Anda di halaman 1dari 7

Risalah Pemberitahuan Produk

Nota: Sila baca Risalah Pemberitahuan Produk ini sebelum anda memutuskan untuk memilih i-Great Medi Care. Sila
pastikan juga anda telah membaca terma umum dan syarat.

Nama Penyedia Perkhidmatan Kewangan : Great Eastern Takaful Berhad (“Pengendali Takaful”)
Nama Produk : i-Great Medi Care
Tarikh : <dd/mm/yyyy>
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Apakah produk ini?


i-Great Medi Care (“D MC”) merupakan pelan takaful perubatan kendiri dengan caruman berkala yang meningkat
yang menyediakan perlindungan bagi kemasukan hospital dan/atau rawatan pembedahan disebabkan oleh
kemalangan atau penyakit sehingga umur lapan puluh (80) tahun hari lahir berikutnya tanpa elemen simpanan
atau pelaburan.

2. Apakah konsep Syariah yang bersesuaian?


 Tabarru’: Jumlah yang sanggup disumbangkan oleh Peserta-peserta ke dalam Dana Tabarru’ demi
kesejahteraan dan menjalin kerjasama di antara Peserta-peserta yang digunakan untuk membantu Peserta-
peserta sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
 Wakalah bi al-Ujrah: Kontrak agensi di mana Peserta melantik Pengendali Takaful untuk mengurus Dana
Tabarru'. Pengendali Takaful layak menerima upah tertentu seperti yang telah dipersetujui pada awal
kontrak di atas perkhidmatan yang telah diberikan.
 Ju’alah: Dari sudut bahasa, ia adalah saguhati untuk perkhidmatan yang diberikan. Dari sudut istilah, ia
adalah kontrak untuk melaksanakan tugas yang diberikan dengan upah yang ditetapkan dalam tempoh
tertentu. Konsep Ju'alah digunakan di dalam situasi di mana Lebihan Pengunderaitan dikongsi antara
Peserta-peserta dan Pengendali Takaful. Hak untuk mendapat Lebihan Pengunderaitan adalah bergantung
kepada perlaksanaan tugas dengan lengkap dan keputusan yang diperolehi.
 Mudharabah: Perkongsian keuntungan di antara Peserta dan Pengendali Takaful ke atas pulangan
pelaburan dari Dana Tabarru’ berdasarkan nisbah peratusan 50:50 masing-masing yang dipersetujui
sebelumnya yang diagihkan selepas setiap tahun kewangan.
 Qard Hasan (Pinjaman Kebajikan): Pinjaman yang dikembalikan pada akhir tempoh yang dipersetujui tanpa
sebarang faedah. Bagi tujuan takaful, jika Dana Tabarru’ mengalami defisit, Pengendali Takaful akan
mengatur Qard Hasan. Qard Hasan tersebut akan dibayar dari Lebihan Pengunderaitan akan datang dari
Dana Tabarru’.

3. Apakah perlindungan/manfaat yang disediakan?

Jenis Pelan (RM)


D MC 200
Perkara Manfaat yang Dilindungi
Pelan 1

1 Bilik dan Penginapan Hospital


(Had sehari, tertakluk kepada maksimum 180 hari 200
setiap tahun sijil bagi agregat Perkara (1) dan (2))
Seperti caj yang dikenakan, tertakluk
kepada had yang dinyatakan di atas.
2 Unit Rawatan Rapi Seperti caj yang dikenakan.
(Tertakluk kepada maksimum 180 hari setiap
tahun sijil bagi agregat Perkara (1) dan (2))
Intensive Care Unit
3 Bekalan dan Khidmat Hospital Seperti caj yang dikenakan.
4 Bayaran Pembedahan
5 Dewan Bedah Pembayaran balik Bayaran Munasabah
6 Bayaran Pakar Bius dan Biasa yang konsisten dengan bayaran
7 Lawatan Pakar Perubatan Dalam Hospital biasa yang dikenakan untuk wad atau bilik
(2 lawatan sehari) dan penginapan yang lebih kurang dan
8 Ujian Diagnosis Sebelum Kemasukan Hospital dalam lingkungan jumlah had harian yang
(Dalam tempoh 60 hari sebelum kemasukan dinyatakan dalam manfaat Bilik dan
hospital) Penginapan Hospital di bawah pelan yang

Mukasurat 1 daripada 4
Risalah Pemberitahuan Produk
Jenis Pelan (RM)
D MC 200
Perkara Manfaat yang Dilindungi
Pelan 1

9 Rundingan Pakar Sebelum Kemasukan dilindungi.


Hospital
(Dalam tempoh 60 hari sebelum kemasukan
hospital)
10 Rawatan Selepas Kemasukan Hospital
(Dalam tempoh 90 hari selepas keluar hospital)
11 Bayaran Ambulans
12 Pembedahan Harian
13 Rawatan Kemalangan Kecemasan Pesakit Luar
(Had setiap tahun sijil, tertakluk kepada 3,000
maksimum 30 hari dari tarikh kemalangan)
Seperti caj yang dikenakan, tertakluk
kepada had yang dinyatakan di atas.
14 Had Tahunan Keseluruhan untuk perkara (1)
sehingga (13) 100,000
(Berdasarkan jumlah yang dibayar)
15 Had Seumur Hidup Keseluruhan untuk perkara
(1) sehingga (13) Tiada Had Seumur Hidup
(Berdasarkan jumlah yang dibayar)
16 Cukai Perkhidmatan (jika berkenaan) Tuntutan yang boleh dibayar ke atas
sebarang cukai perkhidmatan yang
dikenakan bagi Manfaat yang Dilindungi;
tidak tertakluk kepada Had Tahunan
Keseluruhan.

Tempoh perlindungan: <Term of Plan> tahun atau sehingga penamatan, mana yang berlaku dahulu.

Nota:
(i) Semua manfaat di bawah pelan ini dibayar daripada Dana Tabarru’.
(ii) Tertakluk kepada terma dan syarat Sijil.
(iii) Sila rujuk kepada Sijil untuk manfaat terperinci di bawah pelan ini.

4. Berapakah caruman yang saya perlu bayar?


 Sila rujuk pada Jadual Caruman bagi jumlah caruman yang perlu anda bayar bagi pelan pilihan anda.
 Caruman boleh dibuat melalui kad kredit, secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan.
 Tempoh caruman: sama seperti tempoh perlindungan atau sehingga penamatan, mana yang berlaku
dahulu.

Nota:
(i) Caruman adalah tidak dijamin. Pengendali Takaful boleh mengubah kadar caruman pada ulang tahun sijil
anda dengan memberi notis bertulis sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari terlebih dahulu kepada anda.
(ii) Semakan ke atas caruman, jika ada, bertujuan untuk menggambarkan pengalaman tuntutan terhadap
Pengendali Takaful, kos rawatan perubatan, kemajuan dalam teknologi perubatan atau keadaan lain yang
sewajarnya.
(iii) Caruman untuk pelan ini adalah caruman yang mungkin akan meningkat setiap tahun berdasarkan umur
hari lahir berikut Orang yang Dilindungi yang dicapai pada hari pertama setiap Ulang Tahun Sijil tersebut.
(iv) Caruman yang dibayar, ditolak dengan Caj Pendahuluan, akan disalurkan terus ke dalam Dana Tabarru’.

5. Apakah yuran dan caj yang saya perlu bayar?


 Caj Pendahuluan (Yuran Wakalah) akan ditolak mengikut mod pembayaran caruman berdasarkan
peratusan caruman yang dibayar, untuk pembayaran kos pengendalian pelan ini.
 Caj Pendahuluan yang dibayar di bawah pelan ini adalah 10% dari caruman anda. Sila rujuk Jadual
Caruman bagi Caj Pendahuluan sebenar.
 Tabarru' akan ditolak berdasarkan mod bayaran yang dipilih pada permulaan setiap Caruman. Tabarru'
mungkin akan meningkat mengikut umur anda. Maklumat tentang Tabarru' dan caj-caj lain untuk pelan ini
boleh didapati di dalam Sijil.

Mukasurat 2 daripada 4
Risalah Pemberitahuan Produk
 Duti setem sebanyak RM10 adalah sebahagian daripada caj pendahuluan yang ditolak untuk mengesahkan
Sijil.

6. Apakah terma dan syarat utama yang saya perlu ketahui?


 Kepentingan untuk membuat pendedahan - anda mestilah mendedahkan semua fakta yang material dan
menyatakan umur anda dengan betul.
 Tempoh rujukan percuma - anda boleh membatalkan Sijil dengan mengembalikan Sijil dalam tempoh lima
belas (15) hari selepas selepas Sijil dihantar kepada anda. Pengendali Takaful akan membayar balik
caruman bersamaan nilai caruman yang telah dibayar.
 Tempoh menunggu - kelayakan untuk manfaat yang dilindungi akibat penyakit akan bermula tiga puluh (30)
hari selepas tarikh permulaan atau tarikh penguatkuasaan semula Sijil ini, mana yang kemudian. Bagi
penyakit tertentu, tempoh menunggu selama satu ratus dua puluh (120) hari akan digunakan.
 Tempoh tenggang - anda mempunyai tempoh tenggang selama tiga puluh (30) hari dari setiap tarikh
caruman berikut yang perlu dibayar untuk membayar caruman.
 Takaful bersama - tidak berkenaan bagi Sijil ini.
 Penyelarasan manfaat - Pengendali Takaful akan memberi pampasan mengikut dasar bersekadar jika anda
mempunyai perlindungan kemasukan hospital lain dalam bentuk pembayaran balik dengan Pengendali
Takaful atau sumber lain, atau sedang menerima pampasan daripada sumber lain bagi kecederaan atau
sakit atau penyakit.
 Menetap di Luar Negara - Tiada manfaat akan dibayar untuk sebarang rawatan perubatan yang diterima
oleh Orang yang Dilindungi di luar Malaysia, jika Orang yang Dilindungi menetap atau melancong di luar
Malaysia lebih daripada sembilan puluh (90) hari berturut-turut.
 Rawatan di Luar Negara - Jika Orang yang Dilindungi memilih, atau dirujuk untuk dirawat di luar Malaysia,
manfaat rawatan tersebut adalah terhad kepada bayaran munasabah dan biasa untuk rawatan tempatan
yang setara di Malaysia dan kos pengangkutan ke tempat rawatan akan dikecualikan.
 Prosedur Tuntutan - Borang tuntutan boleh diperolehi dari laman web Pengendali Takaful:
www.greateasterntakaful.com. Bukti tuntutan mesti diterima dan diluluskan oleh Pengendali Takaful untuk
memudahkan pembayaran sebarang faedah.

Nota: Senarai ini adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk Sijil bagi terma dan syarat di bawah pelan ini.

7. Apakah pengecualian utama di bawah pelan ini?


 Penyakit sedia ada.
 Penyakit tertentu yang berlaku dalam masa satu ratus dua puluh (120) hari pertama dari tarikh berkuatkuasa
Sijil ini.
 Sebarang keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam Tempoh Menunggu kecuali untuk kecederaan.
 Kehamilan dan komplikasinya, kelahiran anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran,
pengguguran dan penjagaan serta pembedahan sebelum atau selepas kelahiran, kaedah pencegahan
kehamilan kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan mengenai ketidaksuburan.
 Sebarang rawatan atau operasi pembedahan untuk Penyakit Kongenital atau kecacatan termasuk penyakit
keturunan.
 Hidapan atau kecederaan yang timbul daripada sebarang bentuk perlumbaan (kecuali perlumbaan dengan
kaki), sukan berbahaya seperti, tetapi tidak terhad kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang
memerlukan alatan pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti haram.
 Pembedahan plastik/kosmetik, berkhatan, pemeriksaan mata, bercermin mata, dan pembetulan penglihatan
dekat serta jauh melalui pembiasan atau pembedahan (Keratotomi Radial atau Lasik) dan penggunaan atau
pemerolehan peralatan atau alatan luaran palsu seperti anggota palsu, alat pendengaran, implan
merangsang denyutan jantung dan preskripsinya.
 Keadaan gigi termasuk rawatan pergigian atau pembedahan mulut kecuali yang diperlukan kerana
kecederaan kepada gigi semula jadi yang sihat yang berlaku dalam mana-mana tahun sijil dan dilakukan
oleh seorang doktor gigi.

Nota: Senarai ini adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk Sijil bagi senarai penuh had-had dan pengecualian di
bawah pelan ini.

8. Bolehkah saya membatalkan Sijil ini?


Ya, anda boleh membatalkan Sijil ini dengan memberi notis bertulis kepada Pengendali Takaful. Setelah
pembatalan, anda berhak mendapatkan sejumlah bayaran balik caruman dengan syarat tiada tuntutan dibuat di
bawah Sijil ini. Namun, anda tidak digalakkan untuk memegang pelan ini dalam jangka masa pendek
Mukasurat 3 daripada 4
Risalah Pemberitahuan Produk
memandangkan kos permulaan yang tinggi. Menyertai pelan takaful keluarga adalah satu komitmen kewangan
jangka panjang. Sekiranya anda tidak membayar caruman dalam tempoh tenggang selama tiga puluh (30) hari,
Sijil anda mungkin luput dengan segara yang boleh menyebabkan anda kehilangan perlindungan.

9. Apakah yang saya perlu lakukan jika terdapat perubahan butiran perhubungan saya/penama?
Anda hendaklah memaklumkan kepada Pengendali Takaful jika terdapat sebarang perubahan butiran
perhubungan anda/penama bagi memastikan semua surat-menyurat dapat diserahkan kepada anda/penama
dengan sepatutnya.

10. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?


Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila rujuk buku infoinsurans berkaitan yang terdapat di semua
cawangan Pengendali Takaful atau layari www.insuranceinfo.com.my.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengendali Takaful di:

GREAT EASTERN TAKAFUL BERHAD (916257-H)


(Pengendali Takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia
oleh Bank Negara Malaysia)
Ibu Pejabat : Tingkat 3, Menara Great Eastern
303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel : (603) 4259 8338
Faks : (603) 4259 8808
Careline : 1 300 13 8338
E-mel : DirectChannelMarketing@greateasterntakaful.com
Laman web : www.greateasterntakaful.com

11. Jenis perlindungan lain yang serupa


Sila hubungi Pengendali Takaful bagi mendapatkan maklumat berkenaan jenis perlindungan lain yang serupa.

NOTA PENTING:
ANDA SEHARUSNYA BERPUAS HATI BAHAWA PELAN INI AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA DENGAN
SEBAIKNYA DAN ANDA SEHARUSNYA BERPUAS HATI BAHAWA CARUMAN YANG DIBAYAR DI BAWAH
SIJIL INI ADALAH JUMLAH YANG ANDA MAMPU. PERLINDUNGAN BAGI PELAN INI HANYA AKAN
BERMULA KETIKA SIJIL BERKUATKUASA. ANDA HENDAKLAH MEMBACA DAN MEMAHAMI SIJIL ANDA
DAN TERUS MENGHUBUNGI PENGENDALI TAKAFUL BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT.

Jika terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk Risalah Pemberitahuan Produk
ini, versi Bahasa Inggeris akan digunakan.

Maklumat yang disediakan dalam risalah pemberitahuan ini adalah sah pada <dd/mm/yyyy>.

Mukasurat 4 daripada 4
CARUMAN TAHUNAN – LELAKI
JADUAL CARUMAN

Caruman Tahunan dan Caj Pendahuluan Tahunan bagi i-Great Medi Care (Lelaki)

Umur Tercapai Kelas Pekerjaan 1 & 2 Kelas Pekerjaan 3 Kelas Pekerjaan 4


Hari Lahir R&B 200 R&B 200 R&B 200
Berikutnya

C (RM) UC (RM) C (RM) UC (RM) C (RM) UC (RM)

19 hingga 20 834.00 83.40 1,043.00 104.30 1,251.00 125.10


21 hingga 25 876.00 87.60 1,095.00 109.50 1,314.00 131.40
26 hingga 30 876.00 87.60 1,095.00 109.50 1,314.00 131.40
31 hingga 35 920.00 92.00 1,150.00 115.00 1,380.00 138.00
36 hingga 40 1,043.00 104.30 1,304.00 130.40 1,565.00 156.50
41 hingga 45 1,347.00 134.70 1,684.00 168.40 2,021.00 202.10
46 hingga 50 1,713.00 171.30 2,142.00 214.20 2,570.00 257.00
51 hingga 55* 1,928.00 192.80 2,410.00 241.00 2,892.00 289.20
56 hingga 60* 2,657.00 265.70 3,322.00 332.20 3,986.00 398.60
61 hingga 65* 3,987.00 398.70 4,984.00 498.40 5,981.00 598.10
66 hingga 70* 5,980.00 598.00 7,475.00 747.50 8,970.00 897.00
71 hingga 75* 8,971.00 897.10 11,214.00 1,121.40 13,457.00 1,345.70
76 hingga 79* 13,456.00 1,345.60 16,820.00 1,682.00 20,184.00 2,018.40
*Pembaharuan sahaja

Bagaimana untuk mengira caruman anda: Nota:


Umur Hari Lahir Berikutnya: 25 (Lelaki, Kelas Pekerjaan 1) Caruman dan caj pendahuluan adalah tidak dijamin. Kadar muktamad adalah tertakluk kepada
Caruman Tahunan: RM 876.00 Pengendali Takaful. Pengendali Takaful boleh mengubah kadar tersebut dengan memberi notis
Caruman Setengah Tahunan: Caruman Tahunan x 0.5 bertulis sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari terlebih dahulu kepada anda.
Caruman Suku Tahunan: Caruman Tahunan x 0.25
C = Caruman RM = Ringgit Malaysia
Caruman Bulanan: Caruman Tahunan x 0.083333
UC = Caj Pendahuluan
Kiraan caruman sebenar boleh dibundarkan ke dua tempat perpuluhan.

Page 1 of 1
CARUMAN TAHUNAN - PEREMPUAN

JADUAL CARUMAN
Caruman Tahunan dan Caj Pendahuluan Tahunan bagi i-Great Medi Care (Perempuan)

Umur Tercapai Kelas Pekerjaan 1 & 2 Kelas Pekerjaan 3 Kelas Pekerjaan 4


Hari Lahir R&B 200 R&B 200 R&B 200
Berikutnya

C (RM) UC (RM) C (RM) UC (RM) C (RM) UC (RM)

19 hingga 20 834.00 83.40 1,043.00 104.30 1,251.00 125.10


21 hingga 25 902.00 90.20 1,128.00 112.80 1,353.00 135.30
26 hingga 30 906.00 90.60 1,133.00 113.30 1,359.00 135.90
31 hingga 35 952.00 95.20 1,190.00 119.00 1,428.00 142.80
36 hingga 40 1,076.00 107.60 1,345.00 134.50 1,614.00 161.40
41 hingga 45 1,336.00 133.60 1,670.00 167.00 2,004.00 200.40
46 hingga 50 1,752.00 175.20 2,190.00 219.00 2,628.00 262.80
51 hingga 55* 2,168.00 216.80 2,710.00 271.00 3,252.00 325.20
56 hingga 60* 2,680.00 268.00 3,350.00 335.00 4,020.00 402.00
61 hingga 65* 3,946.00 394.60 4,933.00 493.30 5,919.00 591.90
66 hingga 70* 5,920.00 592.00 7,400.00 740.00 8,880.00 888.00
71 hingga 75* 8,881.00 888.10 11,102.00 1,110.20 13,322.00 1,332.20
76 hingga 79* 13,322.00 1,332.20 16,653.00 1,665.30 19,983.00 1,998.30
*Pembaharuan sahaja

Bagaimana untuk mengira caruman anda: Nota:


Umur Hari Lahir Berikutnya: 25 (Perempuan, Kelas Pekerjaan 1) Caruman dan caj pendahuluan adalah tidak dijamin. Kadar muktamad adalah tertakluk kepada
Caruman Tahunan: RM 902.00 Pengendali Takaful. Pengendali Takaful boleh mengubah kadar tersebut dengan memberi notis
Caruman Setengah Tahunan: Caruman Tahunan x 0.5 bertulis sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari terlebih dahulu kepada anda.
Caruman Suku Tahunan: Caruman Tahunan x 0.25
Caruman Bulanan: Caruman Tahunan x 0.083333 C = Caruman RM = Ringgit Malaysia
UC = Caj Pendahuluan
Kiraan caruman sebenar boleh dibundarkan ke dua tempat perpuluhan.

Page 1 of 1
Nota:

Kelas pekerjaan adalah klasifikasi risiko bagi suatu perkerjaan. Kami mempunyai 4 kelas seperti yang diterangkan di bawah. Semakin tinggi nombor kelas, ia
dianggap lebih bahaya dan berisiko, maka semakin tinggi kadar caruman bagi pelan tersebut.

Kelas Pekerjaan 1: Ini meliputi tugas pentadbiran, pengurusan atau tugas eksekutif jenis sedentari.

Kelas Pekerjaan 2: Ini meliputi pekerjaan yang bersifat penyeliaan dengan sifat sebenar pekerjaan yang lebih terbatas pada bidang atau jenis jualan kerja
tanpa penglibatan dalam kerja manual

Kelas Pekerjaan 3: Ini meliputi pekerjaan termasuk penglibatan manual bukan berat tetapi dengan menggunakan alat atau mesin dalam menjalankan
pekerjaan mereka.

Kelas Pekerjaan 4: Ini meliputi pekerjaan yang melibatkan kerja manual berat dan penggunaan peralatan / kelengkapan atau jentera dalam tugas mereka

Page 1 of 1

Anda mungkin juga menyukai