Anda di halaman 1dari 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

FORMAT MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT KEMPAS


MINIT MESYUARAT PEMBUKAAN SEKOLAH
PENDIDIKAN KHAS BIL 4/2021

Tarikh : 28 September 2021

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Kelas Pendidikan Khas

Pengerusi : Puan Norzilah binti Abdul Kadir

Kehadiran(Bilangan) : 6/6

Hadir :Pn. Norzilah binti Abdul Kadir


Pn. Suraya Hanita binti Ab. Mutalib
Cik Fathiah Amani binti Fuzi
Cik Imanie Syahirah binti Kamrudin
Pn. Nurul Akmal binti Abdul Karim
Pn Fazlina binti Haidzir

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru dan pembantu pengurusan
murid yang hadir. Pengerusi berharap semua bersedia dalam semua aspek bagi
pembukaan sekolah pada 10 Oktober 2021.

2 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada

3 PENGURUSAN KECERIAAN KELAS

3.1 Kelas perlu dibersihkan dan diubahsuai mengikut keselesaan dan keceriaan
kelas.
3.2 Kesan cat dinding merekah di atap kelas perlulah dicabut dan dicat semula
supaya rekahan tidak jatuh ke bawah.
3.3 Ubahsuai kelas pendidikan khas supaya nampak seperti kelas serta alihkan meja
guru ke tepi.
3.4 Pasang hadangan (partition) baru untuk memisahkan bilik guru dan kelas murid.
3.5 Sofa minta dialihkan supaya tiada ruangan yang sempit di ruangan keluar masuk.
3.6 Langsir perlu dibuka untuk memastikan pengudaraan yang baik dan untuk
mengelakkan pembawaan Covid-19.
3.7 Kelas perlu dimop dan disanitasi.
3.8 Kelas Dedikasi perlu disusun supaya ruangan lebih besar. Jadi kelas Dedikasi

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

ditukar ke bilik guru manakala bilik guru ke kelas Dedikasi.


3.9 Memasang banner besar-besaran dengan menulis PENDIDIKAN KHAS di lorong
susur masuk serta banner ilmu mengenai pendidikan khas di atas setiap bumbung
laluan ke Pendidikan Khas.

4 HAL HAL LAIN


4.1 Guru dan PPM perlu hadir seminggu awal penuh ke sekolah sebelum pembukaan
sekolah untuk persiapan sekolah dan kelas.
4.2 Cik Imanie dan Puan Akmal akan diasingkan apabila buka sekolah sehingga
cukup dos vaksin.

5 PENUTUP
5.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.

Disediakan oleh,

….……………………………………..
(Fathiah Amani binti Fuzi)
Setiausaha

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai