Anda di halaman 1dari 16

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

(SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK)

940/2 STPM 2021

MODUL PERCUBAAN STPM SEMESTER 2

SEJARAH
SEJARAH ISLAM (500-1918)

CADANGAN SKEMA JAWAPAN


(SET 1)

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH


(SABAH EDUCATION DEPARTMENT)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

__________________________________________________________________________________
Skema Jawapan ini terdiri daripada 16 halaman bercetak.
@Jabatan Pendidikan Negeri SABAH 2021

STPM 2021 - 940/2 [Lihat halaman sebelah


*Skema jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
CADANGAN SOALAN DAN SKEMA SET 1

1. Analisiskan corak kehidupan masyarakat Arab Jahiliah sebelum kerasulan Nabi Muhammad
SAW. (20M)

2. Piagam Madinah telah memberi implikasi kepada penyelesaian sosio-politik masyarakat di


Madinah pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Jelaskan (20M)

3. Huraikan pelaksanaan Kharaj pada zaman Khulafa ar-Rasyidin (20M)

4. Huraikan ciri-ciri seni bina Andalusia pada abad ke-13M (20M)

5. Sejauh manakah kepentingan Terusan Suez dalam faktor ekonomi mempengaruhi peluasan
kuasa Barat ke atas wilayah kerajaan Uthmaniyah sehingga awal abad ke-20 Masihi
(20M)

6. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa Mesir pada Awal
abad ke-20 M (20M)
KERTAS SOALAN TAMAT

CADANGAN SKEMA JAWAPAN SET 1

1. Analisiskan corak kehidupan masyarakat Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam.

Pendahuluan

 Pengertian Jahiliah berasal dari perkataan Jahala terbitan daripada perkataan Jahlatun yang
bermaksud sesat dan bodoh. Zaman jahiliah berlangsung selama kira-kira 300 tahun di
Semenanjung Tanah Arab.
 Zaman ini bermula setelah runtuhnya Empangan Maarib dalam kerajaan Saba’ pada sekitar
tahun 300M dan berakhir setelah turunnya al Quran serta Allah SWT mengutuskan Nabi
Muhammad s.a.w. sebagai Rasul pada tahun 610M.
 Menurut sebahagian Sarjana Islam, masyarakat ini merupakan masyarakat yang tidak
mempunyai peraturan hidup dan tidak mempunyai agama yang sah di sisi Tuhan.
 Corak kehidupan masyarakat jahiliah ini dapat dianalisiskan secara menyeluruh dari aspek
sosial, politk dan ekonomi.

Isi-isi

1. Aspek Sosial

• Masyarakat jahiliah adalah berasaskan sistem kabilah. Penyatuan masyarakat berkabilah adalah
berlandaskan pertalian darah dan keturunan yang dinamakan sebagai semangat assabiyah.
• Masyarakat jahiliah sangat rendah moralnya. Kaum wanita dipandang rendah sehingga amalan
menanam bayi perempuan hidup-hidup menjadi kebiasaan. Kaum wanita dianggap sebagai
pembawa sial dan hanya dijadikan sebagai pemuas nafsu. Golongan hamba pula dianggap
golongan bawahan dan dijadikan sebagai barang dagangan.
• Sistem perhambaan berlaku dengan berleluasa dan tenaga mereka dieksploitasi tanpa mengenal
erti peri kemanusiaan. Malah pemilikan hamba akan mengangkat status sosial dan dipandang
tinggi oleh masyarakat.

2. Aspek Politik dan Pentadbiran

• Masyarakat jahiliah tidak mempunyai struktur politik yang sistematik. Masyarakat jahiliah
hidup berasaskan kabilah. Institusi pentadbiran yang mengurus tatacara dan perjalanan hidup
masyarakat Arab dinamakan Majlis Kabilah. Setiap kabilah diketuai oleh seorang syeikh iaitu
individu yang sangat dihormati.
• Terdapat beberapa majlis yang dibentuk mengikut bidang-bidang tertentu antaranya Majlis
Siqayah, Majlis Rifadah, Majlis Liwa, Majlis Nadwah dan Majlis Hijabah.
• Politik mereka dipengaruhi oleh Majlis Kabilah, Syeikh kabilah dan Darul Nadwah.
• Penjajahan oleh kuasa asing seperti Rom dan Parsi telah merencatkan perkembangan politik
sebahagian besar semenanjung Arab. Konflik sering berlaku di bahagian Utara dan Selatan
Tanah Arab.
• Contohnya, tekanan ketenteraan terhadap Mekah oleh tentera Habsyah yang mendapat
sokongan Rom menyebabkan politik Mekah tidak stabil.
• Walaupun mempunyai ketua tetapi setiap keputusan bergantung kepada ketetapan bersama.
Kabilah-kabilah ini kental dengan semangat asabiyah iaitu sikap kesukuan dan bermegah
dengan kabilahnya. Semangat asabiyah ini kerap menimbulkan persengketaan dan peperangan
antara kabilah.
3. Bidang Ekonomi

• Kegiatan ekonomi masyarakat jahiliah terdiri daripada kegiatan pertanian, penternakan dan
perdagangan menjadi sumber utama. Kegiatan pertanian dan penternakan biasanya dijalankan
oleh masyarakat Arab Badwi yang kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar.
• Walau bagaimanapun, kegiatan pertanian dan penternakan ini sukar berkembang pesat kerana
cara hidup berpindah-randah yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi. Perdagangan
dijalankan secara sistem barter. Amalan riba dan penipuan berlaku secara meluas.
• Kegiatan perdagangan didominasi oleh masyarakat Hadhari seperti Kaum Quraisy di Kota
Makkah dan memberikan tekanan kepada golongan Badwi.
• Selain itu, terdapat juga sebahagian masyarakat Badwi melakukan rompakan terhadap kafilah
perdagangan yang merentasi padang pasir.
• Aktiviti ekonomi lain yang dijalankan masyarakat Arab adalah berbentuk pertukangan seperti
menenun, mengukir patung berhala dan membuat senjata.
• Corak kegiatan ekonomi yang berbeza antara golongan Hadhari dan badwi ini membawa
kepada jurang besar golongan kaya dan miskin. Hal ini sekaligus menimbulkan permusuhan
sehingga membawa kepada keadaan huru-hara yang membantutkan perkembangan ekonomi.

4. Aspek Agama dan Kepercayaan

• Masyarakat jahiliah mengamalkan pelbagai jenis agama dan kepercayaan. Sebahagian besar
daripada masyarakat jahiliah mengamalkan agama Wathani iaitu menyembah berhala. Antara
berhala yang terkenal ialah al-Uzza, al-Lata dan al-Manat yang dianggap mempunyai kuasa.
• Masyarakat jahiliah turut menganut agama seperti Yahudi, Nasrani, Majusi, Hanif serta
mengamalkan kepercayaan karut atau khurafat seperti memuja kubur, pokok bukit dan
sebagainya.
• Penganut asal agama Yahudi terdiri daripada kaum Bani Israel yang menetap di bahagian utara
Semenanjung Tanah Arab. Ajaran asal agama Yahudi telah dipesongkan dengan mengubah isi
kandungan kitab Taurat. Antara suku-suku kaum yang terpengaruh dengan ajaran Yahudi ialah
Bani Nadir, Bani Khazraj dan Bani Aus.
• Penganut agama Nasrani terdiri daripada Bani Israel dan ajaran asal agama ini telah
dipesongkan dengan mengubah isi kandungan kitab Injil. Antara suku kaum menganut agama
Nasrani termasuk suku Ghassan, Judham, Salih, Lakhm, Bakar, Taghlib, Tamin dan Thalabah.
• Agama Majusi (Zoroaster) berasal dari negeri Parsi dan penganutnya mengamalkan pemujaan
api disertai dengan amalan korban manusia. Penganut agama ini tinggal di kawasan yang
menerima pengaruh Parsi iaitu Yaman, Oman dan Bahrain.
• Agama Hanif pula masih mengekalkan ajaran tauhid dan mengesakan Allah SWT. Namun,
hanya sebilangan kecil masyarakat Arab menganut agama ini seperti Umayyah bin Abi Salat,
Qis bin Sa‘idah al-Ayadi dan Zaid bin Amr.
• Sebahagian mereka menyembah cakerawala (agama as-Sabiah) dengan melakukan amalan
pemujaan unsur-unsur alam seperti bulan, bintang dan matahari. Agama ini mula dianuti oleh
kaum Quhtan di Yaman.

5. Aspek Ilmu Pengetahuan

• Masyarakat jahiliah dianggap masyarakat yang tidak memiliki ilmu pengetahuan tinggi. Mereka
hanya mewarisi ilmu pengetahuan asas kehidupan seperti ilmu mengesan air, ilmu
menggunakan senjata, ilmu nasab dan seumpamanya.
• Sungguhpun berlaku penyebaran ilmu pengetahuan di kawasan pinggir semenanjung Arab,
namun penyebarannya terhad.
• Oleh kerana tidak mewarisi ilmu daripada generasi sebelumnya, mereka tidak mampu membina
semula Empangan Maarib yang runtuh.
• Kebanyakan masyarakatnya buta huruf. Hanya terdapat 17 orang cerdik pandai dalam kalangan
kaum Quraisy yang dianggap masyarakat maju.
• Perkembangan ilmu hanyalah berbentuk lisan keran mereka mereka tidak mampu menghasilkan
penulisan. Kesannya, tidak terdapat inskripsi atau bahan bertulis pada zaman jahiliah.
• Pemikiran dalam aspek ketamadunan dan beragama agak terbatas
• Manakala dalam bidang kesusasteraan, mereka memiliki kehebatan dalam syair, sajak dan
berkhutbah, pidato yang diperdengarkan di Pasar Ukkaz, Majinnah serta tempat-tempat lain di
Kota Mekah. Kebanyakan kandungan karya mereka ini lebih kepada pemujaan wanita dan
mengarah kepada kegiatan maksiat.

6. Akhlak

• Sesetengah masyarakat Arab jahiliah juga jahil dari aspek akhlak dalam kehidupan seharian.
• Sarjana Islam turut mendefinisikan zaman ini sebagai zaman yang tidak mempunyai peraturan
hidup.
• Malah Goldzihen, berpendapat bahawa zaman jahiliah ialah kekerasan budi pekerti. Maka
tidak hairanlah mereka melakukan perbuatan tidak bermoral seperti berzina, merompak,
berjudi, minum arak dan berperang sesama sendiri
• Walau bagaimanapun, masyarakat Arab jahiliah tetap memiliki sifat-sifat terpuji seperti
menepati janji, menghormati tetamu dan tuan rumah, kesetiakawanan, semangat kejiranan,
pemurah dan seumpamanya.
• Jelaslah, keruntuhan akhlak mendominasi corak kehidupan mereka sehingga mambantutkan
kemajuan dari aspek lahiriah dan rohaniah.

Kesimpulan

 Secara umumnya, zaman jahiliah merupakan zaman kegelapan dalam masyarakat di


Semenanjung Tanah Arab.
 Masyarakat jahiliah berada dalam kekufuran, kemaksiatan, keangkuhan, kebodohan dan
kejahilan. Hal ini ditandai kemunduran yang dialami oleh masyarakat Arab sama ada dari segi
sosial, politik, agama, ekonomi dan ilmu pengetahuan.

2. Piagam Madinah telah memberi implikasi kepada penyelesaian sosio-politik masyarakat


di Madinah pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Jelaskan.

Pendahuluan.

1 Latar belakang Piagam Madinah

 Perlembagaan Madinah yang digubal pada tahun ke-2H, merupakan perlembagaan


bertulis yang tertua di dunia. Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis
pertama di dunia yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w berpandukan al-Quran dan
Sunnah yang diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah. Piagam ini
merupakan satu undang-undang tertinggi di Madinah yang telah menjadi tatacara
pemerintahan di negara kota itu.
 Syahifah Madinah mengandungi 47 fasal yang merangkumi 2 bahagian. Bahagian
pertama mengandungi 23 fasal menyentuh hubungan dan tanggungjawab orang Islam
sesama Islam (Muhajirin dan Ansar). Bahagian kedua pula mengandungi 24 fasal
membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam
Madinah. Di dalam Perlembagaan Madinah ini telah digariskan beberapa prinsip umum
tentang dasar pentadbiran masyarakat (ummah) dan negara Islam Madinah yang
dianggotai oleh pelbagai kaum, puak dan kepercayaan, mengikut keperluan semasa.

2 Antara Kandungan Piagam Madinah iaitu

 Agama Islam menjadi asas kepada Piagam Madinah


 Nabi Muhammad s.a.w. diiktiraf sebagai ketua negara dan ketua hakim.
 Keselamatan orang Islam dan bukan Islam adalah dijamin di Madinah.
 Kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah.
 Setiap masyarakat Madinah sama ada Islam atau pun tidak harus bekerjasama untuk
memajukan ekonomi Madinah.
 Semua penduduk Madinah bertanggungjawab mempertahankan Madinah dari musuh.

Isi-isi

Implikasi/kesan PM kepada penyelesaian penduduk Madinah

1. Penyelesaian masalah penyatuan penduduk yang berbilang keturunan dan kepercayaan.

 Piagam Madinah telah mendamaikan permusuhan suku-suku Arab yang telah lama berlaku.
Suku Auz dan Khazraj hidup aman dalam persaudaraan Islam. Melalui Piagam Madinah fasal
1 Islam disatukan sebagai satu umat/ummah.
 Sesama Islam digalakkan saling bantu-membantu, hidup secara aman dan ditegah membantu
musuh untuk menyerang sesama Islam.
 Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan mereka
hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh-
musuh Islam.

2. Penyelesaian masalah keagamaan

 Perlembagaan ini membolehkan syariah Islamiah dilaksanakan di Madinah secara total.


Pelaksanaan syariah Islamiah merupakan matlamat utama penegakan negara Islam. Syariah
Islam tidak akan dapat ditegakkan tanpa penubuhan sebuah negara Islam.
 Kebebasan beragama-umat Islam dan bukan Islam bebas untuk mengamalkan kepercayaan
masing-masing-memberi peluang kepada umat Islam dan bukan Islam untuk bergaul dan
sekaligus menarik minat mereka kepada Islam. Piagam Madinah fasal 25 menjamin kebebasan
beragama kepada Yahudi.
 Melalui fasal 25 ini juga orang Islam dan Yahudi disatukan menjadi 1 umat/ummah. Dengan
ini piagam Madinah ini telah memantapkan ukhwah masyarakat Madinah dan tiada sebab
kaum Yahudi untuk menentang pemerintah kerana hak beragama mereka dijamin.

3. Penyelesaian masalah keamanan dan keselamatan

 Fungsi Syahifah ialah menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman, mencegah jenayah,
maksiat dan kemungkaran dan lain-lain.
 Semua penduduk bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan negara tidak
meletakkan tanggungjawab ini kepada umat Islam sahaja.
 Yahudi tidak boleh membuat pakatan dengan Quraisy Mekah dan mereka diwajibkan juga
mempertahankan negara dari ancaman luar.
 Jaminan keselamatan ke atas semua penduduk selagi mereka mematuhi perjanjian /
perlembagaan tersebut.
 Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba
mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa
mengira bangsa atau agama.

4. Penyelesaian masalah kepimpinan kota Madinah

 Pengakuan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pemimpin masyarakat dan ketua negara
yang wajib dipatuhi dan dihormati.
 Sebagai ketua negara baginda mempunyai kuasa di dalam urusan pemerintahan negara dan
sebagai ketua agama bagi umat Islam.
 Bagaimanapun setiap ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah dalam kaum
masing-masing.
 Yahudi secara tidak langsung telah mengiktiraf kewujudan Islam, Madinah sebagai negara
Islam dan Nabi sebagai Rasulullah s.a.w.

5. Penyelesaian masalah perhubungan antara Islam dan bukan Islam (Yahudi)

 Masyarakat berbilang agama dan keturunan di Madinah dianggap sebagai sebuah masyarakat
(ummah) yang mempunyai kewajiban dan tanggungjawab yang sama terhadap negara Islam
Madinah.
 Setiap anggota syahifah hendaklah menjalin hubungan yang erat sesama mereka tidak kira
agama atau asal keturunan. Umpamanya umat Islam tidak boleh membiarkan saudara-saudara
mereka dibebani hutang. Mereka mesti menolong dengan jalan yang benar apabila timbul soal-
soal membayar tebusan wang dan darah.
 Penganut Islam dan Yahudi mestilah hidup bersama di dalam bentuk kewarganegaraan dengan
hak yang sama dalam lingkungan konsep ummah. Melalui fasal 25 ini juga orang Islam dan
Yahudi disatukan mejadi 1 umat/ummah. Dengan ini piagam Madinah ini telah memantapkan
ukhwah masyarakat Madinah dan tiada sebab kaum Yahudi untuk menentang pemerintah hak
beragama mereka dijamin.
 Terhapusnya ancaman Yahudi sebagai musuh dalam selimut dalam kerajaan Islam. Golongan
Yahudi iaitu Bani Quraizah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa’ yang mengkhianati Madinah telah
dapat dihapuskan kerana mengkhianati Syahifah Madinah yang telah mereka persetujui.
Contohnya apabila mereka membantu pihak Quraisy dalam Perang Ahzab (5H).

