Anda di halaman 1dari 14

HBEF3203 | THIRUCHELVI

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN


KEPUJIAN

SEMESTER MEI / 2021


PEPERIKSAAN AKHIR (ESEI)

HBEF 3203
PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : 890809075072001

NO. KAD PENGENALAN : 890809-07-5072

NO. TELEFON : 010-5640284

E-MEL : thiru5072@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SEBERANG JAYA

Page | 0
HBEF3203 | THIRUCHELVI

BAHAGIAN A

SOALAN 1.a).

Objektif pembelajaran merupakan akar tunjang kepada Rancangan pengajaran harian. Guru
perlu menetapkan objektif pembelajaran sebelum merancang aktiviti dan juga latihan untuk
sesuatu topik yang perlu diajar. Ianya kerana, objektif pembelajaran diiktiraf sebagai penentu
kepada kemahiran yang perlu dicapai oleh murid-murid pada akhir sesi pembelajaran. Oleh itu,
objektif pembelajaran terbahagi kepada beberapa domain seperti Domain Kognitif,Domain
Afektif,Domain Psikomotor dan juga Domain Sosial.

Pertamanya , Domain Kognitif merupakan domain yang melibatkan perkembangan pemikiran


para murid. Proses perkembangan pemikiran merupakan satu proses yang memerlukan tempoh
masa yang berpanjangan. Perkembangan pemikiran juga berlaku dengan pesat sewaktu mereka
kanak-kanak lagi sejajar dengan pertumbuhan fizikal mereka. Disebabkan itu, domain Kognitif ini
dijadikan sebagai fokus utama. Menurut carta Taksonomi Bloom, Domain Kognitif ini
dibahagikan kepada enam peringkat,yang bermula dengan tahap yang rendah kepada tahap yang
sukar. Peringkat ini dapat membantu para guru untuk merancang aktiviti pengajaran mengikut
topik dan juga tahap murid-murid.

Pengetahuan Memerlukan murid mengingat fakta.

Kefahaman Membuktikan kefahaman pengetahuan yang telah dipelajari.

Aplikasi Mengaplikasikan apa yang telah dipelajari.

Analisis Menganalisa fakta-fakta yang ada.

Membuat rumusan atau


Sintesis penilaian.

Membuat
penilaian atau
Penilaian
mengemukakan
sesuatu
Rajah 1:1 peringkat domain Kognitif (Taksonomi Bloom)
Page | 1
HBEF3203 | THIRUCHELVI

Penyusunan ini merupakan penyusunan objektif dari aras mudah ke sukar supaya membantu
para guru untuk memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara teratur dan
juga bersistematik. Susunan ini memastikan guru telah mencapai objektif pembelajaranya dari
peringkat yang lebih rendah iaitu mengetahui sebelum bergerak ke peringkat seterusnya. Jika
murid-murid mempelajari sesuatu topik dari aras mudah,maka mereka akan senang memahami dan
akan berminat untuk terus belajar. Sebagai contoh, jika guru tidak mengajar format menulis surat
rasmi dan juga tidak memberi contoh ataupun rangka karangan lalu terus menyuruh mereka untuk
menulis surat rasmi,maka mereka tidak jelas dengan latihan dan akan bimbang dan tidak lagi
berminat.

Di bawah saya telah memberi contoh objektif kognitif

Objektif Kognitif : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat,


i. menyenaraikan jenis-jenis pencemaran alam sekitar.
ii. Menerangkan kesan pencemaran dengan memberikan contoh.
iii. Menghuraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi kesan
pencemaran alam sekitar.

Seterusnya merupakan, Domain Psikomotor yang bermaksud pergerakkan anggota fizikal


para murid. Ciri objektif ini menjadi tumpuhan para guru Pendidikan Jasmani. Domain
Psikomotor ini membantu kanak-kanak untuk membelajari dan menguasai pergerakkan yang
dilakukan dalam kehidupan seharian dan juga pergerakan baru dalam senaman. Sebagai contoh,
berlari melompat, mengguling dan sebagainya. Domain Psikomotor juga dibahagikan kepada
tujuh peringkat dari aras mudah ke sukar.

Page | 2
HBEF3203 | THIRUCHELVI

Persepsi
Murid dapat mengenali cara bermain bola sepak melalui
menyaksikan permainan bola sepak.

Persediaan (set)
Kesediaan murid untuk bertindak. Murid

Pergerakan Terkawal
Murid dapat melakukan pergerakan awal berkaitan kemahiran
yang dipelajari dan akan cuba melakukanya..

Pergerakan Mekanistik
Murid dapat melakukan pergerakan yang ingin dipelajari dengan
penuh yakin.

Pergerakan kompleks
Murid dapat melakukan pergerakan yang kompleks dengan
cekap tanpa meniru aksi orang lain.

Pergerakan Suaian
Murid dapat melakukan pergerakan dengan cekap pada mana
-mana situasi semasa bermain.

Pergerakan Ciptaan
Murid mampu melakukan sesuatu pergerakan baru dengan
cekap dan yakin.

Kebiasaanya, Domain Psikomotor ini kerap digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani
kerana ia mementingkan pergerakan. Oleh itu saya telah menyatakan Objektif pembelajaran untuk
matapelajaran Pendidikan Jasmani.

Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat,

i. Melompat dengan dua belah kaki dengan menggunakan teknik yang betul dengan tiga
ulangan.
ii. Membuat ketingting dengan menggunakan teknik yang betul dengan tiga ulangan.

Page | 3
HBEF3203 | THIRUCHELVI

SOALAN 1.b).

Objektif pembelajaran merupakan satu elemen yang penting semasa merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, guru hanya boleh merancang kaedah pengajaran
setelah objektif pembelajaran iaitu kemahiran apa yang ingin dicapai oleh murid ditetapkan.
Terdapat beberapa kepentingan Objektif Pembelajaran yang dapat meningkatkan kualiti seorang
Guru.

Antaranya, objektif pembelajaran ditentukan mengikut Dokumen Standard Kandungan


Pembelajaran yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan untuk setiap darjah. Justeru itu,
guru tidak akan bertukar hala dari hala tuju pendidikan. Jadi dengan penetapan objektif,guru
dapat merancang aktiviti pengajaran yang rapi supaya murid-murid dapat mencapai objektif
yang ditetapkan. Guru dapat menjalankan sesi pengajaran tanpa sebarang gangguan.

Selain itu, guru dapat mengenal pasti kaedah ataupun langkah pengajaran yang sesuai untuk
melancarkan sesi Pengajaran. Sebagai contoh, jika objektif pembelajaran adalah untuk
membolehkan murid menulis karangan yang bertajuk ‘ Kesan Pencemaran’, maka guru boleh
merancang pengajaran dengan mengenalkan jenis-jenis pencemaran dan seterusnya guru boleh
menyediakan rangka karangan untuk dijadikan panduan. Dengan ini,guru dapat menjimatkan
masa semasa mengajar dan boleh tumpukan lebih perhatian terhadap kefahaman murid. Jika
guru tidak mempunyai persiapan awal, maka objektif untuk hari itu tidak dapat dicapai
sepenuhnya.

Kepentingan seterusnya adalah,penetapan objektif membolehkan guru memilih alat bantu


mengajar yang sesuai. Contohnya, guru boleh tayangkan video berkaitan jenis-jenis pencemaran
alam dan juga kesan kepada manusia dan juga bumi. Apabila murid-murid melihatnya secara
visual,mereke lebih memahami topik yang hendak dibelajar. Maka, guru tidak perlu bersusah-
payah menerangkan secara verbal dan adakalanya murid tidak berminat. Oleh itu, objektif
pembelajaran menjadikan sesi pengajaran lebih teratur dan juga menarik.

Selain itu, guru juga boleh menyediakan latihan yang bersesuaian dengan kemahiran
pembelajaran yang akan diajar dan juga boleh memastikan latihannya bersesuaian dengan tahap
penguasaan murid. Jika guru merancang aktiviti menulis karangan ini kepada murid-murid
rendah tahap penguasaanya,maka guru boleh memilih aktiviti isi tempat kosong dalam petikan
karangan ataupun mengatur ayat supaya menjadi sebuah karangan jika dibandingkan menyuruh
mereka menulis sendiri. Hal ini akan membantu murid untuk tidak bimbang untuk menulis

Page | 4
HBEF3203 | THIRUCHELVI

karangan dan memberi peluang kepada mereka untuk memahami lebih terperinci. Oleh itu,
pastinya murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran.

Di samping itu,objektif pembelajaran turut memberi laluan kepada guru untuk menjalankan
Aktiviti pengajaran dengan sistematik tanpa membazirkan masa. Murid-murid juga tidak akan
berasa bosan. Sebagai contoh,jika guru tidak mempunyai objektif iaitu apa yang hendak
diajar,maka guru tidak dapat menetapkan apa yang perlu diajar, jenis latihan yang harus diberi.
Jadi,guru akan resah dan akan membazirkan masa dengan membuat aktiviti yang tidak
berkaitan seperti menulis di buku tulisan,membaca kad bacaan dan sebagainya.

Objektif pembelajaran turut membantu guru untuk mengenali tahap penguasaan murid.
Dengan ini,guru dapat merancang latihan pemulihan kepada murid yang tidak menguasai.
Sebagai contoh, latihan yang disediakan mestinya berlandaskan objektif dan jika murid tidak
dapat menjawabnya, jelaslah murid itu tidak mencapai objektif. Justeru itu,guru boleh mencari
kaedah lain untuk membantu murid tersebut.

Akhirnya,objektif pembelajaran turut menyedarkan murid akan kemahiran yang hendak


dipelajarinya. Oleh itu, murid-murid akan lebih peka semasa waktu pembelajaran. Sebagai
rumusanya, objektif pembelajaran menetapkan tujuan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan
membantu guru untuk memperkembangkan potensi murid-murid dengan merancang aktiviti
pengajaran yang terancang dan menarik dengan menggunakan pelbagai sumber.

Page | 5
HBEF3203 | THIRUCHELVI

SOALAN 3.a).

Laporan ujian bermaksud, penilaian terhadap tahap penguasaan murid-murid untuk menentukan
kemajuan akademik mereka,ataupun untuk mengenali murid yang mengahadapi masalah.
Justeru itu, terdapat beberapa pihak berkepentingan yang perlu mengetahui laporan penilaian
murid-murid.

Pihak berkepentingan yang paling utama adalah guru sendiri. Hal ini kerana, guru perlu
menganalisis tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjahnya supaya dapat membantu
murid-murid yang tidak mencapai tahap penguasaan cemerlang. Selain itu, melalui pencapaian
lepas,guru boleh mengenali kemahiran-kemahiran yang kurang dikuasai oleh murid-muridnya.
Justeru itu, guru boleh merancang kaedah pengajaran lain yang bersesuaian dengan mereka.
Selain itu, guru juga boleh mengenali murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran.
Disamping itu, pelaporan ini akan membantu guru untuk memantau kemajuan akademik para
pelajarnya.

Seterusnya, pelajar juga merupakan salah satu pihak berkepentingan. Mereka wajib perlu
mengambil tahu laporan penilaian mereka. Hal ini kerana, laporan ujian membantu para murid
untuk mengenali tahap penguasaan mereka terhadap sesuatu kemahiran. Jadi para murid boleh
membuat ulang kaji pada kemahiran yang mereka kurang menguasai supaya dapat markah yang
tinggi pada penilaian seterusnya. Selain itu,pelajar juga boleh mengubah gaya pembelajaran
mereka supaya dapat meningkatkan pencapaian akademik.

Disamping itu,guru kaunseling juga orang yang berkepentingan. Hal ini kerana murid yang
tidak dapat mencapai tahap penguasaan yang minimum walaupun diajar banyak kali,maka guru
kaunselor boleh memainkan peranannya seperti mengenali masalah yang dihadapi oleh murid
tersebut lalu memberi bimbingan dan kaunseling tentang gaya pembelajaran yang berkesan,
jenis-jenis latihan kendiri yang boleh dibuat dan juga memberi motivasi kepada mereka.

Rumusanya, guru,pelajar dan juga guru kaunseling merupakan pihak yang paling
berkepentingan untuk menganalisis laporan penilaian seterusnya merancang alternatif lain

Page | 6
HBEF3203 | THIRUCHELVI

untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dan meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak
muridnya bagi seseorang guru.

SOALAN 3.b).

Pendidikan seni visual merupakan satu subjek yang merangkumi isu pengukuran dan
penilaian yang terlalu subjektif sehingga tidak mempunyai kriteria penilaian yang tertentu. Oleh
itu, Penilaian Autentik merupakan penilaian yang amat sesuai untuk mata pelajaran Seni Visual.
Penilaian ini merupakan amalan yang melibatkan murid-murid secara realistik dalam menilai
tahap penguasaan mereka sendiri. Malahan, ia juga merupakan penilaian berterusan. Realistik dan
bermakna merupakan terma yang digunakan dalam penilaian Autentik ini.

Penilaian ini membantu guru untuk mengukur tahap pemahaman murid melalui penghasilan
tugasan yang diberikan. Selain itu, ia turut membantu guru untuk mengukur tahap penguasaan
murid dalam bidang seni seperti menganalisis,mensintesis,dan mengaplikasi kemahiran seni yang
dipelajari.

Terdapat beberapa contoh aktiviti yang dapat dilakukan oleh guru berpandukan penilaian
Autentik ini. Antaranya,guru boleh, meminta murid-murid mendemostrasikan hasil karya mereka
di pemeran seni yang dianjurkan oleh guru pada setiap penggal sekolah.

Selain itu,guru juga boleh meminta murid-murid untuk membuat persembahan tarian
menggunakan hasil karya seni yang dihasilkan sewaktu pembelajaran seni. Disamping itu,guru
juga boleh meminta urid-murid membuat portfolio yang mengandungi nota-nota yang diberi,hasil
kerja seni dan juga latihan yang dibuat sebagai bukti penilaian.

Secara keseluruhanya,penilaian Autentik ini merupakan satu kaedah penilaian yang wajar
dilakukan oleh guru-guru pendidikan seni visual. Penilaian ini meliputi aspek domain
kognitif,domain psikomotor dan juga domain afektif. Oleh itu, penilaian dapat dilakukan secara
menyeluruh dan juga berterusan.

Page | 7
HBEF3203 | THIRUCHELVI

BAHAGIAN B

SOALAN 1.a).

Indeks kesukaran item merupakan suatu penentu kepada item ujian. Indeks ini dapat
merumuskan tahap kesukaran sesuatu item ujian,samaada soalan itu mudah untuk dijawab ataupun
sukar. Indeks kesukaran item ini dapat digunakan untuk menganalisis ujian berbentuk objektif dan
juga ujian berbentuk subjektif.

Bagi ujian Objektif, indeks ini dapat dikira dengan menggunakan pengiraan nisbah bilangan
murid yang memberikan jawapan betul kepada jumlah murid yang menjawab ujian tersebut.
Pengiraanya seperti berikut;

Bilangan calon yang memberi jawapan betul


p=
jumlah murid yang menjawab ujian

Sebagai contohnya, satu soalan dijawab dengan betul oleh 25 orang murid dari 30 orang
murid yang menjawap soalan.

40

p= = 0.8
50

maka, nilai indeksnya adalah 0.8, jadi soalanya pada aras mudah. Manakala,indeks kesukaran 0,ia
bererti tiada seorang murid yang menjawab soalan tersebut dengan betul dan soalan itu aras terlalu
sukar. Nilai indeks yang tinggi menunjukkan aras soalanya terlalu mudah jika dibandingkan
dengan nilai indeks yang rendah yang menunjukkan soalanya sangat sukar. Oleh itu,penyedia
soalan perlu mengubal soalan berpandukan JSU supaya item soalan tidak terlalu mudah ataupun
tidak terlalu sukar.

Page | 8
HBEF3203 | THIRUCHELVI

Seterusnya, ujian subjektif pula perlu dihitung dengan cara pengiraan yang lain. Ianya kerana,
soalan sebegini tidak mempunyai satu ketetapan jawapan. Pengiraanya adalah,nisbah markah
purata (markah min) kepada julat markah penuh. Sebagai contohnya, seramai 10 orang murid
menjawab soalan esei pendek yang jumlah markahnya 10. Jumlah markah yang diperolehi oleh
kesemua murid adalah,sebanyak 58.0 . Maka pengiraanya seperti berikut,

jumlah markah
 Markah purata = 58.0 / 10 = 5.8
jumlah murid

 Julat Markah Penuh = Markah maksimum - Markah minimum = 10 – 0 = 10

 Indeks kesukaran = Markah Purata


5.8 / 10 = 0.58 = 58%
Julat Markah Penuh

Melalui pengiraan ini, maka indeks kesukaran bagi item ini adalah,sederhana sukar. Pengiraan
bagi soalan subjektif berbeza kerana ia dapat menghitung purata markah dalm peratus.

Page | 9
HBEF3203 | THIRUCHELVI

SOALAN 1.b).

i. Berpandukan kepada jadual yang diberi, maka dapat dianalisis seramai sepuluh orang murid
menjawab item soalan tersebut. Semua murid menjawab pilihan jawapan A,manakala
jawapan betul adalah Pilihan jawapan C. Maka,tiada seorang murid yang menjawab soalan
itu dengan betul. Berikut merupakan pengiraan indeks kesukaran item bagi soalan ini;

Bilangan calon yang memberi jawapan betul


p=

jumlah murid yang menjawab ujian

0
p=
=0

10

Maka, indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah, sangat sukar kerana tiada seorang murid
yang menjawab dengan betul.

Page | 10
HBEF3203 | THIRUCHELVI

SOALAN 1.b).

ii. Berdasarkan pengiraan indeks kesukaran item di atas,kita dapat mentafsirkan bahawa
item soalan ini sangat sukar. Hal ini jelas kelihatan apabila kesemua murid tidak dapat
menjawab dengan betul. Selain itu, didapati semua murid menjawab pilihan jawapan yang
sama untuk soalan itu, kemungkinan,jawapan yang diberi hampir sama dengan jawapan
yang betul lalu murid-murid keliru untuk menjawab.

Dengan ini, berkemungkinan penyedia soalan tidak menetapkan JSU sebelum


mengubal kertas soalan. Hal ini kerana, aras soalanya terlalu sukar. Kebiasaanya, soalan
ujian akan disediakan oleh guru mata pelajaran sendiri. Justeru itu, guru mata pelajaran
pasti akan mengetahui tahap penguasaan murid dan boleh menetapkan aras soalan
berpandukan tahap mereka. Apabila murid-murid tidak dapat menjawab, jelaslah guru tidak
menetapkan aras soalan terlebih dahulu ataupun memberi soalan berdasarkan kemahiran
yang belum dipelajari.

Rumusanya,guru perlu menetapkan JSU sebelum mengubal kertas ujian dan guru juga
perlu meneliti panduan untuk menghasilkan soalan beraneka pilihan yang berkualiti.
Sebagai contohnya, guru perlu hadkan pilihan jawapan dengan memberi tiga pilihan kepada
tahap 1 manakala empat pilihan kepada tahap 2. Selain itu,guru juga perlu memastikan
arahan soalan jelas dan boleh difahami. Seterusnya, guru juga perlu mempunyai susunan
jawapan secara rawak,iaitu tidak mengikut sistem tertentu. Akhirnya, guru juga harus
menitikberatkan struktur ayat jawapan yang diberi. Ayat jawapan perlulah sama
panjang,supaya tidak memberi petanda kepada murid-murid.

Page | 11
HBEF3203 | THIRUCHELVI

SOALAN 2

Jadual yang diberikan menunjukkan markah yang diambil oleh 34 orang murid dalam
ujian bulanan yang diadakan. Untuk menganalisis pencapaian keseluruhan ujian ini,maka kita
perlu gunakan statistik yang diguna untuk menyampaikan maklumat dalam pelbagai situasi.
Jadi,kita perlu membina jadual kekerapan dan juga carta histogram untuk menganalisis lebih
terperinci dan juga untuk mendapatkan bilangan murid untuk setiap gred untuk membuat laporan
Postmortem.

Pertama sekali,kita perlu menghitung kekerapan mengikut sela markah yang diberikan.
Dengan ini,kita boleh mengetahui bilangan murid mengikut gred.

Gred Sela Markah Kekerapan


A 81-100 7
B 61-80 18
C 41-60 8
D 21-40 1
E 0-20 0

Setelah menghitung kekerapan, kita harus melakar carta histogram untuk mendapatkan
penjelasan yang lebih terperinci seperti berikut;

Page | 12
HBEF3203 | THIRUCHELVI

MARKAH UJIAN BULANAN


20
18
16
14
KEKERAPAN

12
10
8
6
4
2
0
0-20 21-40 41-60 61-80 81-100
SELA MARKAH

Melalui carta Histogram yang dilakar, maka kita dapat taksirkan bahawa bilangan murid
yang mendapat Gred B adalah paling tertinggi iaitu seramai 18 orang dan tiada seorang murid
yang gagal dalam ujian ini. Selain itu, Gred yang kedua tertinggi ialah,Gred C sebanyak 8 murid
dan diikuti Gred A seramai 7 murid. Hanya seorang murid sahaja yang mendapat Gred D.

Secara keseluruhanya, kita boleh mentafsirkan prestasi murid berada dalam tahap yang
baik. Hal ini kerana, jumlah murid yang dapat Gred B adalah tinggi berbanding dengan gred lain.
Oleh itu, sebahagian besar daripada murid-murid di kelas itu memahami kemahiran-kemahiran
yang diuji dalam ujian tersebut. Namun,terdapat juga murid-murid yang mendapat Gred rendah.
Untuk itu, guru perlu mengenal pasti kemahiran-kemahiran yang murid kurang menguasai melalui
analisis item dan perlu menyediakan laporan post-mortem untuk mengenal pasti langkah-langkah
pemulihan untuk meningkatkan tahap prestasi murid-murid di kelas tersebut.

Sebanyak 18 murid yang mendapat Gred B boleh ditargetkan untuk melonjak ke Gred A
dengan memberikan bimbingan dan juga latihan tambahan kepada mereka. Disamping itu, seramai
9 orang murid yang mendapat Gred C dan D,guru perlu membuat ulangkaji kemahiran-kemahiran
tersebut supaya mereka lebih memahami dan juga guru boleh mengadakan pentaksiran bilik darjah
sebelum ujian seterusnya diadakan. Dengan ini,guru dapat mengenali kelemahan murid-murid dan
mengatasi masalah tersebut. Justeru itu,pastinya guru dapat meningkatkan bilangan murid yang
dapat Gred A dan juga B.

Page | 13

Anda mungkin juga menyukai