4 DTS
Kelas:
Subjek: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
7 Rumusan 11
.
8 Rujukan 12
.
Penghargaan
Terlebih dahulu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada kedua-dua ibu bapa saya, David C. Gissong dan Doris A. Johnwyn atas sokongan
dan tunjuk ajar yang telah mereka berikan kepada saya.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
saya, Puan Jane Lupi atas segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau.
Tidak saya lupakan, rakan-rakan sekelas saya yang turut membantu saya dalam
menyiapkan folio ini.
1 Sejarah
Bola Baling:
Bola Baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang
telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czhoslovakia,
Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Permainan ini telah
diasaskan oleh Heizer di Jerman.
Permainan Bola Baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Sukan
ini diperkenalkan oleh Encik Lim Hock Han, iaitu Pengarah Unit Sukan Universiti
Malaya, setelah sekembalinya beliau dari Sukan Olimpik pada tahun 1977. Beliau juga
telah membawa balik rakaman permainan bola baling dari Temasya Sukan Olimpik itu.
Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan
En. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai Presiden MAHF yang pertama manakala En.
Kan Tong Leong sebagai Setiausaha Kehormatnya. Negeri Selangor merupakan negeri
yang pertama menubuhkan Persatuan Bola Baling Olimpik pada tahun 1981. Persekutuan
Bola Baling Malaysia telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Akta
Sukan Kebangsaan 1997, pada 27 Mei 2000.
2
- Latihan
* Tegakkan kedudukan badan, dengan kedua-dua belah kaki dijarakkan.
* Pegang bola dengan sebelah tangan di belakang kepala sambil fleksikan
siku.
* Ayunkan tangan yang memegang bola dari belakang ke hadapan
melintasi kepala.
* Lepaskan bola dan ikut lajak.
kemahiran:
• Hantaran Lantun
- Untuk mengelirukan pihak lawan dengan membuat hantaran secara mengejut -
Latihan kemahiran:
* Kedudukan badan dalam keadaan sedia.
* Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan pada aras bahu.
* Mata sentiasa memandang arah sasaran bola.
* Tolak bola ke bawah untuk melantun ke hadapan atau sisi.
• Hantaran Lompat
4
- Latihan kemahiran:
* Kedudukan badan dalam keadaan sedia.
* Kedua-dua tapak tangan dibuka dan dihulurkan ke arah bola.
* Sentiasa memandang arah atau laluan bola.
* Serkap dan bawa bola rapat ke dada untuk serap daya.* Imbangkan kedudukan
badan.
• Mengacah
-
* Rendahkan kedudukan badan.
Latihan
* Kedua-dua kaki dibuka seluas bahu untuk mendapatkan kestabilan pergerakan.
* Berat badan dipindahkan dari kaki kanan ke kaki kiri mengikut pergerkan.
* Tangan diayun mengikut pergerakan kaki.
* Tukar arah pergerakan dengan pantas apabila bersedia untuk melepaskan diri.
* Gunakan kekuatan bahagian kaki dan kelenturan badan untuk mengacah.
kemahiran:
5
• Mengadang
- Latiahan kemahiran:
* Depakan tangan pada pelbagai aras mengikut situasi.
* Kedudukan badan seimbang.
* Mata sentiasa mengawasi pergerakan lawan.* Bergerak mengikut arah
pergerakan lawan.
• Menjaring
- Jaringan junam : Mendapatkan jarak jaringan yang lebih hampir dengan gol serta
mengelirukan penjaga gol.
- Latihan kemahiran:
* Gunakan kuasa pada sebelah kaki sambil memegang bola dengan sebelah tangan.
* Loanjak ke udara, lemparkan badan ke dalam kawasan gol.
* Lepaskan bola untuk jaringan sebelum badan mencecah tanah.
* Mendarat dengan menyerap daya di bahagian sisi atas badan dan ikut lajak
dengan menggulingkan badan.
• Menjaga gol
- Latihan kemahiran:
* Rebahkan badan sekiranya bola terlalu rendah.
* Dalam keadaan sedia perhatikan arah bola.
* Tampan bola dengan menggunakan tangan atau kaki.
6
Gelanggang Bola Baling
7
Bola yang digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan mestilah
berbentuk bulat. Permukaan bola juga tidak boleh diperbuat daripada bahan yang boleh
memberi kesan silau atau berpermukaan licin.
Bagi perlawanan pemain lelaki ukuran lilit bola yang digunakan mestilah 58sm
60sm dan berat di antara 425g-475g (saiz 3) , manakala bagi pemain wanita pula, ukur
lilit bola ialah 54sm-56sm dan beratnya di antara 325g-400g (saiz 2). Bola mini hanya
digunakan untuk perlawanan bola baling di peringkat sekolah rendah dan bola yang sama
saiznya (saiz 2) digunakan untuk pemain lelaki dan perempuan.
Pada setiap perlawanan, diwajibkan terdapat dua biji bola yang mempunyai
spesifikasi yang ditetapkan dalam peraturan. Bola simpanan juga mesti diletakkan
berdekatan dengan meja penjaga masa semasa perlawanan. Pengadil akan memutuskan
bila bola simpanan boleh digunakan. Apabila bermulanya sesuatu perlawanan, bola yang
digunakan tidak boleh ditukar dengan bola yang baru kecuali perlu.
2) Jaringan Gol:
Suatu jaringan gol dikira sah apabila bola telah melepasi garisan gol pasukan
lawan iaitu antara kedua-dua tiang serta di bawah palang gol. Pengadil akan meniupkan
wisel sebaik sahaja gol dijaringkan Biasanya gol diperoleh menerusi permain daripada
pasukan yang membuat jaringan
3) Masa Permainan:
Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur 16 tahun
ke atas ialah 30 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat pula ialah selama 10 minit.
Masa permainan bagi peringkat remaja lelaki ialah 25 minit pada setiap separuh masa
manakala bagi remaja perempuan ialah 20 minit. Masa rehat untuk kedua-dua kategori ini
juga adalah selama 10 minit.
Jikalau sesuatu perlawanan berakhir dengan seri, perlawanan masa tambahan akan
diadakan selepas rehat selama 5 minit. Perlawanan masa tambahan adalah terdiri daripada
dua separuh masa dalam tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa tanpa masa rehat di
antaranya berserta dengan pertukaran tempat gol. Peraturan pertandingan yang ditetapkan
oleh jawatankuasa pengelola akan dipatuhi sekiranya berlaku keadaan seri sekali lagi.
Sekiranya berlaku seperti kes di atas, kebiasaannya balingan 7 meter atau balingan
penalti sebanyak 5 kali untuk setiap pasukan akan dilakukan untuk menentukan
pemenang.
4) Pengadil: Satu perlawanan diadili oleh dua orang pengadil dan duaa orang penjaga
masa
❖8❖
5) Pendaftaran pemain:
6) Syarat-syarat permainan:
8) Balingan Pengadil:
Pengadil akan membaling bola menegak ke atas tanpa tiupan wisel di tempat
berlaku gangguan permainan
❊9❊
Balingan gol dilakukan apabila bola telah melepasi garisan gol oleh pasukan
lawan. Balingan gol dilakukan sendiri oleh penjaga gol atau pasukan pertahanan. Penjaga
gol akan membuat lontaran dari dalam kawasan pintu gol.
Setiap balingan penalti hendaklah dilakukan dalam masa tiga saat selepas pengadil
meniupkan wisel. Penjaga gol hendaklah bergerak ke kawasan golnya tetapi hendaklah
berada sekurang-kurangnya tiga meter dari pemain yang akan melakukan balingan.
Pemain lawan hendaklah berada di luar garisan 9 meter dan pemain-pemain pasukan
bertahan hendaklah berada tiga meter.
10 Rumusan
Selepas menjalankan kajian ini, saya dapat menambah pengetahuan saya dalam
sejarah permainan bola baling, kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai serta
peraturaperaturan yang harus saya patuhi semasa memainkan permainan ini.
Melalu kajian ini juga, saya berjaya memupuk sikap suka akan bersukan dalam
diri saya. Selain itu, saya dapat mengetahui bahawa permainan ini tidaklah sesusah yang
saya fikirkan. Saya berharap agar permainan ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya
dalam kalangan muda-mudi.
11 Rujukan:
• Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
• www.scribd.com/doc/8243606/Bola-Baling
• www.scribd.com/doc/13592634/Asas-permainan-bola-baling
12