Anda di halaman 1dari 2

ROSHNI KANNATHASAN

BM2 1PISMP
ELML3013
Bagaimana tingkah laku moral seseorang dipengaruhi oleh peraturan undang-
undang dan peraturan moral. Bincangkan.

Antaranya, peraturan undang-undang berkonsepkan semua undang-undang sudah


ditulis secara rasmi dan apabila didapati kita melanggar salah satu undang-undang kita akan
dihukum atau didenda walaupun kita tidak mengetahuai sama ada undang-undang itu wujud
atau tidak. Menurut Weber, norma, nilai, dan peraturan sesebuah masyarakat dapat
membentuk tingkah laku dan watak seseorang itu lahir daripada kepatuhan individu terhadap
autoriti yang sah. Hal ini ternyata memang benar kerana seseorang individu yang patuh akan
undang-undang tidak akan ambil risiko untuk melanggar undang-undang yang ditetapkan.
Contohnya, seorang anggota polis menolak untuk terima rasuah apabila menangkap
pasangan suami isteri yang cuba menyeludup dadah secara haram dan mereka memberikan
wang sebagai ganjaran untuk menyembunyikan tingkah laku yang tidak
bermoralnya.Jelaslah, peraturan undang-undang memang membantu membentuk tingkah
laku seseorang secara tidak langsung memainkan peranan untuk membentuk insan yang
bermoral. Seterusnya, begitu juga dengan peraturan moral yang mempengaruhi tingkah moral
seseorang. Peraturan moral membawa erti bahawa satu hasil kajian tentang betul atau salah
berkenaan dengan tingkah laku manusia. Ia bersifat autonomi dan rasional. Terdapat tiga
prinsip peraturan moral yang mampu mempengaruhi seseorang.

Misalnya, prinsip autonomi berkonsepkan keputusan dan tindakan seseorang lakukan


haruslah bebas daripada dipengaruhi atau dipaksa oleh orang lain. Autonomi berkait rapat
dengan tujuan yang tersirat dan niat sebenar seseorang itu melakukan sesuatu. Apabila
sesuatu tingkah laku dilakukan akibat dipengaruhi oleh orang lain atau mempunyai tujuan
tersirat maka tingkah laku tersebut dianggap ’tidak bermoral’. Lantaran itu, sesuatu tingkah
laku perlulah dilakukan dengan rela hati dan tanpa paksaan dan tanpa tujuan tersirat. Sebagai
contohnya, seseorang akan mendermakan darah dengan rela hati tanpa dipaksa atau disuruh

oleh orang lain. Prinsip ini memang berhubung rapat dengan diri seseorang manusia kerana
manusia lebih suka memutuskan tingkah laku sendiri maka prinsip ini yang menekankan
sesuatu tingkah laku perlulah dengan rela hati dan tanpa tujuan tersirat. Maka, tentulah prinsip
ini memainkan peranan dalam mempengaruhi tingkah laku manusia.Seterusnya, prinsip
keadilan menekankan keadilan yang bermaksud ’memihak kepada kebenaran’ dan ’tidak
berat sebelah’. Keadilan menyebabkan seseorang menghormati hak orang lain, tidak
sombong, tamak, dan menyalahgunakan kebebasan. Prinsip ini merentasi budaya, bangsa,
agama dan keturunan. Prinsip keadilan ini berpengaruh dalam tingkah laku manusia tanpa
mengira kaum, agama, dan warna kulit. Justeru itu, seorang hakim memberi hukuman
gantung sampai mati kepada pembunuh bersiri yang telah membunuh insan-insan tidak
ROSHNI KANNATHASAN
BM2 1PISMP
ELML3013
berdosa walaupun pembunuh itu merupakan anak jutawan terkenal. Prinsip ini juga
menekankan nilai universal yang akan menyejahterakan semua orang melalui menghulurkan
tangan untuk bantu orang miskin. Tuntasnya, prinsip ini mempengaruhi tingkah laku
seseorang manusia dan membentuk insan bermoral yang akan mementingkan nilai keadilan
dalam kehidupa seharian.

Prinsip altruisme merupakan prinsip terakhir peraturan moral yang mempengaruhi


seseorang. Altruisme membawa erti bahawa simpati, belas kasihan, mengutamakan orang
lain, menghormati orang lain dan sebagainya. Mengambil berat tentang keselesaan dan
kebajikan orang lain juga tergolong dalam prinsip altruisme yang mementingkan orang lain
berbanding dengan diri sendiri. Sebagai contoh, Cikgu Ramya yang merupakan seorang guru
di sekolah rendah yang terletak di kawasan pedalaman. Beliau selalu memerhatikan murid
tersebut yang berpakaian kotor, memakai kasut yang koyak, dan tidak mencukupi buku nota.
Beliau mendapat tahu bahawa pelajar tersebut berasal daripada keluarga yang miskin dan
pendapatan ibu bapanya tidak mencukupi. Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk
menanggung segala perbelanjaan bagi pendidikan murid tersebut untuk mengurangkan
beban ibu bapanya. Seperti yang diinginkan oleh Cikgu Ramya, beliau bukan sahaja
membantu murid tersebut sahaja, tetapi beliau juga mencuba sedaya upaya untuk membantu
murid-murid lain yang amat memerlukan bantuan. Hal ini dapat menunjukkan bahawa Cikgu
Ramya tingkah laku beliau dipengaruhi oleh peraturan moral yang menunjukkan beliau
sebagai seorang yang murah hati dan prihatin terhadap orang lain serta tidak mementingkan
diri sendiri.

Secara keseluruhannya, jelaslah bahawa peraturan undang-undang dan peraturan


moral memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang dan merupakan kewajipan
bagi seseorang untuk dipatuhi. Seperti yang dinyatakan dalam soalan, kedua-dua peraturan
tersebut dapat mempengaruhi tingkah laku seseorang untuk bertindak sebagai seorang insan
yang bermoral dan melahirkan sikap kepedulian dalam sebarang perkara yang mereka
lakukan.

Anda mungkin juga menyukai