Anda di halaman 1dari 2

TUTORIAL 7

Berikan definisi pengajaran dan pembelajaran. Kemudiannya, nyatakan


implikasi proses pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran
termasuk individu berkeperluan khas.

Definisi pengajaran ialah cara menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan


kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Pengajaran merupakan
sesuatu yang diagnostik dan preskriptif. Guru menilai keperluan-keperluan
pembelajaran yang spesifik & mengaplikasikan strategi serta aktiviti yang sesuai
untuk pelajar.

Definisi Pembelajaran pula ialah perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal
akibat interaksi dengan persekitaran. Pembelajaran juga dapat didefinisikan sebagai
perubahan dari segi kecenderungan atau kemampuan seseorang yang diperoleh
dalam masa yang panjang dan bukannya dikuasai secara mudah mengikut proses
pertumbuhan seseorang.

IMPLIKASI PROSES PEMBELAJARAN TERHADAP PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN TERMASUK INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

1. Implikasi Kesediaan Belajar

Guru perlu memilih isi pengajaran yang sesuai kepada sebahagian besar pelajar
dalam bilik darjah. Selain itu, guru perlu merancang bahan pengajaransupaya ia
bergerak daripada senang kepada susah, tidak tahu kepada tahu dan umum kepada
khusus. Di samping itu, guru juga perlu merancang aktiviti pengajaran dengan
mengambil kira minat pelajar. Akhir sekali, guru digalakkan menggunakan pelbagai
contoh, kaedah dan bahan pengajaran.

2. Implikasi Persepsi dan Penanggapan.

Guru perlu pengajaran yang konkrit kepada abstrak dengan erti kata lain, mengajar
yang mudah kepada yang susah. Selain itu, guru perlu menerangkan satu konsep
dengan jelas dan tidak mengelirukan pelajar sebagaimana yang diketahui konsep
besar tidak sama nilai yang sebenarnya. Guru juga perlu menerangkan sesuatu
maklumat dengan betul. Maklumat perlu ditapis dan dianalisis dahulu agar tidak
menjadi kenyataan yang tidak jelas.
3. Implikasi Ingatan dan Lupaan

Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting dalampembelajaran. Dalam


proses pembelajaran, manusia banyak menerima maklumat tetapi sebahagian
sahaja yang kekal di minda manakala bahagian selebihnya menerima proses lupaan.
Oleh itu, bagi mengurangkan lupaan semasa proses pembelajaran berlangsung,
guru pelu mengambil langkah-langkah tertentu. Contohnya:
(a) Belajar secara bijak
(b) Pemahaman
(c) Mengaitkan bahan baru dengan bahan sedia ada
(d) Mengajar dengan menggunakan bahan yang bermakna
(e) Menarik minat dan perhatian murid

4. Implikasi Pemindahan Pembelajaran

Amalan-amalan pemikiran yang menggalakkan proses pemindahan pembelajaran


yang positif dalam kalangan pelajar haruslah dipupuk dan digalakkan dalam
kalangan murid.Pemindahan pembelajaran positif dapat dipupuk sekiranya pelajar
bermotivasi tinggi, berani mengambil risiko, memberi perhatian serta mempunyai
tanggungjawab untuk menguasai pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai