Anda di halaman 1dari 4

Pengertian Kapitalisme

Kapitalisme berasal daripada perkataan capital yang bermaksud modal, yang mentafsirkan
sebagai alat pengeluaran seperti tanah dan wang. Manakala perkataan isme bermaksud faham
atau ajaran. Dalam dunia ekonomi peranan modal sangat besar, bahkan pemilik kepada modal
boleh menguasai pasaran serta menentukan harga dalam rangka mengaut keuntungan yang
besar. Malah perindustrian mampu bergerak lancar jika melalui kapitalisme. Fernand Braudel
pernah menyatakan bahawa “puak kapitalis merupakan spekulator dan pemegang monopoli
yang berada dalam posisi untuk memperoleh keuntungan besar tanpa menanggung pelbagai
risiko”.

Menurut Ayn Rand, kapitalisme adalah suatu sistem sosial yang berasaskan kepada
pengakuan ke atas hak-hak individu, termasuk hak milik di mana semua pemilikan adalah
milik peribadi. Kapitalisme menurut pandangan Karl Marx adalah suatu sistem produksi yang
didasarkan pada hubungan antara kapitalis dengan tenaga kerja. Pemilik modal memiliki hak
sepenuhnya terhadap apa yang dimiliki.

Selain itu, sistem ekonomi yang menganggap modal sebagai penggerak kepada setiap
ekonomi. Kapitalisme mengakui bahawa kekuasaan puak pemodal (kapitalis) sebagai
penggerak kepada ekonomi yang menanamkan modalnya dengan cara mengambil risiko
kerugian atas usahanya. Pasaran yang dikehendaki sebagai memupuk interaksi penawaran
dan permintaan yang sempurna dan efisien adalah mekanisme pasaran bebas. Maksudnya di
sini, biarkan sahaja ekonomi berjalan dengan wajar tanpa campur tangan pemerintah, kerana
akan ada tangan-tangan yang tidak terlihat yang akan membawa ekonomi tersebut kearah
keseimbangan.

Kapitalisme merupakan kaitan antara sistem ekonomi dan sosial dan cenderung kepada
pengumpulan kekayaan individu tanpa sebarang gangguan kerajaan dan ia hanya
bermatlamatkan keuntungan semata. Kapitalisme ini juga merupakan Revolusi yang bersifat
fundamental dalam pembentukan masyarakat moden, malah perkara ini disepakati oleh para
ilmuan. Selain itu, Kapitalisme bukan sahaja sebuah proses ekonomi tetapi merupakan suatu
peradaban yang berakar pada sebuah idiologi yang mencerminkan suatu gaya hidup.

Menurut Milton H. Spencer (1990), Kapitalisme adalah sebuah sistem organisasi ekonomi
yang dicirikan oleh hak milik peribadi ke atas kaedah pengeluaran dan pengedaran yang
digunakan untuk mencapai keuntungan dalam sesuatu keadaan yang sangat berdaya saing.
Sistem ekonomi Kapitalis ini merupakan sistem yang memberikan kebebasan yang luas bagi
semua ahli ekonomi bagi memberikan yang terbaik dari segi kepentingan individu ke atas
sumber-sumber ekonomi. Daripada sistem ekonomi ini terdapat kebebasan untuk individu
yang mempunyai sumber tertentu, seperti persaingan antara individu untuk memenuhi
keperluan hidup, persaingan antara ahli perniagaan di dalam mencari keuntungan.
Jatuh dan Bangkitnya Sistem Ekonomi Kapitalisme

Menurut Bachrawi Sanusi (2004), prinsip utama yang merujuk kepada pemikiran ahli
ekonomi klasik iaitu digambarkan bahawa ekonomi akan berjalan tanpa campur tangan
pemerintah, model pemikiran ini bertahan sangat lama dari suku terakhir abad ke-18 dan juga
pertengahan pertama abad ke-19. Di samping itu, pandangan dan pemikiran para tokoh
ekonomi pada zaman ini sangat berpengaruh di Eropah dan Amerika Syarikat dan tempohnya
sehingga satu abad. Seterusnya pada tahun 1930an telah berlaku tekanan kepada dunia dan
hal ini akan memaksa orang ramai untuk berwaspada bahawa telah berlaku perubahan-
perubahan serta mengakui bahawa pemikiran-pemikiran lama ternyata sudah tidak sesuai lagi
dengan ekonomi pada zaman tersebut. Hal ini disebabkan oleh tekanan yang mengakibatkan
beberapa negara industri yang maju mewujudkan banyak pengangguran secara besar-besaran,
pelbagai perbankan serta perusahaan menjadi muflis, para petani juga banyak yang
kehilangan tanah menyebabkan penghasilan dan pengeluaran merosot.

Oleh itu, muncul pendapat ahli-ahli ekonomi pada zaman itu, mereka berpendapat bahawa
satu-satunya cara yang paling mujarab adalah perlunya kepada kebijaksanaan pemerintah
dalam mengendalikan perbelanjaan secara besar-besaran, kebanyakannya berpendapat
bahawa berkaitan tekanan dan caranya adalah betul. Hal ini dibuktikan dalam catatan sejarah
bahawa kebanyakan negara-negara industri termasuk Amerika Syarikat mengalami kesukaran
akibat daripada tekanan dan pengangguran tersebut dapat di atasi dengan kebijaksanaan
perbelanjaan daripada pemerintah untuk membangunkan projek prasarana. Penganjur dari
sistem ekonomi Kapitalis iaitu ahli-ahli ekonomi klasik tidak mampu menemukan
penyelesaiannya pada waktu itu.

Berdasarkan buku “General Theory Of Emfloyment, Interrest And Money” karya Yohm
Maynard Keynes yang mengungkapkan konsep kesejahteraan negara. Dalam konsep ini
sektor swasta diberi peluang berkembang namun intervensi pemerintah tetap diperlukan
untuk menstabilkan ekonomi suatu negara, khususnya dalam menggerakkan sektor sebenar
dan mewujudkan lapangan kerja. Keynes yakin bahawa tekanan yang terjadi sangat
memerlukan program yang besar untuk membiayai prasarana melalui pinjaman modal. Kesan
besar dari pengeluaran pemerintah akan memberi kesan kepada pendapatan masyarakat,
pembelanjaannya dan kekosongan kerja meningkat. Keynes menyarankan bahawa perlunya
kepada pengedaran penghasilan atau pendapatan dengan lebih merata serta perlu kepada
adanya kebijaksanaan pembatasan dalam penghasilan sebagai suatu langkah untuk
menstabilkan ekonomi. Dengan lahirnya The General Theory dari Keynes, ramai di kalangan
ahli-ahli ekonomi dunia yang menyokong teori ini dan dinilai sendiri oleh mereka sebagai
suatu revolusi dalam pemikiran ekonomi. Pada waktu itulah merupakan saat awal daripada
runtuhnya sistem ekonomi Kapitalis. Hasil daripada pemikiran ekonomi Keynes inilah yang
mendominasi negara-negara industri selama tiga puluh tahun dan ia telah menjadi pengajaran
kepada kebanyakan anggota PBB. Namun dengan terjadinya krisis minyak bumi yang
dimulai pada akhir tahun 1973 telah berlakunya kemelesetan ekonomi dunia, pengangguran
dan berlaku kenaikan sebanyak 20 peratus di beberapa negara bahkan perkara ini menjadikan
negara-negara dunia ketiga tidak mampu membayar hutangnya.

Sejak itu, Negara-negara Kapitalis memandang doktrin Keynes ini tidak mempunyai
penyelesaian bahkan dianggap sebagai penyebab krisis. Krisis minyak bumi mendorong
Negara-negara Kapitalis melalui cara baru dalam mengelola ekonomi. Negara-negara industri
maju mempunyai sekatan dan kawalan fiskal terhadap penawaran wang. Dengan itu muncul
kembali kefahaman sistem ekonomi Kapitalis dengan nama baru iaitu “neoliberalisme”.
Neoliberalisme ialah fahaman yang menghidupkan semula idea-idea liberalisme iaitu
ekonomi laissez-faire yang wujud pada abad ke-19. Melalui doktrin ekonomi neoliberalisme
ini membuatkan ekonomi Kapitalis bangkit semula setelah mengalami kejatuhan sebelum ini.

RUJUKAN

Choirul Huda. (2016). Ekonomi Islam Dan Kapitalisme: Merunut Benih Kapitalisme dalam

Ekonomi Islam. UIN Walisongo Semarang: Indonesia. Diambil daripada

file:///C:/Users/User/Downloads/1031-2097-1-SM%20(1).pdf

Dr. Subhan Purwadinata & Dr. Ridolof Wenand Batilmurik. (2020). Pengantar Ilmu

Ekonomi: Kajian Teoritis dan Praktis Mengatasi Masalah Pokok Perekonomian. Literasi

Nusantara: Indonesia.

Anda mungkin juga menyukai