Anda di halaman 1dari 12

NOTA TINGKATAN TIGA

TEMA 1: PENCAPAIAN KENDIRI


PILIHAN KERJAYA
Kerjaya yang dipilih oleh seseorang individu perlulah bersesuaian dengan:

• Kelayakan akademik- Kebolehan atau kecekapan dalam sesuatu bidang ilmu


pengetahuan yang diperoleh secara formal di mana-mana institusi pendidikan.

Contoh: PMR,SPM,STPM,diploma,ijazah dan lain-lain.

• Kelayakan ikhtisas- Kebolehan, kepandaian, kemahiran atau kecekapan khusus dalam


sesuatu bidang. Contohnya seorang guru perlu memiliki Diploma Perguruan bagi memenuhi
kerjayanya.
• Kemahiran- Bergantung kepada jenis tugas dan kerjaya yang dilakukan.

Cara-cara untuk Mengetahui Peluang Kerjaya

• Internet.
• Iklan di surat khabar.
• Internet.
• Bimbingan dan nasihat daripada kaunselor.
• Program karnival atau Minggu Kerjaya.

Faktor yang Mempengaruhi Pilihan Kerjaya Seseorang

• Kelayakan akademik.
• Minat dan potensi
• Pengalaman/kemahiran.
• Pengaruh persekitaran.
• Faedah sampingan.
• Taraf hidup.

Perkara yang Perlu Diambil Perhatian Sebelum Membuat Pilihan Kerjaya

• Mendapat pendedahan awal di peringkat sekolah mengenai alam pekerjaan.


• Memperoleh maklumat secukupnya agar dapat membuat keputusan berkaitan kursus
yang hendak diambil.
• Mendapatkan bimbingan daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
• Menyertai program-program kerjaya yang dianjurkan.
• Memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik dan bergiat dalam aktiviti
kokurikulum.
• Mempunyai potensi diri atau keupayaan dalaman terhadap bidang yang diceburi.

UNIT 2: KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN ADIL


• Setiap pelajar pasti berhadapan dengan situasi yang memerlukan dia membuat
keputusan yang bijak, terutamanya semasa memilih jurusan.
• Perbincangan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga perlu dilakukan bagi membantu
pelajar memilih jurusan yang sesuai dengan minat kerjaya.
• Keputusan yang dibuat perlu berasaskan sumber pengetahuan yang boleh dipercayai.
• Sikap tegas, yakin, berani dan tidak beremosi perlu diamalkan semasa membuat
keputusan.

PILIHAN JURUSAN
SAINS

• Enam mata pelajaran teras.


• Mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, dan English for Science
and Technology (EST).

TEKNIKAL

• Enam mata pelajaran teras.


• Mata pelajaran Fizik, Kimia, Kejuruteraan Awam, Matematik Tambahan, EST.

SASTERA

• Enam mata pelajaran teras.


• Mata pelajaran Ekonomi Asas atau Perdagangan atau Kesusasteraan Melayu, Sains dan
Pendidikan Seni Visual.

AGAMA

• Enam mata pelajaran teras.


• Mata pelajaran Bahasa Arab, Usuludin, dan Syariah.

KESAN KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN ADIL

• Memperoleh pelbagai alternatif untuk menyelesaikan masalah.


• Mengelakkan timbul konflik dalam diri dan orang lain.
• Menyelesaikan masalah dengan cepat dan mudah.
• Meringankan beban masalah.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN.

• Mendapatkan khidmat nasihat daripada guru kaunseling.


• Mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.
• Mengenal pasti alternatif yang boleh digunakan.
• Mengenal pasti kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain.
TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA
TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP KELUARGA

• Patuh dan taat terhadap ibu bapa.


• Hormat kepada ibu bapa dan mendoakan kesejahteraan mereka.
• Meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik.
• Menjaga maruah diri dan keluarga.
• Saling membantu dalam keluarga.

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP KELUARGA

• Mencari nafkah untuk keluarga.


• Memberi perlindungan dan menjaga keselamatan ahli keluarga.
• Memberikan pendidikan dan didikan agama secukupnya.
• Memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak.

AMALAN KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA

• Memberikan tunjuk ajar dan nasihat yang berguna.


• Menjadikan diri contoh yang baik kepada anggota keluarga.
• Saling menyayangi antara anggota keluarga.
• Peka terhadap perasaan setiap anggota keluarga.
• Menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab.

CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN DAN MELINDUNGI KELUARGA

• Memaklumkan kepada setiap ahli keluarga setiap kali keluar dari rumah.
• Tidak berjalan di kawasan yang sunyi seorang diri.
• Tidak mudah mempercayai orang yang tidak dikenali.
• Tidak membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah.

KEPERLUANAHLI KELUARGA
KEPERLUAN FIZIKAL
• Tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman, wang perbelanjaan, hiburan dan
perubatan.
KEPERLUAN MENTAL
• Ilmu pengetahuan, pendidikan moral, nasihat, dan panduan berhubung sesuatu perkara.
KEPERLUAN EMOSI
• Penghargaan berbentuk kata-kata pujian, penghormatan dan kata-kata perangsang.
KEPERLUAN ROHANI
• Didikan agama dan nilai-nilai murni.
TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
• Pemeliharaan alam sekitar- Mengekalkan alam sekitar dalam keadaan asalnya.
• Pemuliharaan alam sekitar- Usaha atau proses mengembalikan keadaan asal alam sekitar
yang mengalami perubahan akibat tindakan manusia.
LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR

• Mengitar semula, Menguatkuasakan undang-undang, menggunakan kaedah biologi


dalam pertanian, menanam tanaman tutup bumi, penghutanan semula, mengurus sampah sarap
secara sistematik, mewartakan hutan simpan dan taman negara.

ANTARA AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM


SEKITAR

• Jabatan Alam Sekitar (JAS)


• Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia. (FRIM)
• Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
• Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
• Alam Flora Sdn. Bhd.

JABATAN ALAM SEKITAR


PERANAN

• Menerima aduan dan mengambil tindakan terhadap isu-isu alam sekitar.


• Membincangkan dan menentukan resolusi yang berkaitan dengan alam sekitar di dalam
dan luar negara.

TANGGUNGJAWAB

• Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran.


• Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif
1984.

AKTIVITI MANUSIA YANG MENJEJASKAN ALAM SEKITAR


PENEROKAAN HUTAN

• Tujuan pembalakan, pembinaan jalan raya, pertempatan , aktiviti pertanian pindah.

AKTIVITI PERINDUSTRIAN

• Penebangan pokok, asap daripada kilang dan kenderaan, perataan lereng bukit.

KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH ALAM SEKITAR


PENCEMARAN UDARA
PUNCA

• Asap kenderaan, pembakaran terbuka, proses industri kilang.

KESAN

• Kesihatan terjejas, menyebabkan kemalangan, pertanian tidak produktif.

PENCEMARAN AIR
PUNCA

• Bahan kumuhan kilang, tumpahan minyak, aktiviti pertanian

KESAN

• Hidupan akuatik mati, kesihatan terjejas, kekurangan bekalan air bersih.

PENCEMARAN DARAT
PUNCA

• Pembuangan sisa toksik, Penggunaan racun serangga, Pembuangan sampah sarap.

KESAN

• Ketidaksuburan tanah, mengeluarkan bau busuk, membahayakan nyawa.

PENCEMARAN BUNYI
PUNCA

• Kenderaan dan jentera berat, kegiatan perlombongan/kauri, kawasan perindustrian.

KESAN

• Menjejaskan produktiviti, menyebabkan pekak, gangguan psikologi.

CONTOH-CONTOH BENCANA ALAM

• Banjir, Tanah runtuh, Gempa bumi, Ribut, Tsunami, Kemarau.

KESAN-KESAN BENCANA ALAM

• Ancaman penyakit berbahaya, kehilangan nyawa dan haiwan ternakan, tanaman


musnah, mengubah landskap dan bentuk muka bumi, kemusnahan harta benda.
TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA
ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM
KAUM CINA

• Kenduri menyambut bayi, upacara minum teh, menyolek mayat, pemberian angpau.

KAUM MELAYU

• Cukur jambul bayi berumur tujuh hari, bersanding, kenduri arwah, memakai inai untuk
pengantin.

KAUM INDIA

• Lidah bayi disapu madu.,Memakai thali., Pemberian dawri oleh pengantin perempuan
kepada pengantin lelaki., Membakar mayat.

KAUM IBAN

• Ulat panggilan untuk bayi, upacara minum teh, cucu si mati melangkah mayat, melukis
tatu.

KAUM KADAZAN

• Mengikat daun wongkong di pintu, membayar sugit, adat bertangis untuk mengucapkan
selamat tinggal kepada pengantin, adat moginupus.

PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM

• Pantang larang merupakan suatu bentuk peraturan yang diwarisi sejak turun-temurun.
• Masyarakat zaman dahulu mengamalkan pantang larang untuk mengelakkan
malapetaka berlaku.
• Pantang larang sebenarnya merupakan suatu kaedah untuk menyampaikan nasihat dan
pengajaran.

KAUM MELAYU

• Jangan duduk di atas bantal, nanti ditumbuhi bisul.


• Orang perempuan tidak boleh menyanyi di dapur.

KAUM CINA
• Jangan menyapu sampah pada Tahun Baru Cina, takut hilang tuah.
• Pisau tidak boleh diberikan sebagai hadiah.

KAUM INDIA

• Jangan makan sambil berjalan, nanti terkena penyakit di dalam perut.


• Ibu hendaklah memeluk bayinya semasa hujan lebat.

KAUM IBAN

• Jangan mengetuk telur dengan pisau, nanti bayi cacat penglihatan.


• Wanita mengandung tidak boleh menanam pokok pisang.

KADAZAN

• Jangan berpayung di dalam rumah, nanti disambar petir.


• Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah.

TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT


JENTERA PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA
YANG DIPERTUAN AGONG- MAJLIS RAJA-RAJA
KETUA AUDIT NEGARA/ SURUHANJAYA
BADAN PERUNDANGAN- Parlimen ( Dewan Negara dan Dewan Rakyat)
BADAN EKSEKUTIF- Kabinet- Kementerian ( Jabatan/ Perbadanan Awam), Badan Berkanun, Badan
Bukan Berkanun.
BADAN KEHAKIMAN- Mahkamah Persekutuan/ Mahkamah Rayuan (Mahkamah Tinggi Malaya
( Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen), Mahkamah Tinggi Borneo
( Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen)

PERUNDANGAN (Legislatif)

• Menggubal undang-undang, meluluskan rang undang-undang, membahaskan rang


undang-undang.

PELAKSANA (Eksekutif)

• Melaksanakan dasar-dasar kerajaan, mentadbir dan memberi arahan, menerima dan


melaksanakan arahan.

KEHAKIMAN (Judisiari)
• Melaksanakan undang-undang, mentafsir undang-undang, menyelesaikan perbicaraan
awam.

SURUHANJAYA DIRAJA

• Ditubuhkan untuk mengkaji, menyiasat atau menerima cadangan daripada suruhanjaya


tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kepentingan awam.
• Antara isu yang diberi perhatian ialah persepsi awan terhadap agensi atau jabatan
kerajaan yang disiasat untuk meningkatkan ketelusan dan membuat penambahbaikan.
• Suruhan jaya Diraja cuba menghapuskan tanggapan negatif dengan membuat cadangan
untuk menjadikan jabatan dan agensi menjadi lebih cekap dan bertanggungjawab.
• Ahli-ahli suruhanjaya Diraja dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan terdiri daripada
pakar yang berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu seperti kehakiman, politik, sosial dan
akademik.
• Keputusan atau syor-syor yang dicadangkan diperoleh melalui penyiasatan secara
terbuka.

KENALI KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIA

• Terdapat 28 buah kementerian di Malaysia.


• Setiap kementerian dikawal oleh seorang menteri dan dibantu oleh seorang timbalan
menteri.
• Agensi atau jabatan yang ditubuhkan dalam sesebuah kementerian menjalankan fungsi-
fungsi tertentu.

ANTARA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIA


Kementerian Keselamatan Dalam Negeri

• Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Polis
Diraja Malaysia.

Kementerian Kewangan

• Perbendaharaan Malaysia, Jabatan Akautan Negara, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja,
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

• Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftar Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran


Negara.

Kementerian Pertahanan

• Angkatan Tentera Diraja Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Veteran, Jabatan Latihan
Khidmat Negara, Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara
diRaja Malaysia.
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi

• Jabatan Bekalan Air, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.

Kementerian Kerja Raya

• Jabatan Kerja Raya

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

• Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia, Jabatan Pertanian


Malaysia.

Kementerian Luar Negeri

• Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri.

Kementerian Belia dan Sukan

• Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Majlis Sukan Negara,
Perbadanan Stadium Merdeka.

Kementerian Pengajian Tinggi

• Jabatan Pengurusan IPT, Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Lembaga
Akreditasi Negara, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Yayasan Tuanku Abdul
Rahman.

Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan

• Istana Budaya, Jabatan Arkib Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Warisan
Negara, Perpustakaan Negara Malaysia.

Kementerian Kesihatan

• Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Hospital Kuala Lumpur, Institut Jantung


Negara, Institut Kesihatan Umum, Institut Penyelidikan Perubatan, Jabatan Kesihatan Awam,
Pusat Penyelidikan Klinikal.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

• Jemaah Pemasaran Lada Hitam Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Koko
Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.
Kementerian Pelancongan

• Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

• Institut Sosial Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

• Agensi Angkasa Negara, Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia, Jabatan


Kimia, Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia, Jabatan Standard Malaysia, Lembaga
Perlesenan Tenaga Atom.

TEMA 6-CABARAN MASA DEPAN


MENGEKALKAN KEAMANAN NEGARA DAN SEJAGAT
ANCAMAN DALAMAN

• Penyeludupan dan penyalahgunaan dadah.


• Kumpulan militant atau puak ekstremis.
• Kegiatan jenayah.
• Kebanjiran pendatang asing.
• Kegiatan rasuah.
• Pemalsuan dokumen.
• Penyalahgunaan teknologi.

ANCAMAN LUARAN

• Kegiatan lanun di perairan negara.


• Kekacauan politik.
• Pengaruh budaya barat.
• Masalah alam sekitar.
• Serangan mata wang.
• Serangan penyakit-penyakit kritikal.
• Jenayah siber atau bahan-bahan porno.

KESAN-KESAN ANCAMAN DALAMAN

• Penyebaran pelbagai penyakit berbahaya.


• Merosakkan masa depan generasi muda.
• Meningkatkan kadar jenayah.
• Menggugat keselamatan negara.
• Menjejaskan ekonomi negara.

KESAN-KESAN ANCAMAN LUARAN


• Kejatuhan nilai ringgit dan menyebabkan ekonomi terjejas.
• Merosakkan akhlak dan moral remaja.
• Menyebabkan peningkatan suhu bumi.
• Mengancam nyawa manusia.
• Mendedahkan remaja dengan jenayah siber dan bahan-bahan porno.

SUMBANGAN MALAYSIA KEPADA KEAMANAN DUNIA


PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

• Mengecam keganasan.
• Menyokong usaha-usaha mengekalkan keamanan.
• Mengambil pendekatan berkecuali ketika berlaku konflik.

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)

• Menyeru ke arah keamanan.


• Menerajui negara-negara Islam seluruh dunia.
• Memberi sumbangan dalam pembangunan negara-negara anggota.

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU ( PBB)

• Bantuan kemanusiaan kepada mangsa perang.


• Mengecam keganasan yang berlaku di seluruh dunia.
• Menghantar pasukan pengaman ke negara-negara yang bergolak.

MEMASTIKAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (IHL)


DIPRAKTIKKAN

• Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa diperkenalkan dalam Konvensyen Geneva


1949.
• Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dilaksanakan bertujuan untuk melindungi
orang awam seperti wanita, kanak-kanak, orang tua, pelarian, tawanan perang, hal-hal berkaitan
agama.
• Penjenayah perang akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

PERATURAN-PERATURAN ASAS DALAM IHL

• Melindungi orang yang cedera dan tidak terlibat dalam peperangan dengan penuh rasa
kemanusiaan.
• Tidak boleh membunuh atau mencederakan orang yang menyerah diri dan tidak
berupaya.
• Melindungi kakitangan perubatan, pertubuhan, pengangkutan, dan peralatan perubatan.
• Melindungi dan menghormati tentera dan orang awam yang ditawan.
• Tidak boleh melakukan penderaan fizikal dan mental terhadap tawanan.
• Dilarang menggunakan senjata nuklear, kimia dan biologi.
• Tidak boleh menyerang orang awam; harus bezakan antara orang awam dengan tentera.

PERTUBUHAN YANG MEMBERIKAN BANTUAN KEMANUSIAAN

• Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


• MERCY Malaysia.
• Yayasan Salam Malaysia (SALAM)
• Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)

PENCABULAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA

• Membunuh orang awam semasa peperangan.


• Mendera dan memalukan tawanan perang yang menyerah diri.
• Menghalang mangsa yang cedera mendapatkan tawanan.
• Memusnahkan harta benda orang awam semasa peperangan.
• Tawanan disabitkan kesalahan tanpa mendapat hak perundangan.
• Membunuh musuh yang telah menyerah diri.