Anda di halaman 1dari 2

Alhamdulillah, syukur Ke hadrat Allah S.W.

T kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama-


sama pada petang ini dalam majlis perasmian pembukaan Karnival Kesenian Murid
Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2021. Pertama sekali, bagi pihak Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pejabat Pendidikan
Daerah Penampang atas kejayaan mengelolakan karnival kesenian ini dengan kerjasama
Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Sebagai makluman, karnival
ini akan bermula pada hari ini sehingga 18 November 2021 secara dalam talian.

Para hadirin dan hadirat sekalian,

Karnival ini merupakan satu program yang menjadi medium untuk mempamerkan
kepelbagaian aktiviti seni budaya etnik khususnya di negeri Sabah. Karnival ini merangkumi
pameran seni visual dan persembahan kebudayaan berbentuk persembahan ‘Pocket Show’
yang menampilkan persembahan tari, muzik dan juga teater.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Karnival Kesenian Murid Malaysia ini akan melibatkan gabungan persembahan daripada
murid-murid sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dari seluruh negeri Sabah. Karnival ini
merupakan usaha Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk membentuk perpaduan dan
integrasi kaum melalui penghargaan terhadap seni budaya dalam menyemarakkan aktiviti
kokurikulum dalam kalangan murid-murid tanpa mengira bangsa dan keturunan di negeri
Sabah. Program ini dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian memandangkan fasa
pemulihan pencegahan jangkitan wabak COVID-19 masih dilaksanakan di seluruh negara.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Tema Karnival Kesenian Murid Malaysia pada tahun ini ‘Serlahkan Potensimu’
adalah selaras dengan matlamat utama pelaksanaan program ini untuk mengetengahkan
potensi dan bakat murid tanpa halangan di pelbagai peringkat dalam memartabatkan warisan
seni budaya bangsa berteraskan integrasi perpaduan kaum melalui aktiviti kokurikulum.

Program ini juga dilaksanakan bagi menggalakkan murid bergerak aktif walaupun
dalam keadaan masih dilanda Pandemik COVID-19 dan merupakan antara alternatif untuk
mengisi masa lapang murid. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan pencapaian
markah murid dalam Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) peringkat
negeri. Diharapkan juga, melalui pelaksanaan program ini, murid akan dapat mempamerkan
bakat serta potensi diri dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Seterusnya, dapat memupuk
semangat cintakan kesenian dan kebudayaan, membina sahsiah dan ketrampilan personaliti
dan secara langsung memberi pengalaman kepada murid agar dapat mengadakan
persembahan pada peringkat yang lebih tinggi.

Para hadirin dan hadirat sekalian,

Akhir kalam, sebelum mengakhiri ucapan saya pada petang ini, saya sekali lagi ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa pengelola Karnival Kesenian
Murid Malaysia Peringkat Negeri Sabah. Terima kasih ini juga saya ucapkan kepada semua
hadirin yang sudi meluangkan masa memeriahkan karnival ini secara dalam talian. Semoga
karnival seumpama ini dapat memacu kejayaan murid agar dapat bersaing di peringkat yang
lebih tinggi.

Mari mendaki ke Gunung Jerai,


Mendaki bersama kawan dan rakan;
Karnival Kesenian membuka tirai;
Mari bersama kita raikan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai