Anda di halaman 1dari 3

Babak 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua kawan-kawan. Hari ini Danish
akan berkongsi tentang kebaikan minum air kosong. Sebelum itu kita tonton video ini
terlebih dahulu.(Suara Danish)

Video tentang kematian pesakit Covid 19 yang mempunyai penyakit kencing manis.

Ali dan Abu merupakan kawan baik sejak di bangku sekolah lagi. Walaupun berkawan
baik kedua-duanya mempunyai gaya hidup yang berbeza. Kita kembali pada 20 tahun
yang lalu untuk melihat gaya hidup kedua-dua sahabat ini. .(Suara Danish)

Babak 2
Mari sama-sama kita imbas kembali gaya hidup kedua-dua orang ini semasa 20 tahun
yang lalu (Suara Danish)
1. Video Abu bermula dari pagi semasa hendak ke sekolah dengan membawa
bekal air kosong.
2. Video Abu makan tengahari dan minum air kosong.
3. Video Abu minum air kosong pada waktu malam.
4. Video Ali membawa bekal air manis ke sekolah.
5. Video Ali minum air manis semasa makan tengahari
6. Video Ali minum air manis semasa makan malam.
Perbezaan gaya hidup kedua-dua sahabat ini memberi kesannya sekarang seperti kita
maklum di awal video tadi. (Suara Danish)

Sekarang saya ingin menjemput kawan saya iaitu Ain Dalilie untuk berkongsi tentang
keburukan meminum air manis di talian. Ain sudah bersedia? Ya. Baik-baik (Suara
Danish)

Babak 3
Nur Ain Dalilie menerangkan tentang keburukan air manis.

Terima kasih Danish. Kawan-kawan semua sudah menonton video tentang gaya hidup
Ali yang suka meminum air manis. Saya Nur Ain Dalilie akan berkongsi tentang
keburukan tabiat meminum air manis.

Kandungan gula yang berlebihan dalam badan boleh meningkatkan kesan negative
kepada badan. Antara kesan ini ialah:
1. Obesiti
2. Tekanan darah tinggi
3. Diabetis
4. Penyakit jantung
5. Fungsi imun terjejas
6. Ketumbuhan tumor.
7. Osteoporosis
8. Karies gigi
Ada banyak lagi kesan buruk yang akan berlaku kepada badan kita kawan-kawan.
Hanya setakat ini perkongsian saya. Kembali kepada Danish di studio. Jumpa lagi.

Terima kasih kepada Ain Dalilie berkenaan dengan kesan buruk pengambilan air manis.
Sekarang bersedia di talian iaitu kawan saya seorang lagi iaitu Irdeena Batrisyia.
Irdeena akan berkongsi tentang kebaikan amalan meminum air kosong dan saya
difahamkan, beliau juga ada panduan berguna untuk kita semua. Silakan Irdeena.
(Suara Danish)

Babak 4
Irdina menerangkan tentang kebaikan minum air kosong.

Terima kasih Danish.

Hai semua. Saya Irdina akan menerangkan tentang kebaikan minum air kosong dan
juga panduan bagaimana kawan-kawan semua boleh meningkatkan pengambilan air
kosong.

Kawan-kawan semua disarankan meminum air kosong sebanyak 6 hingga ke 8 gelas


setiap hari. Ini kerana air kosong yang cukup dalam badan akan dapat :

1. Membuang toksin.
2. Mengawal suhu badan.
3. Membekal oksigen kepada otak.
4. Membantu sistem penghadaman.
5. Membantu organ berfungsi dengan baik.
6. Membantu penyerapan nutrien.

Antara panduan yang boleh diikuti untuk meningkatkan pengambilan air kosong:

1. Kawal diri anda daripada pengambilan minuman bergula dan berkarbonat bagi
mengelakkan penambahan kalori yang tidak perlu.
2. Galakkan diri anda untuk minum air kosong dengan banyak.
3. Pastikan air kosong sentiasa tersedia dan mudah untuk diambil di rumah.
4. Bawa air kosong ke sekolah sebagai bekalan minuman.
5. Sediakan jadual minum air supaya anda mereka tidak lupa untuk minum air.
6. Minum air kosong walaupun tidak merasa dahaga.
Terima kasih semua kerana meluangkan masa mendengar perkongsian saya. Kembali
kepada Danish.
Ya terima kasih atas perkongsian panjang lebar itu tadi Irdeena. Sekarang pilihan di
tangan kawan-kawan semua. Harapan saya agar kita semua dapat mengamalkan tabiat
meminum air kosong bertepatan dengan slogan #murahmudahsihat. (Suara Danish)
Selamat tinggal

Anda mungkin juga menyukai