Anda di halaman 1dari 11

MODUL BH DIDIK SAINS FASA 1 2016

KERTAS 2

Mulai 2016, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah memperkenalkan Format Baharu Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR). Kertas Sains telah dipecahkan kepada Kertas 1 dan Kertas 2. Bagi tujuan menguasai teknik
menjawab Kertas 2 Sains UPSR 2016, setiap calon perlu memahami FORMAT BAHARU, JENIS dan BIDANG soalan
yang akan ditanya dalam Kertas 2 Sains UPSR.

A. FORMAT BAHARU KERTAS 2 SAINS 018/2

B KATA TUGAS SOALAN (ARAHAN) DAN TINDAKAN

Bil Kata Tugas Soalan Kata Kunci Jawapan


1 Nyatakan
2 Bagaimanakah
3 Adakah
4 Ramalkan / Apa akan berlaku
5 Manakah
6 Isikan
7 Mengapakah
8 Apakah
9 Tandakan
10 Bina
11 Lukiskan

B. JENIS SOALAN KERTAS 2


 Objektif pelbagai bentuk:
o Tandakan / pada jawapan yang betul.

Contoh:
Sesetengah syarikat mengambil jalan mudah dengan membuang sisa kilang mereka ke
dalam sungai. Pada pendapat kamu adakah tindakan syarikat-syarikat ini boleh diterima?

Ya Tidak

o Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Contoh:
Isikan Rajah 1 dibawah dengan dua jenis sumber tenaga.

Angin

Ombak
Sumber tenaga

Nuklear

Bateri Rajah 1
Makanan

o Padankan maklumat-maklumat di bawah dengan betul.


Nor meneruskan penyiasatan dengan menggunakan Roti B bagi melihat
pertumbuhan kulapuk di atas roti selama satu bulan.

Padankan maklumat dibawah-maklumat dibawah dengan betul.

Luas kawasan yang Pembolehubah


dilitupi kulapuk dimanipulasikan

Masa penyiasatan Pembolehubah


bergerakbalas

Jenis roti Pembolehubah


dimalar

 Respon terhad:
Contoh:

ͦ
C

Rajah 2

Nyatakan bacaan suhu dalam Rajah 2 di atas.

……………………………

 Respon berstruktur:
Contoh:

Sesetengah syarikat mengambil jalan mudah dengan membuang sisa kilang mereka ke
dalam sungai. Pada pendapat kamu adakah tindakan syarikat-syarikat ini boleh
diterima?

Ya Tidak

Berikan alasan anda.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………

C. BIDANG SOALAN KERTAS 2

a. Bidang Pengetahuan
 Dibawah bidang ini terdapat 6 konstruk soalan:
o Fakta
o Istilah
o Pengkelasan
o Urutan
o Pengkaedahan
o Prinsip
 Namun untuk Kertas 2, hanya konstruk Fakta dan Prinsip sahaja yang ditanya.
 Contoh soalan:

1. Fakta – Mengingat semula maklumat yang khusus serta maklumat yang terpisah-
pisah.
Contoh:

Rajah 1 menunjukkan sejenis haiwan.

Rajah 1

a) Nyatakan organ pernafasan haiwan tersebut.

…………………………………………………………………………………………………………………………..
2. Prinsip – Pengetahuan tentang idea utama, skim dan corak yang digunakan untuk
penyusunan atau pembentukan sesuatu seperti fenomena.

Contoh:

Rajah 2
Mengapakah alat dalam Rajah 2 boleh digunakan untuk mengukur masa?

………………………………………………………………………………………………………………………………….

b. Bidang Kefahaman.

 Dibawah Bidang Kefahaman terdapat 3 konstruk soalan:


o Penterjemahan
o Pentafsiran
o Ekstrapolasi
 3 konstruk ini juga kerap ditanya dalam Kertas 1 menerusi soalan objektif aneka pilihan.
 Dalam Kertas 2, konstruk Pentafsiran dan Ekstrapolasi juga akan ditanya:
 Contoh soalan:
1. Pentafsiran – Kebolehan menghubung kaitkan bahagian-bahagian dalam satu set
komunikasi dan meyatakan dalam bentuk lain dengan mengekalkan makna
komunikasi itu.

Contoh:

Simbiosis adalah hubungan rapat antara dua atau lebih haiwan yang saling memberi
manfaat antara satu sama lain.
Rajah 5

Berdasarkan Rajah 5 di atas, bagaimanakah bentuk simbiosis yang berlaku antara


dua spesies haiwan tersebut.

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

2. Ekstrapolasi – Kebolehan untuk menjangkau atau meluaskan aliran atau


kecenderungan, melampau data-data yang diberikan bagi menentukan, implikasi,
akibat, hasilan, kesan dan sebagainya mengikut keadaan-keadaan yang dihuraikan
dalam komunikasi asal.

Contoh:

Bahan X diperbuat daripada kain kapas, manakala Bahan Y diperbuat daripada


plastic. Kedua-dua bahan ini direndamkan ke dalam bikar yang berisi 200ml air.

Ramalkan paras air di dalam bikar Bahan X berbanding bikar Bahan Y.

Tandakan / pada jawapan yang betul.

Kurang dari Y

Lebih dari Y

Sama dengan Y

c. Bidang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


 Dibawah Bidang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi terdapat 4 konstruk soalan:
o Mengaplikasi
o Menganalisis
o Menilai
o Mencipta
 Semua konstruk KBAT ditanya dalam Kertas 2.
 Contoh soalan:
1. Mengaplikasi - menggunakan maklumat dalam situasi yang baharu.
Menunjukcara, menjalankan, ,menggunakan.

Rajah 6 di bawah menunjukkan sebatang paku yang diletakkan diatas kapas


lembab.

Rajah 6
Apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan paku itu dari berkarat
sebelum meletakkanya di atas kapas lembab?

………………………………………………………………………………………………………………………

2. Menganalisis – Mencerakinkan maklumat kepada komponen-komponen untuk


memahami struktur organisasinya dan perhubungan antara komponen.
Membanding beza, mengurus, menyelesaikan masalah, menghuraikan.

Pernyataan dibawah berkaitan dengan Kempen “Selamatkan Bumi Kita”.

Penggunaan bekas polisterina sebagai pembungkus


makanan tidak digalakkan penggunaanya oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kenapa?

…………………………………………………………………………………………………………………….

3. Menilai – Membuat pertimbangan berdasarkan kriteria yang spesifik.


Mengkritik, membuat hipotesis, memberi hujah/pendapat, membuat
keputusan.

Sesetengah syarikat mengambil jalan mudah dengan membuang sisa kilang


mereka ke dalam sungai. Pada pendapat kamu adakah tindakan syarikat-syarikat
ini boleh diterima?

Ya Tidak

Berikan alasan anda.

………………………………………………………………………………………………………………….…………

4. Mencipta – menyatukan elemen untuk membentuk idea atau struktur yang


baharu. Merekacipta, menggabungkan, merangka, membina.

Rajah 7 di bawah menunjukkan sebuah rak kasut yang telah dibina oleh Yusaini
bersama rakan-rakannya menggunakan kotak terpakai.

Rajah 7

Cadangkan apakah yang perlu kamu ubah untuk meningkatkan ketahanan dan
kestabilan rak kasut ini.

……………………………………………………………………………………………………………………………………

d. Kemahiran Proses Sains (KPS)


 KPS 1: Pemerhatian : Pemerhatian berdasarkan stimulus serta pemerhatian
lain/tambahan untuk menyokong inferens.

Contoh soalan:

Nor dan rakan-rakannya menjalankan satu penyiasatan tentang proses hidup


mikroorganisma. Maklumat dibawah menunjukkan langkah-langkah penyiasatan.
Rajah 1 di menunjukkan keputusan penyiasatan selepas 2 minggu.

Langkah-langkah:

1. Semburkan air kepada Roti A sebanyak sekali semburan, Roti B dua kali dan Roti
C tiga kali.
2. Masukkan setiap roti ke dalam plastic lut sinar yang berbeza dan ikat. Biarkan
selama seminggu.

Roti A Roti B Roti C

Rajah 1

Keputusan penyiasatan selepas 1 minggu adalah seperti dalam Rajah 1.

a) Nyatakan satu pemerhatian berdasarkan keputusan penyiasatan ini.

…………………………………………………………………………………………………………………………….

 KPS 2: Mengelas: Mengelas objek mengikut kumpulan berdasarkan ciri-ciri dan


menyatakan perbezaan dan persamaan berdasarkan kriteria.

Contoh soalan:

Kelaskan objek-objek berikut berdasarkan sifat tarikannya terhadap magnet.

Klip kertas Plastesin Penyedut Paku tekan Rantai basikal


minuman

Bahan magnet Bahan bukan magnet

 KPS 3: Mengukur menggunakan nombor.

Contoh soalan:

Puan Salina telah ke pasar dan membeli beberapa jenis buah-buahan.


a) Rajah 3 menunjukkan berat keseluruhan buah-buah yang dibeli oleh Puan Salina.
Rajah 3

Nyatakan bacaan berat buah-buahan tersebut.

………………………………. Kg

 KPS 4: Membuat inferens: Membuat kesimpulan awal yang munasabah sama ada
benar atau tidak untuk menerangkan sesuatu pemerhatian.

Contoh soalan:

Asra menjalankan satu penyiasatan. 5 biji anak benih dimasukkan ke dalam Pasu X
manakala 15 biji anak benih dimasukkan ke dalam Pasu Y. Maklumat berikut
menunjukkan ketinggian anak benih selepas 2 minggu.

Gambar 2 pasu, Pasu X ada 5 anak benih yang subur dan


tinggi. Pasu Y ada 15 anak benih yang kurang subur,
rendah dan kurus. Labelkan Pasu X dan Pasu Y.

a) Berdasarkan keputusan penyiasatan, nyatakan satu inferens tentang


pemerhatian di atas.

……………………………………………………….……………………………………………………………………..

 KPS 5: Meramal: Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan data.

Contoh soalan:

Ramalkan keadaan seekor pepatung sekiranya kepalanya direndam di dalam air


selama 3 minit.

……………………………………………………..……………………………………………………………………………

 KPS 6: Berkomunikasi: Mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan,


jadual, graf atau rajah.

Contoh soalan:

Maklumat dibawah menunjukkan satu keputusan penyiasatan.

Permukaan berpasir : Kereta mainan bergerak sejauh 5 cm

Permukaan bertar : Kereta mainan bergerak sejauh 7 cm

Permukaan simen : Kereta mainan bergerak sejauh 15 cm

Permukaan kaca : Kereta mainan bergerak sejauh 25 cm


Berdasarkan maklumat diatas, bina satu carta palang untuk menunjukkan keputusan
penyiasatan tersebut.

 KPS 7: Menggunakan perhubungan ruang dan masa: Memperihalkan perubahan


parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat, jarak dan jsim dengan
masa.

Contoh soalan:

Rajah 7 dibawah menunjukkan perubahan bentuk bulan pada 15 hari yang pertama
setiap bulan Qamari.

Hari ke-3 Hari ke-7 Hari ke-11 Hari ke-15

Rajah 7

Nyatakan perubahan yang berlaku kepada saiz bulan yang dapat dilihat apabila masa
bertambah dari hari ke-3 hingga hari ke- 15.

……………………………………………………………………………………………………………………………………

 KPS 8: Mentafsir data: Membuat pernyataan tentang maksud ata atau pola atau corak
serta dapat menyatakan hubungan / kesimpulan antara pembolehubah berdasarkan
maklumat yang dikumpulkan.

Contoh soalan:

Rajah 8 menunjukkan satu carta palang berkaitan bilangan pesakit penyakit


berjangkit bawaan tikus di Hospital Y pada setengah tahun pertama tahun 2015.
Bilangan pesakit bawa

Jan
Feb
Mac

Mei
Jun
Rajah 8

a) Apakah pola bilangan pesakit penyakit berjangka bawaan tikus pada empat
bulan pertama?

…………………………………………………………………………………………………………………………….
 KPS 9: Mendefinisi secara operasi: Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep atau
istilah dengan menyatakan perkara yang diperhatikan.

Contoh soalan:

Jadual 9 menunjukkan keputusan penyiasatan Hani terhadap tiga jenis bahan W, X


dan Y dengan menggunakan kertas litmus biru dan merah.

Bahan Perubahan warna kertas litmus


Merah Biru
W Merah Merah
X Merah Biru
Y Biru Biru

Berdasarkan Jadual apakah yang kamu faham tentang sifat kimia Bahan Y?

………………………………………………………………………………………………………………………….

 KPS 10: Mengawal pembolehubah: Menyatakan pembolehubah yang perlu digunakan


dalam penyiasatan atau pembolehubah dimanipulasi atau pembolehubah bergerak
balas dan pembolehubah yang dimalarkan.

Contoh soalan:

Nor dan rakan-rakannya menjalankan satu penyiasatan tentang proses hidup


mikroorganisma. Maklumat di bawah menunjukkan langkah-langkah penyiasatan.
Rajah 10 di menunjukkan keputusan penyiasatan selepas 2 minggu.

Langkah-langkah:

1. Semburkan air kepada Roti A sebanyak sekali semburan, Roti B dua kali dan Roti
C tiga kali.
2. Masukkan setiap roti ke dalam plastik lut sinar yang berbeza dan ikat. Biarkan
selama seminggu.

Roti A Roti B Roti C

Rajah 13

Nyatakan dua pembolehubah yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini.

……………………………………………………………………………………………………………..
 KPS 11: Membuat Hipotesis: Membuat satu pernyataan umum tentang hubungan
antara pembolehubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau
peristiwa.

Contoh soalan:

Nor meneruskan penyiasatan dengan menggunakan Roti B bagi melihat


pertumbuhan kulapuk di atas roti selama satu bulan.

Padankan maklumat dibawah-maklumat dibawah dengan betul.

Luas kawasan yang Pembolehubah


dilitupi kulapuk dimanipulasikan

Masa Pembolehubah
bergerakbalas

Jenis roti Pembolehubah


dimalar

Cadangkan satu hipotesis yang boleh diuji oleh Nor dalam penyiasatan ini.

………………………………………………………………………………………………………………......

 KPS 12: Mengeksperimen : Menetukan peralatan yang diperlukan bagi sesuatu


eksperimen dan menyatakan langkah-langkah serta melaporkan keputusan
eksperimen yang telah dijalankan.

Contoh soalan:

Rajah 12 menunjukkan beberapa radas yang akan digunakan untuk menjalankan


satu eksperimen.

Tambah gambar penunu Bunsen, tungku kaki tiga

Berdasarkan radas-radas di atas,

a) Apakah tujuan penyiasatan ini?

………………………………………………………………………………………………………………………….
b) Nyatakan pembolehubah;
i. dimanipulasikan :……………………..………………………………………………………..

ii. bergerakbalas : ……………………..……………………………………………………….

iii. dimalarkan : ………………………………………………………………………………

c) Bina satu hipotesis berdasarkan penyiasatan di atas.

…………………………………………………………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………………………………………………………………...

FAKTA
PENGETAHUAN
PRINSIP

PENTAFSIRAN
KEFAHAMAN
EKSTRAPOLASI

MENGAPLIKASI

KEMAHIRAN BERFIKIR MENGANALISIS


ARAS TINGGI
(KBAT) MENILAI

MENCIPTA
BIDANG SOALAN
KERTAS 2 PEMERHATIAN

MENGELAS

MENGUKUR
MENGGUNAKAN
NOMBOR

MEMBUAT INFERENS

MERAMAL

BERKOMUNIKASI
KEMAHIRAN PROSES
SAINS MENGGUNAKAN
(KPS) PERHUBUNGAN
RUANG DAN MASA

MENTAFSIR DATA

MENDEFINISI SECARA
OPERASI

MENGAWAL
PEMBOLEH UBAH

MEMBUAT HIPOTESIS

MENGEKSPERIMEN

Anda mungkin juga menyukai