Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG HARVARD

08100 BEDONG, KEDAH DARUL AMAN

Tarikh :
22 Februari 2015

Hari :
Khamis

Masa :
8.00 pagi – 1.00 petang

Tempat :
Sekolah Kebangsaan Ladang Harvard

Sasaran :
Murid Tahap 1 dan 2

Muka Surat 1
ATUR CARA MAJLIS
 
 
8.00 pagi : Ketibaan tetanu jemputan,AJK
PIBG
dan para waris

8.30 pagi : Perarakan bermula


: selawat ke atas Rasulullah S.A.W

 
10.00 pagi : Jamuan Murid dan Waris

: Jamuan Guru,,AJK PIBG dan


Penceramah Jemputan
 
11.00 pagi : Persembahan murid
: Ceramah Maulidur Rasul oleh
Ust. Mohd Neezam bin Hj Mohd
Ariffin
(Pendakwah Bebas / Pensyarah
UITM)
 
1.00 ptg : Majlis Bersurai

1.0 Pengenalan

Muka Surat 2
Alhamdulilah, bersyukur kita kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya
kita dapat lagi menyambut kedatangan hari yang mulia junjungan
besar kita Nabi Muhammad S.A.W pada tahun ini. Sempena
kedatangan hari Maulidul Rasul pada tahun ini, panitia Pendidikan
Islam SK Ladang Harvard telah mengadakan sambutan Hari Maulidul
Rasul peringkat sekolah pada hari Khamis, 22 Januari 2015. Majlis
tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi.

2.0 Objektif

Tujuan sambutan Maulidur Rasul 1436H peringkat sekolah diadakan


adalah untuk mencapai beberapa objektif iaitu :
i) Memupuk rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad
S.A.W
ii) Menyatupadukan umat Islam
iii) Mewujudkan muhabbah dan mengeratkan silaturahim di
kalangan warga SK Ladang Harvard
iv) Menghayati sirah perjalanan hidup dan perjuangan Nabi
v) Menghayati kehebatan akhlak dan keperibadian
Rasulullah S.A.W
vi) Mendekatkan generasi muda agar cenderung kepada
agama Islam sebagai generasi pelapis
vii) Penyebaran ilmu dan syiar Islam
viii) Memberikan informasi semasa berkaitan Maulidur Rasul
kepada warga Sk Ladang Harvard

3.0 Sejarah Rasulullah S.A.W


Muka Surat 3
Allah SWT memputerakan daripada seorang wanita bernama Aminah
pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah bersamaan 20 April 571M,
seorang Nabi dan Rasul terakhir bernama Muhammad. Ayahanda
baginda bernama Abdullah wafat semasa putera ini masih berada dalam
kandungan bondanya. Datuknya Abdul Muthalib adalah daripada
keturunan Arab Quraisy, yang jurai salasilah moyangnya yang bernama
Qusai bin Kilab, seorang pemimpin Arab yang masyhur kerana jasanya
telah berjaya  menyatukan bangsa Arab satu ketika dahulu .Lahirnya
putera ini, bapa saudara baginda yang paling gembira adalah Abu
Lahab sehinggakan diriwayatkan bahawa beliau telah menyembelih 100
ekor unta dan dijamu kepada kaum kerabat dan pembesar-pembesar
quraisy. Manakala datuk baginda Abdul Muthalib pula diceritakan telah
membawa baginda mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali bagi
melahirkan rasa kegembiraan lahirnya putera ini. Dinyatakan di dalam
kitab sirah nabawiyah karangan Syeikh Ali Mansur bahawa salah
seorang bapa saudara baginda yang juga seorang pemimpin Quraisy
yang terkenal dikenali dengan panggilan Abu Lahab telah menyembelih
100 ekor unta kemudian memanggil kaum kerabat, juga pemimpin-
pemimpin Arab bagi menyambut keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.
Nabi Muhammad S.A.W kemudiannya telah didukung manja oleh
datuknya Abdul Muthalib dan dibawa tawaf mengelilingi Kaabah
sebanyak tujuh kali.  

Ketika berusia 40 tahun, Rasulullah S.A.W telah membedah


kepercayaan masyarakat Jahiliyyah dengan risalah Tauhid bagi
membelah keyakinan Arab yang musyrik bertuhankan makhluk kepada
keyakinan bertuhankan Allah Yang Esa. Selama 13 tahun berada di
Mekah baginda telah meletakkan dasar Aqidah dengan menanamkan di
dada para sahabat asas-asas keimanan yang mantap dan kukuh.
Keimanan ini diuji oleh Allah SWT dengan penyeksaan yang dilakukan
oleh golongan quraisy ini sehinggalah Allah memerintahkan supaya
orang-orang Islam Mekah ini  berhijrah ke Madinah. 10 tahun di Madinah

Muka Surat 4
barulah syariat-syariat lain diturun dan diamalkan oleh umat Islam.
Kumpulan masyarakat yang menerima dakwah di Mekah dan berhijrah
ke Madinah dipanggil dengan golongan Muhajirin. Manakala penduduk
Madinah yang datang ke Mekah ketika musim Haji kemudian kembali ke
Madinah dengan berjanji taat setia untuk membela Rasulullah SAW
dipanggil dengan golongan Ansar.   

Nabi SAW telah berjaya membuat satu revolusi dunia dengan


menjadikan kota Madinah sebagai Negara Islam pertama di dunia.
Penduduk Madinah bukan sahaja telah dibimbing dengan keagamaan
oleh seorang Nabi dan Rasul tetapi bermula daripada situlah  sebuah
negara yang berperlembagaan dapat ditubuhkan yang hanya bermula
dari sebuah masjid iaitu Masjid an Nabawi. Pengisytiharaan Negara
Madinah telah menyebabkan perubahan besar berlaku dan berkembang
pesat. Wujudnya satu sistem sosial, ekonomi dan politik yang baru di
zaman tersebut. Nabi s.a.w dilantik sebagai ketua negara yang
berpandukan kepada berperlembagaan yang diberi nama Sahifah
Madinah. Satu sistem syura diwujudkan oleh Baginda dengan
kepimpinan oleh barisan para menteri yang soleh dan bertaqwa.

 Benarlah firman Allah di dalam surah Yunus ayat  49 :  yang


bermaksud: “ Tiap-tiap umat itu mempunyai ajal, apabila telah tiba ajal
mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkanya barang sesaat
ataupun mendahulukannya ” . Tanda-tanda pemergian Rasulullah SAW
telah dapat dirasai oleh para sahabat setelah pembukaan kota Mekah.
Firman Allah di dalam surah An Nasr, ayat 1 yang bermaksud: “ Apabila
telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat
manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong ”. Turunnya
ayat 3 surah al Maidah, maksudnya: “ Hari ini telah aku sempurnakan
bagi kamu agamamu, telah aku cukupkan bagi kamu nikmat-Ku dan Aku
redha Islam itu sebagai agama kamu ” Kepulangan baginda ke hadrat
Yang Maha Esa tepat pada tarikh keputeraan baginda pada 12
Rabiulawal tahun 11 Hijrah bersamaan 7 Jun 633 M ketika berusia 63
Muka Surat 5
tahun. Kesedihan dan kehilangan baginda bukan kepalang hinggakan
Saidina Umar r.a menyatakan barangsiapa yang menyatakan bahawa
Rasulullah telah wafat pasti akan dipancung lehernya. Sehinggalah ia
ditenangkan oleh Saidina Abu Bakar r.a. Kata-kata Saidina Abu Bakar
yang dibacanya dari surah al Ahzab ayat 40, yang bermaksud: “
Muhamamd itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara
kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup Nabi-nabi ”. Begitulah
kecintaan para sahabat dan ratapan serta tangisan kehilangan baginda
S.A.W. Ketiadaan dan kehilangannya sentiasa dirasai sehinggalah
zaman ini. Generasi terdahulu telah menetapkan hari keputeraan
baginda bagi memperingati Rasulullah s.a.w. Justeru itu, kita hari ini
telah meneruskan sambutan itu bagi melahir dan menanamkan
perasaan kasih dan cinta kepada Rasulullah S.A.W. 

4.0 Sasaran
Murid yang disasarkan untuk mengikuti program Sambutan Maulidur
Rasul 1436H ini ialah murid tahun 1 hingga tahun 6.

5.0 Aktiviti yang Dianjurkan


Sempena sambutan Maulidur Rasul 1436H peringkat sekolah pada tahun
ini, pihak sekolah telah bersepakat untuk mengadakan perarakan dengan
sepanduk bermula dari sekolah sehingga ke Hotel Harvard dan berpatah
balik semula ke sekolah. Selesai perarakan majlis disusuli dengan
ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Mohd Neezam bin Hj Mohd Ariffin.

6.0 Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul

Penasihat :
Guru Besar, Encik Iskandar bin Siji
Muka Surat 6
Pengerusi :
Encik Mohd. Lizam bin Tubi (PK Kokurikulum)

Setiausaha :
Puan Ummu Hani binti Johar

Bendahari :
Puan Khoiriah binti Md Isa

Bacaan Doa :
Encik Jasmee bin Sampol

Selawat :
Encik Jasmee bin Sampol
Encik Ahmad Izham bin Hj Ismail

Pengacara :
Encik Ahmad Izham bin Hj. Ismail

AJK Persiapan Tempat


Semua Guru
Encik Md.Radzi bin Mat Isa
AJK PIBG

Ahli Jawatankuasa Siaraya / Peralatan :


Encik Tan Chin Aik
En.Sobri bin Arshad

Ahli Jawatankuasa Jamuan Guru & VIP


Puan Khoiriah binti Md Isa
Puan Nor’Ain binti Ismail

Ahli Jawatankuasa Jamuan Murid & Waris:


Cik ‘Ainun binti Muhamad
Puan Fatimah binti Che Nan
Puan Nurul Huda binti Che Ahmad
AJK PIBG (Waris)

Dokumentasi/Pamplet/Brosur :
Puan Aini Sabariah binti Yaacob
Encik Imran bin Daud

Juru Gambar:
Encik Mohamad bin Muda

7.0 Belanjawan

Bil Perkara Jumlah (RM)


Muka Surat 7
1 Jamuan guru dan murid RM 400.00
2 Cenderahati RM 150.00
JUMLAH RM 550.00

8.0 Penutup
Dengan terlaksananya program ini, diharap murid- murid dapat
menghayati hari kelahiran junjungan besar kita Muhammad S.A.W.
Selain itu , mereka diharap menjadi insan yang soleh serta taat kepada
perintah Allah S.W.T ,Rasul serta ibu bapa dan seterusnya menjadi
warganegara yang patuh kepada undang –undang Negara.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

................................. ...............................
(KHOIRIAH MD ISA)
Ketua Panitia PAI
SK Ladang Harvard

Disahkan oleh;

........................................
(EN.ISKANDAR BIN SIJI)
Guru Besar,
SK Ladang Harvard,

Muka Surat 8
‫مولد النبي المصطفى‬
‫مولد النبي المصطفى‬
‫مولد النبي المصطفى‬
‫صلى اهلل عليه وسلم‬ ‫صلى اهلل علي محمد‬ ‫صلى اهلل عليه وسلم‬ ‫صلى اهلل علي محمد‬
‫صلى اهلل عليه وسلم‬ ‫صلى اهلل علي محمد‬ ‫صلى اهلل عليه وسلم‬ ‫صلى اهلل علي محمد‬
‫وسلم‬
‫صلى اهلل عليه ‪ ‬‬ ‫‪ ‬صلى اهلل علي محمد‬
‫يا رسول سالم عليك‬ ‫عليك‬ ‫رسولاهللسالم‬
‫عليه وسلميا نبي سالم عليك‬ ‫ياصلى‬ ‫عليعليك‬
‫محمد‬ ‫سالم‬
‫نبي اهلل‬
‫ياصلى‬
‫صلوات اهلل عليك‬ ‫يا حبب سالم عليك‬ ‫عليك‬ ‫اهلل‬ ‫صلوات‬ ‫‪ ‬يا حبب سالم عليك‬
‫عليك‬
‫يا رسول سالم ‪ ‬‬ ‫‪ ‬يا نبي سالم عليك‬
‫صلى اهلل عليه وسلم‬ ‫عليهعليك صلى اهلل علي محمد‬
‫وسلم‬ ‫اهلل اهلل‬
‫صلوات‬‫صلى‬ ‫محمد‬
‫عليعليك‬ ‫حبباهللسالم‬
‫ياصلى‬
‫صلى اهلل عليه وسلم‬ ‫صلى اهلل علي محمد‬ ‫وسلم‬ ‫عليه‬ ‫اهلل‬ ‫صلى‬ ‫‪ ‬صلى اهلل علي محمد‬
‫وسلم‬
‫صلى اهلل عليه ‪ ‬‬ ‫‪ ‬صلى اهلل علي محمد‬
‫فاختفت منه البدور‬ ‫وسلم اشرق البدر علينا‬‫البدور‬
‫فاختفتاهللمنهعليه‬
‫صلى‬ ‫محمد‬‫عليعلينا‬
‫البدر‬
‫اشرق اهلل‬
‫صلى‬
‫قط يا وجه السرور‬ ‫مثل حسنك ما راينا‬ ‫السرور‬ ‫وجه‬ ‫قط يا‬ ‫‪ ‬مثل حسنك ما راينا‬
‫‪ ‬‬ ‫البدور‬ ‫منه‬ ‫فاختفت‬ ‫‪ ‬اشرق البدر علينا‬
‫صلى اهلل عليه وسلم‬ ‫وسلم صلى اهلل علي محمد‬ ‫وجهعليه‬
‫السرور‬ ‫صلى اهلل‬
‫قط يا‬ ‫محمد‬
‫علي راينا‬ ‫صلى اهلل‬
‫حسنك ما‬ ‫مثل‬
‫صلى اهلل عليه وسلم‬ ‫صلى اهلل علي محمد‬ ‫وسلم‬ ‫عليه‬ ‫اهلل‬ ‫صلى‬ ‫‪ ‬صلى اهلل علي محمد‬
‫وسلم‬
‫صلى اهلل عليه ‪ ‬‬ ‫‪ ‬صلى اهلل علي محمد‬
‫انت نور فوق نور‬ ‫عليه نور انت شمس انت بدر‬
‫وسلم‬ ‫اهلل فوق‬‫صلىنور‬ ‫انت‬ ‫انت بدر‬
‫محمد‬ ‫شمسعلي‬ ‫انت‬
‫صلى اهلل‬
‫انت مصباح الصدور‬ ‫انت اكسير وغالي‬‫الصدور‬ ‫مصباح‬ ‫انت‬ ‫‪ ‬انت اكسير وغالي‬
‫انت نور فوق نور ‪ ‬‬ ‫‪ ‬انت شمس انت بدر‬
‫صلى اهلل عليه وسلم‬ ‫عليهالصدورصلى اهلل علي محمد‬
‫وسلم‬ ‫مصباح‬ ‫صلى اهلل‬
‫انت‬ ‫محمد‬
‫وغالي‬ ‫اكسيرعلي‬
‫صلى اهلل‬
‫انت‬
‫صلى اهلل عليه وسلم‬ ‫صلى اهلل علي محمد‬ ‫وسلم‬ ‫عليه‬ ‫اهلل‬ ‫صلى‬ ‫‪ ‬صلى اهلل علي محمد‬
‫وسلم‬
‫صلى اهلل عليه ‪ ‬‬ ‫‪ ‬صلى اهلل علي محمد‬
‫ياعروس الخافقين‬ ‫الخافقين ياحبيب يا محمد‬
‫وسلم‬ ‫ياعروس عليه‬
‫صلى اهلل‬ ‫محمدمحمد‬ ‫ياحبيباهلليا علي‬
‫صلى‬
‫يا امام القبلتين‬ ‫يامؤيد يا ممجد‬ ‫القبلتين‬ ‫يا امام‬ ‫‪ ‬يامؤيد يا ممجد‬
‫ياعروس الخافقين ‪ ‬‬ ‫‪ ‬ياحبيب يا محمد‬
‫صلى اهلل عليه وسلم‬ ‫صلى اهلل علي محمد‬ ‫وسلم‬ ‫عليه‬
‫القبلتين‬‫امام اهلل‬
‫ياصلى‬ ‫ممجد محمد‬‫اهلل علي‬ ‫صلى‬
‫يامؤيد يا‬
‫صلى اهلل عليه وسلم‬ ‫صلى اهلل علي محمد‬ ‫وسلم‬ ‫عليه‬ ‫اهلل‬ ‫صلى‬ ‫‪ ‬صلى اهلل علي محمد‬
‫صلى اهلل عليه وسلم‬ ‫صلى اهلل علي محمد‬
‫صلى اهلل عليه وسلم‬ ‫صلى اهلل علي محمد‬

‫‪Muka Surat 9‬‬

Anda mungkin juga menyukai