Anda di halaman 1dari 19

SP6302

Ijma’
21GO1014 NUR HASYIMAH BINTI HAJI JAHAIR
21GO1015 NUR IFFAH AFIQAH BINTI ABDUL RAHMAN
Pengertian Ijma’
Bahasa Istilah
Azam, keinginan, kesepakatan para ulama
kesungguhan atau tekad mujtahid daripada umat
yang bulat dalam Nabi Muhammad
menghasilkan sesuatu Sallallahu Alaihi Wasallam
mengenai hukum syara’
tentang sesuatu masalah
atau kejadian selepas
kewafatan baginda
Firman Allah Subhanahu Wa Taala :

(‫) ﻓَﺄ َ ْﺟ ِﻣﻌ ُ ٓو ۟ا أ َ ْﻣ َرﻛُ ْم َوﺷُ َر َﻛﺂ َءﻛُ ْم‬


“Kerana itu bulatkanlah keputusanmu dan
(kumpulkanlah) sekutu-sekutumu (untuk
membinasakanku)” - Surah Yunus : 71

Sabda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam :

"‫ﻻ ﺻﯾﺎم ﻟﻣن ﻟم ﯾﺟﻣﻊ اﻟﺻﯾﺎم ﻣن‬


“Tidak berlaku puasa bagi orang yang tidak bertekad
‫"اﻟﻠﯾل‬
kuat untuk berpuasa dari malam hari”
Syarat Ijma’
Hendaklah ahli Ijma’ itu Kesepakatan itu
semuanya daripada golongan muncul dari mujtahid
ulama mujtahid dalam bidang yang bersifat adil
yang dibincangkan.

Yang melakukan Ijma’ Mujtahid yang terlibat


adalah orang-orang yang adalah yang berusaha
memenuhi persyaratan menghindarkan diri
ijtihad dari ucapan atau dari
perbuatan bid’ah.
Mujtahid Kelayakan
✔ Mengetahui Bahasa Arab sedalam-dalamnya

✔ Mahir dalam hukum-hukum Al-Quraan (menguasai ilmu


Usul Fiqh)

Pengganti Rasulullah SAW dalam membentuk ✔ Memahami akan isi dan maksud Al-Quraan
hukum ugama = golongan Tab’in keseluruhannya

Orang-orang yang bertugas mengeluarkan ✔ Mengetahui Asbab al-Nuzul setiap ayat-ayat Al-Quraan

hukum dari Al-Quraan dan Hadis


✔ Mengetahui Hadis-hadis Rasulullah SAW sekurang-
kurangnya apa yang telah termaktub dalam kitab-kitab
Penguatkuasaan berdasarkan kepercayaan hadis yang 6. : Sahih al-Bukhari , Sahih Muslim, Sunan al-
orang ramai Tarmizi, Sunan al-Nasa’I, Sunan Abu Daud, Sunan Ibn
Majah

✔ Berkemampuan membezakan antara hadis-hadis


maudhu’ ( yang dibuat oleh musuh Islam ), mana hadis
yang kuat, mana hadis yang lemah.

✔ Mengkaji dan mengetahui akan fatwa-fatwa imam


mujtahid yang terdahulu dalam masalah-masalah yang
dihadapi.
Kedudukan Ijma’ sebagai Dalil hukum

Para Ulama sepakat bahawa Ijma’ sah dijadikan sebagai dalil hukum.
Menurut Jumhur, Ijma’ dianggap sah dengan adanya kesepakatan dari majority ulama
mujtahid.

Dalil Al-quraan :
“ Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (ugama) Allah , dan janganlah kamu bercerai-berai”

( Surah Al-Imran : 103 )


Kehujahan Ijma’
Ijma adalah sumber ketiga di dalam perundangan Islam.
Hal tersebut menyatakan terdapat nas dan ayat yang dirujuk daripada Al-Quraan dan Sunnah
Dalil
FirmanAl-quraan : Wa Taala :
Allah Subhanahu

‫وﻣن ﯾﺷﺎﻗق اﻟرﺳول ﻣن ﺑﻌد ﻣﺎ ﺗﺑﯾن ﻟﮫ اﻟﮭدى وﯾﺗﺑﻊ ﻏﯾر ﺳﺑﯾل اﻟﻣؤﻣﻧﯾن ﻧوﻟﮫ ﻣﺎ ﺗوﻟﻰ وﻧﺻﻠﮫ ﺟﮭﻧم‬
‫)) وﺳﺎءت ﻣﺻﯾرا‬
Maksudnya :
“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan
yang bukan jalan orang-orang mukmin, kami biarkan dia leluasa terhadap kesesatan yang telah
dikuasainya itu dan Kami masukkan dia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat
kembali.”

Ayat diatas menjelaskan bahawa Allah Subhanahu Wa Taala memberi ancaman ke atas sikap yang
menentang jalan orang mukmin. Ertinya, jalan-jalan orang beriman merupakan jalan yang wajib diikuti.
Inilah yang dimaksudkan dengan makna Ijma’.
Kehujahan Ijma’
Dalil Hadis :

Terdapat hadis yang berbagai bentuk dan difahami oleh umat Islam dan ulama mujtahid.
Amatlah mustahil bagi mereka untuk bersepakat kepada perkara yang salah dan batil. 

Sabda Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam :

‫))ﻻ ﺗﺟﻣﻌوا أﻣﺗﻲ ﻋﻠﻰ اﻟﺧطﺎء‬

Maksudnya :
“Umatku tidak sepakat terhadap satu kesalahan,” 

Dalam hal ini adalah suatu jaminan terhadap hukum Ijma’ yang membawa erti ia wajib di
amalkan.
Pembahagian Ijma’
Ijma’ Sarih Ijma’ Sukuti
Dikenali sebagai Ijma’ Hakiki
Sebahagian ulama mujtahid mengeluarkan
Persepakatan semua ulama mujtahid pada suatu pendapat dan persetujuan mereka secara
masa yang ditentukan dalam masalah hukum agama, terang-terangan
baik dalam bentuk perbuatan , perkataan, melalui
tulisan atau melaksanakan hukum yang dibincangkan Sebahagian ulama mujtahid lain mendiamkan
secara terang-terangan diri, tidak menyatakan pendapat, tidak
mengingkari dengan jelas dan tidak
Jenis Ijma’ ini menjadi hujjah yang Qath’iy yang tidak menyatakan persetujuan dengan terang
boleh ditentang dan dibatalkan
Ijma Sukuti
terdapat 3 pendapat :

Imam Syafie dan Pendapat majority Pendapat sebahagian


ulama Malikiyyah ulama Hanafiyyah ulama Hanafiyyah dan
dan Ulama Hanabilah sebahagian ulama
Syafi’yyah

Ijma’ sukuti Ijma’ sukuti dianggap Ijma’ sukuti tidak termasuk


bukanlah Ijma dan sebagai hujjah qath’iy yang ijma’. Akan tetapi sebatas
tidak dianggap tidak boleh ditentang hujjah zhanni.
sebagai hujjah zhanni kerana posisinya sama
dengan Ijma’ sarih.
Syarat Ijma’ Sukuti :

1 2 3
Mestilah melalui satu Tidak ada unsur-unsur Jelas ulama mujtahid
masa yang cukup untuk yang menakutkan mujtahid tersebut semata-mata diam
berfikir atau membuat lain dalam mengeluarkan dan bukan menolak
kajian dan rumusan pendapat.
tentang masalah yang
diputuskan itu.
Ijma’ dalam pandangan
Imam Mazhab Imam Syafi’e
Imam syafi’e menjadikan ijma’ sebagai sumber hukum Islam
atau hujjah yang ketiga setelah al-Quran dan Sunnah. Qiyas
menduduki tempat yang terakhir kerana beliau
berpendapat qiyas lebih lemah dari ijma’.

Kesepakatan ulama suatu zaman tertentu terhadap satu


masalah hukum syarie dengan bersandar kepada dalil.

Ijma’ pertama yang digunakan oleh Imam Syafi'e ialah ijma’


para sahabat.

Apabila masalah yang sudah disepakati bertentangan


dengan Alquran dan Sunnah maka tidak ada hujjah padanya.

Imam Syafi’e menyimpulkan bahawa tidak dapat seorang


mendakwakan ijma’ kecuali pada sekumpulan fardu yang
telah ditetapkan agama.
Imam Malik
Imam Malik berpendapat ijma’  adalah sumber hukum yang  ketiga ketika tidak ada dalam al-Qur'an dan
sunnah mutawatir. Ijma’ diertikan sebagai perkara-perkara yang disetujui oleh ulama fiqih dan ahli ilmu
pengetahuan dan mereka tidak berselisih di dalamnya.
Menurut Imam Malik, Ijma’ penduduk madinah yang dapat dijadikan hujjah iaitu ijma’ mereka
terhadap masalah-masalah yang telah ditetapkan Rasulullah s.a.w.

• Imam Malik berpendapat bahawa ijma tersebut boleh dijadikan hujjah kepada semua perkara kerana
Madinah merupakan tempat tinggal Rasulullah s.a.w dan tempat tinggal para sahabatnya.
• Orang-orang Madinah lebih mengetahui hukum-hakam yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w
kerana mereka mengikuti perkembangannya.
• Para Sahabat dan Tabi’in lebih tahu tentang bagaimana cara hidup Rasulullah s.a.w lebih-lebih lagi
mereka yang tinggal di Madinah mengalami secara langsung peristiwa al-Quran diturunkan dan
bagaimana Rasulullah s.a.w menafsirkan dan mengamalkan ajaran yang disampaikan kepadanya.

Di kalangan Mazhab Maliki, Ijma’ ahl al-madinah lebih diutamakan dari pada khabar ahad, sebab Ijma’
ahl al-madinah merupakan pemberitaan oleh jama’ah sedang khabar ahad hanya merupakan
pemberitaan perseorangan.
Imam Hanafi
Imam Hanafi mendefinasikan sama seperti yang diertikan oleh jumhur ulama sunni lainnya iaitu
kesepakatan para mujtahid ulama islam di suatu masa sesudah masa Nabi s.a.w terhadap suatu urusan.

Menurut penegasan ulama Hanafiyyah bahawa Ijma’ Abu Hanifah adalah salah satu hujjah agama dan
mereka tidak membezakan antara bahagian-bahagian ijma’ (Ijma Qauli dan Ijma Sukuti). Imam
Hanafiyyah menetapkan Ijma’ hanya melalui logik (dalil akal).

Kedudukan ijma’ sebagai sumber hukum ini diinspirasi dari surat An-Nisa ayat 59:

‫ﺷ ْﻰ ٍء ﻓَ ُرد ﱡوه ُ ِإﻟَﻰ ٱ ﱠ ِ َو ﱠ‬


‫ٱﻟرﺳُو ِل ِإن‬ َ ‫ٱﻟرﺳُو َل َوأ ُ ۟و ِﻟﻰ ْٱﻷ َ ْﻣ ِر ِﻣﻧﻛُ ْم ۖ ﻓَﺈِن ﺗ َ ٰﻧَزَ ْﻋﺗ ُ ْم ِﻓﻰ‬ ‫وا ﱠ‬ ۟ ُ ‫وا ٱ ﱠ َ َوأ َ ِطﯾﻌ‬ َ ‫ٰ ٓﯾَﺄَﯾﱡ َﮭﺎ ٱﻟﱠ ِذ‬
۟ ُ ‫ﯾن َءا َﻣﻧ ُ ٓو ۟ا أ َ ِطﯾﻌ‬
‫ﯾﻼ‬ َ ‫اﺧ ِر ۚ ٰذَ ِﻟ َك َﺧﯾ ٌْر َوأ َ ْﺣ‬
ً ‫ﺳ ُن ﺗ َﺄ ْ ِو‬ ْ ‫ون ِﺑﭑ ﱠ ِ َو ْٱﻟﯾَ ْو ِم‬
ِ ‫ٱل َء‬ َ ُ ‫ﻛُﻧﺗ ُ ْم ﺗُؤْ ِﻣﻧ‬
Kedudukan ijma’ sebagai sumber hukum islam didasarkan oleh hadis Nabi s.a.w yang menegaskan
bahwa pada hakikatnya ijma’ adalah milik umat Islam secara keseluruhan. Imam mujtahid merupakan
wakil umat dalam memutuskan hukum. Tentunya mereka sebagai wakil umat tidak mungkin berdusta
atau berbuat kesalahan yang disengaja. Sebagaimana hadis Nabi Muhammad s.a.w:

(‫ﻣﺎ رآه اﻟﻣﺳﻠﻣون ﺣﺳﻧﺎ ﻓﮭو ﻋﻧد ﷲ ﺣﺳن )رواه أﺣﻣد‬


Imam Ahmad
Imam Ahmad bin Hanbal membagi ijma’ kepada dua:

• Pertama ijma’ Al-Ulya iaitu ijma’ para sahabat.


Beliau mengatakan ini dapat menjadi hujjah/sumber hukum disebabkan tidak mungkin para sahabat
mengingkari  Al-Quran dan Sunnah  karena merekalah para perawi. Namun Imam Ahmad tidak
mengakui keberadaan ijma’ setelah zaman sahabat. Karena tidak mungkin terjadi kesepakatan
dengan luasnya jangkauan daerah Islam. 

• Kedua adalah pendapat yang masyhur yang tidak diketahui ada yang menyalahinya, sehingga
disebutkan dengan istilah "ijma".
Ahmad menolak pemberian istilah ijma’ terhadap kategori kedua ini, sebab bila kemudian diketahui
ada pendapat yang berbeda, maka batallah statusnya sebagai ijma. Tentang hal ini, putra Ahmad
(Abdullah) menyampaikan ucapan Ahmad:
"Siapa yang mendakwakan, terjadinya ijma’, maka dia telah berdusta. Sesungguhnya tabiat manusia
adalah berbeda pendapat. Ada pendapat yang diketahui dan ada pula yang belum diketahui oleh
seseorang. Untuk itu bila ditemui kesamaan pendapat yang masyhur, hendaklah katakan "Saya
belum mengetahui ada pendapat yang menentangnya". 

Imam Ahmad berpendapat bahawa ijma tidak mungkin terjadi dan sangat susah untuk
mengetahuinya kerana ijma’ tidak mungkin terjadi selain dari pada masa sahabat.
“Dari Abu Hurairah Ra, ia berkata bahwa setelah Rasulullah s.a.w wafat, Abu Bakar al-
Shiddiq menggantikannya dalam urusan kepemimpinan atas umat Islam. Banyak
kelompok-kelompok dari bangsa Arab yang kafir (keluar dari ajaran Islam dengan
terang-terangan). Umar berkata, “Bagaimana bisa engkau memerangi orang lain
sedangkan Rasulullah s.a.w telah bersabda, “ Saya diperintahkan untuk memerangi
manusia sampai mereka berkata bahwa tiada tuhan selain Allah. Siapa yang
mengatakan demikian maka terlindungilah dariku harta dan darahnya. Maka
penghitungan (amalannya) hanyalah pada Allah swt.” Abu Bakar menjawab, “ Demi
Allah saya tetap memerangi orang-orang yang memisahkan antara  shalat dan zakat,
sebab sesungguhnya zakat adalah hak harta dan hak Allah. Kalaulah seseorang
menghalangi langkahku dengan mengadukannya pada Rasulullah s.a.w maka akan ku
bunuh dia.” umar bin Khattab kemudian berkata, “ Tidaklah pada yang demikian
kecuali aku melihat Allah swt telah melapangkan dada Abu Bakar al-Shiddiq untuk
berperang. Dana aku sadar bahwa ia dalam kebenaran.” ( HR.Muslim).

Memerangi orang yang


tidak mau membayar zakat
Imam Malik dalam Al-Muwatta’ meriwayatkan sebuah atsar (perkataan/perbuatan
Sahabat), Tulaihah Al Asadiyah istri dari Rasyid As-Tsaqafi ditalak oleh suaminya
lalu Tulaihah menikah dengan seorang laki-laki dalam kondisi masa iddah, lalu
Umar bin Khattab memukulnya dan memukul suaminya dengan beberapa pukulan
dan menceraikan kembali keduanya. Umar lalu berkata, “Perempuan mana saja
yang menikah saat masa iddah apabila belum terjadi hubungan intim maka dipisah
keduanya sampai perempuan menyelesaikan iddah yang tersisa dari suami
pertama lalu (setelah selesai masa iddah) apabila berkehendak maka si pria boleh
melamar dan menikahinya. Tapi apabila sudah terjadi hubungan intim, maka harus
dipisahkan lalu si wanita menyelesaikan sisa waktu iddah dari suami pertama, lalu
melakukan iddah dari yang kedua, lalu tidak boleh menikah dengan pria kedua
selamanya. 

Pernikahan seorang wanita


yang sedang dalam ‘iddah
Ijma’ Kontemporari
Ijma’ adalah sumber penting dari sumber-sumber fikih Islam, dan salah satu
dari dalil hukum-hakam yang dinyatakan sahih serta diperhitungkan.
Dengan begitu, dengan ijma boleh mengetahui pelbagai hukum syari’e dari
pelbagai peristiwa baru yang banyak terjadi di masa sekarang.
Hanya saja upaya memanfaatkan ijma’ tidak mungkin boleh terwujud begitu
saja kecuali jika sekumpulan ulama ditemukan, lalu dipaparkan beragam
permasalahan kepada mereka hingga boleh mengenali pendapat-
pendapat mereka
KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai