Anda di halaman 1dari 5

1.

Ayam tak patuk, itik tak sudu

Seseorang yang hina dalam masyarakat.

Pengemis itu dicaci dan dikeji kerana kemiskinannya. Dia dianggap seperti ayam tak
patuk, itik tak sudu oleh masyarakat sekeliling.

2. Berniaga bulu kasap, hujung hilang pangkal lesap

Mengerjakan sesuatu dengan tidak mengetahui caranya, hanya akan mendatangkan


kerugian.

Tasnim ingin cepat kaya lalu dia mengeluarkan semua wang simpanannya untuk
berniaga. Oleh sebab dia jahil dalam selok-belok perniagaan, dia akhirnya mendapat
kerugian kerana berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.

3. Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar

Cakapnya sahaja yang besar tetapi tidak ada satu pun pekerjaan yang dilakukannya.

Ahli politik itu gagal menunaikan janji-janjinya semasa dalam pilihanraya kepada
penduduk yang telah mengundinya sebelu ini. Kegagalan beliau itu ibarat cakap
berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar.

4. Dianjak layu, dianggur mati

Keputusan yang tidak dapat diubah lagi.

Keputusan memecat pekerja-pekerja itu tidak dapat diubah lagi ibarat dianjak layu
dianggur mati.

5. Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan

Sesudah kaya atau berpangkat, tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarga
sendiri.

Sikap Datuk Azmir tidak ubah seperti gemuk membuang lemak, cerdik membuang
kawan apabila tidak mahu membantu abangnya yang ingin meminjam sedikit wang
sedangkan sebelum dia berjaya abangnya itulah yang sering membantunya dan
menampung kos pengajiannnya.
6. Hapus panas setahun oleh hujan sehari

Jasa atau kebaikan seseorang boleh hilang akibat kesalahan yang sedikit.

Datuk Razif telah disingkirkan oleh Ahli Lembaga Pengarah yang lain tanpa
mengambil kira jasa dan sumbangan beliau selama dua puluh tahun kepada syarikat
hanya kerana kerugian beberapa projek kecil. Datuk Razif berasa kecewa kerana
jasanya selama ini tidak dihargai ibarat hapus panas setahun oleh hujan sehari.

7. Intan itu jika terbenam di perlimbahan sekalipun, tiada akan hilang


cahayanya

Kebenaran akan terserlah juga walaupun disembunyikan.

Tindakan beberapa orang pekerja yang menggelapkan wang syarikat itu akhirnya
terbongkar jua setelah perkara itu disiasat oleh juruaudit berpengalaman syarikat
tersebut meskipun perkara itu dirancang dengan teliti bak kata pepatah intan itu jika
terbenam di perlimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya.

8. Jiwa bergantung di hujung rambut

Dalam keadaan yang sangat mencemaskan dan berbahaya.

Semasa pemerintahan Jepun, hidup rakyat ibarat jiwa bergantung di hujung rambut.
Jika tersilap langkah mereka akan ditangkap, didera ataupun dibunuh.

9. Kelapa muda tidak berminyak

Oang muda tidak berpengalaman

Golongan veteran dalam parti itu masih belum bersedia untuk menyerahkan tampuk
kepimpinan kepada golongan muda kerana mereka berpendapat bahawa kelapa muda
tidak berminyak.
10. Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga

Sungguhpun orang yang berselisih faham itu telah berdamai namun peristiwa itu tetap
berbekas di hati masing-masing.

Ahmad telah berbaik semula dengan Ramli setelah campurtangan ketua kampung.
Namun demikian, bukan mudah bagi ahmad melupakan kata-kata kesat yang
dilemparkan oleh Ramli kerana luka sudah hilang, parutnya tinggal juga.
Makin murah makin menawar

Seseorang yang dituruti kehendaknya, berkehendakkan lebih lagi.

Setelah majikan bersetuju menaikkan gaji mereka, mereka berkehendakkan bonus


pula, mereka ibarat makin murah makin menawar.

11. Nasib penyapu, banyak jasa turun pangkat

Terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri

Sejak Puan Normah terlibat dalam kerja-kerja amal, dia jarang berada di pejabat
untuk menguruskan syarikatnya. Akibatnya perniagaan syarikatnya merosot dan dia
menerima nasib sperti nasib penyapu, banyak jasa turun pangkat.

12. Orang lain makan nangka, orang lain terkena getahnya

Orang lain yang membuat kesalahan, orang lain pula yang menerima akibatnya.

Pengetua ragu-ragu bahawa pengawas itu merokok di tandas sekolah. Beliau akan
menyiasat perkara itu dengan teliti kerana beliau tidak mahu orang lain makan
nangka, orang lain terkena getahnya.

13. Pisang emas di luar, onak duri di dalam

Tutur kata yang manis tetapi dengan niat hajat

Dia menasihati anak gadisnya supaya berhati-hati ketika berkawan dengan lelaki,
terutama lelaki yang suka memuji-muji kerana pisang emas di luar, onak duri di
dalam.
14. Rezeki helang takkan dapat dimakan oleh musang

Rezeki seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain

Puan Ramlah tidak berasa dengki terhadap Puan Asma walaupun restoran yang
diusahakannya kurang maju berbanding dengan restoran Puan Asma kerana dia sedar
rezeki helang takkan dapat dimakan oleh musang.

15. Sudah patah yang bertaji

Orang yang ditakuti dan disegani sudah tiada lagi

Rakyat di Negara itu kembali berpecah-belah dan berpuak-puak setelah pemimpin


mereka meninggal dunia. Memang begitulah yang terjadi jika sudah patah yang bertaji.

16. Yang tajam tumpul, yang bisa tawar

Dengan kata-kata yang lemah-lembut dapat menyelesaikan segala sengketa.

Perkelahian antara Ramli dengan Razif telah dapat diselesaikan oleh Cikgu Hani yang
memang terkenal dengan prinsipnya yang tajam tumpul, yang bisa tawar.

17. Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terlunjur sangat

Tidak pernah berasa puas dengan sesuatu perolehan

Walaupun sudah memilik kereta mewah, andy memujuk ayahnya membelikan


motosikal berkuasa tinggi pula.Sikapnya itu tidak ubah seperti yang rendah terpendek
terpendek sangat, yang tinggi terlunjur sangat.

18. Rosak anak kerana menantu

Mendapat kerugian akibat perbuatan orang yang dipercayai atau disayangi

Perniagaan Encik Lee semakin merosot sejak dia menyerahkan perniagaan itu kepada
anaknya dan hal ini menyesalkannya kerana dia tidak menyangka bahawa dia akan
rosak anak kerana menantu.
19. Cakap sejengkal dibawa sehasta

Perkara yang kecil dibesar-besarkan

“Sebenarnya masalah yang dihadapi syarikat oleh syarikat remeh sahaja. Oleh itu,
janganlah cakap sejengkal dibawa sehasta”, kata pengurus syarikat kepada pekerja-
pekerjanya.

20. Kecil bahan besar penimpanya

Berbelanja lebih daripada pendapatannya

Kebanyakan pemuda pemudi di Bandar kecil bahan besar penimpanya.


Sebagai akibatnya, mereka masih perlu bergantung pada ibu bapa mereka.

Anda mungkin juga menyukai