Anda di halaman 1dari 8

SULIT

ANGKA GILIRAN : 2021302340063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


Semester 1 Tahun 2021

PEPERIKSAAN UJIAN TERBUKA (OBT) : OKTOBER 2021

KAMPUS : IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

ANGKA GILIRAN : 2 0 2 1 3 0 2 3 4 0 0 6 3

KOD KURSUS : EDUP 3013


KURSUS : FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
ALAMAT EMEL :
NOMBOR TELEFON :

ARAHAN KEPADA CALON

1. Jawab semua soalan dalam templat buku jawapan ini.


2. Semua jawapan hendaklah bertaip dalam perisian Microsoft Words, font Arial 12 dan
langkau 1.5 baris.
3. Setiap helaian jawapan dilabelkan dengan Angka Giliran (bahagian kiri header).

4. Calon hendaklah menghantar jawapan masing-masing melalui Google Classroom


sebelum atau pada masa tamat peperiksaan.

5. Calon yang tidak menghantar skrip jawapan dalam tempoh atau sejurus tamat masa
menjawab akan dikira GAGAL dalam peperiksaan ini.

6. Calon perlu membuat satu salinan lembut (softcopy) dan satu salinan bercetak
(hardcopy) sebagai sandaran (backup) sekiranya fail yang diemail rosak dan tidak
dapat dibuka.

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT
ANGKA GILIRAN : 2021302340063

JAWAPAN BAHAGIAN A : SOALAN 1

Berdasarkan kajian saya tentang penyataan Falsafah Pendidikan Guru di


atas, saya telah mendapati beberapa elemen yang patut dipatuhi oleh setiap orang
yang bergelar seorang guru. Antara elemen-elemen tersebut ialah guru yang
berpekerti mulia. Sifat pekerti mulia ini sangat diperlukan dalam menjadikan akhlak
seseorang guru itu menjadi akhlak yang mulia dan disegani masyarakat. Untuk
menerapkan elemen ini di dalam diri, setiap guru itu mestilah mencari jalan untuk
memupuk sifat-sifat baik, sifat-sifat positif atau sifat-sifat mahmudah sepertimana
yang dimiliki oleh Rasulullah SAW. Di samping itu, setiap guru hendaklah mencari
jalan dan berusaha untuk mengeluarkan sifat-sifat buruk, sifat negatif atau sifat
mahmudah sepertimana yang dimiliki oleh Abu Jahal dan Abu Lahab. Contoh yang
boleh diketengahkan untuk menggambarkan elemen budi pekerti ini ialah seorang
guru sentiasa menjaga perasaan anak-anak muridnya dan tidak bersikap pilih kasih
dalam memberikan pengajaran. Menurut Prof Dr Muhaya Mohamad, pendidik
terutama guru yang diberi kepercayaan untuk mengajar anak-anak penting baginya
menonjolkan suri teladan yang baik bagi mencorak anak menjadi manusia yang
penuh kebaikan. Kanak-kanak belajar daripada orang dewasa, sebab itulah seawal
usia kanak-kanak lagi mesti diterapkan dengan nilai murni. Ini kerana kanak-kanak
mempunyai minda bawah sedar yang terbuka luas. Apa sahaja yang ada depan
mata akan diterima tanpa ada sebarang prejudis. Hal ini telah menjadi bukti bahawa
elemen budi pekerti sangat penting dalam bidang pendidikan.

2 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
ANGKA GILIRAN : 2021302340063
Seterusnya, antara elemen-elemen yang saya dapati ialah berpandangan
progresif dan saintifik. Progresif dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua bermaksud
sentiasa bergerak maju dan bertujuan untuk mencapai kemajuan manakala saintifik
pula bermaksud suatu kaedah yang teratur atau bersistem. Pandangan progresif
dan saintifik ini mestilah diterapkan dalam diri seorang guru. Hal ini kerana
pandangan progresif dan saintifik akan memudahkan dan mempercepatkan proses
pembelajaran tanpa mengambil masa yang lama. Misalnya, jika seorang guru itu
berpandangan progresif dan saintifik, guru tersebut boleh mencari maklumat tentang
pembelajaran menggunakan alat teknologi yang tidak memerlukan kos dan masa
yang banyak. Tidak seperti zaman dahulu yang sentiasa mengharapkan maklumat
yang terkandung di dalam buku sahaja. Elemen ini juga penting dalam memastikan
seorang guru itu tidak ketinggalan dalam kemajuan terutamanya dari segi profesion
keguruan.

Selain itu, antara elemen yang saya dapati ialah bersedia menjunjung aspirasi
negara seta menyanjung warisan kebudayaan negara. Aspirasi dalam kamus pelajar
edisi kedua bermaksud keinginan atau kehendak yang kuat untuk mencapai
sesuatu. Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik ini, seorang guru itu
harus memfokuskan apa yang dihasratkan oleh negara dalam melahirkan
masyarakat yang seimbang dan harmoni. Elemen ini sangat penting dalam
mengelakkan kelahiran modal insan yang tidak berkualiti. Contohnya, seseorang
guru itu hendaklah ikhlas, jujur dan bertanggungjawab dalam memberi ilmu kepada
anak-anak murid. Hal ini dapat menjadikan sesuatu pengajaran itu menjadi berkat.
Dalam konteks menyanjung warisan kebudayaan negara pula, seseorang guru itu
mestilah memelihara dan menerapkan kebudayaan dalam kalangan pelajar tidak
kira dari segi adat resam, kesenian, pakaian, peralatan tradisional, permainan
tradisional, perubatan, sastera, seni bina dan juga seni halus.

Selain itu juga, antara elemen yang saya dapati ialah menjamin
perkembangan individu. Perkembangan individu ini bermaksud perkembangan dari
3 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
ANGKA GILIRAN : 2021302340063
segi fizikal, mental, jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam menerangkan lagi
tantang menjamin perkembangan individu ini, guru merupakan salah seorang yang
berperanan untuk membentuk perkembangan murid secara menyeluruh iaitu
merangkumi kesemua aspek yang telah dinyatakan. Menurut Golemen (1995),
kecerdasan intelek semata-mata tidak menjamin kebahagiaan hidup seseorang
individu. Malah, dengan hanya kecerdasan intelektual yang diberi penumpuan tidak
mampu untuk melahirkan insan yang matang, tabah, berani, kuat, teguh dan rendah
diri (Muhamad Mahyudin Nafis, 2007). Hal ini dapat membuktikan lagi bahawa
perkembangan individu sangatlah penting dalam menjadikan masyarakat yang sihat
dan berpelajaran.

Akhir sekali, antara elemen yang saya dapati ialah elemen memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Untuk
merealisasikan perkara ini, setiap guru mestilah menjadi pemula dalam
menunjukkan nilai-nilai yang telah dinyatakan kepada murid-murid. Hal ini bukan
sahaja memberi keburuntungan kepada masyarakat, malah hasrat dan aspirasi
negara juga akan tercapai dengan jayanya. Disebabkan oleh itu, guru ialah satu
model yang penting untuk dijadikan rujukan atau teladan dalam kalangan pelajar,
Oleh itu, sahsiah yang baik mestilah diterapkan dalam diri seorang guru itu agar
dapat menepati ciri-ciri keguruan dalam Falsafah Pendidikan Guru.

4 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
ANGKA GILIRAN : 2021302340063
JAWAPAN BAHAGIAN B : SOALAN 1
Pandemik Covid-19 telah mengubah corak Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) kepada Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR). Hal ini telah
menjadikan pembelajaran norma baharu telah berlaku dan peranan guru dalam
pelaksanaan kurikulum juga telah terjejas disebabkan pendemik ini. Banyak pihak
telah membincangkan perkara ini sejak daripada timbulnya isu kaedah pembelajaran
yang sepatutnya diambil dalam keadaan sekarang.

Sehubungan dengan itu, saya telah mendapati beberapa peranan guru dalam
pelaksanaan kurikulum ketika pandemic Covid-19 dan antaranya ialah warga
pendidik perlu semangat menyampaikan ilmu dan perlu dilaksanakan secara
istiqamah dalam apa juga keadaan. Hal ini amat penting agar tanggungjawab
seorang guru dalam memberikan ilmu tidak terabai. Di samping itu, jika guru
sentiasa bersemangat dalam memberikan pembelajaran maka murid akan turut
bersemangat dalam memastikan pembelajaran mereka tidak terjejas. Menurut kata
Prof. Datuk Dr Teo Kok Seong, “apabila pelajar kurang keyakinan ia akan memberi
impak terhadap prestasi pembelajaran di mana hasilnya akan tidak seberapa. Jika
perkara ini berlaku secara berterusan, dikhuatiri pelajar akan tidak minat untuk hadir
ke sekolah seterusnya akan meningkatkan bilangan pelajar yang tercicir”. Perkara ini
sudah cukup membuktikan bahawa peranan guru untuk sentiasa bersemangat
sangatlah penting.

Seerusnya, antara peranan guru dalam pelaksanaan kurikulum ketika


pandemic covid-19 ialah setiap guru perlu bersifat kreatif dan bersedia mempelajari
ilmu baharu bagi mendepani cabaran masa kini. Dengan kedatangan virus ini,
proses pembelajaran hanya boleh dilakukan secara dalam talian. Sejurus dengan
itu, proses pembelajaran ini memerlukan pengetahuan teknologi seperti
menggunakan platform aplikasi media sosial seperti aplikasi Zoom, Google
Classroom dan sebagainya. Disebabkan oleh itu, guru mestilah mencari kaedah
untuk menarik minat kalangan pelajar agar tidak bosan. Perkara sebegini dapat
merudumkan prestasi seseorang pelajar itu. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan
ialah guru boleh memberikan kuiz yang menguji minda murid dan pemenang kuiz itu
bakal menerima hadiah. Saya pasti, dengan kaedah ini murid tidak akan bosan
dalam menimba ilmu.
5 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
ANGKA GILIRAN : 2021302340063

Selain itu, antara peranan guru dalam pelaksanaan kurikulum ketika


pandemik covid-19 ialah guru hendaklah menambah ilmu pengetahuan tentang
teknologi agar dapat menjadikan suasana pembelajaran menjadi harmoni dan ceria
seperti di bilik darjah. Hal ini sangat diperlukan dalam proses pembelajaran pada
masa kini kerana teknologi memperbolehkan objektif kurikulum yang telah dianalisis
dapat dicapai walaupun tidak menggunakan bilik darjah. Contohnya, guru boleh
menyediakan aplikasi Google Docs untuk memantau murid-muridnya membuat kerja
rumah yang telah diberikan. Jadi, pilmu dalam teknologi ini sangat penting dalam
memastikan objektif kurikulum dicapai.

Kesimpulannya, seorang guru hendaklah tidak berputus asa dalam


menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pendidik supaya modal insan yang
berkualiti dapat dilahirkan. Sehubungan dengan itu, guru mestilah sentiasa bersedia
untuk menerima kejutan dan sentiasa cepat mencari jalan penyelesaian supaya
Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) berjalan lancar.

6 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
ANGKA GILIRAN : 2021302340063

JAWAPAN BAHAGIAN B : SOALAN 3


Profesionalisme keguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan
pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang
sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri
sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang Maha
Pencipta. Menurut kamus dewan, profesion bermaksud pekerjaan terutamanya yang
memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas. Contohnya seperti
pelajaran dalam bidang undang-udang, seni bina, perubatan, perakaunan dan
sebagainya. Keguruan pula bermaksud tugas dan tanggungjawab sebagai guru.
Dalam meningkatkan tahap profesionalisme keguruan ini, terdapat beberapa usaha
yang boleh dilaksanakan oleh guru.

Antaranya usaha-usaha yang boleh dilaksanakan ialah guru mestilah peka


dan memahami setiap perubahan dasar yang berlaku dalam sistem pendidikan dan
memahami matlamat yang ingin dicapai. Hal ini kerana, negara sangat
menitikberatkan tentang perkara yang berkaitan dengan modal insan. Sejurus
dengan itu, kerajaan telah menyediakan beberapa subjek pemelajaran yang boleh
dijadikan sebagai medium untuk melahirkan modal insan yang berkualiti. Contohnya,
subjek pendidikan Al-Quran dan As-sunnah. Para guru boleh menerapkan isi
kandungan subjek tersebut untuk mengukuhkan potensi diri dan rohani para pelajar
melalui penghayatan Al-Quran dan memahami konsep As-sunnah. Oleh itu, para
pelajar dapat menjadi seorang manusia yang berguna dan mempunyai rohani yang
baik.

7 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
ANGKA GILIRAN : 2021302340063

Selain itu, antara usaha-usaha yang boleh dilaksanakan ialah guru mestilah
sentiasa berfikiran kreatif untuk mencipta inovasi-inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran seiring dengan perubahan zaman. Zaman kini merupakan zaman
moden yang menggunakan teknologi sebagai medium pencarian maklumat. Hal ini
bukan sahaja memudahkan kerja-kerja guru bahkan para pelajar juga boleh
mengambil faedah daripada kemajuan teknologi kini. Di samping itu, guru juga boleh
mencari alat bantu pengajaran bentuk interaktif agar (PdP) yang dijalankan menjadi
lebih menarik dan berkesan sesuai dengan kecenderungan pelajar di abad ini.
Sehubungan dengan itu, banyak kaedah yang turut dihasilkan bagi menarik minat
para pelajar. Contohnya, kaedah ‘Lesson Study’ . Kaedah ini sangat membantu
para pelajar untuk berkongsi dan mengemukakan cadangan-cadangan yang
berkaitan dengan pembelajaran. Hal ini disebabkan oleh kaedah ini menggunakan
konsep pementoran dan perkongsian.

Akhir sekali, antara usaha-usaha yang boleh dilaksanakan ialah guru mestilah
menguasai mata pelajaran yang diajar sepenuhnya. Untuk memastikan penguasaan
ini berjalan dengan lancar saya perlu sentiasa bersedia sebelum menjalankan (PdP)
dari aspek isi pengajaran dengan memperbanyakkan sumber. Ada masanya, pelajar
tidak mahu menggunakan buku teks sebagai rujukan keran bosan. Jadi, jika
seseorang guru itu menguasai mata pelajaran yang diajari sepenuhnya maka guru
tersebut tidak perlu bersusah payah untuk merujuk buku teks dan menerangkan
secara spontan.

Kesimpulannya, setiap guru mestilah sentiasa berusaha dalam meningkatkan


tahap profesionalisme keguruan masing-masing. Hal ini agar dapat memastikan
pengajaran yang disampaikan menjadi pengajaran yang berkualiti dan dapat
diadaptasi dengan mudah oleh pelajar.

KERTAS JAWAPAN TAMAT

8 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai