Anda di halaman 1dari 26

KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK FAKULTI PENDIDIKAN


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CONELIA STEPHEN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


 
 
 
  iii

KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR


BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CONELIA STEPHEN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana


Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2009
 
  v

DEDIKASI

Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan kehadirat-Mu

Buat penyeliaku,
Dr mohd Safarin Bin Nordin
Juga Semua pensyarah Fakulti Pendidikan UTM
Jasa kalian kukenang selamanya

Yang teristimewa untuk my mummy and daddy tersayang,


My Mum Rushee @ Winnie Dunsul dan my dad Stephen Lubak
Buat Adik-adikku yang ku sayangi selalu,
Caroline, Cellyzlyn, Ritchie dan Rizvaldo
Segala kasih sayang dan kesabaran kalian
Menjadikanku lebih bersemangat untuk terus maju dalam kehidupan ini

Istimewa buat insan yang ku sanjung dan cintai selalu,


Chok Vui Lin
Segala sokongan dan kasih sayang yang diberikan
Amat bererti dalam hidupku

Teman seperjuanganku
Colista, Loura, Nita, Johnny, Joelymond, Welferd, dan Bilhorn
Terima kasih atas segalanya
  vi

PENGHARGAAN

Syukur ke hadirat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, akhirnya
saya berjaya menyiapkan projek sarjana muda ini bagi memenuhi syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup). Sesungguhnya kajian ini memerlukan banyak kesabaran dan pengorbanan
yang tidak terhingga daripada saya sendiri dan juga semua pihak yang terlibat.
Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan
penghargaan kepada penyelia saya iaitu Dr Mohd Safarin bin Nordin, kerana
banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh untuk
menyiapkan kajian ilmiah ini. Tanpa sokongan dan bimbingan yang diberikan, tidak
mungkin saya sampai ke tahap ini.

Tidak lupa juga kepada pihak Fakulti Pendidikan yang banyak memberikan
sumbangan maklumat untuk menjayakan projek sarjana muda ini. Di samping itu,
bantuan daripada rakan-rakan seperjuangan banyak memudahkan proses kajian ini.
Semoga kalian semua dilimpahi keberkatan daripada-Nya.

Akhir sekali saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang
tidak terhingga kepada kedua ibubapa dan semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam proses penyiapan projek sarjana muda ini.
Sekian dan terima kasih.
  vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep kendiri dan hubungannya


dengan pencapaian akademik pelajar bumiputera Fakulti Pendidikan di Universiti
Teknologi Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada beberapa faktor yang paling
mempengaruhi konsep kendiri pelajar. Dalam konteks kajian ini, konsep kendiri
bukan akademik yang merangkumi lima faktor konsep kendiri iaitu kendiri fizikal,
moral etika, peribadi, keluarga, dan sosial telah dikaji. Populasi kajian ini adalah
pelajar-pelajar bumiputera dari Sabah dan Sarawak yang mengikuti program
Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia iaitu seramai 51 orang.
Instrumen yang digunakan untuk mengukur tahap konsep kendiri pelajar ialah satu
set soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik berkaitan dengan konsep
kendiri. Set soal selidik ini mengandungi 106 item soalan yang menentukan konsep
kendiri pelajar. Sementara itu, pencapaian akademik pelajar dalam kajian ini
ditentukan berdasarkan Keputusan PNGK (Purata Nilai Gred Keseluruhan) yang
terkini. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian ‘Statistical Pakage
for Social Science (SPSS) version 15.0’ dan dipersembahkan dalam bentuk statistik
deskriptif iaitu min, kekerapan, nilai maksimum dan minimum serta diberikan
dalam bentuk peratusan. Kebolehpercayaan instrumen kajian adalah adalah tinggi
iaitu dengan nilai alpha (α = 0.848). Secara keseluruhannya, konsep kendiri pelajar
berada pada tahap sederhana.hasil kajian ini mendapati , tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik pelajar. Dari
segi pencapaian akademik pula, kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara tahap pencapaian akademik pelajar lelaki dengan perempuan.
  viii

ABSTRACT

The purpose of this study is to investigate the relationship between the


SelfConcept and the academic achievement among the Bumiputera students from
Faculty of Education, University Technology of Malaysia. This study also focuses
the main factor that influenced the student’s self concept. In this context, the non-
academic which includes the five factors of Self Concept such as physical, moral,
personal, family, and social. The population of this study was 51 Bumiputera
students from Sabah and Sarawak. A set of questionnaire is set up by the researcher
as the instrument to measure the Self Concept degree which comprises of 106
items. Meanwhile, the latest CPA (Cumulated Point Average) was use as the
measurement of academic achievement. In analyzing data, researcher uses two kind
of analysis, which is the descriptive statistic and inference statistic. The Collected
data was analyzed with Statistical Package for Social Science (SPSS) version 15.0’
and then the result of analysis presented in descriptive statistical, it is min, mod,
maximum value and minimum value and also percentage. The reliability of this
instrument is high with alpha value (α =0.848). Overall, the majority of students
tend to own a moderate degree of self-concept. There was no significant correlation
between the self-concept and the academic achievement. From the academic
achievement, there was no significant difference between the male and the female
student.
  ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i


PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN PENYELIDIK iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
  x

1.4 Objektif Kajian 7


1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.7.1 Pelajar
1.7.2 Ibu bapa
1.7.3 Kaunselor
1.7.4 Institusi Pendidikan
1.7.5 Masyarakat
1.8 Skop Kajian 10
1.9 Batasan kajian 11
1.10 Definisi Istilah 11
1.10.1 Konsep Kendiri
1.10.2 Pelajar
1.10.3 Pencapaian Akademik
1.11 Penutup 13

2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pedahuluan 14
2.2 Teori-teori Kajian 14
2.2.1 Teori Humanistik Maslow
2.2.2 Teori Konsep Kendiri Carl Rogers
2.2.3 Teori Allport
2.3 Kajian Lepas Dalam Negara 22
2.4 Kajian Lepas Luar Negara 24
2.5 Hubungan Konsep Kendiri Dengan Pencapaian
Akademik Pelajar 25
2.6 Penutup 29

3 METODOLOGI
3.1 Pendahuluan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 31
  xi

3.3 Sampel Kajian 32


3.4 Instrumen Kajian 33
3.4.1 Bahagian A
3.4.2 Bahagian B
3.5 Prosedur Kajian 35
3.6 Kajian Rintis 36
3.7 Analisis Data 37
3.8 Penutup 39

4 ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 40
4.2 Latar belakang responden 41
4.3 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 44
4.3.1 Dapatan persoalan kajian 1
4.3.2 Dapatan persoalan kajian 2
4.3.3 Dapatan persoalan kajian 3
4.3.4 Dapatan persoalan kajian 4
4.3.5 Dapatan persoalan kajian 5
4.4 Penutup 48

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN


5.1 Pendahuluan 49
5.2 Rumusan 49
5.3 Perbincangan 51
5.3.1 Tahap Konsep Kendiri Pelajar Bumiputera 52
5.3.2 Faktor Konsep Kendiri Yang Paling Mempengaruhi
Pelajar Bumiputera 54
5.3.3 Tahap Pencapaian Akademik Pelajar Bumiputera 55
5.3.4 Perbezaan Tahap Pencapaian Akademik antara Pelajar
lelaki dan perempuan 56
5.3.5 Hubungan Di Antara Konsep Kendiri Dan Pencapaian
Akademik Pelajar 57
5.4 Cadangan 59
  xii

5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar 59


5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 60
5.5 Penutup 61

RUJUKAN 63-65
LAMPIRAN 66-72
  xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

3.1 Skala Perkadaran Yang Digunakan Dalam Soal Selidik

Konsep Kendiri 34

3.2 Pecahan Item Mengikut Jenis Konsep Kendiri 35

3.3 Nilai Alpha Mengikut Faktor Konsep Kendiri 36

3.4 Klasifikasi Pencapaian Akademik 37

3.5 Klasifikasi Tahap Konsep Kendiri 38

3.6 Jadual Kaedah Penganalisisan Persoalan Kajian 38

3.7 Klasifikasi Pentafisran Ujian-T 38

3.8 Klasifikasi Kekuatan Korelasi (Rowntree, 1981, dalam

Mohd) 38

4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden mengikut

Jantina 41

4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut

Nilai Gred (pointer) 41

4.3 Taburan dan Peratusan Responden Mengikut Kursus 42

4.4 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 43


  xiv

4.5 Taburan Pelajar dari segi Tahap Konsep Kendiri 44

4.6 Taburan faktor Konsep Kendiri Yang Paling

Mempengaruhi Pelajar 45

4.7 Taburan Bilangan Peratusan Mengikut Pencapaian

Akademik 45

4.8 Analisis Perbezaan Pencapaian akademik Berdasarkan


Jantina melalui ujian-t 46
4.9 Prosedur Korelasi Pearson Menguji Hubungan Konsep

Kendiri Dengan Pencapaian Akademik 47


  xv

SENARAI SINGKATAN

UTM - Universiti Teknologi Malaysia


SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup)
SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta (Kejurutreaan Awam)

SPC - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)


SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejurutreaan

Elektrik)

SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Mekanikal)

SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

SPL - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL)

SPM - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

SPN - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

SPS - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Matemtik)
  xvi

PK - Persoalan Kajian
PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan
  xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Set Soal Selidik 60-66


B Pengesahan Item Soal Selidik 67-68
C Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat 69

 
1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Manusia mempunyai suatu gambaran atau pandangan tentang dirinya sendiri.


Gambaran ini disebut konsep kendiri atau imej kendiri. Gambaran ini merangkumi
gambaran tentang rupa paras, kesihatan fizikal, kebolehan, kelemahan dan tingkah
laku kita, (Azizi Yahaya et al., 2005). Menurut Shavelson, (1982), konsep kendiri
mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri
bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman seseorang dengan alam
sekelilingnya, interaksi dengan orang signifikan, dan melalui sifat dan tingkah
lakunya sendiri. Klausmeier dan Goodwin (1975) menyatakan bahawa, konsep
kendiri seorang pelajar boleh digambarkan melalui pencapaian akademik mereka.
Pelajar yang baik biasanya akan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Manakala pelajar yang seringkali melakukan perkara tidak baik seperti
ponteng kelas, melawan guru dan sebagainya, lazimnya akan mendapat keputusan
yang kurang memberangsangkan. Persoalannya, bagaimanakah sikap baik dan buruk
pelajar itu wujud? Sikap yang ditunjukkan oleh seseorang pelajar adalah berpunca
daripada asas konsep kendiri seseorang pelajar itu.
2

Sharifah Alwiyah (1996), menyatakan konsep kendiri hanya merangkumi


makna atau fakta yang diakui oleh seseorang individu itu ketika berada di dalam
keadaan sedar. Hal ini, bermakna konsep kendiri seseorang itu sentiasa berubah
mengikut keadaan dan suasana yang berkaitan dengan tindakan dan sikap seseorang
individu terhadap sesuatu.

Menurut Burns (1979), konsep kendiri adalah merupakan imej tentang apa
yang kita fikirkan mengenai diri sendiri, apa yang kita anggap mampu mencapainya,
apa yang kita jangka tentang pandangan orang lain terhadap kita serta apa yang kita
ingin teladani. Sesungguhnya tiada seorang pun dilahirkan dengan konsep kendiri.
Konsep ini wujud pada bulan-bulan awal kehidupan seorang bayi dan dibentuk
berterusan akibat pengalaman seseorang individu yang semakin bertambah (Purkey
dan William 1988).

Kejayaan dan kegagalan yang dialami sepanjang kehidupan seseorang


membolehkan ianya lebih mengenali diri sendiri serta hubungannya dengan orang lain.
Sehubungan dengan itu, konsep kendiri mempunyai sekurang-kurangnya tiga kualiti
iaitu sesuatu yang dipelajari, sesuatu yang disatukan dan sesuatu yang dinamik. Setiap
kualiti ini ada hubungkaitnya. Oleh itu, konsep kendiri adalah satu proses yang boleh
dipelajari supaya menjadi lebih positif. Menurut Shavelson (1995), persepsi konsep
kendiri dibentuk melalui pengalaman individu dengan alam sekitar. Persepsi ini akan
mempengaruhi tingkah laku seseorang dan perkembangan psikologikal yang sihat.

Banyak kajian telah dijalankan berhubung dengan faktor-faktor yang


mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah. Di antara
kajian-kajian itu ialah hubungan antara konsep kendiri, motivasi pencapaian dan
pencapaian. Hal ini menyebabkan isu tersebut menjadi semakin penting dalam bidang
pendidikan. Misalnya kajian-kajian yang telah dilakukan oleh Byrne dan Worth
Gavin (1996) dan Skaalvik (1990) telah mendapati bahawa pencapaian akademik dan
konsep kendiri mempunyai perkaitan yang bermakna.
3

Di samping itu, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pencapaian


akademik pelajar seperti latar belakang seseorang pelajar serta tahap potensi dan
intelek individu. Selain itu, faktor konsep kendiri dan motivasi pencapaian juga
merupakan faktor penting yang mempengaruhi pencapaian akademik seseorang
pelajar. Menurut Crow dan Crow (1983), darjah pencapaian seseorang pelajar dalam
proses pengajarannya banyak bergantung kepada sikap, minat dan motivasi yang
berterusan. Justeru itu, kekuatan kedua-dua konsep kendiri serta motivasi pencapaian
perlu dikenalpasti supaya sesuatu boleh dilakukan bagi mengembangkan mana-mana
yang baik terhadap pelajar.

Sehubungan dengan itu, pencapaian yang tinggi dalam bidang akademik


merupakan matlamat utama bagi para pelajar, guru dan juga ibu bapa. Manakala,
Morrissa (1997) menyatakan bahawa pencapaian akademik yang tinggi bagi
seseorang pelajar adalah menjadi kebanggaan dan harapan sekolah, ibu bapa dan
pelajar itu sendiri. Tambahan pula, pada zaman ini pendidikan adalah satu kewajipan
dan kemestian untuk membangunkan sesebuah masyarakat.

Sebagai kesimpulannya, konsep kendiri sememangnya memainkan peranan


yang amat penting dalam kehidupan seseorang individu terutamanya golongan pelajar
kerana konsep kendiri adalah asas bagi segala persepsi, dan tindakan yang seterusnya
akan membentuk personaliti seseorang individu itu.

1.2 Latar Belakang Masalah

Konsep kendiri diperkenalkan oleh William James pada tahun 1988. Dalam
istilah konsep kendiri James menyifatkan kendiri sebagai ‘saya’ dan menegaskan,
setiap orang perlu tahu mengenai diri sendiri. Istilah ‘saya’ ini dapat dilihat daripada
pelbagai perspektif yang merangkumi aspek-aspek seperti tubuh badan, pemikiran,
4

pakaian, tempat tinggal, ahli keluarga rakan-rakan dan segala perkara yang berkaitan
dengan diri sendiri. Pendek kata ‘saya’ boleh menjadi hak peribadi serta menjadi
sebahagian daripada diri yang dikenali sebagai konsep kendiri. Konsep kendiri
seseorang dapat mempengaruhi cara berinteraksi dengan persekitaran sosial secara
langsung.

Konsep kendiri setiap individu adalah berbeza dan akan berubah dari semasa
ke semasa. Konsep kendiri penting kerana ia merupakan asas bagi pembentukan diri
yang baik supaya seseorang individu dapat menerima kelebihan dan kelemahan yang
ada. Dengan konsep kendiri, seseorang dapat mengawal diri daripada unsur-unsur
yang tidak baik serta menunjukkan tingkah laku yang boleh diteladani kepada
generasi akan datang. Selain itu, konsep kendiri juga merupakan asas bagi
peningkatkan keyakinan dan kebolehan diri bagi menghadapi cabaran hidup.
Kesimpulannya, konsep kendiri adalah penerimaan kepada dirinya sendiri, sama ada
secara positif ataupun negatif.

Merujuk kepada skala konsep kendiri Tennessee yang dicipta oleh William H.
Fitts, terdapat lapan dimensi yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri iaitu
kendiri fizikal, moral etika, keluarga, hubungan sosial, peribadi, identiti kendiri,
kepuasan kendiri, kendiri tingkah laku. Walaubagaimanapun, hanya lima daripada
lapan dimensi yang paling mempengaruhi pembentukan konsep kendiri seseorang.
Kendiri fizikal yang dimaksudkan ialah penampilan fizikal melibatkan rupa paras,
bentuk badan dan ketinggian. Orang yang cantik biasanya mempunyai konsep kendiri
yang positif, kerana mereka lebih yakin terhadap perkara yang dilakukan dan dapat
menarik perhatian orang lain. Moral etika pula berkaitan dengan pandangan agama
demi untuk menjaga hati masyarakat umum. Moral bersifat praktikal kerana ia
merupakan disiplin yang menentukan jenis sistem yang dihayati oleh sesuatu
masyarakat. Manakala etika pula bersifat teoritikal kerana ia bersifat mengkaji,
menganalisis, dan mengkritik sistem moral tersebut. Etika juga merujuk kepada
falsafah tingkah laku manusia yang dilihat daripada aspek lahiriah dan batiniah.
Seterusnya faktor keluarga, iaitu hubungan individu dengan ibu bapa serta adik-
beradik. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memberikan pendidikan
5

awal kepada anak-anak mereka, termasuklah memperlihatkan contoh yang terbaik


dalam menangani sesuatu masalah. Selain itu, kebahagiaan dalam sesebuah keluarga
juga turut mempengaruhi konsep kendiri individu. Disamping itu, hubungan sosial
iaitu hubungan individu dengan orang lain juga membentuk konsep kendiri. Sebagai
contohnya, apabila seseorang individu bergaul dengan orang-orang yang telah
mencapai kejayaan, secara tidak langsung akan mempengaruhi matlamat sesorang
individu itu untuk berjaya. Walau bagaimanapun, tanggapan peribadi terhadap diri
sendiri adalah lebih penting kerana apabila individu mempunyai tanggapan yang
positif terhadap diri sendiri maka secara tidak langsung boleh menerima keadaan diri
yang sedia ada.

Apabila konsep kendiri seseorang individu terbentuk, sama ada menjadi


konsep kendiri negatif atau positif, maka individu itu akan meletakkan matlamat di
dalam hidupnya. Bagi individu yang mempunyai keinginan untuk berjaya dalam
hidup, akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai kejayaan. Contohnya, seorang
pelajar akan menetapkan matlamat untuk menamatkan pelajaran di universiti sebagai
jaminan masa untuk mendapatkan pekerjaan yang diimpikan, manakala bagi seorang
pekerja pula, akan bekerja bersungguh-sungguh untuk kenaikkan pangkat atau gaji.

Namun, permasalahan timbul apabila terdapat sesetengah pelajar mengikuti


bidang pengkhususan yang bukan merupakan pilihan dan minat utama mereka semasa
memohon pengajian di Universiti. Terdapat juga pelajar yang berjaya mengikuti
bidang pengkhususan yang dipohon tetapi setelah melalui beberapa tempoh pengajian,
didapati kursus tersebut tidak bersesuaian dengan minat dan personaliti mereka.
Ketidakselarasan pemilihan kursus pengajian di Universiti akan menyebabkan
seseorang pelajar tidak mencapai kepuasan belajar secara menyeluruh, tidak dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran bidang kursus yang dipilih secara efektif dan
berkemungkinan memberi kesan negatif terhadap pencapaian akademik.

Pelajar yang tidak mendapat kursus yang yang dipohon akan berasa tertekan
kerana terpaksa memperlajari sesuatu bidang di luar minat pelajar tersebut. Menurut
6

Datuk Dr Chua Soi Lek (dalam: Berita Harian, selasa, 15 Jun 2004), “Pelajar perlu
masuk ke kursus yang bersesuaian dengan jiwa dan kehendaknya. Jadi apabila bekerja
kelak, kerjanya itu menjadi semacam satu hobi. Kalau tidak, pelajar terbabit akan
tertekan”. Hal ini membuktikan bahawa akibat tidak mendapat bidang pengkhususan
yang dipohon di Universiti, seseorang pelajar itu akan menghadapi tekanan perasaan
kerana tidak dapat mempelajari bidang yang diminatinya. Secara tidak langsung akan
memberikan implikasi yang negatif terhadap konsep kendiri pelajar tersebut, iaitu
cenderung ke arah konsep kendiri negatif.

Konsep kendiri yang rendah di kalangan pelajar juga menyebabkan mereka


mengambil keputusan untuk berhenti sekolah daripada berusaha untuk meningkatkan
prestasi mereka dalam akademik. Menurut Hamachek, (1971) Ketika tahun 1960 7.5
juta remaja Amerika tidak menamatkan pembelajaran sekolah menengah disebabkan
sikap ‘Saya memang tidak boleh’, ‘Kenapa saya perlu cuba?’. Dengan ini kita dapat
perhatikan bahawa begitu hebat kesan konsep kendiri seseorang individu terhadap
pencapaian akademik mereka. Masalahnya, adakah perkara yang sama turut berlaku
dikalangan pelajar di UTM, Skudai Johor?

Hasil daripada kajian penyelidikan Pola Pembelajaran pelajar (UNIPEN)


UTM, (1995), mendapati bahawa pelajar bumiputera mempunyai keputusan
pencapaian akademik yang lebih rendah berbanding dengan kaum-kaum lain. Hal ini
memberi kesan kepada prestasi pencapaian dalam sesebuah indtitusi tersebut secara
tidak langsung. Oleh itu, kajian yang berterusan patut dijalankan bagi mengetahui
peningkatan dan perubahan bagi pencapaian akademik di kalangan pelajar bumiputera.
Adakah pelajar bumiputera Sabah dan Sarawak menghadapi masalah yang sama di
Fakulti Pendidikan?

Dembo, (1994) menyatakan bahawa konsep kendiri mempunyai kesan


terhadap pencapaian akademik. Hal ini kerana konsep kendiri mempengaruhi
kepercayaan dan tingkahlaku seseorang individu terhadap akademik. Pelajar yang
mempunyai konsep kendiri positif sedia melakukan setiap tugasan yang diberikan
7

walaupun terpaksa bersusah-payah demi untuk mencapai keputusan yang cemerlang


dalam akademik. Bagi Bandara, (1990, dalam Ryckman, 2004) pula menyatakan
bahawa jika seseorang individu percaya bahawa mereka mampu melakukan sesuatu
tugasan, maka mereka lebih mudah bermula, bekerja bersungguh-sungguh dan lebih
berkeyakinan untuk melengkapkan kerja. Sebagai kesimpulannya, konsep kendiri
positif dan negatif seseorang pelajar sememangnya antara penyumbang utama dalam
pencapaian akademik.

1.3 Pernyataan Masalah

Konsep kendiri merupakan asas dalam personaliti seseorang individu. Bagi


seorang pelajar, konsep kendiri adalah tonggak kepada segala tindakan yang
dilakukannya, termasuklah prestasi dan pencapaian akademik mereka. Menurut
Marimuthu (1990), pencapaian akademik remaja dipengaruhi oleh pelbagai faktor
seperti faktor diri sendiri, rakan sebaya, keluarga dan persekitaran sekolah. Pendapat
ini juga disokong oleh Faunce (1984), mengatakan bahawa faktor diri sendiri
merupakan penentu yang akan mendorong seseorang individu itu berjaya atau
sebaliknya dalam bidang akademik.

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan konsep kendiri dengan


pencapaian akademik di kalangan pelajar bumiputera Fakulti Pendidikan, UTM.
Melalui kajian terhadap konsep kendiri dan hubungannya dengan pencapaian
akademik, akan dapat membantu mereka memperbaiki tahap konsep kendiri mereka
ke arah lebih positif bagi meningkatkan prestasi dalam akademik.

1.4 Objektif Kajian


8

Kajian ini dijalankan untuk,

1.4.1 Mengenalpasti konsep kendiri yang diamalkan oleh pelajar bumiputera Sabah
dan Sarawak di Fakulti Pendidikan, UTM secara umum.
1.4.2 Mengenalpasti tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar bumiputera
Sabah dan Sarawak di Fakulti Pendidikan, UTM secara umum.

1.5 Persoalan Kajian


Dalam kajian ini, terdapat beberapa persoalan kajian yang telah dibuat oleh
penyelidik iaitu,

1.5.1 Apakah tahap konsep kendiri yang diamalkan oleh pelajar bumiputera Sabah
dan Sarawak Fakulti Pendidikan di UTM?
1.5.2 Apakah faktor konsep kendiri yang paling mempengaruhi konsep kendiri
pelajar bumiputera Sabah dan Sarawak di Fakulti Pendidikan UTM?
1.5.3 Apakah tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar bumiputera Sabah dan
Sarawak di Fakulti Pendidikan?
1.5.4 Adakah terdapat perbezaan pencapaian akademik berdasarkan jantina di
kalangan pelajar bumiputera Sabah dan Sarawak di Fakulti Pendidikan UTM?
1.5.5 Adakah terdapat hubungan konsep kendiri dan pencapaian akademik antara
pelajar bumiputera Sabah dan Sarawak, di Fakulti Pendidikan UTM?

1.6 Hipotesis Kajian


Sebelum memulakan kajian ini, hipotesis telah dibuat bagi pelajar bumiputera
Sabah dan Sarawak di Fakulti Pendidikan, UTM,

1. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian akademik antara pelajar


lelaki dan perempuan.

Anda mungkin juga menyukai