Anda di halaman 1dari 1

Kebelakangan ini, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak semakin pupus ditelan arus

pemodenan. Ini mengakibatkan masih ada lagi kanak-kanak yang belum menguasai
kemahiran membaca khasnya. Punca permasalahan berkemungkinan disebabkan oleh buku
cerita yang masih ada pada masa kini tidak relevan dengan perkembangan teknologi. Hal ini
demikian kerana semua pengetahuan kini boleh dicapai di hujung jari. Oleh itu, buku cerita
diinovasikan kepada yang lebih mudah dan menarik serta sesuai dengan peredaran zaman.
Kanak-kanak secara semula jadi suka akan gambar yang mempunyai ilustrasi yang menarik
melalui gabungan pelbagai warna serta lukisan yang indah. Buku cerita elektronik merupakan
salah satu tarikan yang memberi nafas baharu seiring dengan arus teknologi kini. Buku cerita
elektronik ini bukan sahaja menarik dengan pelbagai penggunaan warna, animasi, dan
ilustrasi malahan ia mudah diperoleh terutamanya di laman sesawang. Buku cerita elektronik
ini juga dapat memberi keseronokan baharu kepada kanak-kanak kerana bukan sahaja
dijelmakan dalam cara yang baharu tetapi juga sesuai dengan pendekatan kanak-kanak pada
zaman moden ini. Oleh yang demikian, penggunaan buku cerita elektronik ini mampu
meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah.  

Anda mungkin juga menyukai