Anda di halaman 1dari 3

Novel Sejambak Bakti : Tema dan Persoalan (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 1)

TEMA :
Tema novel ini ialah kegigihan sekumpulan remaja memajukan kedai koperasi sekolah.
Hal in dibuktikan menerusi watak Razali yang bertugas sebagai Penolong Setiausaha. Dia
dibantu oleh Ramlah, Harun, Swee Lan, dan Saridevi sehingga koperasi sekolah mereka
diumum sebagai koperasi terbaik di peringkat kebangsaan. Walaupun mendapat cabaran
seperti kedai koperasi diceroboh sebanyak dua kali, namun mereka tetap bersiap siaga
dengan dibantu oleh Cikgu Zulkifli untuk memastikan koperasi mereka boleh menyertai
pertandingan.

PERSOALAN :
1. Setia kawan dalam menjalani kehidupan remaja

 contoh Ramlah tetap menyokong dan memberi semangat ketika Razali


menghadapi dugaan seperti dituduh menceroboh kedai koperasi.
2. Perasaan dendam menyebabkan hilang pertimbangan akal

 contohnya Munir yang mendendami Razali gara-gara tidak dapat menjalinkan


hubungan dengan Ramlah sehinggakan sanggup memukul dan memfitnah Razali
menceroboh koperasi sekolah.
3. Menyimpan rahsia kerana takut kehilangan orang yang disayangi

 contohnya Mak Sopiah sanggup merahsiakan ayah kandung Razali kerana tidak
mahu anaknya itu meninggalkannya kelak jika Razali mengetahui ayah kandungnya
yang sebenar.
4. Pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan hidup remaja

 contohnya Silvam dan Leong mengikut sahaja kata-kata Munir supaya membelasah
Razali menyebabkan mereka berdua dijatuhi hukuman rotan oleh pengetua.
.

TEMA DAN PERSOALAN NOVEL SEJAMBAK BAKTI


 TEMA :
Tema novel ini ialah kegigihan sekumpulan remaja memajukan kedai koperasi sekolah. 
contoh:
Razali yang bertugas sebagai ahli lembaga pengarah berusaha untuk memajukan koperasi
Sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan. Dia dibantu oleh Ramlah, Harun, Swee Lan, dan
Saridevi sehingga koperasi sekolah mereka diumum sebagai koperasi terbaik di peringkat
kebangsaan. Walaupun mendapat cabaran seperti kedai koperasi diceroboh sebanyak dua
kali, namun mereka tetap bersiap siaga dengan dibantu oleh Cikgu Zulkifli untuk
memastikan koperasi mereka boleh menyertai pertandingan.
PERSOALAN :

1.      Persoalan semangat bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugas.


        Razali dan rakan-rakannya seperti Ramlah , Swee Lan dan Saridevi sebagai ahli lembaga
pengarah koperasi sekolah bekerjasama membersihkan tempat pemeliharaan ayam,
mengemas kedai koperasi, dan bilik bacaan sebelum menyertai Pertandingan Koperasi
Sekolah

2.      Persoalan kasih sayang ibu terhadap anaknya.


        Mak Sopiah amat menyayangi anaknya Razali.  Apabila suaminya menghalau Razali , dia
turut mengugut akan mengikut Razali keluar dari rumah.  Mak Soiah tidak percaya akan
kata-kata buruk tentang anaknya.

3.      Persoalan tolong-menolong dalam mencapai suatu kejayaan.


        Razali sanggup menolong Munir dalam pelajarannya semasa Munir digantung
persekolahan dan ketinggalan dalam pelajarannya  Dia sanggup menerangkan tentang
pelajaran yang telah dipelajarinya kepada Munir kerana peperiksaan semakin hampIr.

4.     Setia kawan dalam menjalani kehidupan remaja


         contoh
Ramlah tetap menyokong dan memberi semangat ketika Razali menghadapi
dugaan seperti dituduh menceroboh kedai koperasi.

5.     Perasaan dendam menyebabkan hilang pertimbangan akal


         contohnya
Munir yang mendendami Razali gara-gara tidak dapat menjalinkan hubungan
dengan Ramlah sehinggakan sanggup memukul dan memfitnah Razali menceroboh
koperasi sekolah.

6.     Sifat memaafkan orang lain merupakan sifat terpuji


         contohnya
Razali sanggup memaafkan Munir yang telah memfitnahnya mencuri wang
RM200 dari Koperasi sekolah

7.      Pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan   hidup remaja


         contohnya
Silvam dan Leong mengikut sahaja kata-kata Munir supaya membelasah Razali
menyebabkan mereka berdua dijatuhi hukuman rotan oleh pengetua.

Anda mungkin juga menyukai