Anda di halaman 1dari 2

Muhammad Aiman Bin Mohd Mutazar Sec01

ME0105587

Quiz 3 (KDKB)

Mengapakah anda merasakan imej adalah penting dalam menampilkan seseorang karakter
pemimpin?

= Seorang pemimpin terutamanya perlu mempunyai pakej yang lengkap dan boleh
dipaparkan di dalam imej yang ditampilkan. Menurut saya, imej akan mewakili siapa diri
anda, dari mana anda datang dan semua yang berkaitan dengan anda pada pandangan mata
orang yang melihat. Menurut saya imej penting bagi seseorang pemimpin dari segi “ADEP”.
A untuk Attitude. Untuk menjadi seorang pemimpin perlu mempunyai attitude atau
sikap yang sepatutnya. Ini datang dari dalam diri seseorang. Sikap yang positif perlu dibina
dan dibangunkan. Banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk berada di dalam mod yang
positif. Cara mengurus diri, cara memulakan hari anda dengan routin yang positif dapat
memberi sumbangan dalam pembinan sikap yang positif. Bersenam, bermeditasi, berdoa,
membaca, mendengar muzik dan banyak lagi cara yang anda boleh pilih mengikut
kesesuaian.

D untuk Dress. Seorang pemimpin perlu memahami kepentingan mengenakan


pakaian yang sesuai mengikut tempat dan majlis serta mengenalpasti warna yang sesuai
untuk diri masing-masing. Saiz pakaian perlu mengikut bentuk badan. Banyak bahan rujukan
mengenai pakaian di pasaran pada hari ini, beberapa buku yang boleh dirujuk antaranya John
Molloy's Dress for Success atau Carole Jackson's Color Me Beautiful dan Colour For Men.
Jangan lokek untuk membeli bahan bacaan untuk mengemaskini pengetahuan anda mengenai
pakaian.

E untuk Expression. Air muka seseorang memaparkan petunjuk yang jelas mengenai
seseorang pemimpin. Percayalah! Air muka pemimpin ketika menyampaikan sesuatu atau
memberi arahan akan memberi impak samada arahan diterima dengan baik atau
sebaliknya. Eye contact perlu dikawal mengikut situasi. Sekiranya pemimpin mahu difahami,
arahan diberikan, penyampaian mesej dalam bentuk arahan perlulah jelas dan selari dengan
bahasa badan secara lisan atau bukanlisan.

P untuk Poise. Kebolehan pemimpin mengawal sikap dan perasaan ketika berada di
dalam situasi yang kritikal juga sangat penting. Sejauh mana anda mampu mengawal tindak
tanduk dan perasaan dalam suasana yang mencabar. Poise melambangkan keperibadian
seseorang pemimpin dalam pelbagai situasi.

T untuk Tone. Intonasi seseorang semasa berkomunikasi boleh memberi petunjuk


mengenai keperibadian seseorang. Intonasi juga boleh membantu pendengar mengenal pasti
tahap autoriti seseorang dan samada bersikap asertif atau sebaliknya. Seorang pemimpin
perlu tahu menggunakan intonasi yang sesuai untuk menyampaikan mesej mengikut
keperluan. Semasa berjumpa orang baru, semasa membincangkan suatu urusan kerjasama
dengan pelanggan atau pelabur intonasi dapat memberi impak.

Anda mungkin juga menyukai