertua PIBG SK Sungai Lesong,

Encik Junid Bin Omar,

Yang Berusaha,

Naib Yang DiPertua PIBG,

Encik Che Jamil Bin Harun,

Penolong-Penolong Kanan,

Ketua-Ketua kampong,

guru-guru yang dihormati,

AJK-AJK PIBG,
1
seterusnya para ibu bapa dan penjaga sekalian.

Hari ini menanam jagung,


Di bawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria,

SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH


ATAS KOMITMEN SEMUA
UNTUK MENJAYAKAN
MESYUARAT AGUNG PIBG SKSL KALI KE-42 TAHUN 2018

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

Majlis mempersilakan USTAZ WAN ABDULLAH BIN WAN OMAR untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan.
Syukran jazillan USTAZ.

Hadirin yang dihormati,


Seterusnya, majlis mempersilakan
Yang DiPertua PIBG SK Sungai Lesong
En. Junid bin Omar
untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada


En. Junid bin Omar
di atas ucapan beliau sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,


Seterusnya, majlis mempersilakan

Yang Berusaha Guru Besar SK Sungai Lesong


En. Ahmad Kamari bin Salleh
2
untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada


En. Ahmad Kamari bin Salleh
di atas ucapan beliau sebentar tadi.

Sidang hadirin sekalian,


Tidak lengkaplah majlis jika kita tidak mendengan ucapan daripada tetamu kehormat kita.

dengan itu, majlis dengan ini menjemput


Yang Berhormat Dato’ Haji Samsudin Bin Hj Abu Hassan,
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ayer Kuning
Merangkap Exco Kerajaan Negeri Perak

untuk menyampaikan ucapan beliau


seterusnya merasmikan penutup
MESYUARAT AGUNG PIBG SKSL KALI KE-42 TAHUN 2018.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih Yang Amat Berhormat


kerana sudi menyempurnakan ucapan penutup itu tadi.

Sidang hadirin sekalian,


Majlis sekali lagi menjemput
En. Junid bin Omar dan En. Ahmad Kamari bin Salleh

mengiringi

Yang Berhormat Dato’ Haji Samsudin Bin Hj Abu Hassan,


Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ayer Kuning
Merangkap Exco Kerajaan Negeri Perak
naik ke pentas untuk menyempurnakan
upacara penyerahan Bantuan Awal Persekolahan kepada para penerima.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


3
Dipersilakan ibu bapa atau penjaga kepada nama-nama yang disebut untuk naik ke pentas
bagi menerima kupon Bantuan Awal Persekolahan.
Dipersilakan

CABUTAN BERTUAH
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kesudian

Yang Berhormat Dato’ Haji Samsudin Bin Hj Abu Hassan,


menyempurnakan majlis pada hari ini.

Dengan ini maka berakhirlah

MESYUARAT AGUNG PIBG SKSL KALI KE-42 TAHUN 2018.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dan
memberikan komitmen untuk menjayakan majlis pada petang ini.

dipersilakan tetamu kehormat untuk ke Kantin bagi menikmati jamuan ringan.

Maaf dipinta andai ada salah dan silap.

sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai