Anda di halaman 1dari 14

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN,


BUKIT MERTAJAM, 14000 PULAU PINANG
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM
AMBILAN JUN 2020
WACANA PENULISAN
Tugasan 2 (Penulisan Esei )
BINCANGKAN BAGAIMANA PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
DAPAT MEMBANTU GURU MENGHADAPI CABARAN ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN
TERKINI. ANDA JUGA PERLU MEMBINCANGKAN SECARA KRITIS KEPENTINGAN
PEMUAFAKATAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN SELARAS DENGAN PERUBAHAN
DAN TUNTUTAN KOMUNITI SEMASA.

NAMA PELAJAR : AHMAD MURSYID BIN MOHD ZALANI


ANGKA GILIRAN : 2020302310063
NOMBOR KAD PENGENALAN : 020621-03-0033
KUMPULAN / UNIT : 2 PPISMP PENDIDIKAN ISLAM (2)
KOD KURSUS : GPP1063
NAMA KURSUS : PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL
NAMA PENSYARAH : DR HJH NOOR MIZA BINTI ABDUL RAHMAN
TARIKH HANTAR : 23 MAC 2021
TAHUN PENGAJIAN : 2021

Saya Ahmad Mursyid Bin Mohd Zalani dengan ini mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas kerja
kursus saya daripada pensyarah

TANDATANGAN

______________________ TARIKH :
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : Ahmad Mursyid Bin Mohd Zalani Angka giliran pelajar : 2020302310063

Tajuk tugasan : Bincangkan bagaimana pembangunan profesionalisme berterusan


dapat membantu guru menghadapi cabaran isu-isu dalam pendidikan terkini. Anda juga
perlu membincangkan secara kritis kepentingan pemuafakatan komuniti dalam
pendidikan selaras dengan perubahan dan tuntutan komuniti semasa.
Pensyarah : Dr Hajah Noor Miza Binti Kursus/mata pelajaran : GPP1063
Abdul Rahman
Pengantar Pengajian Profesional
Tarikh hantar : 23 Mac 2021 Tarikh diterima : 22 Februari 2020

Pengakuan Pelajar:

Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : Tarikh :
( Ahmad Mursyid Bin mohd Zalani )

Perincian Maklum Balas Tugasan


Pemeriksa Moderator ( jika berkaitan )

Kekuatan : Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan : Tarikh : Tandatangan : Tarikh :


Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum Balas Yang Diberikan Pensyarah.
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuk dan fahami.
Catatan ( jika ada )

Tandatangan Pelajar : Tarikh :


HALAMAN PENGAKUAN
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan :

Nama Penulis : Ahmad Mursyid Bin Mohd Zalani

Tarikh : 23 Mac 2021

ISI KANDUNAGN
1.0 PENGENALAN

2.0 ISU DAN CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN

3.0 USAHA DALAM MENINGKATKAN KOMPETENSI PROFESIONALISME GURU KINI

4.0 KEPENTINGAN PERMUAFAKATAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN KINI

5.0 KESIMPULAN

1.0 PENGENALAN

Guru merupakan seorang pendidik yang telah dipertanggungjawabkan untuk


mengajar anak-anak masyarakat awam. Guru juga mempunyai nama lain seperti pengajar,
pendidik, Mudarris dan pengasuh dan mereka merupakan tenaga pengajar yang biasanya
ditempatkan di sekolah rendah, sekolah menengah, prasekolah sehingga ke peringkat
universiti. Perkara yang membezakan guru-guru ini ialah panggilan mereka. Ada guru yang
dipanggil sebagai cikgu, teacher dan pensyarah. Namun begitu, peranan mereka sebagai
pendidik tetap tidak berubah dan masih menjadi aset yang penting kepada pengurusan
negara. Dalam era serba moden ini juga, guru juga boleh dikenali sebagai orang yang mahir
dalam sesuatu bidang. Contohnya seperti Ustaz Abdullah Khairi yang mahir dalam bidang
psikologi dan disebabkan perkara inilah beliau dapat menjadi salah seorang ustaz di sebuah
sekolah dan menjadi penceramah yang terkenal dalam negara Malaysia. Menurut (Mok
Soon Sang, 1990) guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan
sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Guru merupakan tenaga
ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-
murid di sekolah. Pendapat ini menerangkan bahawa tugas guru bukan sahaja menjadi guru
di sekolah tetapi menjadikan masyarakat sekeliling sebagai kawan agar perhubungan sosial
menjadi lebih erat supaya jika terdapat masalah anak-anak mereka di sekolah mudah untuk
diselesaikan. Menurut (Muhammad Uthman El – Muhammady, 1996) guru adalah ahli ilmu
yang menyampai dan mengembang serta menjayakan ilmu dalam masyarakat. Ia
merangkumi ilmu pengetahuan mengenai Islam atau pengetahuan umum dengan ciri serta
tugas yang perlu mendapat pembelaan sewajarnya dalam masyarakat. Mereka boleh
menjalankan tugas dengan berkesan untuk mewujudkan umat yang beriman, berilmu dan
beramal. Namun begitu,  Guru sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran dan
perubahan dalam pendidikan. Untuk membantu guru dalam menghadapi perkara ini ialah
dengan membangunkan pembangunan profesionalisme.

2.0 ISU DAN CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN

Perguruan dan profesionalisme masing-masing mempunyai maksud yang tersendiri


dan perkara ini berkaitan antara satu sama lain. Maksud perguruan ialah perguruan
merupakan satu profesion yang bertujuan dalam membentuk pembentukan insan dan ihsan
manusia. Hal ini untuk membuat manusia – manusia mengetahui tentang tanggungjawab
dan peranan mereka terhadap agama, negara, masyarakat, keluarga, diri sendiri dan alam
yang mereka duduki dengan kuasa Sang Pencipta. Menurut aspek keagamaan pula,
kedudukan guru sama dengan kedudukan pemimpin negara kerana tugas mendidik ini
dituntut sebagai ibadah dan pekerjaan ini dianggap sebagai mulia. Jika dilihat dari segi
profesionalsime pula ia merupakan satu nilai yang mempunyai kaitan dengan pekerjaan
seseorang. Hal ini diperlukan oleh pekerja yang mempunyai matlamat tersendiri yang
mengarah kepada keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab. Pada
asasnya, profesionalisme ini adalah satu nilai murni yang diambil daripada seseorang atau
individu yang melakukan tanggungjawab mereka dengan telus, tidak mementingkan diri
sendiri malah tidak memilih jenis pekerjaan yang diberi. Bagi seorang guru, hal ini sangat
berkait rapat dengan mutu Pendidikan pada beberapa segi. Misalnya seperti sikap dan nilai
guru dalam pengajaran. Terbukilah di sini bahawa sikap dan nilai guru dalam pengajaran
amat penting kepada setiap pelajar bagi meningkatkan minat, sikap dan nilai mereka dalam
pembelajaran. Disebabkan ini jugalah perilaku seorang guru juga memberi impak yang
besar kepada pelajar tidak kira sama ada dari segi aspek tingkah laku, tahap penerimaan
dan kefahaman pelajar dalam pembelajaran.

Dalam profesionalisme keguruan ini, terdapat beberapa isu dan cabaran yang
terpaksa ditempuhi oleh guru. Antaranya ialah masalah dalam kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK). Seperti yang umum telah tahu, teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) telah banyak membantu para pelajar terutamanya kepada pelajar
universiti yang menggunakannya pelbagai kaedah yang telah disediakan. Contohnya seperti
aplikasi Microsoft Word. Hal ini bukan sahaja memudah murid malah membantu
meningkatkan tingkat keseronokan murid dalam mempelajari sesuatu pelajaran. Namun
begitu, menurut kajian (Wan Mohamad, 2009) menunjukkan hampir tiga perempat, iaitu
78.2 peratus guru mengakui bahawa mereka masih belurn cekap atau tidak tahu untuk
melaksanakan pengajaran menggunakan TMK. Masalah ini sangat membimbangkan
banyak pihak kerana mungkin proses pembelajaran tidak dapat diteruskan. Contohnya
seperti pembelajaran yang dijalankan pada musim pandemik Covid-19 ini. Proses ini
memerlukan kemahiran para guru untuk menyampaikan maklumat kepada murid-murid.
Menurut (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM, 2013). pengintegrasian Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pcngajaran dan Pembelajaran rnasih kurang
dilaksanakan sepenuhnya di dalam bilik darjah.

Seterusnya, antara isu dan cabaran dalam profesionalisme perguruan ialah


kecekapan guru bimbingan dan kaunseling. Memang tidak dinafikan bahawa guru
Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka
dengan baik, namun demikian masih terdapat sebilangan guru Bimbingan dan Kaunseling
yang menghadapi masalah dalam melaksanakan khidmatnya (Tengku Elmi & Noriah, 2014).
Pelbagai usaha ke arah memperkasa kualiti profesionalisme kaunseling dipergiat dan
dibincangkan dalam pelbagai latar (Zuria, 2005). Disebabkan perkara inilah yang menjadi
cabaran kepada para guru. Walaupun perkara ini berlaku kepada segelintir guru kaunseling
sahaja akan tetapi ia sangat memberi kesan yang besar kepada pelajar yang ingin
mempunyai masalah. Jenis masalah yang dihadapi oleh segelintir guru ini ialah kurang jelas
dalam memahami harapan sekolah, kabur tentang tugas dan peranan profesional, gagal
melakukan anjakan minda semasa melaksanakan tugas dan aktiviti kaunseling, tidak
berkeupayaan untuk menyejajarkan amalan kaunseling dengan budaya organisasi dan
kadangkala gagal memberikan penyelesaian secara efektif kepada masalah yang dihadapi
oleh organisasi. Kajian menunjukkan aras keyakinan warga sekolah terhadap peranan guru
kaunseling dalam menangani kes murid masih rendah (Mohamad & Sharifah, 2005). Kajian
mendapati tahap guru kaunseling membina hubungan, komunikasi dan kebolehan mengurus
konflik adalah sederhana (Rorlinda, 2009). Ketidakcekapan ini mengakibatkan mereka
mungkin menghadapi kesukaran untuk mengekalkan hubungan teraputik antara rakan
sejawat dan murid (Tengku Elmi & Noriah, 2014).

Akhir sekali, antara isu dan cabaran profesionalisme perguruan ialah masalah
tentang kompetensi dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dan pemantauan
terhadap kompetensi guru mendapati isu dalam pengajaran dan pembelajaran agak kritikal
apabila sebahagian guru di Malaysia masih berada pada Tahap Harapan (52 peratus),
memuaskan (31 peratus), iaitu tahap yang masih dapat ditambah baik (Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti KPM, 2013). Di sini kita boleh lihat betapa sedikitnya peratusan guru yang
berada pada tahap baik dan cemerlang. Perkara ini menyedarkan kita supaya memperbaiki
kelemahan yang dihadapi oleh guru-guru yang terlibat dengan masalah.Laporan daripada
Jemaah nazir itu juga menunjukkan 5 peratus dalam Pengajaran dan Pembelajaran berada
pada tahap yang lemah. Kajian juga menunjukkan ramaí dalam kalangan guru yang kurang
mahir dan kreatif dalam menggunakan kaedah pengajaran yang efektif bagi menyampaikan
isi pengajaran (Yahya & Norhusna, 2010).

3.0 USAHA DALAM MENINGKATKAN KOMPETENSI PROFESIONALISME GURU KINI


Guru merupakan salah satu tulang belakang kepada sistem Pendidikan yang mana
mereka menjadi penggerak atau pelaksana kepada segala dasar kokurikulum yang telah
digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Tanpa guru, mungkin dasar-dasar
kokurikulum kerajaan hanya akan menjadi sebuah dasar semata-mata dan ditinggalkan
begitu sahaja. Jelas di sini bahawa guru menjadi salah satu penggerak yang penting kepada
usaha-usaha kerajaan membina generasi yang berilmu serta menjadikan kesihatan sebagai
keutamaan di dalam negara ini. Pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi
yang lain (Othman, 2007). Hal ini menguatkan lagi bahawa guru merupakan satu tunjang
yang penting dalam mengekalkan kemajuan sesebuah negara.

Namun demikian, disebabkan tidak wujud satu piawai kompetensi dalam bidang
perguruan dan program pendidikan guru sebagai panduan di negara kita, maka telah timbul
masalah perkhidmatan, tekanan kerja, konflik peranan, kekaburan peranan, ketiadaan satu
sistem sokongan sosial dari pengetua dan rakan sekerja (Ibrahim, 2001). Disebabkan hal
inilah timbulnya beberapa usaha untuk meningkatkan kompetensi profesionalisme guru kini.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merancang pembangunan PPP dalam usaha
memantapkan pembangunan kemahiran dan kepakaran dan perancangan ini mempunyai
beberapa usaha dalam meningkatkan kompetensi profesionalisme guru kini dan antaranya
ialah membangunkan tahap keilmuan dan kepakaran PPP melalui peningkatan ilmu
pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran dalam bidang PdP, kepimpinan dan pentadbiran,
serta kepakaran bidang khusus Pendidikan. Hal ini dapat membuatkan kualiti seorang
pengajar atau guru itu menjadi tinggi dan cara pengajarannya mungkin akan lebih menarik
minat para pelajar dan menjadi bersemangat untuk meneruskan pembelajaran. Jadi, secara
automatiknya wawasan kerajaan untuk mencapai generasi yang berilmu akan tercapai
dengan jayanya.

Di samping itu, antara usaha dalam meningkatkan kompetensi profesionalisme guru


kini ialah mendorong dan mengekalkan minat serta komitmen PPP dalam profesion
keguruan dengan memberikan dorongan dan peluang seluas-luasnya kepada mereka untuk
membangunkan tahap profesionalisme. Hal ini bukan sahaja dorongan dan mengekalkan
minat sahaja tetapi ia boleh memberi semangat kepada para guru untuk menjalankan tugas
mereka sebagai pendidik. Mereka juga akan merasakan diri mereka dihargai dalam
memberi didikan kepada masyarakat. Perkara ini juga penting kerana kini banyak tekanan
yang datang. Comtohya seperti ibu bapa yang sering menyalahkan guru apabila anak-anak
mereka tidak berjaya di dalam kelas. Jadi, dorongan dalam meneruskan pengajaran oleh
kerajaan amat penting kepada para guru. Seterusnya, antara usaha dalam meningkatkan
kompetensi profesionalime guru kini ialah membuat penerokaan bakat yang menyasarkan
kepada PPP yang berkhidmat kurang dari lima tahun dan berprestasi cemerlang.
Kandungan utama program ini merangkumi dasar pendidikan, penyelidikan asas, kurikulum,
kokurikulum dan sahsiah. Pendekatan utama pelaksanaan program ini adalah berasaskan
tempat kerja atau berasaskan sekolah. Hal ini dapat memberikan pegawai-pegawai kerajaan
seperti guru untuk menjadi seorang yang lebih berinovasi dalam bekerja. Mereka bukan
sahaja menerima gaji semata-mata tetapi mereka tetap memikirkan masa depan anak-anak
muda yang bakal menjadi pemimpin-pemimpin yang amanah.

4.0 KEPENTINGAN PERMUAFAKATAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN KINI


Permuafakatan merupakan satu proses kerjasama pada tahap tertinggi dengan melibatkan
kesungguhan, pengetahuan dan kemahiran yang digambarkan melalui gaya komunikasi dan
mampu menarik minat penglibatan komuniti secara rela mengamalkan kerjasama, saling
menghormati dan kesepakatan dalam membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang
sama (Gulson, 2013). Pada asalnya, muafakat bermaksud kesatuan hati tentang membuat
suatu keputusan atau ingin melakukan sesuatu perkara bersama-sama. Namun, jika diambil
dari aspek Pendidikan pula muafakat ialah kerjasama di antara guru dan ibu bapa dalam
memastikan anak-anak dapat mempelajari pelajaran dan mendapat keputusan yang
cemerlang di dalam peperiksaan. Dalam sejarah perkembangan Pendidikan di Malaysia,
terdapat beberapa bukti yang menunjukkan permuafakatan telah memberikan kesan yang
cukup besar. Hal ini berlaku disebabkan oleh tindakan masyarakat yang mengambil langkah
untuk bekerjasama dengan para guru. Oleh itu, sebuah kumpulan iaitu Pesatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan. Inilah salah satu sistem sosial yang ditubuhkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Di sini kita dapat lihat betapa komitednya
kerajaan dalam memastikan rakyatnya menerima Pendidikan yang sempurna. Jadi, kita
sebagai rakyat harus bersyukur dan berterima kasih kepada pemimpin kerana telah
menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

Terdapat beberapa kepentingan permuafakatan komuniti dalam Pendidikan kini dan


antaranya ialah masalah anak-anak dalam menimba ilmu dapat diselesaikan dengan
mudah. Hal ini kerana guru mempunyai batas untuk mencampuri perkara yang berkaitan
dengan keluarga. Contohnya, Ali berasa begitu tertekan di sekolah akibat daripada
perbuatan ayahnya yang selalu meleteri beliau. Jadi, dengan muafakat yang telah dijalin,
masalah ini mungkin akan dapat diselesaikan dengan menggunakan budi bicara yang baik
di antara guru dan ibu bapa. Menurut (Gary dan Witherspoon, 2011) elemen utama untuk
melaksanakan komunikasi yang dinamik, dua hala dan bermanfaat dan menguntungkan
kedua-dua pihak ialah komunikasi yang mempunyai rasa hormat dan jelas sama ada secara
formal atau tidak formal, serta mengamalkan kemahiran komunikasi dan merancang proses
komunikasi.
Seterusnya, antara kepentingan permuafakatan komuniti dalam Pendidikan kini ialah
dapat memajukan sektor Pendidikan. Hal ini kerana penglibatan ibu bapa dan komuniti
merupakan kaedah terbaik bagi bersama-sama pihak sekolah. Menteri Besar, Dr Ahmad
Samsuri Mokhtar berkata, peranan mendidik bukan tugas guru semata-mata tetapi
memerlukan kerjasama semua pihak. “Proses pendidikan yang berjaya sebenarnya perlu
mendapat kerjasama semua pihak dan sebab itulah adanya Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PiBG). Menunaikan hak mendidik anak-anak sangat penting kerana merekalah yang akan
mengurus negara ini pada masa akan datang,”. Itulah kata-kata yang telah dilemparkan oleh
Menteri Besar, Dr Ahmad Shamsuri. Dengan kata-kata ini telah menguatkan lagi bahawa
kerjasama di antara ibu bapa dan guru dapat memajukan sector Pendidikan di Malaysia ini.

Akhir sekali, antara kepentingan permuafakatan komuniti dalam Pendidikan kini ialah
guru haru mengikuti bengkel-bengkel atau kursus-kursus yang bercirikan tentang
Pendidikan. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan tingkat pengetahuan guru tersebut
malah dapat guru tersebut dapat menjadi seorang guru yang berdedikasi dan kreatif dalam
menyampaikan pelajaran kepada murid-muridnya. Oleh itu, setiap guru mestilah
mengorbankan sedikit masa mereka untuk mengikuti program-program ilmu seperti itu untuk
menjadikan mereka sebagai guru yang cemerlang dalam pelbagai aspek seperti cara
pengajaran, kecergasan dan sebagainya.
5.0 KESIMPULAN

Secara ironinya, ibu bapa dan guru mestilah berganding bahu dalam menjadikan
sektor Pendidikan di Malaysia merupakan sektor yang terbaik daripada negara-negara lain.
Dengan ini, kerajaan dapat mencapai wawasannya untuk mencapai masyarakat yang
berilmu. Menurut (Fullan, 2011) permuafakatan komuniti memainkan peranan penting untuk
menjayakan Pendidikan dalam era pascamoden.
Rujukan

KPM, J. N. (2013). Retrieved from https://jejarisiswitar.blogspot.com/2019/04/isu-dan-cabaran-


profesionalisme-keguruan.html

Mohamad, W. (2009). Retrieved from https://jejarisiswitar.blogspot.com/2019/04/isu-dan-cabaran-


profesionalisme-keguruan.html

Muhammady, M. U. (1996). Retrieved from https://www.scribd.com/document/64261135/Definisi-


Guru

Norhusna, Y. d. (2010). Retrieved from https://jejarisiswitar.blogspot.com/2019/04/isu-dan-cabaran-


profesionalisme-keguruan.html

Nuriah, T. E. (2014). Retrieved from https://jejarisiswitar.blogspot.com/2019/04/isu-dan-cabaran-


profesionalisme-keguruan.html

Rorlinda. (2009). Retrieved from https://jejarisiswitar.blogspot.com/2019/04/isu-dan-cabaran-


profesionalisme-keguruan.html

Salleh, W. (2017, Jun 17). Retrieved from https://www.slideshare.net/wansalleh1/permuafakatan-


sekolah-dan-komuniti

Sang, M. S. (1990). Retrieved from https://www.scribd.com/document/64261135/Definisi-Guru

Sharifah, M. d. (2005). Retrieved from https://jejarisiswitar.blogspot.com/2019/04/isu-dan-cabaran-


profesionalisme-keguruan.html

Anda mungkin juga menyukai