Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum w.b.t….

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana


dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat
Agung PIBG Sk Ladang Harvard kali ke-37 ini. Saya juga ingin mengambil
kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah
sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai
program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program
yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar.

Di kesempatan ini, Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat
bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG
sekolah ini. Kami AJK PIBG sesi 2014/2015 telah cuba untuk menjalankan tugas
kami dengan cara yang terbaik. Didalam segala tindakan kami, kami sentiasa
memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini khasnya.
Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu
program-program sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan
sahsiah anak-anak kita di sekolah ini.

Tuan/puan bolehlah melihat buku aturcara mesyuarat agung kali ini dimana
terdapat di dalamnya mengenai aktiviti PIBG dan juga sumbangan PIBG kepada
sekolah. Pada sesi 2014 / 2015 ini, PIBG telah meneruskan kesinambungan aktiviti
untuk kecemerlangan pelajar seperti menyumbangkan perbelanjaan untuk Kem
Bahasa Inggeris Tahun 6, Aktiviti Peningkatan UPSR dan Program Bacaan Yaasin
dan Solat Hajat.

Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan ini menyeru ibu bapa yang
dermawan atau yang berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu tampil
memberi sumbangan membantu pihak sekolah dalam menentukan penerusan
kecemerlangan pendidikan anak-anak kita.

Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak


sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita
selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang
penuh dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk
melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi
dan misi SMK Jalan Reko. Saya berharap agar Ahli Jawatankuasa PIBG baru yang
akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi
meningkatkan kecemerlangan SK Ladang Harvard.

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai