Anda di halaman 1dari 19

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

DI MALAYSIA
EDUP 2072
PDPP SR (4)

TAJUK: SEJARAH FALSAFAH PENDIDIKAN DARI


PANDANGAN AHLI FALSAFAH TIMUR
(TAGORE DAN CONFUCIUS)

NAMA PENSYARAH:
ENCIK HARRY ANAK ATON
NAMA PELAJAR:
AZIAN BINTI MAT PILA@HUSIN
SITI AISYAH BINTI CHE HARUN
MOHAMMAD WARDI BIN NORDIN
KANDUNGA
N
O 1.0 PENDAHULUAN
O 2.0 KONSEP DAN PRINSIP
O 3.0 PANDANGAN AHLI FALSAFAH
TIMUR
3.1 CONFUCIUS (551SM-479SM)
3.2 R. TAGORE (1861-1941)
O 4.0 KESIMPULAN
1.0
PENDAHULUAN

O Falsafah Pendidikan Timur merupakan falsafah yang


didasari oleh falsafah Cina dan india.Ianya boleh
digolongkan dalam tiga aliran fahaman utama iaitu
Konfusianisme dan Tooisme (China), Hinduisme, dan
Buddhisme, Nasionalisme dan Internasionalisme
(India).
2.0 KONSEP DAN PRINSIP
FALSAFAH PENDIDIKAN
TIMUR

Ahli Falsafah Timur menjelaskan bahawa


pendidikan merupakan suatu elemen yang
amat penting bagi manusia di dunia mahupun
di akhirat.

Melalui pendidikan seseorang individu memperolehi


kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan,
menggubal undang-undang serta memenuhi kehendak
sosial dan ekonomi.

Justeru, guru memainkan peranan penting sebagai penyampai ilmu


kepada masyarakat serta mengajarkan cara hidup yang baik dan
betul.
Kehidupan manusia akan berubah menjadi Melalui pemerhatian alam semula
lebih baik jika mereka sanggup berubah. jadi manusia refleksi kendiri atau
Perubahan ini akan berlaku apabila menjaga muhasabah diri dan dari situ
seseorang individu menjaga hubungan baik timbulnya rasa kesyukuran
dengan guru atau orang yang mengajar ilmu. terhadap Tuhan atau keinginan
untuk bertaubat.
2.1 2.3

PRINSIP FALSAFAH
PENDIDIKAN
TIMUR
2.2 2.4
Kesemua jalan hidup manusia adalah
Sikap seseorang terhadap untuk memperoleh kebijaksanaan dan
kehidupan merupakan faktor mencapai Nirvana. Apabila kita sudah
penentu pencapaian dalam menjadi bijak, secara automatik, kita
kehidupan. akan berbuat baik dan mengelakkan dari
melakukan kejahatan
3.0 PANDANGAN AHLI FALSAFAH
TIMUR

Falsafah Timur mempunyai


salasilah dalam Islam,
Konfusionisme, Taoisme
dan Budhisme (Mahayana).
3.1 CONFUCIUS
(551-479 S.M)

Confucius atau nama sebenar beliau ialah Kong


Fu Tze, lahir di wilayah Shantung pada tahun 551
S.M. dan meninggal dunia pada tahun 479 S.M.
semasa berumur 72 tahun.
3.1.1 KEBOLEHAN TOKOH

Seorang ahli falsafah Cina yang terkenal pada Dinasti Chou.

Minat membaca mengenai sejarah, matematik dan tradisi orang Cina sejak dari kecil lagi.

Berasal dari keluarga yang susah, namun tidak mematahkan semangat beliau belajar dengan
tekun dan berjaya memasuki perkhidmatan kerajaan semasa berusia 17 tahun.

Setiap jabatan yang berada dibawah pentadbirannya berjalan dengan lancar.

Beliau telah dilantik menjadi ketua hakim dan Perdana Menteri di negeri Lu.

Disebabkan berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilakukannya, pemerintah Lu


telah menaikkan pangkat beliau dengan cepat.

Namun begitu, pemerintah Lu itu tidak dapat menerima ajaran-ajaran


Confucius.
O Kemudian, Confucius, menghabiskan masa beberapa tahun untuk
belajar dan menjadi guru.
O Beliau berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk
tempoh 10 tahun sebelum kembali ke negeri Lu pada tahun 484
SM.
O Sepanjang masa itu, Confucius telah merantau dan menyebarkan
ajarannya.
O Beliau cuba mencari seorang pemerintah akan mengikuti ajarannya
tetapi gagal.
O Beliau telah mengarang buku-buku termasuk nyanyian dan
falsafah.
O Beliau merupakan orang Cina yang pertama memperkenalkan
pendidikan.
3.1.2 FALSAFAH PENDIDIKAN CONFUCIUS
O Menurut Confusius, pendidikan adalah untuk semua, tanpa
mengambil kira status sosioekonomi atau kedudukan sosial.
O Matlamat pendidikan adalah menghasilkan individu yang
berkebolehan (ziancai) serta bermoral tinggi.
O Aspek kurikulum berfokus kepada mata pelajaran seperti berikut:
O Pendidikan Moral, contoh: hormat kepada ibu bapa (x/'ao),
hormat kepada orang yang lebih tua (£/'), ketekunan (min),
kesetiaan (zhong), jimat cermat (y'/'an), tolak ansur (rang),
kebijaksanaan (zhi) dan keberanian (yong).
O Buku-buku Confusius merangkumi bidang falsafah, politik,
ekonomi dan kebudayaan ialah:
• Muzik
• Puisi
• Kesusasteraan
• Sejarah
• Kod Etika dan Tatacara Kelakuan yang Baik
O Kesimpulannya, falsafah Confucius beranggapan guru sebagai
fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir. Oleh sebab itu, guru
perlu menunjukkan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab
yang diberikan. Selain itu, guru juga perlu mengenali dan
memahami murid yang diajar agar dapat memaksimumkan
potensi dan kebolehan.

