Anda di halaman 1dari 2

Kebelakangan ini jenayah siber atau jenayah komputer yang berlaku di negara kita

semakin membimbangkan. Justeru, pelbagai langkah tertentu perlu diambil untuk


mengawalnya. Bincangkan.

Kebelakangan ini, jenayah siber atau jenayah computer yang berlaku di negara kita
semakin meningkat. Terdapat langkah tertentu perlu diambil untuk mengawal jenayah siber.

Jenayah siber atau jenayah computer yang berlaku di negara kita semakin meningkat
kerana kelemahan penguatkuasaan undang-undang siber. Penguatkuasaan undang-undang
siber yang lemah menyebabkan siasatan terhadap jenayah siber mengambil masa yang lama
dan banyak kes tertangguh. Hal ini dikatakan demikian kerana kurangnya keseriusan agensi-
agensi kerajaan dalam menangani jenayah siber. Agensi-agensi kerajaan tidak saling
bekerjasama antara satu sama lain. Akta dan undang-undang siber yang sedia ada juga tidak
dapat menangani jenayah siber ini. Akta dan undang-undang siber juga tidak seiring dengan
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang berkembang terlalu pantas. Sebagai
contohnya, denda atau hukuman yang dikenakan kepada penjenayah siber tidak setimpal
dengan jenayah yang dilakukannya.

Jenayah siber atau jenayah computer yang berlaku di negara kita semakin meningkat
kerana kekurangan pakar-pakar forensik computer. Kekurangan pakar-pakar yang mahir
dalam bidang forensik komputer menyebabkan penjenayah siber sukar untuk dikesan.
Sebagai contohnya, kekurangan pakar forensik komputer menyebabkan banyak kejadian-
kejadian penggodaman sistem bank dan kecurian maklumat di internet tidak dapat dikesan.
Kekurangan pakar-pakar forensik juga menyebabkan penjenayah siber sukar untuk didakwa
di mahkamah kerana pendakwa tidak mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwa
mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana pelaku jenayah siber ini kebiasaanya terdiri
daripada golongan profesional dan berpengetahuan tinggi dalam bidang Telekomunikai,
Maklumat, dan Komunikasi.

Langkah tertentu perlu diambil untuk mengawal jenayah siber adalah memperkasakan
penguatkuasaan undang-undang siber. Sebagai contohnya, agensi-agensi kerajaan, seperti
Bahagian Jenayah Perdagangan Polis Diraja Malaysia PDRM, Suruhanjaya Komunikasi,
Multimedia SKMM, dan Bank Negara perlu ditingkatkan kemampuannya untuk menangani
jenayah siber. Kakitangan kerajaan mahupun kakitangan swasta perlulah diberi latihan untuk
meningkatkan kemahiran dalam forensik computer. Peningkatan kemahiran dalam forensik
computer dapat digunakan dalam siasatan dan analisis bagi mendapatkan bukti kukuh untuk
mendakwa penjenayah siber.
Langkah tertentu perlu diambil untuk mengawal jenayah siber adalah meningkatkan
kesedaran tentang jenayah siber. Sebagai contohnya, kerajaan perlu menerapkan pengetahuan
mengenai jenayah siber melalui penerapan awal sejak di bangku sekolah lagi. Bagi golongan
dewasa, penerapan tentang jenayah siber perlu dilakukan melalui media massa dan media
elektronik supaya pencegahan awal dapat diambil. Pendedahan mengenai jenayah siber dan
cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber perlu diberikan agar
lahirnya masyarakat yang celik teknologi maklumat. Hal ini dapat membendung masalah
jenayah siber daripada terus berleluasa.

Langkah tertentu perlu diambil untuk mengawal jenayah siber adalah mengadakan
kerjasama dengan negara lain secara global. Sebagai contohnya, kerajaan perlu bekerjasama
dengan negara-negara lain untuk meningkatkan keupayaan dalam menghadapi serangan
penjenayah siber. Hubungan baik dengan negara lain membolehkan negara berkongsi
maklumat mengenai kesalamatan komputer dan menubuhkan unit pencegahan jenayah siber.
Kerajaan juga boleh mendapatkan bantuan pakar komputer dari negara-negara maju, seperti
Amerika Syarikat dan Britain untuk memerangi penjenayah siber.

Kesimpulanya, semua pihak perlu bekerjasama untuk menangani jenayah siber supaya
negara aman dan sejahtera.