Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN

Dalam bahagian ini diperlihatkan dapatan kajian mengenai contoh dan jenis
peribahasa yang terdapat dalam filem “Hikayat Merong Mahawangsa”.

Latar belakang

Peribahasa adalah suatu susunan kata dalam bentuk kiasan dan berlapik yang
mempunyai pengertian tersirat. Susunan kata-kata kiasan ini tercipta berdasarkan
pengalaman kehidupan seharian oleh masyarakat. Peribahasa menjadi suatu bentuk
luahan sindiran dan pengajaran yang digunakan oleh nenek moyang secara kiasan
yang diwarisi generasi demi generasi sejak berzaman.

Peribahasa wujud apabila masyarakat Melayu menyedari betapa susahnya


untuk memberikan nasihat atau teguran secara terus-terang kepada orang lain tanpa
menyinggung perasaan mereka. Lantas, mereka mula mengumpamakan sesuatu
perkara dengan sesuatu yang lain agar maksud yang ingin disampaikan dapat
ditafsirkan oleh semua orang . Seringkali perkara yang diumpamakan itu berkait
secara langsung dengan masyarakat dan alam sekeliling mereka.

Definisi bagi Bahasa yang digunakan oleh manusia sebagai medium untuk berhubung
di antara satu sama lain. Tanpa bahasa manusia tidak dapat berinteraksi atau
berkomunikasi sesama mereka. Bahasa juga adalah alat komunikasi yang dapat
menyampaikan gagasan, fikiran, konsep atau perasaan. Salah satu penyampaiannya
melalui peribahasa.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) peribahasa adalah ayat atau
kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian
yang tertentu yang menggambarkan kebudayaan mereka. Peribahasa juga telah
ditakrifkan oleh “Keris Mas” sebagai suatu percakapan atau ujaran-ujaran yang
mengandungi kebijaksanaan fikir dan pemerhatian yang tersusun dalam bentuk yang
ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran.

Manakala Abdullah Hassan (2005) menakrifkan peribahasa itu sama tuanya
dengan bahasa sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila manusia
mulai mengenal peradaban ketika organisasi kehidupan perlu diatur, batas antara
yang baik dengan yang buruk perlu diadakan untuk menjadi pendinding tatatertib
pergaulan dan perhubungan sesama manusia.

Menurut Awang Sariyan (1992) pula, peribahasa dalam sesuatu bahasa


mempunyai peranannya yang istimewa, bukan sahaja memperkaya khazanah bahasa
bahkan lebih penting daripada itu memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap, cara
berfikir atau keperluan akal budi masyarakat pengguna bahasa itu sendiri. Peribahasa
mengandungi ciri-ciri komunikasi moden, keringkasan, ketepatan dan kepadatan
maklumat.

Abdul Razak Abdul Karim (1994) pula menyatakan bahawa peribahasa ialah
ayat atau urutan kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi
pengertian yang tertentu. Seterusnya Menurut Zainal Abidin Ahmad-Za’ba dalam
bukunya yang bertajuk Ilmu Mengarang Melayu.peribahasa adalah rangkaian
perkataan yang disusun khas dan dipakai dengan erti yang khas dan berlainan
daripada erti yang asalnya.
2.0 Objektif Kajian

1. Mengenal pasti dan menyenaraikan penggunaan peribahasa dalam filem “Hikayat


Merong Mahawangsa”.

2. Mengkategorikan peribahasa dalam filem “Hikayat Merong Mahawanagsa”


Mengikut jenis-jenisnya .

3. Menghuraikan kepentingan peribahasa dalam masyarakat .


3.0 Kepentingan kajian

Hasil kajian ini penting untuk :

a) Dijadikan sumber rujukan untuk para pelajar .


b) Mengumpul data tentang peribahasa yang terdapat dalam filem yang dikaji .
c) Menyediakan maklumat umum yang boleh dijadikan rujukan dalam sesi
pembelajaran tentang peribahasa
4.0 Skop kajian

Kajian ini hanya berfokuskan peribahasa yang terdapat dalam filem “Hikayat Merong
Mahawangsa”
5.0 Batasan Kajian

Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri


berdasarkan mitos dan legenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai
masyarakat, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang
berasal daripada pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang
menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja
yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga
menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.

Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke


negeri China telah diserang oleh Garuda. Beliau membuka negeri Langkasuka dan
diangkat menjadi raja. Beliau pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya, Raja
Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya kepada Kedah
Zamin Turan.

Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong


Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja
Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga,
seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda
mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang
memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai
hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak
menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha
Inderawangsa. Seterusnya, putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan
gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah
sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang
kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja
ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya
menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani
menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.
6.0 Dapatan Kajian

Bil Peribahasa DURASI

1 Bak telur di hujung tanduk


2. Sudahlah hodoh, mulut berbau
Seperti burung besi di bilik
maharaja
Bak burung di angkasa
Harimau pun tidak memakan
anaknya

1.1 Sinopsis Hikayat Merong Mahawangsa 


Menurut Siti Hawa Hj. Salleh (1998),Hikayat Merong Mahawangsa
mengambil judulnya daripada nama seorang raja yang berasal dari Rom yang
dipercayai melahirkan dinasti Mahawangsa. Beliau menjadi sumber keturunan raja-
raja yang membuka negeri yang diberi nama Langkasuka yang kemudiannya lebih
dikenali sebagai negeri Kedah Zamin Turan. Hikayat ini dibahagikan kepada lima
bahagian. Pada bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan
negeri mengikut mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai
masyarakatnya, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang
berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah diceritakan nenek moyang raja-
raja Kedah yakni Raja Merong Mahawangsa. Beliau dikatakan mempunyai hubungan
kekeluargaan dengan Raja Rom serta menjadi pembesar kepercayaannya. Raja
Merong Mahawangsa telah diarahkan untuk mengiringi angkatan Putera Raja Rom ke
negeri China untuk meminang Puteri Raja China. Namun begitu, rombongan tersebut
telah diserang dan dimusnahkan oleh Geroda yang telah bersumpah di hadapan Nabi
Allah Sulaiman bahawa ia akan menghalang Raja Rom daripada memperlihatkan
kebesarannya dengan berbesan dengan Raja China. 

  Usaha Geroda tidak membuahkan hasil kerana Putera Raja Rom dan Puteri
Raja China dipertemukan di Langkapuri. Sementara itu, Raja Merong Mahawangsa
pula diterima sebagai Raja di Langkasuka. Baginda hanya meninggalkan negeri itu
kepada puteranya iaitu Raja Merong Mahadipusat setelah dewasa dan layak
memerintah negeri. Seterusnya, Raja Merong Mahadipusat memenuhi pesanan
ayahandanya untuk meneruskan pemerintahan di negeri itu. Raja Merong
Mahadipusat telah mendapat empat cahaya mata. Baginda mengarahkan putera
sulungnya membuka negeri Siam, putera kedua membuka negeri Perak, anakandanya
yang ketiga seorang puteri membuka negeri Patani sementara putera yang bongsu
tinggal bersamanya di Kedah dan menggantikan ayahandanya bila baginda mangkat
dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Meskipun pengarang tidak menyebut
perkaitan antara negeri Kedah dengan negeri Perak dan Patani, namun pengarang
menggambarkan wujudnya pertalian yang erat antara negeri Kedah dengan negeri
Siam. 

  Hal ini terbukti melalui penghantaran bunga emas dan bunga perak dari negeri
Kedah kepada Siam apabila Raja Seri Mahawangsa mendapat berita kekanda
sulungnya mendapat putera. Sejak peristiwa ini, Raja Kedah memerintahkan supaya
tradisi menghantar bunga emas itu diteruskan hinggan ke akhir zaman setiap kali
mendapat putera. Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah puteranya yakni Raja Seri
Maha Inderawangsa menentang perintahnya dengan berkahwin dengan puteri
berbangsa gergasi. Melalui perkahwinan inilah telah melahirkan Raja Bersiung. Raja
Ong Maha Perita Deria atau lebih terkenal sebagai Raja Bersiung menjadi raja yang
zalim terhadap rakyatnya sendiri dan tersingkir dari takhta. Baginda pula diganti oleh
puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa. Dalam zaman pemerintahan Raja Phra Ong
Mahawangsa, negeri Kedah menerima Islam yang dibawa oleh Syeikh Abdullah.
Baginda merupakan raja Kedah pertama yang memeluk Islam dan menukar namanya
kepada Sultan Muzalfal Syah. Setelah selesai meletakkan asas keislaman di negeri itu,
Syeikh Abdullah pulang ke Baghdad. Sultan Muzalfal Syah diganti oleh puteranya
bergelar Sultan Muazzam Syah. Hikayat diakhiri dengan jurai keturunan raja-raja
yang memerintah Kedah hingga ke Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, raja yang
memerintah semasa hikayat ini disalin kali terakhir.

2.0 CIRI-CIRI HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA 

Sesebuah karya kesusasteraan diangkat sebagai karya agung adalah berdasarkan ciri-
ciri yang ada pada karya berkenaan. Berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa,
beberapa ciri-ciri khusus yang ada pada karya tersebut telah dikaji, meliputi aspek
pemikiran, falsafah, nilai budaya dan pandangan hidup, estetika dan seni
kepengarangan dan nilai ilmu. 

2.1 Pemikiran dalam Hikayat Merong Mahawangsa 

Pemikiran dalam sesebuah karya boleh didefinisikan sebagai sebuah subjek yang
dibawa oleh pengarang melalui idea dan pengalaman serta gabungan antara imaginasi
dan kreativiti yang akhirnya divisualkan menjadi tema dan persoalan bagi sesebuah
karya yang dihasilkan (Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd. Rahman Napiah, Mohd
Rashid Md Idris, 2016). Secara mudahnya, pemikiran dapat dikaitkan dengan perkara
utama atau tema dan persoalan yang ingin disampaikan dalam sesebuah karya. Selain
itu, pemikiran juga dapat dikaitkan dengan mesej yang ingin disampaikan oleh
pengarang kepada pembaca dalam sesebuah karya. Istilah pemikiran itu pada asalnya
terbit daripada kata akar ‘fikir’ (S. Othman Kelantan, 1997). Perkataan itu berasal dari
istilah Arab ‘fikrun’ atau ‘aftar’. Dua perkataan ini membawa maksud ‘fikiran’.
Menurut S. Othman Kelantan (1997) lagi, kalimat fikir dan fikiran itu diertikan
sebagai “ingatan, angan-angan, renung, akal; anggapan, pendapat, sangka, kira, daya
berfikir, akal, ingatan, hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan, upaya, muslihat”.
Selain itu, S.Othman Kelantan (1997) turut menjelaskan bahawa pemikiran
merupakan satu fikiran atau idea yang muncul dan wujud dari golongan bijak pandai.
Golongan ini menggunakan akalnya dalam memikirkan konflik yang dihadapi oleh
masyarakat dalam lingkungannya, dan pemikiran tersebut dilebarkan oleh golongan
cerdik pandai ke luar lingkungannya. 

Anda mungkin juga menyukai