Anda di halaman 1dari 5

c 


   

 


 
   

     

   
   

  

 
     
   

 

 


   !


 
   

"  


#$  



! 


   
 
 

    


%&

 
   
 





 
  


'&

   
    
 
 






(

   
 


)
 
   !  

*





 



+  
  
  



,-

 


  

  


  
   
   


./ 
 
 
   

 

0 1
/
2   2 
   
/
 

  

/
 
/ 
  


 
/"
 



 

 

/    
   



/   
 

   




Sila sediakan draf laporan yang mengandungi bahagian-bahagian berikut:

1. Refleksi Pengajaran & Pembelajaran Lalu

Bahagian ini dapat menunjukkan kefahaman penyelidik terhadap masalah yang hendak dikaji, khususnya punca timbulnya
masalah tersebut daripada pelbagai aspek; termasuk kemungkinan berpunca daripada kelemahan penyelidik sendiri.
Refleksi dalam draf laporan perlu diselaraskan dengan refleksi yang telah dikemukakan dalam proposal, tetapi perkataan
Ơakanơ yang diguna pada proposal perlu ditukar kepada Ơtelahơ.

2. Fokus Kajian/Isu Keprihatinan

Fokus kajian mestilah datang daripada Refleksi P&P dan tumpukan kepada satu aspek kecil permasalahan yang memerlukan
tindakan segera. Nyatakan juga natijah yang jelas lagi nyata sekiranya fokus kajian tersebut tidak diatasi.

3. Objektif Kajian

Objektif Umum:

Nyatakan objektif kajian secara umum; biasanya melibatkan aspek yang tidak dapat diukur seperti kefahaman, minat,
penguasaan dsb.

Objektif Khusus:

ƥ Objektif yang boleh diukur, contohnya menulis, membaca, mengira dsb.

ƥ Setiap objektif dapat dikaitkan dengan satu aktiviti intervensi. Sekiranya aktiviti intervensi A berjaya, maka
objektif A sudahpun tercapai.

4. Kumpulan Sasaran

Berikan gambaran kumpulan sasaran kajian dengan secukupnya.

5. Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

Huraikan kaedah atau gabungan kaedah yang telah digunakan untuk mengutip data tinjauan awal, iaitu dokumen, soal
selidik, ujian, pemerhatian dan temu bual.

Nota: Kesemua instrumen yang digunakan seperti rekod disiplin, soal selidik, kertas Ujian Pra, gambar foto, atau transkrip
temu bual perlu dilampirkan dalam laporan.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Analisis yang dilakukan pada data yang diperoleh daripada tinjauan masalah sudah sepatutnya dapat membuktikan bahawa
fokus kajian adalah tepat dan sememangnya wujud dalam kumpulan sasaran ini. Tunjukkan hasil analisis dengan jelas
melalui data display yang mudah seperti carta, jadual dan graf.

5.3 Tindakan yang dijalankan

Aktiviti 1: (berikan nama yang menarik)

Huraikan selengkapnya, langkah demi langkah; tindakan intervensi pertama ini. Semua bahan yang digunakan perlu
dinyatakan dan gambar foto atau bahan bercetak yang dapat menjelaskan lagi aktiviti ini perlu disertakan.

Pemerhatian

Catatkan semua pemerhatian sama ada yang berpola ataupun yang tidak terduga. Buat analisis untuk
menggambarkan perubahan-perubahan yang telah diperhatikan pada kumpulan sasaran dan diri penyelidik.
Refleksi

Huraikan perasaan penyelidik tentang kejayaan/kegagalan Aktiviti 1, dan cuba berikan penjelasan sebab-sebab
keadaan ini terjadi.

Ulangi bagi Aktiviti 2, Aktiviti 3 dan seterusnya.

5.4 Penilaian

Terangkan kaedah penggumpulan data yang telah digunakan (dokumen, soal selidik, ujian, pemerhatian, temu bual).
Tunjukkan analisis data dengan menggunakan data display yang sesuai untuk menunjukkan impak kesemua tindakan
intervensi teradap masalah yang dijadikan fokus kajian.

5.5 Refleksi Kajian

Berdasarkan data display penilaian, buat refleksi terhadap sejauh mana tindakan-tindakan intervensi telah berjaya
mengatasi masalah fokus kajian. Reflek juga perubahan yang telah berlaku terhadap pelajar dan diri penyelidik.

6. Cadangan untuk kajian seterusnya

Berdasarkan kejayaan/kegagalan kajian ini, berikan cadangan tentang aspek permasalahan lain yang boleh dijadikan fokus
bagi kajian seterusnya; ataupun cadangkan tindakan intervensi lain yang dirasakan lebih berpotensi.

7. Rujukan

Senaraikan semua bahan rujukan yang telah digunakan.

8. Lampiran

Lampirkan bahan-bahan yang dapat menyokong kesahihan kajian anda.


AMALAN MEMBACA MENINGKATKAN PENGETAHUAN

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan
dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang
bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Ilmu adalah sesuatu yang amat bernilai untuk kehidupan manusia. Ilmu ibarat cahaya yang menyinari kegelapan, justeru itu
Islam menggalakkan umatnya supaya berusaha mencari dan menimba ilmu sebanyak-banyaknya.

Kepentingan ilmu itu sangat jelas apabila Allah Subhanahu Wataala menurunkan ayat yang mula-mula sekali kepada
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu Surah Al 'Alaq tafsirnya :

"Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk. Ia menciptakan manusia dari
sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia
mengajarkan manusia apa yang tidak diketahui-Nya".

Allah Subhanahu Wataala juga mengajarkan hamba-hamba-Nya supaya berdoa kepada-Nya, sebagaimana firman-Nya
dalam Surah Thaahaa ayat 114 tafsirnya :

"Dan berdoalah dengan berkata : Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".

Di samping itu juga Allah Subhanahu Wataala awal-awal lagi mengingatkan hamba-hamba-Nya dengan firman-Nya dalam
Surah Az-Zumar ayat 9 tafsirnya :

"Katakanlah lagi kepada-Nya : Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna".

Dari ayat tersebut jelas bahawa ilmu itu sangat penting kerana dengan ilmu seseorang itu boleh maju, membangun, bukan
saja untuk dirinya tetapi untuk masyarakat dan negaranya. Tiada guna memiliki harta yang banyak jika tiada berilmu kerana
harta itu tidak akan berkembang dan bermanfaat. Bahkan boleh menyebabkan pemiliknya tertipu dan terpedaya. Ketahuilah
bahawa kedudukan orang yang berilmu itu adalah tinggi di sisi Allah Subhanahu Wataala sebagaimana firman Allah
Subhanahu Wataala dalam Surah Al Mujaadilah ayat 11 tafsirnya :

"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama
dari kalangan kamu beberapa darjat. Dan ingatlah Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu
lakukan".

Allah Subhanahu Wataala menganugerahkan akal kepada manusia untuk membezakan manusia dengan haiwan. Dengan
akal manusia boleh berfikir dan membezakan mana yang hak, mana yang batil, mana yang benar, mana yang salah. Akal
akan lebih berkembang jika diberi ilmu pengetahuan kerana dengan ilmu pengetahuan perjalanan hidup dapat diurus
dengan betul dan sentiasa berjalan di atas kebenaran mengikut petunjuk Allah Subhanahu Wataala.

Semua orang sedar bahawa zaman sekarang adalah zaman kemajuan sains dan teknologi yang memerlukan kepada ilmu
pengetahuan yang tinggi dan luas. Islam tidak menghalang umatnya menuntut apa jua bidang ilmu pengetahuan, baik
ianya bidang perubatan, bidang pertanian dan lain-lain bidang yang diperlukan.

Tetapi perlu diingat bagi kita umat Islam tidaklah dapat sekali-kali meninggalkan tuntutan ilmu Fardhu 'Ain yang
merangkumi aqidah, ibadat dan akhlak. Dengan demikian sahajalah seseorang akan mencapai kebahagiaan dan kemajuan
hidup di dunia dan di akhirat.
Berdasarkan kepada pengalaman dan kenyataan, segulung ijazah belum tentu dapat menjanjikan seseorang itu menjadi
ilmuan dan ahli fikir yang berkaliber dan berwibawa, jika tidak mengamalkan segala ilmu yang telah dipelajarinya dan tidak
mengamalkan pembacaan yang berterusan. Oleh itu jika mahu ilmu itu berkembang dan meningkat, idea bernas,
pandangan jauh, maka sudah setentunya memerlukan kepada pembacaan yang banyak dan luas. Oleh itu jadikanlah
budaya membaca itu satu amalan setiap masa dan sepanjang hayat.

Dalam usaha menggerakkan amalan membaca ini, ibu bapa berperanan untuk memberikan contoh terbaik kepada anak-
anak mereka kerana ibu bapa yang suka membaca adalah sebagai pendorong kepada anak-anak mereka jadi suka
membaca. Melihat betapa kesedaran membaca itu perlu dipupuk kepada generasi yang ada sekarang khususnya kanak-
kanak dan belia-belia, maka Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai sebuah agensi kerajaan yang berkait rapat dengan bidang
pembacaan ini telah mengungkayahkan Projek Bulan Membaca sepanjang bulan Jun 2006, dengan tema 'Memperkasa
Budaya Membaca'.

Peluang inilah yang perlu diambil oleh ibu bapa, kanak-kanak dan belia-belia pada membiasakan diri mereka berdamping
dengan buku-buku dalam usaha memupuk anak-anak mereka supaya minat membaca. Walau bagaimanapun perlu juga
diambil perhatian agar bahan-bahan bacaan itu ialah buku-buku yang berfaedah dan boleh menambah pengetahuan, bukan
buku yang boleh merosak minda dan menyesatkan.

Akhirnya marilah kita sama-sama meninggikan ilmu pengetahuan yang berguna, nescaya kita akan beroleh kejayaan di
dunia dan di akhirat. Di samping itu jangan lupa ilmu-ilmu yang bermanfaat itu hendaklah diajarkan dan diamalkan. Semoga
diri, bangsa agama dan negara kita akan maju jaya dan sentiasa dalam perlindungan Allah Subhanahu Wataala. Amin
Yarabbalalamin.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ali 'Imran ayat 7 tafsirnya :

"Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuan-Nya dalam ilmu-ilmu agama berkata : Kami beriman
kepada-Nya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami. Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan
melainkan orang-orang yang berfikiran".