Anda di halaman 1dari 2

Sejambak bakti----Persoalan

Tema novel ini ialah kegigihan sekumpulan remaja memajukan kedai koperasi
sekolah. 
contoh:
Razali yang bertugas sebagai ahli lembaga pengarah berusaha untuk
memajukan koperasi Sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan. Dia dibantu
oleh Ramlah, Harun, Swee Lan, dan Saridevi sehingga koperasi sekolah mereka
diumum sebagai koperasi terbaik di peringkat kebangsaan. Walaupun
mendapat cabaran seperti kedai koperasi diceroboh sebanyak dua kali, namun
mereka tetap bersiap siaga dengan dibantu oleh Cikgu Zulkifli untuk
memastikan koperasi mereka boleh menyertai pertandingan.
PERSOALAN :

1.      Persoalan semangat bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugas.


        Razali dan rakan-rakannya seperti Ramlah , Swee Lan dan Saridevi sebagai ahli
lembaga pengarah koperasi sekolah bekerjasama membersihkan tempat
pemeliharaan ayam, mengemas kedai koperasi, dan bilik bacaan sebelum
menyertai Pertandingan Koperasi Sekolah

2.      Persoalan kasih sayang ibu terhadap anaknya.


        Mak Sopiah amat menyayangi anaknya Razali.  Apabila suaminya menghalau
Razali , dia turut mengugut akan mengikut Razali keluar dari rumah.  Mak
Soiah tidak percaya akan kata-kata buruk tentang anaknya.

3.      Persoalan tolong-menolong dalam mencapai suatu kejayaan.


        Razali sanggup menolong Munir dalam pelajarannya semasa Munir digantung
persekolahan dan ketinggalan dalam pelajarannya  Dia sanggup menerangkan
tentang pelajaran yang telah dipelajarinya kepada Munir kerana peperiksaan
semakin hampIr.

4.     Setia kawan dalam menjalani kehidupan remaja


         contoh
Ramlah tetap menyokong dan memberi semangat ketika Razali
menghadapi dugaan seperti dituduh menceroboh kedai koperasi.

5.     Perasaan dendam menyebabkan hilang pertimbangan akal


         contohnya
Munir yang mendendami Razali gara-gara tidak dapat menjalinkan
hubungan dengan Ramlah sehinggakan sanggup memukul dan memfitnah
Razali menceroboh koperasi sekolah.

6.     Sifat memaafkan orang lain merupakan sifat terpuji


         contohnya
Razali sanggup memaafkan Munir yang telah memfitnahnya
mencuri wang RM200 dari Koperasi sekolah

7.      Pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan   hidup remaja


         contohnya
Silvam dan Leong mengikut sahaja kata-kata Munir supaya
membelasah Razali menyebabkan mereka berdua dijatuhi hukuman rotan oleh
pengetua.

Anda mungkin juga menyukai