6. Penyelesaian masalah perundangan

 Wahyu Allah yang disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. merupakan sumber utama undang-
undang negara.
 Prinsip Piagam Madinah menerusi Fasal 13 larangan menzalimi, penganiayaan dan perseteruan
 Fasal 21 Qisas dan Tanzil bagi pembunuhan dan larangan diperuntukan agar masyarakat hidup
dengan harmoni tanpa menzalimi, menganiya dan bergaduh satu sama lain.
 Qisas dan Tanzil adalah undang-undang pencegahan agar masyarakat berbilang kaum hidup
aman tanpa permusuhan dan pembunuhan.

Kesimpulan.

 Piagam Madinah ternyata satu wadah berkesan mengatasi pelbagai masalah penduduk
Madinah.
 Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, Khulafa ar-Rasyidim terus mengamalkan politik Islam yang
diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Syahifah Madinah juga dikekalkan. Ini terbukti dengan
beberapa tindakan yang diambil oleh mereka untuk mengatasi golongan-golongan yang
mengancam kedaulatan negara Islam. Namun begitu beberapa pertambahan struktur
pentadbiran telah dilakukan, tetapi tidak bertentangan dengan Islam dan Syahifah Madinah.
3. Huraikan pelaksanaan Kharaj pada zaman Khulafa ar-Rasyidin

Pendahuluan
 Perkataan "kharãj" berasal dari bahasa Byzantine yang bermaksud ufti. Menurut
penggunaannya di dalam bahasa Arab, kharuj dengan kata jamaknya akhrijah atau akhruj
diertikan sebagai "al-itawah " yakni apa yang diperoleh daripada hasil tanah atau pertanian.
Dalam konteks etimologinya, perkataan kharaj ada digunakan di dalam ayat al-Quran dengan
makna upah, rezeki atau pahala,
 Kharaj merupakan cukai tertua dikenali oleh tamadun manusia. Kharaj bermaksud cukai tanah.
Ia merupakan cukai yang dilaksanakan ke atas pemilik-pemilik tanah di kawasan atau negeri
yang dikuasai oleh tentera Islam sama ada menerusi peperangan atau secara aman.
 Pemerintahan kerajaan Khalifah al Rasyidin bermula pada tahun 632 M dimulai dengan
Khalifah Abu Bakar As Siddiq setelah kewafatan nabi Muhammad SAW, Khalifah seterusnya
adalah Umar al Khattab, Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib.
 Sepanjang pemerintahan kerajaan Khalifah ini, sistem percukaian khususnya cukai Kharaj
telah dilaksanakan demi menjamin kelangsungan pendapatan dan perbelanjaan negara serta
kemakmuran rakyat.

Isi-isi
1. Tanah yang dikenakan Kharaj

 Tanah yang ditakluki terutamanya di Iraq. Tanah ini dibahagi kepada dua jenis iaitu Tanah
Bertuan dan Tanah tidak bertuan. Tanah bertuan tidak dikenakan cukai sekiranya pemilik
tersebut beragama Islam.
 Tanah rampasan perang yang dimiliki oleh tentera Islam dan pengusahanya terdiri
daripada orang bukan Islam.
 Tanah yang diusahakan oleh golongan Zimmi, dengan kebenaran pemerintah Islam.
 Tanah terbiar yang dikerjakan oleh oleh orang Islam.
 Tempat tinggal golongan zimmi yang diubah menjadi kawasan pertanian.
 Tanah Sawad di Iraq. Semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, telah menyuruh
Uthman Bin Hanif dan Hudhaifah bin al-Yaman untuk menyukat luas Kawasan tanah
Sawad di Iraq yang mengecualikan pengiraan gunung-ganang, padang pasir dan sungai.

2. Jenis-jenis Kharaj

 Kharaj Wazifah (Musahah) dikenakan mengikut keluasan dan kawasan tanah atau jumlah
pokok yang ditanam. Contohnya tanah di Iraq telah ditetapkan setiap Jarib anggur
dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham.
 Kharaj Muqasamah merupakan cukai yang dikenakan berdasarkan hasil yang diperolehi
daripada tanaman. Penentuan kadar cukai dibuat berasaskan kepada banyak perkara
daripada mengelakkan penganiayaan kepada petani.

3. Kadar Kharaj
 Kadar Kharaj ditentukan berdasarkan kemampuan dan tidak membebankan. Kadar
maksimum tidak melebihi separuh daripada hasil keseluruhan tanaman.
 Kharaj Wazifah dikenakan sekali dalam setahun tanpa mengira berapa banyak hasil
pertanian yang diperolehi.
 Kharaj Muqasammah dikenakan setiap kali hasil pertanian diperolehi.
 Kharaj boleh dibayar dalam bentuk mata wang atau hasil pertanian.

4. Faktor Yang Menentukan Kadar Kharaj

 Kualiti tanah, kadar lebih rendah jika tanah disuburkan oleh petani melalui usahanya
sendiri berbanding dengan kesuburan disebabkan oleh hujan (alam semula jadi).
 Kualiti biji benih, jika biji benih berkualiti kadar kharaj lebih tinggi dikenakan.
 Kedudukan tanah tanah pertanian. Jika tanah pertanian jauh di pendalaman kadar kharajnya
lebih rendah berbanding dengan tanah pertanian yang berdekatan dengan bandar.

5. Syarat-syarat Kharaj

 Pada awalnya Kharaj dikenakan kepada pemilik tanah penduduk zimmi sahaja.
 Kharaj tidak dikenakan sekiranya hasil pertanian dimusnahkan oleh bencana alam.
 Sekiranya tanah kharaj dipajak atau disewa, kharaj dikenakan ke atas pemilik tanah
bukannya penyewa.
 Kharaj juga dikenakan ke atas tanah kediaman yang dijadikan kawasan pertanian.

6. Pengutipan Kharaj

 Dilakukan secara adil, jika kharaj tidak dapat dibayar kerana masalah kewangan, mereka
akan dibenarkan menangguhkan pembayaran sehingga mampu.
 Sekiranya pembayar tidak mampu membayar kharaj walaupun ia mampu mambayarnya,
tindakan boleh diambil menerusi undang-undang atau dijual oleh kerajaan.
 Bagi menguruskan kharaj di Iraq, Khalifah Umar menyerahkan kepada golongan Ahl al-
Ayyam sebagai Pemegang Amanah.
 1/5 daripada hasil kutipan kharaj diserahkan kepada kerajaan pusat dan selebihnya
dikembalikan kepada Ahl al-Ayyam.
 Hasil kutipan Kharaj diletakkan di bawah pentadbiran Baitulmal.

7. Perlaksanaan Kharaj pada zaman Khalifah ar- Rasyidin

 Sebelum zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab belum ada suatu bentuk cukai
khusus ke atas tanah yang ditakluki dari wilayah bukan Islam.
 Kecuali satu kes di zaman Rasulullah s.a.w di mana baginda menyetujui permohonan Yahudi
Khaibar untuk mengusahakan sendiri tanah mereka dan sebagai timbal balasnya mereka
bersetuju untuk membayar cukai kepada Rasulullah daripada hasil tanaman tersebut.
 Namun cukai tersebut tidak diistilahkan dengan kharaj ataupun mana-mana istilah.
 Pada zaman pemerintahan khalifah Abu Bakar al-Siddiq, tanah-tanah yang ditakluki diagihkan
kepada tentera yang berperang sebagaimana mereka mengagihkan harta rampasan perang.
 Pengenalan kepada cukai Kharaj ini berlaku pada zaman Khalifah Umar al Khattab apabila
beliau telah memilik negarakan semua harta rampasan perang termasuk tanah dan hanya
memberi saguhati kepada anggota tentera yang terlibat dalam ekspedisi ketenteraan.
 Pelaksanaan cukai kharaj ini diteruskan oleh Khalifah ar-Rasyidin selepasnya.
 Di akhir pemerintahan khalifah Uthman bin Al Affan, golongan Ahl al-Ayyam tidak lagi
diberi kuasa untuk mengurus cukai Kharaj di Iraq dan ianya diserahkan di bawah pentadbiran
gabenor.

Kesimpulan

 Sistem Kharaj telah meninggalkan kesan yang positif dalam perkembangan ekonomi orang Islam,
pada zaman Khulafa ar -Rasyidin dan sistem ini diteruskan oleh kerajaan Bani Umaiyyah.

4. Huraikan ciri-ciri seni bina Andalusia pada abad ke- 13M.

Pendahuluan

 Andalusia ialah nama yang diberikan kepada kawasan yang dikuasai oleh umat Islam di
Semenanjung Iberia iaitu Sepanyol dan Portugal.
 Kerajaan Islam telah memerintah Andalusia selama lebih kurang 800 tahun (93-897 Hijrah).
Kini Andalusia di kenal sebagai Sepanyol.
 Terdapat pelbagai ciri seni bina Andalusia pada abad ke-13M yang banyak menggabungkan
unsur-unsur seni tempatan dan asing.

Isi-isi

1. Mengandungi reka bentuk Islam / masjid

 Seni bina Islam berkembang di Andalusia dan telah mendapat sokongan daripada pemimpin-
pemimpin negara dalam pembinaannya.
 Seni bina di Andalusia telah dipengaruhi oleh model-model dari Timur dan sekaligus telah
pula mempengaruhi dunia Barat.
 Kesenian seni bina ini telah berkembang di Andalusia dengan begitu pesat di tangan berbagai-
bagai dinasti. Misalnya dinasti Nasrid telah meninggalkan satu seni bina yang agung, iaitu Al
Hamra yang masih tetap menjadi The Artistic Genius of Muslim Spain.
 Pada penghujung kurun ke-10 Masihi, Cordova telah mempunyai 1600 masjid. Reka bentuk
Islam terserlah pada binaan masjid di Andalusia yang sangat indah dan elok sekali buatannya
contohnya Masjid Cordova.
 Dinding masjid dihiasi dengan corak geometri dan tulisan Arab (khat) yang sangat cantik.
 Terdapat juga hiasan di kubah, mimbar, pintu gerbang, menara dan ruang-ruang khas atau
taman-taman di kawasan dalaman dan luaran masjid.

2. Mempunyai binaan yang unik

 Keindahan bangunan-bangunan di Andalusia bukannya terletak pada luaran sahaja tetapi juga
bahagian dalamannya.
 Selain masjid terdapat 900 tempat mandi umum, 60 300 rumah orang kenamaan, setiausaha,
dan ketua-ketua tentera, 213 077 rumah orang kebanyakan dan 80 455 buah kedai.
 Setiap bangunan mempunyai reka bentuk yang tersendiri. Contohnya, Istana al-Hamra yang
dipenuhi dengan hiasan yang berwarna emas dengan reka bentuk yang sangat menarik.
 Al-Hamra dianggap antara bangunan yang terindah di dunia. Istana ini mengandungi beberapa
buah bilik yang berukuran sederhana, dua buah dewan besar serta mempunyai halaman yang
dihiasi dengan kolam air pancut dan taman.
 Di sekitarnya, terdapat 128 batang tiang bulat yang diperbuat daripada marmar. Antara binaan
yang unik dan menarik yang terdapat di Granada ialah dua buah menara yang tinggi dan
berkilau yang dibina di atas Banjaran Sierra Nevada.
 Kepentingan binaan menara ini ialah dapat melihat keindahan kota Granada dengan taman-
taman bunga dan pohon buah-buahan yang subur menghijau.

3. Dihiasi reka bentuk geografi / flora / tulisan khat

 Hiasan-hiasan yang dihasilkan sangat indah dan banyak menggambarkan corak tumbuh-
tumbuhan dan haiwan. Hasil daripadanya lahir ilham reka bentuk geometri yang halus dan
kompleks disulami pula tulisan dan ukiran Arab (khat) yang indah.
 Keindahan bangunan-bangunan di Andalusia juga memperlihatkan tulisan kaligrafi yang
mengandungi ayat-ayat al Quran, puji-pujian dan gelaran pemerintah. Contohnya, Masjid al-
Mulk yang didirikan oleh Sultan Muhammad II.
 Di atas pintu masuk masjid ini tertera sepotong tulisan Arab, Azza Maulana al-Sultan Abdillah
dan dibawah perkataan tersebut terdapat sebuah syair yang menyentuh agama Islam.
 Pada bahagian mihrab masjid pula terdapat hiasan yang diperbuat daripada emas yang
bertatahkan permata zamrud dan yaqut. Permukaan dinding masjid berkenaan pula dipenuhi
dengan hiasan ukiran yang berselang-seli dengan ayat-ayat yang menggunakan tulisan Arab
seperti al-Mulkulillah.

4. Mempunyai pengaruh asing dalam seni bina iaitu pengaruh Kristian

 Terdapat seni bina di Andalusia yang mengandungi gabungan unsur-unsur daripada bangsa
Parsi, Roman, Turki dan Byzantine pada binaan bangunan-bangunan utama zaman tersebut.
 Gabungan teknologi pelbagai bangsa ini dapat dilihat pada binaan bangunan masjid dan istana.
Malahan gereja-gereja Kristian juga cuba meniru reka bentuk bangunan-bangunan dan masjid
di Cardova.
 Misalnya, tumpuan diberikan kepada hiasan dalaman dengan ukiran-ukiran bercorak flora dan
geometri, binaan bumbung yang tinggi serta mempunyai ruang peredaran udara yang
mencukupi dan pencahayaan yang sesuai supaya suasana selesa sepanjang masa dalam
bangunan-bangunan berkenaan.

5. Mempunyai binaan yang berkualiti tinggi sehingga bertahan berabad lamanya.

 Bahan binaan yang digunakan terdiri daripada batuan yang kukuh dan mampu bertahan untuk
tempoh masa yang lama.
 Seni bina di Granada amat mementingkan hiasan dalaman berbanding luaran. Buktinya,
bangunan universiti, istana, serta masjid (kini gereja) masih bertahan hingga kini. Antara bahan
yang digunakan untuk hiasan dalaman ialah jubin, batu bata, plaster, tembikar, besi dan batu
marmar.
 Bahan-bahan binaan ini bukan sahaja dapat mewujudkan keunikan pada bangunan yang dibina,
malah dapat melanjutkan usia bangunan. Contohnya, dinding istana al-Hambra diperbuat
daripada batu buatan yang terdiri daripada campuran tanah, kapur dan batu kerikil berwarna
merah.
 Tembok istana turut dihiasi dengan gambar-gambar setinggi empat kaki (dari bahagian bawah
tembok) manakala bahagian atas tembok pula ditutup dengan plaster simen.
 Lantai istana pula diperbuat daripada marmar putih bersegi empat. Bangunan ini juga dibina
berdasarkan pengiraan geometrid dan matematuk bagi mengukuhkan pembinaannya.
6. Kesenian Granada / Mudejar

 Kesenian seni bina Islam di Andalusia dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kesenian di
Granada dan kesenian luar Granada atau Mudejar.
 Kesenian seni bina di Granada dihasilkan oleh seniman Islam dan melambangkan reka bentuk
Islam.
 Manakala kesenian seni bina luar Granada atau Mudejar pula dilahirkan bersama oleh orang
Islam dan bukan Islam pada abad ke-13 dan ke-14 Masihi. Misalnya Alcazar di Seville dan
Gereja Toledo.

Kesimpulan.

 Kemewahan material dan perhiasan mula digunakan apabila Islam pada zaman Umayyah
bertembung dengan tamadun yang lebih maju dalam binaan seperti tamadun Byzantine dan
Parsi.

5. Sejauh manakah kepentingan Terusan Suez dalam faktor ekonomi mempengaruhi


peluasan kuasa Barat ke atas wilayah kerajaan Uthmaniyah sehingga awal abad ke-20
Masihi.
Pendahuluan.

 Empayar ini diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1281 dan dipimpin oleh 37 khalifah
selama lebih 600 tahun mulai merosot pada abad ke 20.
 Turki Uthmaniyah merupakan sebuah kuasa imperialis yang digeruni suatu ketika dahulu yang
berkuasa selama hampir lapan abad iaitu tahun 1299 hingga tahun 1924 M.
 Kekuasan Turki Uthmaniyah meliputi kawasan semenanjung Balkan, Asia Kecil, Timur
Tengah dan Afrika.
 Sejak abad ke 16 Masihi, kuasa Barat khususnya negara-negara Eropah giat melaksanakan
perluasan kuasa mereka. Penjelajahan dan penerokaan kuasa Eropah seperti Portugal,
Sepanyol, Belanda, Perancis dan Britain mengakibatkan kawasan-kawasan di benua Afrika,
Asia dan Amerika menjadi jajahan takluk negara-negara Barat.
 Menjelang abad ke 19 Masihi, orang-orang Eropah mengalihkan perhatian mereka kepada
empayar Uthmaniyyah. Mereka ingin menguasai wilayah-wilayah Eropah yang ada di bawah
penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyyah.
 Kepentingan pembinaan Terusan Suez dalam faktor ekonomi mempengaruhi peluasan kuasa
Barat ke atas kerajaan Turki Uthmaniyah disamping faktor revolusi industri, keperluan bahan
mentah dan konsep modenisasi/sistem kapitalis.

Isi-isi
1. Pembinaan dan pembukaan Terusan Suez

· Perluasan kuasa Barat dipehebatkan selepas pembinaan Terusan Suez yang dibuka pada tahun
1869. Terusan Suez membenarkan laluan air secara dua hala dan menjadi kepentingan antara
Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika.
· Sebelum pembukaan Terusan Suez, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut
menggunakan kenderaan darat antara dua laut tersebut. Melalui pembukaan terusan ini, urusan
perdagangan dipercepatkan di samping perjalanan jauh dapat dipendekkan dan kos perdagangan
dapat dijimatkan.
· Britain berminat untuk menguasai Terusan Suez kerana sebahagian besar kapalnya menggunakan
terusan tersebut. Peluang terbuka untuk Britain menguasai terusan tersebut timbul pada tahun 1875
apabila Khedif Ismail yang banyak berhutang hampir muflis menyebabkan beliau terpaksa menjual
sahamnya dalam Kompeni Terusan Suez.
· Perdana Menteri Britain ketika itu, Disraeli mengambil kesempatan dengan membeli saham
tersebut yang merupakan 45 % jumlah saham (4 juta paun Sterling) dalam kompeni tersebut.
· Disraeli perlu bertindak dahulu sebelum Perancis mendahuluinya. Dengan cara demikian, Britain
memperoleh bahagian yang terbesar dalam kompeni tersebut dan menguasai Terusan Suez.
Sehubungan itu, Mesir jatuh ke tangan Britain.
Faktor lain yang berkaitan:

2. Kesan Revolusi Perindustrian

· Sektor perindustrian berkembang pesat pada abad ke 18 menyebabkan kuasa Barat melaksanakan
dasar perluasan kuasa.
· Penciptaan enjin berkuasa wap adalah salah satu perkembangan penting dalam proses
perindustrian. Sejak awal, kilang-kilang besi bergantung kepada penggunaan arang batu untuk
tujuan melebur besi. Enjin berkuasa wap digunakan secara meluas di lombong-lombong arang batu.
· Kekayaan sumber bahan mentah dari tanah jajahan memenuhi kehendak kilang-kilang.
· Perdagangan antarabangsa juga berkembang pesat akibat sistem kewangan(modal) yang dinamik.
Pinjaman kredit kepada golongan usahawan dan pemodal mendorong perluasan kuasa.
3. Sistem Kapitalisme

· Pemodal-pemodal Eropah banyak melabur di Afrika Utara dengan terlibat dalam sektor pertanian,
perlombongan dan penyediaan jalan raya dan jalan kereta api disamping mengimport tenaga buruh
murah.
· Perluasan kuasa Barat di wilayah-wilayah empayar Uthmaniyyah boleh membawa keuntungan
besar untuk penjajahan Barat bagi memasarkan produk industri-industri kuasa Barat

4. Bahan Mentah

· Kawasan empayar Turki Uthmaniyyah kaya dengan petroleum seperti di Iran dan Iraq. Sumber
ekonomi ini mendorong kuasa-kuasa Barat menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan konsesi
melombong petroleum. Britain, Perancis dan Jerman menggunakan muslihat dan tipu helah untuk
mencapai impian mereka.
· Sultan Abdul Hamid II kehilangan takhta baginda kerana isu carigali minyak petroleum.
· Pada awal abad ke 20, petroleum ditemui di Iran, Iraq, Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain. Penemuan
ini menimbulkan persaingan dan konflik antara kuasa-kuasa Barat. Jerman dan Amerika Syarikat
juga melibatkan diri dalam perluasan kuasa di Turki Uthmaniyyah.

Kesimpulan.

 Kepentingan Terusan Suez bukanlah faktor utama yang mempengaruhi perluasan kuasa Barat
ke atas wilayah Uthmaniyyah sehingga 20 Masihi.
 Walau bagaimanapun faktor ekonomi yang lain, revolusi perindustrian, keperluan bahan
mentah dan konsep modenisasi juga turut mempengaruhi perluasan kuasa Barat keatas
sempayar Uthmaniyyah.
 Empayar Turki Uthmaniyyah mulai runtuh selepas Perang Dunia Pertama. Empayar ini
berpecah-pecah kerana Negara-negara Eropah yang meraih kemenangan membahagi-
bahagikan empayar ini. Sistem pemerintahan khalifah dihapuskan dan Kerajaan Turki menjadi
sebuah republik.
6. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa Mesir pada
Awal abad ke-20 M.

Pendahuluan.

 Pembinaan negara bangsa bermula apabila Mesir berusaha mengasingkan diri daripada
penguasaan Uthmaniyah ekoran daripada permulaan kelemahan Uthmaniyah. Pembentukan
negara bangsa Mesir dipengaruhi kesan gerakan negara bangsa yang berlaku di Eropah dan
Arabia serta kemunculan kuasa imperialis Barat.
 Pembentukan negara bangsa di Mesir muncul ekoran kesedaran yang timbul dalam kalangan
masyarakat tempatan khususnya para nasionalis tentang keperluan untuk membebaskan diri
dan tanah air daripada cengkaman penjajah. Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada
pembentukan negara bangsa Mesir pada awal abad ke-20M.

Isi-isi

1. Kepentingan Terusan Suez

 Pembukaan Terusan Suez 1869 telah menarik perhatian Barat seperti British dan Perancis
untuk sama-sama menguasai sehingga mereka berjaya memeterai perjanjian dengan Mesir
supaya terusan ini menjadi terusan antarabangsa yang akan membenarkan kapal-kapal dari
seluruh pelusuk dunia melaluinya.
 Masalah hutang telah dijadikan alasan British untuk menguasai terusan. Kebijaksanaan pihak
British memasang perangkap supaya Khedif Ismail dibelenggu masalah hutang dan akhirnya
muflis membolehkan mereka menguasai Terusan Suez.
 Terusan Suez menjadi sensitif kepada penduduk Mesir kerana pihak penjajah akan
menempatkan pasukan tenteranya di situ. Kerajaan dan penduduk Mesir tidak dapat buat apa-
apa sehingga British berjaya menguasai terusan tersebut.
 Tindakan British ini telah mencetuskan perasaan tidak puas hati rakyat Mesir sehingga
membawa kepada kebangkitan untuk membeli maruah bangsa dan kedaulatan Mesir.

2. Peranan Akhbar dan Majalah

• Akhbar dan majalah menjadi sumber utama dalam menyebarkan idea-idea tentang pembinaan
negara bangsa Mesir.
• Karya-karya tokoh nasionalis contohnya Rashid Rida dalam karyanya iaitu akhbar Salafiya
yang menyatakan kemunduran umat Islam Mesir adalah disebabkan mereka tiada ilmu
pengetahuan, kezaliman pemerintah (Khedif dan penjajah British) dan kejumudan ulama.
• Akhbar al-Ahram (1875) oleh golongan Kristian Lubnan mengandung idea-idea tentang jati
diri, nasionalisme, kenegaraan dan penjajahan.
• Jelaslah bahawa, peranan akhbar dan majalah telah membawa kepada kesedaran dan
pembinaan negara bangsa.
3. Peranan Institusi Pendidikan

 Institusi pendidikan turut menjadi tunjang kepada pembinaan negara bangsa. Institusi
pendidikan kerajaan dan swasta telah melahirkan ramai golongan intelektual yang akhirnya
bangkit memperjuangkan kedaulatan bangsa Mesir.
 Di samping itu, Institusi pendidikan juga menjadi medan golongan ini berbahas dan berdebat
berkenaan isu-isu semasa negara, khususnya yang berkaitan jati diri bangsa dan kedaulatan
negara.
 Contohnya, Universiti al-Azahar di Mesir telah berjaya melahirkan ramai golongan intelektual
dan golongan nasionalis.
 Jelaslah bahawa kewujudan institusi pendidikan telah berjaya mempengaruhi penduduk Mesir
tentang kepentingan pembinaan negara bangsa.

4. Peranan Tokoh-tokoh Nasionalis

• Dasar Diskriminasi British dalam bidang politik, ekonomi dan sosial telah mewujudkan tokoh
nasionalis yang berjuang menuntut kemerdekaan Mesir. Mereka terdedah dengan nilai politik
dan sentimen kebangsaan yang dibawa penjajah British.
• Muncullah tokoh-tokoh terkemuka yang berkelulusan undang-undang di universiti swasta
Mesir. Mereka dilatih pensyarah Perancis dan dihasut memusuhi British.antaranya ialah
Mohammed Farid, Saad Zaghlul, Mustafa Kamil, Ahmad Hifni dan Ahmad Lufti.
• Mereka telah menubuhkan Hizbul Ummah bagi menyatupadukan masyarakat Mesir dalam
usaha mengusir penjajah British dan menolak pengaruh pentadbiran Barat.
• Tegasnya, kemunculan tokoh-tokoh nasionalis berperanan besar dalam perjuangan
kemerdekaan dan usaha pembentukan negara bangsa Mesir.

5. Penyebaran Ideologi Barat

• Penyebaran ideologi Barat dalam pemikiran masyarakat Mesir telah menyumbang kepada
gerakan pembentukan negara bangsa.
• Contohnya, wujud ideologi nasionalisme, sekularisme, sentimen anti Turki Uthmaniyah, polisi
Arab telah berjaya mempengaruhi minda rakyat. untuk mula berfikir tentang soal jati diri dan
maruah negara.
• Oleh itu, lahirlah tokoh-tokoh pejuang negara bangsa contohnya Saad Zaghlul yang membawa
kepada pembentukan negara bangsa.

6. Faktor Penjajahan dan Kebudayaan

• Penjajahan British telah mencetuskan pemberontakan rakyat yang mewujudkan ketidakstabilan


politik di Mesir. Ekoran daripada peristiwa ini, Zaghlul Pasha dibebaskan semula pada 1919.
• Rakyat Mesir telah didedahkan dengan idea demokrasi dan parlimen namun kuasa mutlak
masih kekal di British.
• Budaya masyarakat Mesir juga mengalami saat yang tenat akibat pengaruh kebudayaan
penjajah yang bersifat sekular. kesannya, budaya tidak sihat ini membawa kejutan kepada
masyarakat sehingga terdapat masyarakat mengetepikan ajaran Islam.
• Malah kebudayaan penjajah yang sekular mempengaruhi secara mendalam rakyat Mesir
sehingga mengenepikan ajaran Islam.
• Akhbar dan majalah di Mesir selalu mengungkapkan tulisan yang menyatakan Mesir
merupakan sebahagian daripada Eropah.
• Kesannya telah mencetuskan kebimbangan ulama Mesir sekaligus turut menjadi pemangkin
kepada kemunculan negara bangsa di Mesir.
7. Kedudukan Ekonomi

• Kedudukan ekonomi masyarakat Mesir amat lemah dan hanya bergantung kepada penjajah.
• Contohnya, ramai wanita Mesir hanya menjadi pembantu rumah kepada orang-orang British
yang bekerja di tapak projek Terusan Suez.
• Rakyat Mesir hanya mampu melopong melihat kekayaan hasil buminya dikaut dengan rakus
oleh penjajah.
• Pembinaan negara dan bangsa Mesir pada abad ke-20 terhalang kerana dominasi Barat terhadap
negara Sungai Nil itu serta pemerintah yang mengabaikan kebajikan rakyat.
• Akhirnya masyarakat Mesir bangkit memperjuangkan hak dan maruah bangsa mereka.

Kesimpulan

 Cengkaman penjajah dan pengabaian pihak pemerintah menjaga kebajikan rakyat Mesir telah
merancakkan lagi perjuangan golongan nasionalis.
 Kuasa khedif sebenarnya berada di tangan British yang mengekang segala usaha kemajuan
rakyat. Sikap tidak terbuka mendengar protes rakyat telah menyuburkan sentimen anti penjajah
dan usaha agresif membentuk negara bangsa.
 Akhirnya pembentukan negara bangsa Mesir berjaya direalisasikan selepas British
mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1922.
 Mesir menjadi negara berdaulat dengan pertabalan Raja Fuad I sebagai Sultan Mesir pada tahun
1923 dan Saad Zaghlul dilantik menjadi Perdana Menteri selepas memenangi pilihan raya
pertama.

SKEMA JAWAPAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai