Anda di halaman 1dari 2

Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aman bin Haji Amran,


Maktab Rendah Sains Mara,
82000 Pontian,
Johor.
8 Jun 2009

Ke hadapan ayahanda dan bonda di Sandakan dengan selamatnya. Apa khabar


ayahanda dan bonda? Anakanda berdoa semoga ayahanda dan bonda berada dalam
keadaan yang sihat. Anakanda di sini sihat hendaknya.

Ayahanda dan bonda,

Pada hujung bulan ini,semua sekolah akan bercuti. Pada mulanya anakanda
merancang hendak balik ke kampung. Anakanda teringin hendak berjumpa dengan
ayahanda dan bonda. Maklumlah enam bulan anakanda tidak pulang ke kampung.
Anakanda juga teringin hendak makan Hinava Udang masakan ibu. Nampaknya
rancangan anakanda itu tidak tertunai kerana sekolah anakanda akan mengadakan
lawatan ke utara Malaysia . Jangan ayahanda dan bonda bimbang kerana kami
diiringi oleh empat orang guru.

Rombongan kami akan melawat tapak sejarah di Lembah Bujang. Selepas itu,
kami akan ke Pulau Langkawi. kami dijangka berada di sana selama tiga hari sebelum
ke Pulau Pinang. Anakanda yakin banyak pengalaman baru yang dapat ditimba
sepanjang lawatan itu nanti. Peluang sebegini tidak harus dilepaskan. Anakanda
berharap ayahanda dan bonda memahami keadaan tersebut. Setakat ini sahaja
warkah anakanda. Sebelum berpisah sambutlah sembah salam daripada anakanda.

Sekian, terima kasih.

Anakandamu yang jauh,


Aman

36. Keluarga penulis tinggal di


A. Johor B. Pontian
C. Sandakan D. utara Malaysia
37. Tujuan utama penulis menulis surat ini adalah untuk
A. pulang ke kampungnya B. memberitahu tentang lawatannya
C. bertanya khabar D. merancang hendak pulang ke kampung

38. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang surat di atas.


A. Penulis akan melawat ke Kedah dan Pulau Pinang
B. Sudah enam bulan penulis tidak berjumpa dengan keluarganya
C. Sekolah penulis mengadakan lawatan ke utara Malaysia
D. Penulis akan pulang ke kampungnya pada masa cuti nanti
39. Maksud melawat dalam petikan ialah
A. memantau B. mendatangani
C. menziarahi D. menghadiri

40. Berikut ialah kebaikan yang diperoleh daripada lawatan yang akan diadakan
kecuali
A. menanam semangat cinta akan negara.
B. pelajar akan mendapat pengalaman baru.
C. membantu murid-murid lulus dalam peperiksaan.
D. dapat melihat tinggalan sejarah pada zaman dahulu

Anda mungkin juga menyukai