Kong Fu Tze
3.2 R. TAGORE
(1861-1941)
Nama penuh beliau ialah Rabindranath Tagore,
dilahirkan dalam sebuah keluarga Brahmana Bengali
(Brahmana yang tinggal di wilayah Bengali) yang terletak di
daerah sub benua India antara India dengan Bangladesh.
Beliau dikenali juga dengan nama Curudev.

3.2.1 KEBOLEHAN TOKOH


O R. Tagore ialah seorang Brahmo Samaj, penyair, penulis
drama, ahli falsafah, seniman, pemuzik dan sasterawan
berbangsa Bengali.
O Merupakan orang Asia pertama yang mendapat hadiah
Nobel dalam bidang sastera (1913).
O Karya-karya tersohor beliau termasuk Gitanjali (Song
Offerings), Gora (Fair-Faced) dan Ghare-Baire (The
Home and the World).
O Selain itu, karya puisi, cerita pendek dan novel yang
dihasilkan beliau amat terkenal dan dikagumi seluruh
dunia.
O Beliau juga seorang pembaharu kebudayaan dan polymath
yang memodenkan seni budaya di Benggala.
O Dua buah lagu daripada aliran Rabindrasangeet (sebuah
aliran lagu yang dicipta beliau) kini menjadi lagu
kebangsaan Bangladesh (Amar Shonar Bangla) dan India
(Jana Maha Gana).
O Pada tahun 1901, Tagore mendirikan sebuah sekolah
di Santiniketan yang kemudiannya telah menjadi
sebuah universiti pada tahun 1921.
O Walaupun kebanyakan hasil karya Tagore ditulis
dalam bahasa Bengali tetapi ada juga di antara karya
tersebut telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris.
Antaranya termasuklah buku-buku dan esei mengenai
falsafah, agama, pendidikan dan sebagainya.
3.2.2 FALSAFAH PENDIDIKAN R.TAGORE
O Merangkumi beberapa aspek berikut:
1. Konsep pendidikan: Merupakan satu proses yang
mempersiapkan individu untuk menyara hidup masing-masing
di masa hadapan.
2. Matlamat pendidikan: Menghasilkan individu yang
menyeluruh melalui interaksi dan integriti dengan
persekitaran.
3. Kurikulum: Menekankan komponen ilmu dan aktiviti
fizikal. Antara mata pelajaran yang disyorkan termasuklah
muzik, seni, kesusasteraan, drama dan tarian, sejarah dan
pendidikan alam sekitar.
4. Peranan guru: Sebagai fasilitator serta pemudah cara
dalam perbincangan murid dan penjana idea yang bernas
dalam kalangan murid.
O Kesimpulannya, falsafah Tagore beranggapan
seseorang yang berpelajaran dalam erti kata
sebenar bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik,
bersih, berani dan bebas, tetapi juga tetap
menpunyai sikap nasionalisme yang ideal,
mempunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada
masyarakat dan negara serta berpandangan
dengan sikap internasionalisme yang positif.
Falsafah pendidikan Tagore adalah dipengaruhi
oleh falsafah pendidikan pragmatisme dan
progresivisme.
4.0 KESIMPULAN

O Kehidupan akan berubah jika mereka sanggup berubah.


O Sikap seseorang pencapaian kebahagiaan.
O Manusia belajar melalui pemerhatian alam semula jadi.
O Refleksi kendiri atau muhasabah diri terhadap pemerhatian
tersebut.
O Menimbulkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan atau
keinginan untuk bertaubat.
O Setiap manusia ingin memperoleh kebijaksaan dan
mencapai nirvana.Apabila kita sudah menjadi bijak,secara
automatik,kita akan berbuat baik dan mengelakkan diri
daripada melakukan kejahatan.
RUJUKAN

Noriati A.Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudi dan Zakiah


Noordin, Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, (Shah Alam: Oxford
fajar Sdn. Bhd, 2016)
Modul Pembelajaran EDUP 2013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia,
(Cyberjaya: IPGM, 2015)

Falsafah Dan Pendidikan di Malaysia : AZIZI BIN


JAAFAR,ABD.RAZAK BIN ABD.KADIR,AWANG BIN
ABDULLAH (JANUARI 2015)-PELANGI PROFESSIONAL
PUBLISHING SDN.BHD.

Anda mungkin juga menyukai