Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK

1.0 PENGENALAN
Pada era globalisasi ini, pendidikan amat penting bagi sesebuah negara. Hal ini
kerana pendidikan dapat melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan yang boleh
menjadikan kehidupan rakyat semakin maju. Rakyat yang berpendidikan akan mendapat
pekerjaan yang baik dan gaji yang lumayan dan dengan pendapatan yang lumayan rakyat
dapat melengkapkan keperluan kehidupan seharian. Selain itu, pendidikan juga dapat
melahirkan pemimpin yang cemerlang selain dapat menaikkan imej negara. Namun,
pendidikan tidak akan sampai kepada rakyat jika tiada guru yang menjadi agen penyebaran
ilmu. Jelaslah menunjukkan bahawa guru memainkan peranan yang penting dalam
memajukan negara bangsa. Guru yang baik adalah guru yang cakna akan pembangunan
negara dan berusaha untuk membantu negara dari segi pelbagai aspek.

2.0 CIRI-CIRI GURU CEMERLANG

Anak-anak merupakan aset penting negara kerana merekalah yang akan memimpin
negara pada masa yang akan datang. Selain ibu bapa, guru merupakan insan yang penting
dalam mencorak kehidupan anak-anak. Untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dari
segi pelbagai aspek terutamanya pendidikan yang merupakan tunjang kemajuan, guru juga
mestilah cemerlang. kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk
membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang.
Menurut Hailmi (2013), guru cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan,
kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi
dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang secara berterusan. Ciri-
ciri guru cemrlang terbahagi kepada 5 iaitu kecemerlangan peribadi, kecemerlangan
pengetahuan dan kemahiran, kecemerlangan komunikasi, kecemerlangan potensi dan
personaliti yang unggul. Kecemerlangan peribadi merangkumi aspek seperti nilai kendiri
yang positif, berakhlak mulia, adil, bertimbang rasa, amanah, bertanggungjawab dan
bersikap terbuka. Perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan
kemahiran pula adalah seperti mengamalkan budaya ilmu, berkebolehan menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan yang rasional serta objektif. Kecemerlangan komunikasi
pula adalah seperti kecekapan berinteraksi, merintis sesuatu usaha sehingga berjaya dan
berkeupayaan memelihara hubungan mesra. Keempat ialah kecemerlangan potensi seperti
sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.
Kecemerlangan yang terakhir ialah personaliti unggul seperti adil, tegas, dan positif.

1
3.0 IMPAK PERSONALITI GURU CEMERLANG TERHADAP PROFESIONALISME
KEGURUAN

Kecemerlangan personaliti unggul merupakan salah satu daripada ciri-ciri guru


cemerlang. Aspek ini mungkin kelihatan seperti satu aspek yang kecil tetapi ia merupakan
satu aspek yang penting yang perlu ada pada diri seorang guru cemerlang. Personaliti ialah
perwatakan dan tingkahlaku yang merupakan pembolehubah yang boleh memudahkan atau
menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang mempunyai ciri-ciri
personaliti unggul adalah guru yang bersikap adil, sabar, tegas, konsep kendiri positif,
kesungguhan, mesra, prihatin, kerjasama, menepati masa, bertanggungjawab, berakhlak
mulia dan kecindan iaitu mempunyai unsur jenaka. Seorang guru yang cemerlang juga tidak
akan cepat menyalahkan keadaan dan tempat sebelum ia menyalahkan dirinya terlebih
dahulu disamping berusaha meningkatkan keterampilan dan kewibawaan diri ke tahap yang
paling tinggi. Guru cemerlang juga yang bersifat peramah, mempunyai emosi terkawal,
mempunyai daya ketekunan yang tinggi, berdedikasi, mempunyai sifat sukakan anak-anak
dan gigih belajar. Sifat-sifat positif guru cemerlang akan melahirkan guru yang versatil iaitu
guru yang sanggup dan dapat melakukan apa saja yang diminta dalam skop yang telah
ditetapkan tanpa sebarang rungutan. Personaliti guru cemerlang semestinya memberi
impak terhadap profesionalisma keguruan.

Menurut Jessie (2014), guru cemerlang perlu menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk
menjadikan sistem penyampaian pembelajaran dan pengajaran menjadi efektif dan
menyeronokkan. Guru yang memiliki personaliti unggul dapat mempengaruhi minat pelajar
semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan selain membantu meningkatkan prestasi
pendidikan dalam negara kita. Seterusnya, guru yang berpesonaliti unggul juga membawa
perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan
peranan guru. Guru yang cemerlang juga dapat melahirkan pelajar menjadi insan yang
berintelektual seterusnya menjadikan bidang perguruan dipandang tinggi dan mulia oleh
masyarakat. Barrick dan Mount (1991); Hough dan Ones (2001); Salgado (1997)
menegaskan bahawa personaliti berupaya untuk menjadi peramal yang sah kepada prestasi
kerja induvidu terutamanya bidang perguruan. Personaliti guru sentiasa mendapat perhatian
dari anak didik dan secara tidak langsung masyarakat membuat penilaian terhadap guru.
Personaliti yang ada pada seorang guru menjamin kecemerlangan pencapaian akademik
secara menyeluruh kerana personaliti yang baik dapat meningkatkan motivasi dan pelajar.

2
4.0 CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU CEMERLANG DALAM
MENGHADAPI ISU-ISU PENDIDIKAN TERKINI
Tugas guru semakin hari semakin mencabar namun ramai yang beranggapan tugas
guru tidak memerlukan seseorang itu bekerja untuk tempoh yang lama dan tanggungjawab
mereka hanyalah untuk mendidik anak bangsa di sekolah. Pelbagai beban yang ditanggung
oleh guru pada hari ini termasuklah terpaksa menjalankan tugas ‘ibu bapa’ selain
tanggungjawab hakiki sebagai pendidik, guru terpaksa menggunakan wang sendiri untuk
aktiviti pelajar di luar sekolah seperti menyertai pertandingan bagi meewakili sekolah. Tetapi
masih ramai ibu bapa yang tidak menghargai usaha para guru dan bersikap suka
menunding jari jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini. Kini, semakin banyak
persatuan guru untuk guru meluahkan mengenai bebanan dan cabaran guru masa kini yang
ternyata berbeza dengan persepsi sebahagian besar masyarakat bahawa guru tidak
berhadapan dengan beban kerja yang banyak.

Antara cabaran guru pada masa kini ialah menyampaikan pengajaran dalam bilik
darjah. Guru terpaksa membuat pendekatan dengan menggunakan teknik dan kaedah yang
terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan. Pada abad ini, pengajaran
berpusatkan guru atau cara ‘chalk and talk’ tidak sesuai lagi digunakan. Guru mestilah
menguasai kaedah pedagogi atau anagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada
murid yang bersifat homogenius dan menggunakan bahan bantuan mengajar yang
sistematik. Selain itu, guru juga disarankan untuk menggunakan teknologi terkini di dalam
kelas supaya dapat menarik minat pelajar, namun sesetengah guru akan berhadapan
masalah dalam mendapatkan kemudahan teknologi kerana sumber kewangan yang terhad.

Cabaran seterusnya ialah, guru diberikan jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan
oleh seorang guru. Kini tugas guru bukan sahaja mengajar di dalam kelas bahkan terpaksa
memegang beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujukan atas kapasiti
yang tidak berkaitan dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh seorang guru yang telah
dilantik menjadi Ketua Panitia Subjek terpaksa menjadi ahli jawatankuasa menguruskan Hal
Ehwal. Dalam kesibukan menyediakan rancangan pembelajaran dan pengajaran di dalam
kelas serta menanda kertas peperiksaan murid, seorang guru juga terpaksa menguruskan
hal-hal seperti sestem pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu
dilengkapkan dengan baik. Hal ini menyebabkan guru pulang lebih lewat dari waktu yang
sepatutnya dan masa bersama keluarga di rumah juga berkurang.

3
5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, menjadi guru cemerlang bukanlah sesuatu yang mudah, pelbagai


tugas yang harus dipikul. Selain memikirkan cara untuk menaikkan nama sekolah, guru
cemerlang juga perlu mencipta cara untuk meningkatkan prestasi pelajar. Setiap guru
haruslah memiliki keinginan dan berusaha untuk menjadi guru cemerlang. nilai-nilai murni
yang perlu ada pada seoranag guru cemerlang mestilah dipraktikkan. Semakin ramai guru
cemerlang, semakin ramai golongan intelektual yang akan lahir dalam negara kita maka
semakin cerah peluang untuk memajukan negara. Guru cemerlang yang mempunyai
personaliti yang unggul dapat mempengaruhi prestasi pelajar namun guru cemerlang juga
tidak terlepas dengan cabaran-cabaran dalam menangani isu-isu pendidikan masa kini.
Natijahnya, guru cemerlang harus berfikir secara kritis demi meningkatkan kualiti pendidikan
negara.

Anda mungkin juga menyukai