Anda di halaman 1dari 2

HIGHLIY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)

PROGRAM LET’S READ TOGETHER 2021


SEKOLAH KEBANGSAAN TUDAN

1.0 PENGENALAN
Program ini merupakan satu projek yang dijalankan oleh semua guru Bahasa Inggeris di sekolah
semasa menjalankan aktiviti PdPc di dalam kelas mahupun PdPR. Aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan
persekitaran yang selesa untuk murid menjalankan aktiviti membaca tanpa rasa takut jika berlakunya
kesilapan dalam bacaan. Guru mata pelajaran Bahasa Inggeris akan menyediakan teks yang sesuai untuk
dibaca Bersama-sama dengan murid secara berpandu di dalam kelas. Melalui aktiviti ini, keyakinan diri dan
focus murid dapat ditingkatkan.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Memperluaskan aktiviti membaca bahan Bahasa Inggeris di dalam dan di luar bilik darjah untuk
memupuk budaya membaca.
2.2 Mengasah kefasihan murid dalam aktiviti membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris.
2.3 Menambah kosa kata dalam Bahasa Inggeris melalui aktiviti membaca.
2.4 Menarik minat dalam kalangan murid, ibu bapa dan guru terhadap Bahasa Inggeris.
2.5 Melahirkan murid yang boleh membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris yang mudah.

3.0 TARIKH / TEMPOH PELAKSANAAN/ TEMPAT


3.1 Tempoh perlaksanaan : September – November 2021
3.2 Tempat : Dijalankan semasa PdPc di dalam kelas dan sewaktu PdPR Bahasa Inggeris

4.0 PENERANGAN TENTANG PROGRAM


Program ini adalah bertujuan untuk membolehkan murid sekurang-kurangnya dapat membaca
perkataan dan ayat mudah dengan jelas dan lancar. Murid yang terlibat adalah daripada kelas tahun 1 hingga
6. Pelbagai teknik bacaan telah diaplikasi semasa program ini dijalankan sebagai contoh blending phonemes
dan segmenting words. Untuk masa akan datang, program seperti ini dapat disusun dengan lebih teratur yang
mampu mencapai objektif program sepenuhnya.

5.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN WEAKNESSES/ PENAMBAHBAIKAN


Program ini telah berjaya dijalankan sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Selain itu, melalui
program ini juga dapat dilihat keberkesanannya apabila murid mamapu membaca perkataan mudah walaupun
masih belum begitu lancer.
Walau bagaimanapun, semasa PdPR ini agak sukar bagi guru-guru untuk mendapat maklum balas
murid. Ini disebabkan masalah internet, masalah peranti dan juga kekangan masa penjaga untuk Bersama-
sama membimbing murid di rumah.
Pada masa akan datang, kami berharap agar program ini dapat dijalankan dengan lebih teratur dan
memenuhi objektif program.

Disediakan oleh,

………………………………..
(KHAIRUNNISA BINTI ABDUL LATIFF)
SETIAUSAHA
LET’S READ TOGETHER
SK TUDAN
Lampiran 1

Anda mungkin juga menyukai