Anda di halaman 1dari 2

PSIKOLOGI & PSIKOLOGI PENDIDIKAN

a) Terangkan secara ringkas definisi psikologi pendidikan

Psikologi pendidikan adalah gabungan antara psikologi dan pendidikan. Psikologi


pendidikan menggunakan pengetahuan dalam disiplin psikologi yang relevan kepada
pendidikan, kemudian mengaplikasikan pengetahuan ini untuk meningkatkan kualiti
dan hasilan daripada proses-proses pendidikan.

Menurut Atan Long (1976), psikologi pendidikan ialah sains yang mengkaji tingkah
laku pelajar dalam suasana pembelajaran di dalam bilik darjah.

Sebagai rumusan, psikologi pendidikan dapat dedifinisikan sebagai kajian tentang


perlakuan manusia dalam proses pengajaran & pembelajaran seperti perkembangan
manusia, pembelajaran, ingatan, motivasi, pengurusan bilik darjah dan pengujian &
penilaian.

b) Jelaskan dan berikan lima contoh faedah mempelajari ilmu


psikologi pendidikan kepada guru.

i) Untuk memahami tingkah laku murid dalam proses pengajaran dan


pembelajaran.
- Ini dapat dilaksanakan melalui pemerhatian guru terhadap tingkah laku murid.
Dengan cara ini, guru dapat mengembangkan tingkah laku altenatif yang diperlukan
untuk mengubah tingkah laku murid yang tidak diingini.

ii) Membantu guru memahami ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan


kanak-kanak serta menghubungkaitkan proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P)
dalam kelas.
- guru dapat merancang strategi P&P yang sesuai dan berkesan untuk kumpulan
kanak-kanak yang berbeza.
iii) Membolehkan guru meramal tingkah laku dan kegemaran murid pada
peringkat umur yang tertentu, serta merancang peneguhan yang sesuai dalam usaha
mengawal tingkah laku dan memotivasikan murid

iv) Membolehkan guru mereka cipta soal selidik untuk mengenal pasti tahap
perkembangan pelajar dan menyediakan program yang sesuai untuk meningkatkan
prestasi.
- guru dapat merancang aktiviti yang pelbagai mengikut minat murid bagi
meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah.

v) Menyelesaikan masalah murid yang menunjukkan tingkah laku yang


bermasalah di dalam bilik darjah
- guru dapat mengenal pasti punca masalah murid melalui pemahaman teori dan
prinsip psikologi pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai