Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKALAN TLDM KOTA KINABALU

KEM TELUK SEPANGGAR


88460 KOTA KINABALU SABAH
email : pentadbiran@skpangkalantldmkk.edu.my

LAPORAN EKSEKUTIF
NAMA KURSUS / AKTIVITI / MESYUARAT / SEMINAR / BENGKEL

Taklimat Instrumen Penarapan Tandas dan Pengredan Kantin peringkat PPDKK jaringan
bersama PPD Tuaran dan PPD Panampang
ANJURAN
Anjuran PPD Kota Kinabalu
Tarikh 29 Jun 2021
Tempat Online (Google Meet)
PEGAWAI YANG HADIR
Nama Zaliha Binti Ismenyah
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

ISU-ISU PENTING

Taklimat bermula pada jam 2.30 petang dihadiri oleh wakil dari setiap sekolah. Taklimat
disampaikan oleh Tuan Hairudin Bin Samsudin, Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Sektor
Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Isi penting yang disampaikan dan perlu dimabil maklum untuk sekolah rendah adalah :

1. KPI Pengarah JPNS, setiap sekolah di negeri sabah mesti mendapat sekurang-kurangnya 3
bintang dalam penerapan tandas sekolah.
2. Sekolah dikehendaki menghantar instrument penerapan tandas ke PPD masing-masing
pada atau sebelum 15 Julai 2021.
3. Instrumen penerapan Tandas dan pengredan Kantin Sekolah akan diapungkan dalan
Group WhatApps Unit HEM.
4. Sekolah yang mempunyai tandas yang rosak dan perlu pembaikan, boleh memohon ke
PPD masing-masing untuk pembaikan tandas.
5. Pengredan kantin perlu dilaksanakan dan sekolah perlu menghantar ke PPD masing-
masing. ( sehingga sekolah beroperasi/bersemuka)

Taklimat tamat pada : 5.10 petang

ISU-ISU LAIN (TIADA DALAM AGENDA MESYUARAT)


KESIMPULAN / REFLEKSI

Taklimat berjalan dengan lancar dan maklumat disampaikan dengan jelas.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Laporan disediakan oleh,

ZALIHA BINTI ISMENYAH


Gpk HEM
SK Pangkalan TLDM Kota Kinabalu