Anda di halaman 1dari 3

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU

DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA


WRIT SAMAN NO :

ANTARA
WAN ______________
… PLAINTIF

DAN

MOHD _________________
… DEFENDAN

AFIDAVIT SOKONGAN

Saya, ________________________________________) beralamat di


___________________________________________ adalah seorang Warganegara
Malaysia yang cukup umur dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. Saya adalah merupakan Defendan yang dinamakan dalam guaman ini di dalam
permohonan ini.

2. Segala fakta yang saya ikrarkan di dalam Afidavit ini adalah semuanya adalah benar
dan dalam pengetahuan saya sendiri serta melalui dokumen yang dalam milikan
saya atau yang saya akses kepadanya melainkan dinyatakan sebaliknya.

3. Setelah saya melantik Tetuan _________________________. bagi menggantikan


Peguamcara saya yang terdahulu iaitu Tetuan ___________________., saya
dinasihatkan oleh peguam baru saya bahawa saya perlu mengakses kepada salinan

1|A F I D A V I T S O K O N G A N D E F E N D A N
asal perjanjian yang diplidkan oleh Plaintif sebagai “Perjanjian Pinjaman Peribadi”
dalam Perenggan 3 Pernyataan tuntutan.

4. Setelah peguamcara saya mengakses dokumen perjanjian tersebut pada 04/05/2021


di pejabat peguamcara Plaintif dan setelah diberikan satu salinan dokumen
berkenaan kepada saya, saya mendapati wujudnya keraguan tandatangan di dalam
dokumen berkenaan adalah bukan tandatangan saya kerana saya tidak pernah
memasuki atau menandatangani perjanjian berkenaan.

Perjanjian berkenaan dilampirkan bersama yang ditanda sebagai Eksibit “MS-1”.

5. Di atas keraguan bahawa tandatangan dalam Perjanjian berkenaan adalah


sebenarnya bukan tandatangan milik saya, maka saya telah membuat laporan polis
di atas perkara berkenaan.

Dilampirkan bersama satu salinan laporan polis yang dibuat oleh saya bertarikh
12/07/2021 dan ditanda sebagai Eksibit “MS-2”.

6. Kewujudan perjanjian tersebut telah menyebabkan saya disaman oleh Plaintif dalam
guaman ini yang mana salah satu pembelaan yang saya bangkitkan ialah saya tidak
pernah menandatangani dokumen Perjanjian Tersebut.

7. Oleh itu, saya percaya bahawa dokumen asal di Eksibit “MS-1” perlu dihantar
kepada Pemeriksa Dokumen Malaysia yang beralamat di Jabatan Kimia Malaysia
Jalan Sultan, 46661 Petaling Jaya, Selangor dan / atau kepada Pendaftar
Penjenayah Malaysia & Singapura, Jabatan Siasatan Jenayah yang beralamat di
Bahagian D2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur untuk diperiksa
sama ada tandatangan yang dikatakan tandatangan saya yang tertera dalam
dokumen tersebut adalah benar-benar tandatangan saya atau sebaliknya.

2|A F I D A V I T S O K O N G A N D E F E N D A N
8. Dengan keadaan demikian, saya memohon agar permohonan ini dibenarkan oleh
Mahkamah yang Mulia.

Berkenaan Afidavit )
Oleh Deponen bernama )
_______________________ )
____________________ )
Pada )
Di )

Di hadapan saya,

.....................................
Pesuruhjaya Sumpah

Afidavit Sokongan ini difailkan oleh Tetuan ______________________, Peguambela dan


Peguamcara bagi pihak Defendan yang beralamat di _______________. [Ruj. Kami :

3|A F I D A V I T S O K O N G A N D E F E N D A N

Anda mungkin juga menyukai