Anda di halaman 1dari 18

Harga Remaja

KAJIAN SKRIP
DRAMA
Folio Bahasa Melayu

Anonymous
10/18/2010
Gelanggang Tuk Wali Ismail Kassan

Drama ini mengisahkan Tuk Wali yang merupakan seorang guru silat di Kampung Teluk
Penyabung. Tuk Wali mempunyai dua orang anak murid yang rapat dengan beliau bernama
Ripin dan Mariam. Tuk Wali membuka gelanggang silat di hadapan rumahnya. Walaupun usianya
telah meningkat, Tuk Wali masih gagah. Dia menerima jemputan untuk bersilat dalam majlis
yang dianjurkan. Tuk Wali pandai mengurut, menjadi tuk mudim, menggali kubur, memandikan
jenazah, dan sebagainya. Imam dan Siak kurang menyenangi Tuk Wali. Mereka menganggap
bahawa dalam usia begini, Tuk Wali perlulah menghabiskan masanya di masjid untuk
beribadah bukannya berada di gelanggang silat. Tuk Wali ingin menyerahkan keris warisan
kepada murid kesayangannya yang bernama Ripin. Ripin menolak penyerahan keris berkenaan
kerana berasa dia belum layak menerimanya. Suatu hari, semasa Tuk Wali sedang tidur, Piee
telah mengambil biola dan keris pusaka miliknya. Tuk Wali tersedar dan berlakulah pergelutan
yang berakhir dengan keris itu mengenai perut Tuk Wali. Piee melarikan diri bersama-sama
biola. Ripin datang memberikan bantuan kepada Tuk Wali yang berlumuran darah. Tuk Wali
sempat menyerahkan keris pusaka warisan kepada Ripin sebelum beliau menghembuskan
nafas yang terakhir. Siak dan imam datang. Mereka menuduh Ripin membunuh Tuk Wali
kerana pada tangan Ripin terhunus keris perguruan. Masing-masing menuduh antara satu
dengan yang lain. Manakala Mak Umi pula menuduh Siak yang menikam suaminya.

Tema
Drama ini memaparkan tema kekentalan semangat juang dan jati diri seorang guru silat dalam
mempertahankan warisan budaya bangsanya.

Persoalan
o Halangan yang terpaksa ditempuh dalam usaha memelihara warisan bangsa.
Contohnya, Tuk Wali menghadapi pelbagai cemuhan kerana masih memperjuangkan
ilmu persilatannya walaupun sudah berusia.
o Perasaan dengki dan dendam dalam kalangan masyarakat yang dapat menimbulkan
suasana tidak harmoni. Contohnya, Siak masih berdendam dengan Tuk Wali yang
berkahwin dengan Mak Umi, bekas tunangannya.
o Kegigihan golongan generasi muda dalam mempertahankan seni silat. Contohnya,
Ripin dan Mariam berusaha membantu Tuk Wali mengekalkan warisan ilmu persilatan.
o Peranan keris dalam melambangkan kepahlawanan dan warisan masyarakat Melayu.
Contohnya, Tuk Wali menyerahkan keris pusaka warisan kepada Ripin sebagai suatu
amanah supaya Ripin terns mempertahankan pusaka warisan seni nenek moyang.

Watak dan Perwatakan

Tuk Wali
1. Nama sebenar Tuk Wali ialah Wak Raja Wahudin bin Raja Agus Salam. Murid-muridnya
memanggilnya sebagai Wak Raja atau wak.
2. Tuk Wali merupakan guru silat yang membuka gelanggang silat di depan rumahnya.
3. Umur Tuk Wali dalam lingkungan 70-an.
4. Tuk Wali aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan clan tidak menghampakan jemputan orang
terhadapnya.
5. Beliau pandai mengurut, menjadi tuk mudim, menggali kubur, memandikan jenazah, dan
sebagainya.
6. Bersemangat waja dan memiliki jati diri kerana mempertahankan seni silat warisan
bangsa.
7. Tuk Wali pernah dilantik sebagai ketua pengawal kampung.
8. Kuat beribadat walaupun sibuk mengajarkan ilmu persilatan.
1. Gagah, berani, dan cekap apabila dapat menewaskan empat orang perompak.
2. Pemarah apabila hilang sabar dengan perbuatan Piee yang suka mencuri dan tidak
menerima nasihat.
3. Tegas kerana tidak mahu menerima permintaan empat orang remaja yang ingin belajar
silat daripadanya kerana kebiadapan mereka.
4. Meminati muzik, iaitu mahir bermain biola.
Mak Umi
1. Mak Umi ialah isteri Tuk Wali.
2. Umur Mak Umi dalam lingkungan 50-an.
3. Mak Umi mahir ilmu persilatan sewaktu muda.
4. Mak Umi penyabar kerana banyak memberikan kata-kata nasihat kepada Tuk Wali.
5. Mak Umi penyayang kerana masih menyayangi Piee yang menghisap dadah dan mencuri.
6. Mak Umi hormat dan pandai melayan tetamu.

Ripin
1. Ripin mahir dalam ilmu persilatan.
2. Ripin anak murid yang paling dipercayai oleh Tuk Wali.
3. Ripin berumur dalam lingkungan 30-an.
4. Ripin sangat bersemangat untuk membantu Tuk Wall mengekalkan warisan ilmu persilatan.
5. Ripin berfikiran matang kerana menolak pemberian keris dan sekali gus menggantikan
tempat Tuk Wali atas alasan masih belum layak memegang amanah tersebut.
6. Ripin berjanji untuk menuntut bela atas kematian Tuk Wali.

Mariam
1. Mariam murid wanita terbaik Tuk Wali.
2. Dia berumur dalam lingkungan 20-an.
3. Mariam mahir ilmu persilatan.
4. Mariam bersemangat untuk membantu Tuk Wall bagi mengekalkan warisan ilmu persilatan.
5. Mariam hormat dan sayang akan Tuk Wah.

Piee
1. Nama sebenar Piee ialah Syafiee.
1. Piee cucu tiri Tuk Wali.
2. Piee penagih dadah yang barn keluar dari pusat pemulihan.
2. Piee suka mencuri.
3. Piee sukar untuk mengubah tingkah lakunya yang buruk walaupun telah dinasihati dan
dimarahi oleh Tuk Wali.
4. Piee bertindak kejam dengan menikam Tuk Wali apabila perbuatan mencurinya dihalang
oleh Tuk Wali.
Siak
1. Siak sebaya dengan Tuk Wali.
2. Siak bekas tunangan Mak Umi.
3. Siak pendendam kerana masih menyimpan rasa marah terhadap Tuk Wali yang
mengahwini bekas tunangnya.
1. Siak cepat hilang pertimbangan dan mudah naik angin kerana sanggup mencabar Tuk Wali
yang menampar cucunya.
2. Siak pandai berpura-pura di sebalik jawatannya untuk menjatuhkan orang lain, iaitu
memburuk-burukkan nama Tuk Wali kepada orang ramai.
3. Siak cepat menyalahkan orang lain apabila bertindak menuduh Ripin membunuh Tuk Wali.

Imam
1. Umur imam lebih muda daripada Tuk Wali.
2. Imam tidak berani untuk berterus terang.
3. Imam rakan baik Siak.
4. Imam gemar bertindak tanpa usul periksa apabila menuduh Ripin membunuh Tuk Wali.

Latar
Latar Tempat
1. Di rumah Tuk Wali. Contohnya, tempat tetamu datang menemui Tuk Wali.
2. Di gelanggang silat. Contohnya, tempat Tuk Wali mengajar bersilat.
3. Di Teluk Penyabung. Contohnya, kampung tempat tinggal Tuk Wali.
4. Di rumah Haji Kodri. Contohnya, semasa majlis perkahwinan anak perempuannya, Haji
Kodri menjemput Tuk Wali untuk membuat persembahan silat.

Latar Masa
1. Pada waktu pagi. Contohnya, semasa Ripin datang ke rumah Tuk Wali.
2. Pada waktu petang. Contohnya, semasa Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji
Kodri.
3. Pada waktu malam. Contohnya, semasa Tuk Wali berada di beranda rumah sambil
menggesek biola.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang ingin mengekalkan warisan budaya bangsa, iaitu ilmu persilatan.
Contohnya, Tuk Wali masih bertahan dengan pendiriannya untuk mempersembahkan seni
silat di khalayak ramai, misalnya di majlis perkahwinan. Tujuannya adalah untuk
mendedahkan orang ramai dengan budaya bangsa.
2. Masyarakat yang mencuba berselindung di sebalik agama untuk kepentingan diri.
Contohnya, sikap Siak yang mencuba menasihati Tuk Wali agar tidak bersilat lagi.
Sikapnya yang kurang elok kerana menggunakan agama sebagai alasan adalah tidak
wajar sama sekali.
1. Masyarakat yang runtuh akhlaknya akibat terlibat dalam penagihan dadah. Contohnya,
watak Piee yang terjebak dalam penagihan dadah hingga merosakkan dirinya dan
menyusahkan orang lain.
3. Masyarakat yang kurang mengamalkan budaya bermusyawarah. Contohnya, sikap imam dan
Siak yang tidak mencuba untuk berbincang dengan Tuk Wali tentang ketidakpuasan hati
mereka. Sebaliknya, mereka hanya berjumpa dengan Mak Umi sahaja.
4. Masyarakat yang menghormati golongan yang mempunyai kepandaian dalam seni
pertahanan diri. Contohnya, anak-anak muda di kampung itu menghormati Tuk Wali
kerana beliau mempunyai ilmu persilatan yang tinggi.

Plot
Binaan Plot
1. Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin mengikut kronologi.
1. Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, penonton diperkenalkan dengan watak utama, iaitu
Tuk Wali, dan diikuti oleh watak sampingan, iaitu Ripin (murid Tuk Wali) dan isteri Tuk Wali
yang bernama Mak Umi.
2. Plot terus berkembang dengan kunjungan Siak dan imam ke rumah Tuk Wali dan
berjumpa dengan Mak Umi. Mereka ingin menasihati Tuk Wali supaya menghentikan
kegiatannya mengajar silat dan sebaliknya lebih banyak beribadat.
2. Pada bahagian perumitan, Tuk Wali merasakan dirinya sudah mula tidak dihargai oleh
penduduk setempat terutama Siak dan imam.
5. Beliau ingin menyerahkan keris perguruannya kepada Ripin tetapi Ripin menolaknya.
6. Plot mencapai tahap puncak atau klimaks apabila Siak mencabar Tuk Wali untuk beradu
kekuatan. Pergaduhan antara mereka dapat dihentikan apabila Ripin masuk campur.
5. Pada tahap peleraian, Tuk Wali ditikam oleh cucu tirinya, Piee. Sebelum meninggal,
Tuk Wali sempat menyerahkan keris perguruannya kepada Ripin, iaitu murid harapannya.

Teknik Plot
1. Teknik saspens. Pengarang memerihalkan peristiwa yang menimbulkan keadaan tertanya-
tanya atau perasaan ingin tabu. Contohnya:
Pertarungan terjadi antara SIAK dengan TUK WALI. SIAK menyerang bertubi-tubi. TUK WALI
hanya mempertahankan diri. TUK WALI tidak cuba untuk menyerang. Setiap serangan SIAK
dipatahkan dengan mudah oleh TUK WALI Beberapa kali SIAK terhumban dan tercampak di
atas gelanggang. RIPIN muncul dengan keadaan tidak berpakaian lengkap . Dia berdiri di
tengah-tengah antara TUK WALI dengan SIAK. (hal. 219)
1. Teknik konflik. Konflik luaran yang terdapat dalam drama ini merujuk kepada
pertentangan pendapat atau pemikiran antara watak Tuk Wali dengan Ripin. Tuk Wali
beria-ia mengharapkan Ripin menjadi pewaris Keris Ganja Seiras Naga Berjuang tetapi
ditolak oleh Ripin. (hal. 206)
2. Teknik monolog. Pengarang berusaha untuk menyampaikan fikiran atau menyatakan
perasaan. Contohnya, dalam drama "Gelanggang Tuk Wali" ini pengarang mencuba
menulis tentang luahan perasaan Tuk Wali ketika ingin menyerahkan Keris Ganja Seiras
Naga kepada Ripin. (hal. 204 – 205)

Gaya Bahasa
1. Dari segi pemilihan kata, pengarang telah memilih kata-kata yang mudah difahami.
2. Bahasa kiasan. Contohnya:
(a) Oooo! Waknya! Pukul tiga dah ni! Bersiap mengalahkan orang betina! (hal. 192)
(b) Tapi, emak ayahnya kenalah jaga bila dah baik nanti! Kalau tidak, berulang lagi....jadi
macam menyapu sampah di bawah pokok. Tiap-tiap hari kena dibersihkan. (hal. 197)
(c) Budak kata awak? Dah berjanggut. Budak apa ke namanya? (hal. 199)
3. Personifikasi. Contohnya:
Wah, hebat betul, wak! Gugur iman janda-janda kampung hulu itu nanti! (hal. 193)
4. Simile. Contohnya:
(a) ...macam rimau tak ada gigi! (hal. 194)
(b) ...kawannya macam lalat (hal. 197)
(c) ... Orang tua macam aku ni ibarat orang baru baik sakit! Semangat nak makan tu ada,
tapi nak menyuap tak larat. (hal. 193)
5. Bahasa Arab. Contohnya: Assalamualaikum (hal. 188); Astaghfirullahalazim (hal. 202);
Alhamdulillah (hal. 208).
6. Metafora. Contohnya:
(a) orang pangkal (hal. 194)
(b) kambing hitam (hal. 200)
7. Sinkope atau penyingkatan kata. Contohnya:
Awak ni nak pergi bersilat ke nak pergi menikah? (hal. 193) Awak kan demam! Nak pergi juga
ke? (hal. 189)
8. Peribahasa.Contohnya:
(a) kambing hitam (hal. 200)
(b) ...besar sampai tak terpeluk, berat sampai tak terjinjit ... ! (hal. 195)
(a) ibarat burung dalam sangkar yang terbuka pintunya (hal. 196)

Nilai
1. Nilai kemasyarakatan. Contohnya, sungguhpun kurang sihat namun Tuk Wali masih mahu
menerima undangan bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri.
2. Nilai jati diri yang kuat. Contohnya, Tuk Wali, Ripin, dan Mariam gigih mempertahankan
seni silat yang merupakan budaya warisan bangsa.
1. Nilai keberanian. Contohnya, Tuk Wali berani melawan komunis dan menentang perompak.
4. Nilai kasih sayang. Contohnya, Ripin dan Mariam amat sayang akan gurunya.
5. Nilai menghormati tetamu. Contohnya, walaupun tujuan kedatangan Siak dan imam ke
rumah amat menjengkelkan Mak Umi namun dia tetap melayan mereka dengan mesra.
6. Nilai bertanggungjawab.Tuk Wali gigih memikul tanggungjawab mengajar seni silat kepada
anak-anak muda di kampung itu.

Pengajaran
1. Kita hendaklah mempertahankan warisan budaya bangsa.
2. Kita hendaklah berani mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
3. Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua.
4. Kita hendaklah bijak menilai kemampuan diri sendiri.
5. Kita hendaklah berbakti kepada masyarakat.
6. Kita janganlah suka menabur fitnah dan berdendam.
7. Kita hendaklah menjauhi tabiat buruk seperti menagih dadah dan mencuri.
8. Kita perlulah berunding bagi menyelesaikan masalah yang timbul.
FORUM REMAJA 2020 Sharif Shaary
Drama ini mengisahkan kehadiran dua makhluk yang berasal dari planet Utopia.
Makhluk ini telah memasuki ruang angkasa bumi dan sampai ke Malaysia. Makhluk ini
memperkenalkan dirinya kepada tiga orang pelajar yang bernama Salmah, Chandran, dan Chong.
Kehadiran kedua-dua makhluk itu disebabkan oleh rasa tanggungjawab mereka untuk
mengingatkan makhluk bumi yang kini kritikal dan menuju kemusnahan. Malaysia terpilih
kerana mempunyai potensi sebagai negara model dunia dalam menegakkan keamanan clan
meningkatkan moral sejagat.
Walau bagaimanapun, makhluk Utopia menganggap bahawa Malaysia belum
cukup memuaskan sepenuhnya untuk dijadikan negara model. Salmah, Chandran, clan Chong
tidak bersetuju dengan pendapat makhluk Utopia itu kerana Malaysia mempunyai kualiti yang
mencukupi untuk dijadikan negara model. Contohnya, mempunyai bahasa kebangsaan,
agama rasmi, dan mempunyai satu kebudayaan nasional. Malaysia merupakan sebuah negara
yang aman dan harmoni. Selain itu, Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat
membangun dan memiliki pelbagai prasarana yang terbaik.
Makhluk Utopia menyangkal dakwaan tersebut kerana menyatakan bahawa usaha
tersebut merupakan usaha generasi sebelumnya. Kenyataan makhluk Utopia itu
menimbulkan kemarahan Chong. Sebenarnya, makhluk Utopia berkata demikian
semata-mata untuk menguji kecintaan mereka kepada negara. Walaupun ketiga-tiga remaja itu
cinta kepada negara namun perasaan cinta tidak mencukupi. Mereka perlu menghadapi ujian
untuk menjamin ketahanan negara dan bangsa. Makhluk Utopia menjelaskan bahawa
mereka memilih ketiga-tiga remaja ini kerana remaja ini bakal pemimpin negara pada masa
akan datang.
Makhluk Utopia menganggap bahawa generasi muda pada masa kini semakin
materialistik dan longgar kepercayaan agamanya. Hal inilah yang menjadi punca kemerosotan
moral dalam kalangan belia. Makhluk Utopia menasihati remaja agar jangan suka salah-
menyalahi dan belajar daripada kesalahan yang dilakukan. Mereka turut memuji keberanian
ketiga-tiga orang remaja ini berhujah.
Apabila kedua-dua makhluk Utopia itu beredar, ketiga-tiga remaja itu berasa bahawa
mereka bermimpi. Perbincangan berlaku antara ketiga-tiga orang remaja ini tentang
peristiwa ganjil yang telah dilalui oleh mereka. Mereka bersetuju akan kritikan yang dibuat
oleh oleh makhluk Utopia. Sebagai generasi muda, mereka perlu merancang strategi
kepimpinan bagi melahirkan generasi yang berdisiplin dan bersatu padu.

Tema
Drama "Forum Remaja 2020" bertemakan peranan remaja dalam merealisasikan wawasan 2020.
Sebagai bakal pemimpin, remaja perlu mempunyai jati diri yang kental, berilmu pengetahuan,
serta memiliki moral yang tinggi bagi menjayakan matlamat tersebut.

Persoalan
1. Penerapan integrasi nasional bagi menjamin keharmonian dan keamanan negara.
Contohnya, Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum diikat dengan satu bahasa
kebangsaan, satu kebudayaan nasional, serta satu agama rasmi sementara agama--
agama lain dibenarkan dipraktikkan.
2. Remaja perlu memiliki semangat patriotik dan berusaha memupuk perpaduan antara
kaum. Contohnya, ketiga-tiga remaja bersungguh-sungguh mempertahankan hujah mereka
bahawa Malaysia mempunyai kualiti yang dimaksudkan oleh makhluk Utopia itu.
3. Kesanggupan remaja menerima kritikan demi kebaikan bangsa dan negara. Contohnya,
ketiga-tiga remaja menerima kritikan daripada makhluk Utopia dan menanam tekad untuk
mengatasi masalah moral dalam kalangan remaja.
4. Tanggungjawab remaja ialah menghayati dan mengamalkan nilai-nilai keagamaan
dalam aspek kehidupan mereka. Contohnya, makhluk Utopia menyatakan betapa
longgarnya nilai keagamaan dalam kalangan remaja. Untuk itu, generasi muda perlu
mempunyai penghayatan keagamaan yang ikhlas dan suci.

Watak dan Perwatakan


Makhluk Utopia I dan II
1. Makhluk asing yang berasal dari planet Utopia.
2. Kedua-dua makhluk ini muncul dalam mimpi.
3. Misi mereka adalah untuk melihat rupa bangsa Malaysia yang dikatakan sebuah negara yang
kaya dengan unsur-unsur kebudayaan.
1. Bijak memberikan buah fikiran dan kritikan. Contohnya, buah fikiran yang
dilontarkannya ialah menyatakan generasi muda di negara ini sedang mengalami era kritikal
dari segi moral, sosial mahupun mental. Manakala contoh kritikan yang diberikan ialah
pembangunan yang telah dilaksanakan bukannya usaha generasi kini tetapi merupakan
usaha generasi terdahulu.

Salmah
1. Seorang gadis yang berusia 22 tahun.
2. Seorang mahasiswa di sebuah universiti di Malaysia.
3. Gadis Melayu yang berkulit sawo matang.
4. Seorang yang petah dan berani melontarkan idea. Contohnya, beliau
menjelaskan bahawa di Malaysia telah terdapat pelbagai pembangunan pesat yang telah
dijalankan.
1. Salmah berpendirian tegas dan berfikiran terbuka. Misalnya, Salmah mahu berusaha
bersama-sama untuk mengatasi masalah kemerosotan moral dalam kalangan generasi
muda.
2. Dia dapat menerima kritikan. Buktinya, Salmah mengakui bahawa generasi muda pada hari
ini sudah tidak menjalam kehidupan beragama sepenuhnya.

Chandran
1. Seorang pemuda yang berusia 22 tahun.
2. Seorang mahasiswa di sebuah universiti di Malaysia.
1. Chandran berketurunan India dan fasih berbahasa Melayu.
3. Dia bijak berhujah dan banyak memberikan buah fikiran. Buktinya, beliau mempertikaikan
kata-kata makhluk Utopia dan menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai potensi untuk
menjadi sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral
sejagat.
4. Chandran tegas dalam mempertahankan hujah. Contohnya, beliau menjelaskan bahawa
pembangunan yang telah dilaksanakan di negara ini bukanlah impian semata-mata.

Chong
1. Seorang pemuda yang berusia 22 tahun.
2. Seorang mahasiswa di sebuah universiti di Malaysia.
3. Chong berketurunan Cina dan fasih berbahasa Melayu.
4. Dia juga bijak berhujah dan banyak memberikan buah fikiran. Contohnya, beliau
menjelaskan tindakan makhluk Utopia menyalahkan generasi muda sahaja merupakan
sesuatu yang tidak adil.
5. Kadangkala dia bersikap emosional tetapi cepat mengakui kesilapan. Buktinya, dia
bersetulu akan perkara yang diperkatakan oleh makhluk Utopia itu walaupun pada
mulanya dia banyak mempersoalkannya.

Latar
Latar Tempat
Pada bahagian awal drama, pengarang telah mencatatkan bahawa Tatar tempat drama ini ialah
di sebuah kampus universiti di Malaysia, iaitu tempat Salmah, Chong, dan Chandran
melanjutkan pelajaran mereka.

Latar Masa
Latar masa dalam drama ini ialah pada waktu petang tahun 2020.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat makhluk asing dari planet luar. Contohnya, Makhluk Utopia I dan II berasal
dari planet Utopia.
2. Masyarakat mahasiswa di sebuah universiti tempatan. Contohnya, Salmah, Chandran, dan
Chong merupakan mahasiswa di sebuah universiti tempatan.
3. Masyarakat remaja yang mengambil berat akan soal negara. Contohnya, Salmah, Chandran, dan
Chong amat peka apabila diajukan persoalan tentang pembangunan mental dan fizikal
negara.
4. Masyarakat yang bijak berhujah. Contohnya, ketiga-tiga remaja ini bijak berhujah dan
berdepan dengan pelbagai kritikan Makhluk Utopia.

3. Masyarakat yang suka memberikan panduan dan nasihat demi kesejahteraan negara. Hal
ini dapat dilihat apabila Makhluk Utopia berterus terang dalam memberikan panduan dan
nasihat kepada Salmah, Chandran, dan Chong demi kemajuan negara ini.

Plot
Binaan Plot
1. Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.
1. Dalam bahagian pengenalan atau eksposisi, pengarang memperkenalkan watak Makhluk
Utopia I dan Makhluk Utopia II yang memasuki ruang angkasa bumi dan tiba di Malaysia.
Misi kedua-dua makhluk tersebut ialah mahu melihat rupa bangsa Malaysia yang dikatakan
sebuah negara yang kaya dengan unsur-unsur kebudayaan. Mereka telah bertemu
dengan Salmah, Chong, dan Chandran.

2. Pada bahagian pertengahan, dinyatakan pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh


Makhluk Utopia tentang situasi di bumi yang sedang menuju kehancuran. Mereka
menjelaskan bahawa Malaysia masih belum layak dijadikan sebuah negara model.
3. Pada bahagian perumitan, pengarang memaparkan wujudnya perbezaan pendapat yang
ketara antara Salmah, Chandran, dan Chong dengan Makhluk Utopia. Ketiga-tiga remaja
itu tidak berpuas hati dan mempertahankan bahawa Malaysia sudah mempunyai
kualiti untuk menjadi sebuah negara model dalam menegakkan keamanan dan peningkatan
moral sejagat.
4. Plot mencapai tahap puncak atau klimaks apabila Makhluk Utopia mengutarakan
keruntuhan moral remaja dunia pada masa kini. Timbul perdebatan apabila ketiga-tiga
remaja tadi menyatakan bahawa generasi terdahulu juga patut dipersalahkan atas masalah
yang timbul.
5. Pada bahagian peleraian, Salmah, Chandran, dan Chong berbincang sesama mereka atas
peristiwa ganjil yang ditempuh oleh mereka. Mereka tidak menafikan akan kebenaran
kata-kata Makhluk Utopia itu. Mereka menerima kritikan itu dan bertekad untuk
menyelesaikan masalah moral dalam kalangan generasi muda.

Teknik Plot
1. Teknik pemerian. Dalam skrip drama ini, terdapat juga unsur pemerian tetapi dalam drama
pentas, unsur ini disebut sebagai prolog kerana pemerian ini dilakukan sebelum dialog
disampaikan oleh watak. Contohnya:
(a) Pengarang memerihalkan keadaan ketiga-tiga remaja yang berasa bahawa mereka
melalui pengalaman yang pelik. Contohnya:
Ketiga-tiga pelajar seperti baru tersedar daripada suatu pengalaman yang aneh. Untuk
beberapa ketika mereka memandang sesama sendiri dengan penuh tanda tanya. (hal. 238)
(b) Pengarang memerihalkan keadaan ketiga-tiga remaja yang bertekad untuk
menyelesaikan masalah kemerosotan moral generasi muda.
Ketiga-tiga pelajar menggenggam erat tangan masing-masing dan menjulang ke atas.
(hal. 242)

2. Teknik dialog. Dialog-dialog yang dikemukakan amat berkesan dan bersesuaian


kerana melibatkan golongan remaja yang berstatus mahasiswa. Dialog tersebut dapat
menjanakan pemikiran penonton agar lebih kreatif, bijak berhujah, dan rasional dalam
mengkritik dan menerima kritikan. Contohnya:
SALMAH: Kami ada Dasar Ekonomi Baru sebagai strategi untuk menyusun semula masyarakat
secara adil. Kami juga ada Rukun Negara sebagai panduan cara hidup masyarakat
Malaysia. Ia diterima dengan baik. Apa, itu masih belum mencukupi? (hal. 234)

Gaya Bahasa
1. Penggunaan kata pinjaman. Dan segi diksi, pengarang ada menyelitkan kata-kata pinjaman
daripada bahasa Inggeris. Hal ini bersesuaian dengan tahap pemikiran golongan mahasiswa
yang perlu menguasai kosa kata termasuk kata-kata pinjaman. Antara contoh kata
pinjaman ialah kritikal, potensi, implikasi, integrasi, emosional, materialistik, realiti, oportunis,
hipokrit, korup, merealisasikan, dan sebagainya.
2. Pengarang menggunakan ayat yang panjang dan berjaya menyisip pengulangan kata
tertentu bagi menimbulkan keindahan bahasa dalam ayat tersebut. Contohnya:
MU I: Apabila sudah tidak takut kepada Tuhan, maka dengan sendirinya mereka tidak takut
pada apa-apa sahaja. Tidak menghormati apa-apa dan sesiapa saja. Akhirnya setiap apa-
apa yang dicipta atas nama tamadun menjadi sia-sia belaka kerana tidak ada sesiapa
yang mahu menghormatinya. (hal. 237)
3. Pengarang ada menggunakan ayat-ayat yang pendek dalam dialog. Ayat-ayat yang pendek ini
menjadikan dialog lebih hidup bagi menggambarkan realiti kehidupan yang sebenarnya.
Contohnya:
SALMAH: Betul ke ni?
MU I: Tapi, jangan terlalu seronok!
CHONG: Mengapa pulak? (hal. 236)
4. Pengarang banyak menggunakan unsur sinkope atau penyingkatan kata. Contohnya:
kan, tak, tu, dan ni.
5. Penggunaan kata-kata hikmat. Contohnya: Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh! (hal.
242)

1. Penggunaan unsur-unsur sastera seperti metafora, personifikasi, simile, dan peribahasa,


amat kurang digunakan oleh pengarang drama ini.

Nilai
1. Nilai semangat bermasyarakat. Contohnya, ketiga-tiga remaja amat mengambil berat akan
soal bangsa dan negara.
2. Nilai rasional. Contohnya, sanggup menerima teguran dan kritikan.
3. Nilai berani. Contohnya, berani berhujah demi mempertahankan pendapat.
4. Nilai bijaksana. Contohnya, dapat menjawab kritikan dan mengemukakan idea-idea yang
bernas.
5. Nilai kesetiaan. Contohnya, ketiga-tiga orang remaja ini telah membuktikan kecintaan
mereka kepada negara.
6. Nilai baik hati. Contohnya, Makhluk Utopia sanggup memberikan nasihat dan teguran demi
kebaikan rakyat di negara ini.

7. Nilai bertanggungjawab. Contohnya, ketiga-tiga remaja merupakan generasi yang


bertanggungjawab terhadap negara.
8. Nilai berhati-hati. Contohnya, remaja tersebut menyiasat latar belakang orang luar yang
masih belum dikenali.

Pengajaran
1. Kita perlulah mengutamakan perpaduan antara kaum. Contohnya, Chandran
mencadangkan supaya mereka mengeratkan perpaduan bagi merealisasikan impian
mereka menjadikan Malaysia sebagai negara model.
2. Kita hendaklah bersedia menerima kritikan demi kebaikan. Contohnya, ketiga-tiga
remaja menerima kritikan Makhluk Utopia dan bertekad untuk menyelesaikan
masalah kemerosotan nilai moral dalam kalangan generasi muda.
3. Kita hendaklah berani memberikan pendapat atau buah fikiran yang bernas. Contohnya,
ketiga-tiga remaja berani menyampaikan hujah-hujah mereka. Hal ini turut diakui oleh
Makhluk Utopia.
4. Kita perlulah membuktikan kesetiaan kepada tanah air. Contohnya, ketiga-tiga remaja
bersungguh-sungguh mempertahankan hujah mereka dan menyangkal dakwaan Makhluk
Utopia tentang keupayaan Malaysia sebagai negara model.
5. Kita hendaklah bertanggungjawab untuk membangunkan dan memajukan negara.
Contohnya, ketiga-tiga remaja berbesar hati kerana terpilih untuk menjalankan misi
Makhluk Utopia. Mereka ingin menjalankan tanggungjawab mereka untuk
membangunkan dan memajukan negara.
5. Kita perlulah mengamalkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan. Contohnya,
pegangan agama yang lemah menyebabkan kemerosotan moral dalam kalangan remaja.
6. Kita janganlah mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata dengan
membelakangkan pembangunan kerohanian. Contohnya, generasi muda yang mudah
terpengaruh oleh kehidupan materialistik hingga meminggirkan nilai-nilai seperti
hormat-menghomati.

Cempaka Berdarah A. Rahim Abdullah


Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah sambil menanti kepulangan Zaman yang
sedang belajar di universiti di Kuala Lumpur. Kedua-dua anak beranak ini sungguh teruja dengan
kepulangan Zaman kerana Zaman telah lama tidak pulang ke kampung. Tiba-tiba terdengar
orang memanggil di luar rumah. Kedua-dua beranak itu mengintai dari lubang pintu dan
mendapati seorang lelaki seperti orang putih. Mak Jah menyuruh Cempaka bersembunyi di
dalam bilik sebelum membuka pintu. Orang putih itu, iaitu Prof. Peter memperkenalkan
dirinya sebagai pensyarah kepada Zaman. Prof. Peter dibenarkan masuk ke dalam rumah. Prof.
Peter memberitahu Mak Jah tentang minatnya pada sejarah. Selepas itu, Prof. Peter telah
berbual-bual dengan Mak Jah tentang Zaman yang dikatakan keras kepala sambil bertanya
tentang Cempaka apabila melihat gambar Cempaka di dinding. Prof. Peter meminta diri
sambil memberitahu Mak Jah yang dia ingin melihat-lihat sekitar kampung.
Zaman dan adiknya, iaitu Cempaka telah masuk ke sebuah belukar di kampungnya.
Zaman dan Cempaka telah berbual-bual tentang bonsai, perlunya usaha gigih untuk tidak
berputih mata, dan berniaga adalah sunah nabi. Kemudian, Zaman menyuruh Cempaka pulang ke
rumah mengambil parang. Cempaka pun berlari pulang untuk mengambil parang kerana dia
mahu Zaman mengambilkannya bunga kenanga. Sepeninggalan Cempaka, Zaman didatangi
Prof. Peter dan Malik, iaitu sahabat Zaman yang tidak bersekolah tinggi. Zaman berbual-bual
dengan Prof. Peter dan Malik dan perbualan mereka kadang kala menimbulkan pertelingkahan.
Kemudian, Prof. Peter dan Malik pergi manakala Zaman tertanya-tanya sebab Prof. Peter
datang ke kampungnya itu. Sejurus itu, Cempaka datang semula sambil membawa parang.
Cempaka menyedari perubahan Zaman lalu bertanyakan sebabnya. Zaman bertanya tentang
Malik. Cempaka memberitahu Malik kini sudah berubah.
Ketika Zaman mengambilkan adiknya itu bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik
muncul lagi. Wujud pertengkaran sekali lagi antara mereka. Prof. Peter ingin mengetahui perihal
rambut perang Cempaka dan memberitahu Zaman bahawa Cempaka bukan adiknya.
Kemudian Mak Jah pun tiba sambil memarahi Prof. Peter kerana Prof. Peter ingin
menyakiti hatinya dan merampas Cempaka. Lantas Prof. Peter mengimbas peristiwa
semasa perang Jepun kepada semua. Prof. Peter mengatakan bahawa ibunya telah
menyorokkan adiknya di tebing sungai Bukit Putih dan mengatakan adiknya itu telah
ditemui oleh Mak Jah. Oleh itu, Prof Peter mengatakan bahawa Cempaka adalah adiknya dan
dia mahu adiknya hidup dalam keluarganya.

Sewaktu pertengkaran itu berlaku, Prof. Peter terlihat seekor ular di atas kepala
Cempaka lalu melepaskan tembakan. Cempaka rebah dan Mak Jah meraung apabila melihat
keadaan Cempaka yang berlumuran darah. Zaman berasa amat marah dan ingin membalas
perbuatan Prof. Peter. Walaupun Prof. Peter menjelaskan niatnya, Zaman tidak
menerimanya. Semasa pergelutan berlaku antara Zaman dengan Prof. Peter, Zaman
mencuba merampas senapang Prof. Peter. Akhirnya, Prof. Peter melarikan diri ke dalam hutan.
Zaman pula mengambil parangnya dan mengejar Prof. Peter. Satu das letupan senapang
kedengaran dan membuatkan semuanya tercengang. Mak Jah meraung sambil memanggil nama
anaknya. Zaman pula terpukau sambil datang kepada ibunya semula. Mak Jah bersyukur apabila
melihat Zaman selamat. Kemudian, Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka yang telah tidak
sedarkan diri itu.

Tema
Tema novel ini ialah kesungguhan mempertahankan hak dan maruah keluarga. Contohnya,
Mak Jah dan Zaman mempertahankan hak mereka untuk memelihara Cempaka daripada
dirampas oleh abang kandungnya, Prof. Peter.

Persoalan
1. Kasih sayang sesama insan tidak mengenal keturunan dan agama. Contohnya, Mak Jah dan
Zaman menyayangi Cempaka walaupun Cempaka adalah anak orang putih, iaitu bangsa
yang menjajah tanah air mereka.
2. Kepentingan pendidikan untuk mengubah dan membela nasib diri dan keluarga. Contohnya,
Mak Jah telah menghantar Zaman belajar ke universiti dengan harapan Zaman akan membela
nasib keluarganya yang miskin.
3. Kesombongan diri telah membuatkan seseorang itu tidak bertindak dengan bijaksana dan
rasional serta membawa kepada kegagalan. Contohnya, Prof. Peter dengan sombong telah
mengatakan bahawa kampung Zaman sebagai busuk, kotor, dan tidak bertamadun. Sikap
itu telah membuatkan dia bertindak secara tidak bijak dan rasional. Akhirnya, usahanya untuk
mendapatkan adiknya gagal.
4. Setiap orang mempunyai hak tetapi hak itu mesti dibela dan dipertahankan dengan cara
yang betul. Contohnya, Prof. Peter mempunyai hak atas Cempaka tetapi hak itu telah dibela
dan dipertahankan dengan cara yang salah.
5. Sejarah yang telah berlaku penting sebagai iktibar oleh setiap orang. Misalnya, Mak Jah dan
Zaman hendaklah mengambil kira sejarah diri Cempaka. Begitu juga Prof. Peter mesti
mengambil iktibar akan sejarah yang telah berlaku pada diri Cempaka yang dikatakan
adiknya.

Watak dan Perwatakan


Zaman
1. Zaman adalah watak utama drama ini.
2. Zaman adalah anak lelaki Mak Jah.
3. Zaman menuntut di sebuah universiti di Kuala Lumpur.
4. Zaman seorang yang keras kepala seperti bapanya. Hal ini dinyatakan oleh Prof. Peter dan
turut diakui oleh ibunya.
5. Zaman, abang yang penyayang kerana sanggup mengambilkan Cempaka bunga kenanga.
6. Dia seorang yang berani dalam mempertahankan haknya sehingga dia sanggup bergelut
dengan Prof. Peter.
7. Dia pandai menghidu peluang seperti mencari akar-akar mati untuk diukir serta dijual di
Kuala Lumpur.

Mak Jah
1. Mak Jah adalah ibu kepada Zaman dan ibu angkat Cempaka.
2. Mak Jah adalah ibu yang penyayang. Dia sangat sayang akan Cempaka dan berusaha untuk
mempertahankan Cempaka daripada dirampas oleh abangnya.
3. Mak Jah berasa rendah diri dan takut pada orang putih dan memanggil orang putih sebagai
tuan.
1. Dia seorang yang berhati-hati. Dia segera menyuruh Cempaka bersembunyi di dalam bilik
apabila Prof. Peter yang tidak dikenalinya clatang.
1. Mak Jah bersopan santun. Dia melayan tetamunya, iaitu Prof. Peter dengan baik.
2. Dia mempunyai iman yang kuat kerana dia segera menyebut nama Allah apabila
terdengar letupan senapang.

Cempaka
1. Gadis yang tidak bersekolah tinggi.
2. Cempaka berambut perang.
3. Cempaka adalah adik angkat Zaman yang manja. Dia meminta Zaman mengambilkannya
bunga kenanga.
2. Cempaka berpendirian tegas apabila mengatakan bahawa dia anak Mak Jah dan adik
Zaman kepada Prof. Peter.
3. Cempaka mudah menangis apabila Prof. Peter ingin merebutnya daripada Mak Jah dan
Zaman.

Prof Peter
1.Profesor dalam bidang antropologi dan sosiologi di sebuah universiti di Kuala Lumpur.
2.Prof. Peter berbangsa Inggeris.
3.Prof. Peter adalah pensyarah Zaman.
4.Dia tidak bijak menyelesaikan masalahnya apabila sanggup berbalah dengan Zaman dan Mak
Jah untuk mendapatkan Cempaka.
5.Prof. Peter sombong apabila menghina kampung Mak Jah.
6.Prof. Peter tidak cekap menggunakan senapang apabila tembakannya tidak mengenai
sasaran sebaliknya mengenai Cempaka.

Malik
1. Anak muda yang tidak terpelajar.
2. Dia mudah terpengaruh oleh kata-kata Prof. Peter.
3. Selain itu, Malik mudah lupa diri kerana sanggup menghina Zaman, iaitu kawannya sejak
kecil sewaktu dia mengiringi Prof. Peter.
4. Pemuda yang tidak sopan apabila sanggup mengatakan yang dia tertarik pada rambut
perang Cempaka.

Latar
Latar Tempat
1. Di rumah Mak Jah. Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas sambil berbual-bual tentang
anaknya, iaitu Zaman yang akan pulang bercuti. Tiba-tiba ada seorang yang tinggi seperti
orang putih memanggil dari luar.
2. Di pinggir belukar. Zaman mengambilkan Cempaka bunga kenanga dan bergelut dengan
Prof. Peter.

3. Di tebing sungai Bukit Putih. Di tebing sungai Bukit Putih, ibu Prof. Peter telah
menyembunyikan adiknya daripada tentera Jepun.
4. Di banglo buruk. Prof. Peter pulang ke banglo buruk di Estet Putih pada setiap tahun dalam
usaha untuk mencari adiknya.
5. Di Kuala Lumpur. Letaknya universiti Zaman dan tempat ukiran kayu mati, kayu laut, tunggul
buluh, dan rotan dijual.

Latar Masa
1. Masa cuti pengajian. Zaman pulang ke kampung pada masa cuti penggal pengajian akhir
tahunnya.
2. Petang. Zaman dan Cempaka ke belukar mencari bunga kenanga dan mencari akar-akar
kayu tumbang di tebing sungai.
3. Waktu pagi menjelang tengah hari. Mak Jah mengemas rumah bersama-sama dengan
Cempaka.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang sombong. Prof. Peter bersikap sombong apabila memandang hina
kampung Mak Jah dan tidak menghargai Mak Jah yang memelihara Cempaka yang
didakwa sebagai adiknya.
2. Masyarakat yang lupa diri. Malik seorang yang telah lupa diri apabila terpengaruh oleh kata-
kata Prof. Peter.
3. Masyarakat yang pandai mengambil peluang. Zaman pandai mengambil peluang untuk
memperoleh rezeki dengan mengambil akar-akar kayu mati untuk diukir serta dijual di
Kuala Lumpur.
4. Masyarakat penyayang. Mak Jah seorang yang penyayang apabila menyayangi Zaman dan
Cempaka.
5. Masyarakat kampung. Mak Jah dan Cempaka adalah masyarakat kampung yang terlalu
menghormati orang putih walaupun bangsa itu pernah menjajah mereka.

Plot
Binaan Plot
1. Plot drama Cempaka Berdarah terbahagi kepada dua babak cerita. Berdasarkan kedua-
dua babak itu, plot drama itu terbahagi kepada beberapa tahap, iaitu pengenalan,
perkembangan cerita, klimaks, peleraian, dan penutup. Dalam setiap tahap plot drama ini
mengandungi beberapa peristiwa.
2. Pada tahap pengenalan atau eksposisi, drama ini mengandungi peristiwa Mak Jah dan
Cempaka sedang mengemas rumah sambil menanti kepulangan Zaman dari Kuala Lumpur.
Pada tahap ini juga drama mendedahkan peristiwa Prof. Peter datang ke rumah Mak Jah.
3. P l o t c e r i t a m e m a s u k i t a h a p p e n g e m b a n g a n . P a d a t a h a p pengembangan
cerita, drama mengandungi peristiwa Zaman dan Cempaka masuk ke pinggir belukar di
kampungnya untuk mengambil bunga kenanga, berbual tentang bonsai dan tentang
usaha gigih untuk maju.

4. Plot memasuki tahap perumitan apabila Zaman bertemu dengan Prof. Peter yang
diiringi Malik dan berlaku pertengkaran. Kemudian, Prof. Peter dan Malik pergi. Sejurus
kemudian, kedua-duanya datang semula, iaitu semasa Zaman sudahpun
mengambilkan Cempaka bunga kenanga. Pada waktu ini, berlaku pertengkaran yang
lebih hebat apabila Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang perang dan
ingin merampas Cempaka kerana mendakwa Cempaka adalah adiknya. Pada tahap ini, Mak
Jah datang dan memarahi Prof. Peter.
5. Plot drama ini memasuki tahap klimaks cerita. Pada tahap klimaks ini, peristiwa Prof.
Peter cuba menembak ular di atas kepala Cempaka tetapi mengenai Cempaka. Lantaran itu,
berlaku pergelutan antara Zaman dengan Prof. Peter. Zaman mencuba merampas senapang
Prof. Peter.
6. Plot drama memasuki tahap peleraian pula. Pada tahap ini, Prof. Peter telah
melarikan diri ke dalam belukar. Zaman pun mengambil parangnya dan mengejar Prof.
Peter. Tiba-tiba terdengar satu das letupan senapang yang menyebabkan mereka
tercengang. Seterusnya, Zaman berjalan ke arah ibunya semula dan ibunya bersyukur
kerana dia selamat.
7. Plot drama memasuki tahap peleraian, iaitu Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka yang
tidak sedarkan diri akibat tertembak.

Teknik Plot
1. Teknik saspens. Teknik saspens menimbulkan tanda tanya kepada pembaca. Pembaca akan
mengalami suatu situasi ingin tahu berikutan peristiwa saspens itu. Contoh peristiwa yang
menimbulkan saspens kepada pembaca antaranya termasuklah:
(a) peristiwa Prof. Peter memanggil dari luar rumah ketika Mak Jah berbual-bual dengan
Cempaka tentang Zaman.
(b) peristiwa Prof. Peter masuk bertanyakan Cempaka apabila terpandang gambar Cempaka
yang tergantung di dinding.
(c) peristiwa Prof. Peter dan Malik tiba-tiba muncul menemui Zaman di belukar.
Kehadiran Prof. Peter ini menimbulkan tanda tanya kepada Zaman.
(d) peristiwa Prof. Peter memberitahu Mak Jah bahawa dia datang untuk menyiasat. Hal ini
merupakan satu unsur saspens kerana pembaca juga tertanya-tanya tentang perkara yang
ingin dilakukan oleh Prof. Peter itu.

(e) peristiwa Prof. Peter melarikan diri ke dalam hutan. Zaman mengambil parangnya lalu
mengejar Prof. Peter. Kedengaran satu das letupan senapang.
(f) peristiwa Cempaka bertanyakan abangnya tentang orang-orang yang berada
bersama dengan abangnya di dalam hutan. Lebih-lebih lagi apabila orang itu
bertanyakan Cempaka tentang warna rambutnya
2. Teknik imbas kembali. Teknik imbas kembali menunjukkan watak atau penulis
mengimbau sesuatu peristiwa atau kejadian yang telah berlaku pada suatu ketika. Melalui
teknik imbas kembali, penulis dapat mengembangkan cerita dan pembaca dapat
mengetahui suatu peristiwa yang telah berlaku. Antara teknik imbas kembali dalam drama
ini termasuklah:

(a) perbualan antara Zaman dengan Prof. Peter. Contohnya: ...Rakyat negeri ini?
Kerakyatan yang kamu dapat dengan tipu helah? Kau datang untuk
memecahbelahkan kami,... (hal. 257)
(a) perbualan Prof. Peter dengan Mak Jah. Contohnya:
Aku tahu, Mak Jah. Ibuku telah menyembunyikan adikku di tebing sungai Bukit Putih
sebelum orang Jepun menyerang dan membunuh bapa dan ibuku. Engkaulah yang
menjumpainya dan mencurinya... (hal. 257)
(b) perbualan antara Prof. Peter dengan Zaman. Contohnya:
... Aku bernasib baik kerana dihantar belajar di England waktu Penang Dunia Kedua
meletus. ... Setiap tahun aku pulang ke banglo buruk Estet Putih itu... (hal. 257 – 258 )
3. Teknik monolog. Teknik monolog ialah watak bercakap seorang diri atau bercakap
dengan diri sendiri tentang sesuatu perkara. Teknik monolog dalam drama ini ialah ketika
Zaman bercakap seorang diri setelah Prof. Peter dan Malik meninggalkannya. Contohnya:
Apalah sebabnya Orang Putih itu ke sini? Berapa ringgit dia bayar pada Malik Yankee itu?
Manusia, manusia...... (hal. 254)
4. Teknik pemerian. Dalam skrip drama ini terdapat juga unsur pemerian tetapi
dalam drama pentas, unsur ini disebut sebagai prolog kerana pemerian ini dilakukan
sebelum dialog disampaikan oleh watak. Contohnya:
(a) Pengarang memerihalkan watak Mak Jah dan Cempaka yang mengemas rumah.
Contohnya:
MAK JAH dan CEMPAKA sedang mengemas rumah. Mereka menunggu kepulangan
ZAMAN yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur. (hal. 243)
(a) Pengarang memerihalkan keadaan di tepi belukar tempat Zaman dan Cempaka
mengambil buah bidara dan bunga kenanga. Contohnya:
Pohon dan akar kayu bergayutan. Terdapat sepohon bidara yang masak buahnya. Di
suatu sudut terdapat sepohon kenanga akar yang sedang berbunga. Terdapat setangkai
kenanga yang agak rendah – kira-kira sembilan kaki terjuntai ke bawah. Bunyi burung
berkicau riang di hutan. ZAMAN dan CEMPAKA berbual bagaimana hendak mendapatkan
bunga kenanga di atas pohonnya. (hal. 250)
(b) Pengarang memerihalkan tindakan Zaman ketika menunggu Cempaka. Contohnya:
ZA MA N ber j al an dan du duk di baw a h p o ho n bida r a . PROF PETER berjalan
di hadapan ZAMAN. Di bahunya tersandang sepucuk senapang. Dia berdiri di hadapan
ZAMAN. ZAMAN tidak sedar akan kehadiran PROF PETER itu. Seketika kemudian barulah
ZAMAN sedar dan terkejut. (hal. 252)
Gaya Bahasa
1. Simile. Penulis telah menggunakan beberapa gaya bahasa simile atau perbandingan secara
tidak langsung. Antara gaya bahasa simile dalam drama ini termasuklah:
(a) ..., dia mahu masuk universiti macam abangnya juga. (hal. 249)
(a) Orangnya tinggi mak, macam orang putihlah, ... (hal. 244)
(b) Sudah berubah kamu sekarang ini, pakaian segak macam koboi pula. (hal. 252)
(c) kita mesti berubah, seperti yang dicakapkan oleh Tuan Profesor ini. (hal. 253)
2. Peribahasa. Drama ini mengandungi beberapa peribahasa sebagai gaya bahasa juga.
Antara contoh peribahasa dalam drama ini termasuklah:
(a) tak sedap hati (hal. 250)
(a) Kita putih mata... (hal. 251)
(b) ... menutup bangkai gajah dengan nyiru yang buruk dan kecil, (hal. 256)
(b) tali barut (hal. 251)
(c) ...jangan hendak menempah aral di sini. (hal. 256)
3. Sinkope. Drama ini banyak menggunakan sinkope atau penyingkatan kata. Unsur
sinkope sesuai dengan bentuk bahasa lisan yang digunakan oleh watak dalam drama ini.
Antara contoh unsur sinkope dalam drama ini ialah:
(a) Kedua-duanya harum, bang. (hal. 255) - bang adalah singkatan daripada kata abang.
(a) ... dengan Orang Putih itu nak tembak kera. (hal. 255) nak adalah singkatan daripada kata
hendak.
(b) Dah lama tuan, ... (hal. 246) - Dah adalah singkatan daripada kata sudah.
4. Metafora. Drama ini banyak mengandungi contoh gaya bahasa metafora, iaitu bahasa
perbandingan secara langsung. Beberapa contoh metafora yang ditemukan dalam drama ini
termasuklah:
(a) Orang jepun ganas dan kejam ... (hal. 246) – Orang Jepun itu ganas dan kejam. Begitulah
juga ganas dan kejam itu ialah Orang Jepun.
(a) Engkau gila!. (hal. 255) - Engkau itu gila dan gila itu engkau.
(a) Aku bukan adikmu. (hal. 256) - Aku itu ialah bukan adikmu dan bukan adikmu itu ialah
aku.
5. Penggunaan kata pinjaman. Dalam drama ini juga terdapat penggunaan kata pinjaman
bahasa Inggeris. Contoh:
(a) Antoropologi – (hal. 245)
(b) Sosiologi – (hal. 245)
(c) profesor – (hal. 246)
(d) vision – (hal. 253)
(e) romantic – (hal. 255)

Nilai
1. Nilai kasih Sayang. Sifat sayang-menyayangi antara ahli keluarga menjamin kebahagiaan.
Contohnya, Mak Jah, Cempaka, dan Zaman saling menyayangi antara satu dengan yang
lain dan menjadikan keluarga mereka bahagia walaupun hidup dalam kemiskinan.
2. Nilai keberanian. Hak yang dicabar hendaklah dipertahankan dengan sifat keberanian
yang tinggi. Contohnya, Zaman telah menunjukkan sifat beran i da la m
memp erta ha nkan Cemp aka, iai tu a di kn ya daripada dirampas oleh Prof. Peter.
3. Nilai budi bahasa. Kehidupan berbudi bahasa hendaklah tidak terhad pada ahli keluarga
tetapi meliputi semua orang sama ada dikenal atau tidak. Contohnya, Mak Jah telah
melayan Prof. Peter dengan baik walaupun tidak mengenalnya.
4. Nilai berhati-hati dan berwaspada. Sifat berhati-hati dan berwaspada penting dalam
mengelakkan sesuatu perkara buruk berlaku. Contohnya, Mak Jah telah menyuruh Cempaka
bersembunyi di dalam bilik apabila Prof. Peter yang tidak dikenali datang ke rumah mereka.
5. Nilai kerajinan. Sifat rajin berusaha akan membolehkan seseorang mengubah nasib diri dan
keluarga. Contohnya, Zaman rajin berusaha seperti mengambil akar-akar kayu
tumbang untuk dijadikan ukiran dan dijual di Kuala Lumpur. Di samping itu, Zaman juga
rajin belajar untuk berjaya dalam pengajian di universiti.

Pengajaran
1. Setiap orang mesti rajin berusaha supaya dapat membela diri dan keluarga daripada
kesusahan dan kemiskinan. Contohnya, Zaman yang gigih menuntut ilmu dengan harapan
dapat mengubah nasib dirinya sekeluarga.
2. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau isu, seseorang itu mesti menyelesaikannya
dengan tindakan dan fikiran yang rasional. Contohnya, Prof. Peter seharusnya tidak
mengambil sikap terburu-buru dalam menuntut haknya terhadap Cempaka. Sikapnya itu
telah menyebabkan pertengkaran antara dia dengan Zaman, menyebabkan Mak Jah
marah, dan menyebabkan Cempaka tertembak.
3. Setiap manusia mesti hidup saling menyayangi tanpa mengira asal keturunan dan
agama untuk menjamin keharmonian hidup. Contohnya, Mak Jah telah memelihara Cempaka
sejak kecil dengan penuh kasih sayang walaupun Cempaka berbangsa Inggeris.
4. Sikap berhati-hati dan berwaspada mesti ada dalam diri setiap orang bagi mengelakkan
sesuatu perbuatan jenayah berlaku dengan mudah. Contohnya, Mak Jah begitu berhati-hati
sebelum membenarkan Prof. Peter masuk ke dalam rumahnya. Mak Jah juga meminta
Cempaka bersembunyi untuk mengelakkan daripada sebarang bencana.

5. Seseorang itu hendaklah mempertahankan hak dengan penuh keberanian agar hak itu tidak
dicabuli oleh orang lain dengan sewenang-wenangnya. Contohnya, Mak Jah dan Zaman
dengan berani mempertahankan Cempaka daripada dirampas oleh Prof. Peter.
6. Setiap orang mesti mempunyai budi bahasa yang tinggi supaya orang atau bangsa lain
menghormati kita. Contohnya, Mak Jah melayan tetamunya, Prof. Peter dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai