Anda di halaman 1dari 17

KERTAS KERJA

____________________________________________________

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH


SK BAHANG
______________________________________________________________

TARIKH :

TEMPAT :

PADANG KOBUSAK (CADANGAN SAHAJA)

ANJURAN :

KELAB BOLA SEPAK


SK BAHANG

DENGAN KERJASAMA :
UNIT KOKURIKULUM SK BAHANG
PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak SK Bahang
dengan kerjasama Unit Kokurikulum Sekolah

Kelab Bola Sepak Sk Bahang akan menganjurkan pertandingan bola sepak 7 sebelah
terbuka bawah 12 tahun . Program ini di harap dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk
dijadikan sebagai pasukan pelais pada masa akan datang. Harapan kami juga agar
kejohanan ini dapat memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri secara aktif dalam
kegiatan sukan selaras dengan Program “1 Murid 1 Sukan” yang dilancarkan oleh
kerajaan.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama program adalah untuk menarik minat pelajar untuk melibatkan diri
secara aktif dalam kegiatan sukan dan permainan. Di samping itu program ini dapat
mencungkil bakat – bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar boleh di
ketengahkan bakatnya.Tidak mustahil , mungkin suatu hari nanti pasukan Sk Bahang
mampu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di peringkat Zon.

Sehubungan dengan itu, Kelab Bola Sepak Sk bahang tidak mahu membuang masa dan
terus mengambil langkah – langkah perlu bagi membimbing dan menggerakkan pelajar
agar sentiasa cergas dan berfikiran positif dengan menjauhi gejala sosial yang memang
hangat di kala ini.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah
pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam
sesebuah kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam
sesebuah pasukan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang
bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.7 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah __________________ iaitu pada hari ____________
4.2 Dilaksanakan selama _______ hari
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0 TEMPAT

5.1 Padanag Sk Bahang/Padang kg kobusak (cadangan)..


6.0 PERASMIAN

Program Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah ini akan dirasmikan oleh Guru Besar Sk
Bahang _________________ . Ia akan berlangsung di Dewan sekolah. Guru Besar akan
memberi ucapan ringkas sekaligus merasmikan program ini.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Jumlah pasukan : 4 pasukan. Setiap Rumah Sukan (merah..biru..hijau dan


kuning)
7.2 Jumlah AJK pertandingan: ___orang

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN


Penaung : _______________________
Penasihat :________________________

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Program : _________________________


Naib Pengerusi : _________________________
Setiausaha : _________________________
Bendahari : ______________________________
Pengerusi Majlis : ___________________________

AHLI JAWATANKUASA

AJK Minuman : ___________________


AJK Piala & Medal : ___________________
AJK Pertandingan : ____________________
AJK Keselamatan & Disiplin : _____________________
AJK Kebajikan : _______________________
AJK Pengurusan Padang : _____________________
AJK Promosi : _____________________

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Lampiran A

10.0 FORMAT PERTANDINGAN


Lampiran B
11.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 12
tahun Sk Bahang.

JAWATANKUASA Unit Kokurikulum Sk Bahang

TAJUK PROGRAM Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 12 Tahun Sk Bahang

JENIS PROJEK KESUKANAN ( BOLA SEPAK )

MATLAMAT ATAU  Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam


PENCAPAIAN menyertai sesebuah pertandingan.
PROGRAM  Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu
menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.
 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi,
bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.
 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai
aktiviti ini.
 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-
strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam
kumpulan.
 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis
sikap mementingkan diri sendiri.
 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi
dan sosial.

ANJURAN Kelab Bola Sepak Sk Bahang

TARIKH

TEMPAT

BIL. PASUKAN 4
ANGGARAN KOS RM

12.0 ULASAN PENAUNG / PENASIHAT PERSATUAN

ULASAN PENASIHAT :

TANDATANGAN & COP : _________________________

TARIKH : ______________________
14.0 PENUTUP

Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini tercapai. Segala
kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima kasih.
LAMPIRAN A

ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN BELANJAWAN:
i) Permohonan Peruntukan RM
Jumlah Permohonan RM

ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

Promosi

Baju AJK

Pengadil

- Pengadil

- Pembantu Pengadil

Makanan

- Makanan Ajk dan Pengadil

- Air Mineral

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

Hadiah

 Tempat pertama

- Wang tunai

 Tempat kedua
- Wang tunai

 Tempat ketiga

- Wang tunai

First Aids 1 kotak

Kos Luar Jangka

JUMLAH KESELURUHAN
Disediakan oleh :
.........................................................
Setiausaha Program

Disokong oleh :
.........................................................
Pengerusi Program

Disemak oleh :
.........................................................
Penasihat

Permohonan diluluskan oleh :


.........................................................
PENAUNG
P

LAMPIRAN A
BORANG PENDAFTARAN
PERTANDINGAN BOLA SEPAK
BAAH 12 TAHUN SK BAHANG

NAMA PASUKAN
BAJU SELUAR STOKIN
WARNA JERSEY

Bil Nama Pemain No. Jersey P S N


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
LAMPIRAN B
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK

1. AM

Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 12 Tahun SK Bahang

2. PENGANJUR / PENGELOLA

Pertandingan ini dianjur oleh Kelab Bola Sepak Sk Bahang bersama Unit Kokurikulum Sk
Bahang

3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada pelajar lelaki Sk Bahang 12 tahun ke


Bawah. Senarai pemain adalah setiap rumah sukan masing- masing
3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai sebelas (12) orang pemain. Pendaftaran
hendaklah menggunakan Borang yang telah disediakan.
3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya
berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan
dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh
pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan
diberikan kepada pasukan lawan.
3.4 Setiap pemain dilarang sama sekali bermain untuk 2 pasukan dalam pertandingan ini.
3.5 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah PERCUMA sahaja
3.6 Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup _______________
kepada Pengerusi Program

3.7 Tarikh pengundian akan diadakan pada _______________ di Dewan sekolah


4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN

4.1 Semua perlawanan akan dijalankan di Padang _______________


4.2 Perlawanan akan bermula pada _______________________________
Setiap perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh
Jawatankuasa Penganjur.
4.3 Masa bagi semua perlawanan adalah 7 + 1 + 7 = 15 minit keseluruhan
4.4 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di padang sepuluh (10) minit sebelum
perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana
pasukan jika pasukan lawan gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa
sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.

5. FORMAT PERTANDINGAN

1. Perlawanan akan dijalankan secara sembilan 7 sebelah.


2. Pasukan-pasukan yang bertanding secara liga dalam satu kumpulan . Kedudukan pasukan
mengikut jumlah mata yang di pungut. Menang 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata.
3. Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama, kaedah
berikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak ke perlawanan akhir:
3.1 Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang banyak.
3.2 Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak
3.3 Jika masih seri juga, tendangan penalti sebanyak tiga (3) kali akan diberikan.
Pasukan yang banyak menyempurnakan tendangan penalti akan diumumkan sebagai
pemenang. Dan,
8. Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi tendangan penalti bagi
menentukan pemenang.

6. PERTUKARAN PEMAIN.
Sebanyak dua (2) pertukaran pemain termasuk penjaga gol dibenarkan pada setiap perlawanan.
Pertukaran pemain hendaklah dibuat melalui pembantu pengadil pertama semasa bola tidak di
dalam permainan.

7. KEMENANGAN PERCUMA

7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan
lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut :-
7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana
perlawanan seperti dinyatakan dalam perkara 3.2
7.1.2 Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan
sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 4.4.
7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (9) orang pemain dalam
sesuatu perlawanan.
7.1.4 Jika permainan dihentikan oleh kerana salah satu pasukan hanya mempunyai
tujuh (4) orang pemain sahaja disebabkan kesalahan tatatertib, maka
pasukan lawan yang mempunyai pemain yang mencukupi akan diberikan
kemenangan 2-0.
7.1.5 Tidak mahu meneruskan perlawanan.
7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan kiraan
jaringan 2-0.
7.3 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma kepada
pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut secara
automatik terkeluar dari kejohanan ini dan perlawanan sebelumnya dibatalkan.

8. PERATURAN AM
8.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan sebelumnya
pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya.
8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan satu (1) kad
merah dalam suatu perlawanan dan diperintahkan keluar padang, maka pemain tersebut tidak
boleh bermain dua (2) perlawanan berikutnya.
8.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang dalam suatu
perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan seterusnya untuk
pertandingan ini.
8.4 Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai warna yang
berlainan dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan. Sekiranya dua (2) pasukan yang
akan bertanding didapati memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang disebut terdahulu
dalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang dipakai dengan warna lain.
8.5 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini
terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dijalankan.
8.6 Sekiranya Pengurus dan Pegawai-pegawai Pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan
dengan Pegawai-pegawai perlawanan atau pasukan lawan atau Urusetia Pertandingan,
pasukannya akan didenda dengan dikeluarkan terus daripada pertandingan.
8.7 Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan pada jadual,
padang perlawanan dan lain-lain yang berkaitan untuk melicinkan perjalanan pertandingan.

9. PENGADILAN

Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang lantik (guru2 kelab bola sepak).

10. BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang
dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini.
11. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup ________________

Tarikh pengundian akan diadakan pada ___________________________

Anda mungkin juga menyukai