Faktor Pertumbuhan Dan Perkembangan Individu

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

EDUP 2082

Tutorial 2 21/6/2021

Bincangkan mengenai lima faktor persekitaran yang mempengaruhi pertumbuhan


dan perkembangan individu.

Lima faktor persekitaran yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan


individu ialah :

I) Faktor baka

Faktor baka ialah faktor pewarisan yang diturunkan oleh ibu bapa melalui
percantuman kromosom sel sperma dan ovum. Baka akan menentukan pewarisan
jantina, sifat-sifat fizikal, kecerdasan, penyakit dan temperamen (trait sahsiah).
Faktor baka merangkumi Penentuan jantina dan ciri-ciri fizikal, Kecacatan mental,
Sahsiah dan Kecerdasan.

II) Faktor Kesihatan Ibu

Ibu yang hamil mesti menjaga kesihatannya dengan memakan pemakanan yang
seimbang dan mengurangkan pengambilan gula dan garam untuk mengelakkan
penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi serta preaklamsia yang teruk. Ibu
yang hamil juga mesti menjaga kesihatannya dengan menjalani pemeriksaan
doktor mengikut jadual yang ditetapkan. Ibu hamil juga perlu menjaga kesihatan
dirinya dengan mandi setiap hari dan memakai pakaian yang longgar dan selesa
serta memakai kasut yang tidak bertumit atau bertumit rendah. Ibu hamil juga
perlu bersenam dan tidur yang cukup (lebih kurang 8 jam). Sebaik-baiknya ibu
hamil berehat di rumah dan berhubung dengan kawan-kawan melalui telefon atau
e-mel untuk mengelakkan daripada dijangkiti rubela atau selesema.

III) Faktor Rh Darah

Menurut Shryock (Jilid 1, 1991), apabila perempuan berdarah Rh-negatif


berkahwin dengan lelaki yang berdarah Rh-positif, anak-anak mereka biasanya
berdarah Rh-positif. Dalam hal di atas, sekiranya perempuan hamil mempunyai
darah Rh-negatif, beberapa sel darah daripada fetus mungkin mengalir melalui uri
dan memasuki darah ibu tersebut.Maka tisu ibunya akan menjanakan antibodi
yang berupaya memusnahkan sel darah yang tidak diundang ini.
IV) Faktor pemakanan

Pemakanan berkhasiat sangat penting untuk pertumbuhan dan tumbesaran


kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa harus mengambil berat tentang pemakanan sama
ada sebelum seseorang ibu hamil, semasa mengandung dan selepas seseorang
anak dilahirkan.

Pemakanan yang sesuai untuk bayi yang baru lahir ialah susu ibunya kerana
mengandungi segala khasiat yang sesuai untuk tumbesaran bayi dan
mengekalkan antibodi kepada bayi supaya terpelihara daripada jangkitan penyakit.

V) Faktor keluarga

Keluarga sangat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan seseorang. Ibu


bapa akan bertanggungjawab dalam menyediakan pemakanan kepada anak-
anaknya. Selain itu, cara asuhan juga akan mempengaruhi pembentukan
sahsiahnya. Menurut Baumrind (1973), cara asuhan yang efektif ialah autoritatif
yang akan dapat membentuk anak-anak yang berdikari, berkendiri asertif, mudah
berkawan, dapat bekerjasama dengan ibu bapa, tinggi harga diri dan orientasi
pencapaian tinggi.

Anda mungkin juga menyukai