Anda di halaman 1dari 7

EBOOK

TRENDLINES

BY: ABANG ZUL


Trendlines adalah salah satu tool teknikal analisis yang paling biasa digunakan
selepas support dan resistance. Trendline adalah alat untuk menjangka
pergerakan trend semasa melalui pergerakan harga sebelumnya

Apa beza trendlines dengan support dan resistance?

Trendline mempunyai konsep yang sama sahaja seperti support dan


resistance,ia menunjukkan dimana area support dan resistance,Cuma support
dan resistance terdiri daripada horizontal line

Manakala trendlines pula tidak,dia boleh cerun menaik atau cerun menurun
Secara asasnya kalau market uptrend, trendline di lukis di swing low
yang jelas dilihat di mata dan akan dijadikan sebagai support.

Untuk downtrend market pulak, trendline dilukis di swing high yang jelas
dilihat di mata dan akan dijadikan sebagai resistance

Kita mempunya 3 jenis keadaan market :

1. UPTREND
Adalah keadaan harga semasa yang sedang bergerak menaik. Ini
menunjukkan terdapat permintaan yang sedang berlaku.
2. DOWNTREND
Bermaksud keadaan harga semasa sedang menuju ke bawah. Ini
menunjukkan tekanan jualan sedang berlaku.

3. SIDEWAYS
Bermaksud pergerakan harga tidak menuju ke atas atau ke
bawah. Namun harga tetap ada naik dan turun, cuma terbatas
kepada satu ruang tertentu.
Berdasarkan ketiga-tiga jenis trendline di atas, trendline dapat
disimpulkan sebagai pergerakan trend semasa.

Di antara sebab-sebab garisan trendline ini penting sewaktu


menganalisis chart, kerana garisan trendline ini mampu memberi
petunjuk ruang buy dan sell.

Jika pasaran semasa mula ke arah downtrend, kita boleh mencari


peluang untuk sell di antara kawasan trendline berkenaan

Sebaliknya, jika pasaran semasa berada di dalam keadaan uptrend,


maka inilah peluang untuk buy.
Cara Nak Lukis Trendline

1. Perlu pastikan garisan trendline bersentuh sekurang-kurangnya 2-


3 point shadow candlestick atau kebadan-badan candlestick. (lagi
banyak point yang bersentuhan lagi bagus)

2. Sekiranya market jatuh atau terkeluar dari garisan trendline, ini


menunjukkan tanda trend sebelumnya sudah tamat (ianya di kira
trend terbaru).

Trendline Up-Trend

Trendline Down-Trend
Bagaimana nak tahu trendline yang dilukis salah atau betul?

Trendline yang tepat apabila garisan trendline mendapat rejection harga


yang kuat berulang-ulang kali. Semakin banyak sentuhan (rejection)
pada garisan trendline, semakin kuat garisan trendline tersebut.

Sebagai seorang trader, teknik trendline ini adalah teknik asas dalam
menganalisa chart. Ianya sangat mudah untuk dilakukan namun mampu
memberi impak yang besar.

Malangnya, ada yang masih salah melukis kedudukan tredline dan


ramai orang sudah seakan-akan melupakan perkara asas yang penting
ini.

Anda mungkin juga menyukai