Anda di halaman 1dari 12

EKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

Masa/ Atur cara Teks


Pembac
a
Assalamualaikum w.b.t dan selamat
8.25 Ketibaan sejahtera.
Hariff tetamu
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan
kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke
Majlis Hari Anugerah Kemerlangan &
Graduasi Prasekolah SK Kota Setia bagi
tahun 2013.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan
serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan diingatkan


supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod
senyap.

8.30 am
Syuhada

Ketibaan Perasmi

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Datin Hajjah Rohkiah bt.


Abdul Samat, Isteri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani  yang juga ahli BAKTI dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar,
Penolong Kanan Pentadbiran dan dif-dif jemputan. Dipersilakan
mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
8.35 am
Syuhada

Lagu Negara ku dimainkan

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan


para hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

8.45 am
Hariff

Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis


Bacaan Doa
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera,
salam 1 Malaysia, salam Perak Aman Jaya dan Salam SK Kota Setia
Terus Maju.

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Yang Berbahagia  Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samad,


Isteri Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani dan ahli BAKTI

Yang Berusaha En Abdul Karim b. Munok


Guru Besar SK  Kota Setia

Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia

Yang Berusaha Cik Noorsalmi bt Shaari


Penolong Kanan Pentadbiran SK Kota Setia
Yang Berusaha Pn. Rozita bt Abas
Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En. Kamarulnizam b. Marzuki


Penolong Kanan Kokurikulum

Ketua-ketua Jabatan,

Guru-Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Dif-dif jemputan

Para ibu bapa, guru-guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang


dirahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah, SK


Kota Setia tahun 2013.
Saya Harif Fadzilah b. Othman

Dan saya  Norsyuhada bt.  Humari

Izinkan kami mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana


dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama
berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam
bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada


semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini
terutamanya kepada Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul
Samat kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis kami
ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi
meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan
pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.
Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Syuhada

Persembahan Tahun 4 dan Tahun 5


Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Dari Kota Setia ke negeri Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Dengan itu pihak majlis mempersilakan Murid-murid tahun 4 dan tahun 5


membuat persembahan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Persembahan)

Terima kasih kepada murid-murid tahun 4 dan tahun 5 yang membuat


persebahan sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian, Kumpulan ini dibawah bimbingan Pn.
Ida rohayu bt. Husin dan Cik Norsalmi bt. Shaari.

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati En. Mohd Azahari


b. Hj Mohd Nor, YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya.
Dipersilakan.

************(Ucapan YDP.)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati En.
Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa
Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Kota Setia atas ucapan tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha En. Abdul Karim b.


Munok, Guru Besar SK Kota Setia untuk menyampaikan ucapan . Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia Datin Hajjah


Rohkiah bt. Abdul Samat, isteri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani dan ahli BAKTI untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Prasekolah
bagi seisi 2013 SK Kota Setia. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

***********(Ucapan Perasmi)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima


kasih kepada Yang Berbahagia Datin, atas ucapan dan perasmian majlis
itu tadi.

Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan


dorongan kepada kita untuk bersama-sama membantu pihak sekolah
bagi melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan
negara.  Bak kata pepatah ‘Bulat air kerana pembetung, bulat kata
kerana muafakat’.

Hadirin yang dihormati,


Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak sekolah kepada Yang
Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat, majlis  menjemput
Tuan Guru Besar En. Abdul Karim b. Munok, diiringi Cik Noorsalmi bt.
Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran naik ke pentas bagi
menyampaikan cederahati kepada perasmi.

Sekali lagi dijemput Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul


Samat untuk naik ke pentas bagi menerima cenderahati dari pihak
sekolah.

Terima kasih tuan guru besar yang sudi menyampaikan cenderahati.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita
menyaksikan persembahan daripada murid-murid Tahap 1.
Dipersilakan.

************(Persembahan).

Hariff

Penyampaian sijil dan hadiah prasekolah

Terima kasih kepada murid-murid tahap 1 yang telah membuat


persembahan sebentar tadi. Kumpulan ini dibimbing oleh Pn.
Norsyuhada bt. Humari

Hadirin yang dihormati,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang


berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan
kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya
sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ia akan menjadi pencetus
semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Berkat rimbunnya si pokok jati,


   Tempat burung selalu bertemu;
Sekali hidup biarlah bererti,
   Isikan akal dengan ilmu

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi kepada murid-


murid prasekolah.
Untuk itu majlis menjemput  Yang Berbahagia  Datin Hajjah Rohkiah
bt. Abdul Samat dengan diiringi oleh Cik Noorsalmi bt. Shaari untuk
menyampaikan sijil graduasi kepada murid-murid Prasekolah.
Dipersilakan.
………………. (Penyampaian hadiah)
1. Sijil tamat Prasekolah 2013

Terima kasih Yang Berbahagia Datin kerana telah menyempurnakan


penyampaian sijil graduasi kepada murid-murid prasekolah.

Majlis seterusnya adalah Anugerah Prasekolah. Untuk itu dijemput Yang


Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, Yang Dipertu PIBG SK
Kota Setia dengan diiringi oleh En. Kamarulnizam b. Marzuki, PK
Kokurikulum.
Dipersilakan.
1. Anugerah Tunjang terbaik
2. Anugerah Kehadiran tertinggi
3. Anugerah Penabung terbanyak
4. Anugerah Pelajar cemerlang prasekolah

Syuhada
Penyampaian hadiah akademik

Terima kasih  En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor kerana telah


menyempurnakan penyampaian hadiah untuk murid-murid prasekolah.

Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah akademik kepada


murid-murid.

Untuk itu majlis menjemput


…………………………………………………….. diiringi oleh
…………………………………………………………………… ke atas
pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.
……………………… (Penyampaian hadiah)

1. Hadiah akademik terbaik


2. Hadiah dan sijil lonjakan prestasi
3. Hadiah matapelajaran terbaik
Hariff

Persembahan prasekolah

Terima Kasih ..................................................................... kerana sudi


menyampaikan hadiah.

Majlis penyampaian hadiah dihentikan  buat seketika bagi menikmati


satu  persembahan iaitu  Persembahan murid-murid Prasekolah.
Dipersilakan.

………………………………….. (Persembahan)

Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah membuat


persembahan sebentar tadi. Kumpulan ini dibawah bimbingan Pn.
Rosnani bt. Saad dan Pn. Siti Hajar bt. Timar, dibantu oleh ibu Zaleha
dan ibu Rumiyati.

Majlis Anugerah Kemerlangan SK Kota Setia diteruskan lagi dengan


penyampaian sijil kepada murid-murid.

Untuk itu dijemput ........................................................................  untuk


menyampaikan sijil kepada murid-murid yang banyak membantu pihak
sekolah. Dipersilakan.

.......................................... (penyampaian hadiah)


1. Sijil Pengawas sekolah
2. Sijil Pengawas Pusat Sumber
3. Sijil Ketua & penolong ketua kelas
4. Sijil Pengawas kedai buku
5. Sijil Kehadiran Cemerlang 2013

Syuhada

Anugerah Khas
Terima Kasih ..................................................................... kerana sudi
menyampaikan hadiah.
Majlis Anugerah Kemerlangan SK Kota Setia diteruskan lagi dengan
penyampaian Anugerah Khas.

Dijemput ..............................................................................  untuk


menyampaikan Anugerah tersebut. Dipersilakan.

.......................................... (penyampaian Anugerah)


1. Tokoh Akademik
2. Tokoh Kokurikulum
3. Anugerah Sahsiah Terpuji
4. Tokoh Nilam

Terima Kasih ............................................................. kerana sudi


menyampaikan Anugerah.

Majlis Anugerah Kecemerlangan diteruskan lagi dengan satu


persembahan khas yang akan dipersembahkan oleh  murid-murid tahun
6. Dipersilakan....

…………………………………. (Persembahan)

Hariff

Penutup
Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah membuat
persembahan sebentar tadi. Persembahan tersebut mungkin merupakan
persembahan terakhir mereka di sekolah ini kerana mulai tahun
hadapan mereka akan melangkah ke sekolah menengah. Kumpulan ini
dibimbing oleh Pn. Norafilah bt. Yahya.

Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Majlis Anugerah Kemerlang & Graduasi Prasekolah SK


Kota Setia pada kali ini....ucapan tahniah buat adik-adik yang telah
berjaya...diharapkan kecemerlangan ini akan diteruskan lagi di tahun
yang akan datang....
Buat anak-anak yang berjaya terimalah serangkap pantun dari cikgu...

Bintang tujuh sinar berseri,


Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendaklah dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.

Sekian sahaja untuk kali ini.  Mohon maaf dari meja pengacara
sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang
mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu
datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan
kami.

Kalau ada sumur di ladang


Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Tahun hadapan kita berjumpa lagi

Sekian, tarima kasih.....


assalammualaikum

Anda mungkin juga menyukai