Anda di halaman 1dari 5

A. Bina ayat tanya berdasarkan jawapan yang diberi.

Guna kata tanya yang telah diberikan di dalam


kurungan di hujung ayat jawapan.

1. Siapakah yang menaiki bas ke sekolah?

Amir dan Amin menaiki bas ke sekolah. [ Siapakah ]


AYAT TANYA

2. Bilakah beliau akan datang ke sini?

Beliau akan datang sebentar lagi. [ Bilakah ]

3. Apakah yang sedang ditanam oleh Pak Usu?

Pak Usu sedang menanam sebatang pokok pisang. [ Apakah ]

4. Mengapakah pasukan bomba lambat di tempat kejadian?

Pasukan bomba terlewat tiba di tempat kejadian kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
[ Mengapakah ]

5. Siapakah yang boleh menyertai pertandingan mewarna itu?

Murid Tahap Satu sahaja yang boleh menyertai pertandingan mewarna itu. [ Siapakah ]

6. Siapakah yang akan menyampaikan ceramah motivasi di dewan besar?

Ceramah motivasi itu akan disampaikan oleh seorang penceramah undangan di dewan besar sekolah.
[ Siapakah ]

7. Berapa orangkah adik beradik kamu?

Saya mempunyai lapan orang adik beradik. [ Berapa ]

8. Mengapakah lutut budak itu cedera?

Lutut budak itu cedera kerana terjatuh. [ Mengapakah ]

Di manakah emak menyimpan baju ayah?


9.

Emak menyimpan baju ayah di dalam almari. [ Di manakah ]


AYAT TANYA

10. Bagaimanakah suasana di pasar borong itu pada waktu pagi?

Suasana di pasar borong itu sangat sibuk pada waktu pagi. [ Bagaimanakah ]

11. Bilakah kereta itu terbabas?

Kereta itu terbabas semasa memotong sebuah bas. [ Bilakah ]

12. Mengapakah lutut awak berdarah?

Saya terjatuh semasa menaiki tangga. [ Mengapakah ]

13. Mengapakah dia berasa sedih?

Dia berasa sedih kerana gagal dalam ujian itu. [ Mengapakah ]

14. Bilakah kamu akan berangkat ke Pulau Langkawi?

Kami akan berangkat ke Pulau Langkawi pada minggu hadapan. [ Bilakah ]

15. Berapakah harga baju yang kamu pakai itu?

Harga baju ini melebihi dua ratus Ringgit Malaysia. [ Berapakah ]

16. Mengapakah perlawanan bola jaring itu dibatalkan?

Perlawanan bola jaring itu dibatalkan kerana hujan lebat. [ Mengapakah ]

B. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

1. Rumah Mak Su Aini dimasuki oleh pencuri semasa beliau sekeluarga pergi ke Kuala Lumpur.
A. Apakah yang telah terjadi terhadap rumah Mak Su Aini?
B. Bilakah rumah Mak Su Aini dimasuki pencuri?

C. Betulkah rumah Mak Su Aini telah dimasuki oleh pencuri?

D. Di manakah Mak Su Aini berada ketika rumahnya dimasuki pencuri?

2. Hayati lulus dengan cemerlang dalam ujian yang lepas.


A. Bilakah ujian itu diadakan?
B. Adakah Hayati lulus dalam ujian yang lepas?

C. Bagaimanakah keputusan Hayati dalam ujian yang lepas?

D. Mengapakah Hayati lulus dengan cemerlang dalam ujian yang lepas?

3. Sambutan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia diadakan pada 31 Ogos setiap tahun.
A. Bagaimanakah rakyat menyambut Hari Kemerdekaan setiap tahun?
B. Siapakah yang menganjurkan sambutan Hari Kemerdekaan tersebut?

C. Bilakah sambutan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia diadakan?

D. Mengapakah sambutan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia diadakan pada 31 Ogos?

4. Kakak saya akan mengikuti kursus andaman dan solekan di sebuah pusat kecantikan di Kuala Lumpur.
A. Mengapakah kakak awak memilih untuk mengikuti kursus andaman dan solekan?
B. Di manakah kakak awak akan mengikuti kursus andaman dan solekan itu?

C. Bilakah kakak awak akan pergi mengikuti kursus andaman dan solekan itu?

D. Berapa lamakah kakak awak akan mengikuti kursus andaman dan solekan itu?

5. Abang Izani mengumpul sampah-sarap di halaman rumah untuk dibuang ke dalam tong sampah.
A. Bilakah abang Izani mengumpul sampah-sarap di halaman rumah itu?
B. Banyakkah sampah-sarap yang dikumpulkan oleh abang Izani di halaman rumah itu?

C. Apakah alat yang digunakan oleh abang Izani untuk mengumpul sampah-sarap di halaman rumah itu?

D. Siapakah yang mengumpul sampah-sarap di halaman rumah itu?

6. Maznah berusaha untuk meningkatkan prestasi pelajarannya dengan belajar bersungguh-sungguh.


A. Sejak bilakah Maznah mula belajar dengan bersungguh-sungguh?
B. Bagaimanakah Maznah berusaha untuk meningkatkan prestasi pelajarannya?

C. Meningkatkah prestasi pelajaran Maznah?


D. Prestasi siapakah yang selalu meningkat?

7. Cikgu Hup Seng terpaksa mengambil cuti kerana ibunya sakit kuat di hospital.
A. Mengapakah Cikgu Hup Seng mengambil cuti?
B. Apakah yang telah terjadi kepada ibu Cikgu Hup Seng?

C. Berapa harikah cuti yang telah dipohon oleh Cikgu Hup Seng?

D. Di hospital manakah ibu Cikgu Hup Seng menerima rawatan?

8. Bayi perempuan yang comel itu ialah anak Kak Lina.


A. Bilakah Kak Lina melahirkan bayi perempuan yang comel itu?
B. Bayi perempuan yang comel itu anak siapa?

C. Bayi perempuan yang comel itu anak Kak Lina?

D. Siapakah yang mengasuh bayi comel Kak Lina itu?

9. Pameran Buku Antarabangsa sedang berlangsung di Universiti Malaya.


A. Di manakah Pameran Buku Antarabangsa diadakan?
B. Siapakah yang menganjurkan Pameran Buku Antarabangsa itu?

C. Bilakah Pameran Buku Antarabangsa itu akan diadakan?

D. Di manakah letaknya Universiti Malaya tempat pameran itu berlangsung?

10. Ahmad menyimpan wang itu di dalam almari yang berkunci.


A. Siapakah yang menyimpan wang itu?
B. Di manakah Ahmad menyimpan wang itu?

C. Bilakah Ahmad menyimpan wang di dalam almari itu?

D. Mengapakah Ahmad menyimpan wang itu di dalam almari berkunci?

5.
A.
B.

C.

D.

5.
A.
B.

C.

D.

5.
A.
B.

C.

D.

5.
A.
B.

C.

D.

5.
A.
B.

C.

D.

5.
A.
B.

C.

D.

Anda mungkin juga menyukai