Anda di halaman 1dari 2

KISAH NABI ADAM DAN HAWA

Bismillahirrahmanirrahim..
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh...
Terima kasih tuan pengerusi majlis, parisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,guru-
guru, rakan-rakan, dan sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian.
Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk ‘Kisah Nabi Adam
dan Hawa’.
Kawan-kawan nak tahu tak kisah Nabi Adam dan Hawa?
Nabi Adam AS merupakan manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT di syurga.

Sebelum menciptakan Nabi Adam, Allah SWT telah mencipta malaikat dan iblis.
Malaikat diciptakan dari cahaya, sedangkan iblis diciptakan dari api.

Nabi Adam AS diciptakan dari tanah. Ia diberi keistimewaan dan pengetahuan oleh
Allah tentang alam semesta yang tidak diberikan kepada makhluk lain. Oleh kerena
itulah, ia diciptakan untuk menjadi pemimpin (khalifah) di bumi.

Karena keistimewaan yang dimilikinya, Allah SWT memerintahkan para malaikat, iblis
dan jin untuk bersujud pada Nabi Adam.

Namun, Iblis enggan menuruti perintah Allah swt itu. Maka jadilah Iblis sebagai makhluk
yang dilaknat oleh Allah swt.

Tinggallah Nabi Adam bersama para malaikat di syurga.

Kawan-kawan,
keindahan syurga tidak dapat digambarkan, namun hidup seorang diri membuatkan
Nabi Adam berasa kesunyian.
Lantas Allah SWT menciptakan Hawa daripada tulang rusuk kirinya untuk menemani
Adam hidup di syurga.
Adam dan Hawa pun menikah dan mereka hidup bahagia di syurga dan boleh makan
apa sahaja buah-buahan yang ada di syurga tetapi Allah melarang Adam dan Hawa
memakan buah khuldi.
Allah berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan
makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan
janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah
kamu dari golongan orang-orang yang zalim".
(Al-Baqarah ayat 35)
Bertahun-tahun lamanya Adam dan Hawa hidup dengan patuh, tapi syaitan tak pernah
berhenti menggoda mereka agar makan buah khuldi.
Wahai Adam! Makanlah buah khuldi ini..! Wahai Hawa! Makanlah buah khuldi ini..!
Nabi Adam akhirnya tergoda, lantas memetik buah khuldi dan memakannya bersama
Hawa.
Mengetahui hal ini, Allah SWT sangat marah. Allah menghukum Nabi Adam dan Hawa,
mereka dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi.
Setelah diusir dari syurga, Adam dan Hawa berasa sangat menyesal. Mereka pun
bertaubat, memohon keampunan daripada Allah.
‘Memohon taubat penuh keikhlasan, akhirnya taubat diterima Tuhan’.
Kawan-kawan, berdasarkan kisah ini pengajarannya ialah:
1) Kita hendaklah yakin dan percaya dengan keesaan Allah yang menciptakan
segala yang ada di langit dan di bumi.

2) Janganlah kita ingkar terhadap perintah Allah supaya kita tidak dimurkai
olehNya.

3) Janganlah kita mudah terpengaruh dengan hasutan syaitan.


4) Kita hendaklah sentiasa bertaubat kepada Allah kerana pintu taubat sentiasa
terbuka.

Terbang sekawan si burung nuri,


Hinggap sebentar di dahan meranti,
Hamba ingin mengundur diri,
Silap kata harap dimaafi. ( PANTUN )

Wabilahitaufiwalhidayah wassalamualaikum warahmatulahiwabarakatuh.


Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai