Anda di halaman 1dari 3

CADANGAN MENANGANI CABARAN KEARAH MERIALISASI

PENCAPAIAN MATLAMAT PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.

Meningkatkan profesionalisme perguruan

Adalah amat mustahak diingat golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa
menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi
cabaran-cabaran baru, disamping meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka
sebagai golongan pendidik yang dihormati dan disanjungi oleh murid, ibubapa dan
masyarakat.

Budaya mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang berkesan
menangani masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu
adalah di antara krisis pendidikan yang mencerminkan krisis profesionalisme
perguruan di negara-negara membangun khususnya di Malaysia memerlukan
resolusi yang lebih redikal dilakukan. Profesyen perguruan boleh dikatakan tidak
banyak mengalami perubahan dari segi inovasi dari segi teknologi walaupun
perkembangan teknologi maklumat berlaku dengan pesatnya dan dalam sektor-
sektor lain.Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat
profesyen di negara ini perlu di reformasikan supaya ia benar-benar mampu
menjadi agen perubahan kepada budaya literasi teknologi, khususnya bagi
melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap terbuka bagi
mengembangkan budaya saintifik.

Pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang


berwibawa dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah
pendidikan yang progresif, dapat mengembangkan profesionalisme perguruan yang
idealistik untuk membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai
kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai
kemajuan dan perubahan.

Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi
mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang
lain, profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi
penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang
sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesyen perguruan
perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah,
murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang besar kepada
pembangunan masyarakat setempat.

Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung
kepada profesyen perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif.
Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan

Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian


Pendidikan bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan.
Sistem peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan
akademik semata-mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta
potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan negara.

Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak


memberi gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu,
langkah-langkah perrlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan
aspek-aspek kognitif dengan menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis,
rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai, ketepatan fakta, penyelaisaian masalah,
aplikasi, membuat penilaian dan sebagainya.Konsep peperiksaan berterusan dalam
konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai kriteria keseluruhan mengukur
perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan cemerlang di samping
memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa kejayaan dan
penghargaan diri.

Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan bersifat
kosmetik tepi perubahan substantif supaya kurang berorientasikan peperiksaan.
Antaranya cadangan supaya tiga peperiksaan sekolah menengah dikurangkan
kepada dua. Ini akan mengurangkan tekanan.

1. Penggredan Universiti

Penggredan universiti sebagaimana yang diura-urakan oleh Kementerian


Pendidikan adalah satu langkah positif dan menunjukkan komitmen
kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi selaras dengan
wawasan pendidikan bertaraf dunia. Secara tidak langsung perlaksanaan
penggredan universiti ini menggalakkan universiti tempatan mengambil
inisiatif untuk mempertingkatkan kualiti dan status pengajaran pensyarah
dan profesor di universiti khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai
pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran.

Melatih semula pensyarah dan profesor khususnya dalam bidang baru


seperti teknologi maklumat, komputer, teknologi pendidikan adalah antara
langkah-langkah penting bagi meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dan
dianggap sebagai satu program perkembangan staf yang perlu dilaksanakan
oleh institusi pengajian tinggi yang ingin berkembang secara progresif dan
dinamis.
2. Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta

Penubuhan institusi pengajian tinggi swasta yang begitu banyak mempunyai


implikasi yang besar kepada perkembangan industri pendidikan negara.
Perlaksanaan program berkembar oleh insitusi-institusi swasta ini,
membolehkan wujudnya peluang pembelajaran yang lebih tinggi dari segi
penawaran kursus-kursus pengajian hasil dari kewujudan program
berkembar, sekaligus menyediakan penempatan pembelajaran yang lebih
banyak.

Sehubungan dengan ini, pendidikan di Malaysia tidak hanya akan


bergantung kepada universiti-universiti tempatan yang sedia ada sahaja.
Natijahnya, impian negara untuk melahirkan bakal-bakal pekerja berilmu
sebagaimana yang disuarakan oleh Perdana Menteri dapat direalisasikan.

Anda mungkin juga menyukai