Anda di halaman 1dari 8

CATATAN

ACARA BUTIRAN /
TINDAKAN

Mengumumkan ketibaan yang berbahagia ENCIK ROSLI


BIN HASHIM Pengerusi Pibk Sbrg Perai Selatan

Diiringi oleh yang berusaha ENCIK MOHAMED RODHZI


Pengumuma
BIN MOHD NOH, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai
n Ketibaan
Bakap;
Tetamu VIP
Dan yang berusaha PUAN KAMSIAH BINTI MAT ALI
Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Sungai
Bakap

Ucapan
Alu - aluan Assalamualaikum wbt dan selamat datang ke Kejohanan
Olahraga Tahunan SK Sg Bakap kali ke 53

Yang Berbahagia
En Rosli bin Hashim, Pengerusi PIBK Sbrg Perai
Selatan

Yang Berusaha
ENCIK MOHAMED RODHZI BIN MOHD NOH Guru
Besar SK Sg Bakap
Yang Dihormati
PN KAMSIAH BINTI MAT ALI, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran SKSB
EN ABD MALEK BIN KHALID, Guru Penolong Kanan
HEM SKSB
EN MUHAMAD RAZIA BIN ABD HAMID, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum
PN ROSZIYANA BT IBRAHIM, Penolong Kanan
Pendidikan Khas

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru, tuan-tuan,


puan-puan seterusnya murid-murid SK Sg Bakap yang
dirahmati Allah sekalian

Kami mewakii barisan jawatankuasa pengelola kejohanan


mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke
Kejohanan Olahraga Tahunan SK Sg Bakap kali ke 53.
Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan
menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda
yang akan beraksi dalam acara sukan yang
dipertandingkan pada hari ini

Sebagai pembuka tirai kejohanan olahraga tahunan ini


marilah sama – sama kita saksikan lintas hormat
perbarisan semua kontijen yang mengambil bahagian.

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan semua


perbarisan lintas hormat ini bukan sahaja dijadikan sebagai
acara pembukaan kejohanan kita pada kali ini, malahan ia
turut dijadikan pertandingan yang akan diadili oleh para VIP
jemputan khas kita. Keputusan perbarisan ini akan
diumumkan pada akir majlis nanti.

Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan


Menjemput Yang Berbahagia Encik ROSLI BIN HASHIM untuk
VIP menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan.
menerima Dipersilakan
tabik hormat
dari peserta
perrbarisan
MUZIK PERBARISAN

Kejohanan olahraga pada pagi ini akan membuka tirai


dengan perarakan masuk kontijen – kontijen yang
mengambil bahagian. mengetuai senarai kontijen ialah
pembaca ikrar iaitu ADIK MOHAMMAD AMZAR HAKIMI
BIN MOHD NAZIR dan Pembawa-pembawa bendera Jalur
Gemilang, bendera negeri Pulau Pinang, dan bendera
Perbarisan
sekolah
Lintas Hormat
Seterusnya kontijen PPKI, Kontijen Rumah Hijau, Kontijen
Rumah Biru, Kontijen Rumah Kuning, dan Kontijen Rumah
Merah
Kontijen pertama ialah dari Kontijen PPKI.yang dibimbing
oleh PUAN FAZLINA BINTI AHMAD KHALID.

Kontijen PPKI diketuai oleh ADIK WAN HARIZ DANIAL


BIN WAN HANAFIZAM dengan Motto ‘SUKAN UNTUK
SEMUA, INSAN ISTIMEWA BERSAMA MENCIPTA JAYA

Kontijen dianggotai oleh seramai 21 orang murid.

Perarakan diterusk oleh kontijen rumah hijau dengan


Mottonya ‘TURTLE FIGHT LIKE SAMURAI’.

Kontijen ini diketuai oleh adik MUHAMMAD FITRI


ISKANDAR BIN MOHD FAZALI yang dianggotai oleh
seramai 33 orang murid. Kontijen ini dibimbing oleh Puan
FARIZAH BINTI MOHD YUSOF

Diikuti dengan pasukan rumah biru melangkah segak


bergaya dengan mottonya ‘BIRU PANTANG MENYERAH’
yang diketuai oleh adik MOHD KHAIRY BIN MUSTAPHA
NIZAM

Pasukan ini dianggotai oleh 33 orang murid. Ketua


Kontijen rumah Biru ini adalah PUAN ROZAINI BINTI
IBRAHIM

Seterusnya acara perbarisan ini disusuli dengan pasukan


rumah kuning dengan motonya ‘ ADIWIRA
BERSEMANGAT WAJA’. Kekuatan kontijen adalah
seramai 33 orang yang diketuai oleh adik HILAL HASANI
BIN ASKARALI.

Pasukan ini dibimbing oleh PUAN SHARMIZA SAMI BINTI


IBRAHIM
Lintas hormat terakhir dari kontijen yang terdiri 33 anggota
yang diketuai oleh adik MUHAMMAD AMIRUL SAFUAN * selit pantun
BIN YAHYA dengan motto mereka ‘MERAH MEMBARA rumah merah
SEMANGAT WAJA’
PUAN NORMEI BINTI MUSTAPA adalah merupakan guru
pembimbing kontijen ini

Untuk pengetahun tuan-tuan dan puan-puan pasukan ini


merupakan juara keseluruhan pada kejohanan tahun 2018

Demikianlah tadi lintas hormat oleh pasukan – pasukan


yang mengambil bahagian dalam kejohanan sukan tahunan
sekolah 2019.

Hadirin yang dimuliakan sebentar lagi akan


dikumandangkan LAGU NEGARAKU, dan LAGU NEGERI
PULAU PINANG.
Nyanyian
Lagu
Hadirin sekalian diminta untuk bersama berdiri.
Negaraku
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian tadi.
Hadirin dipersilakan duduk

Bacaan Doa
Pagi Hari sudah berlari
Badan berpeluh sihat sekali,
Mari menadah sepuluh jemari
Doa dipohon majlis diberkati

Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan


kesejahteraan, marilah kita menadah tangan memohon
keberkatan daripada Allah s.w.t.
Majlis dengan ini mempersilakan al-fadhil ustaz MOHD
NAJIB BIN ISHAK Untuk memimpin bacaan doa.

Al-fadhil ustaz sukacita dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada AL-


FADHIL USTAZ MOHD NAJIB BIN ISHAK yang telah
memimpin bacaan doa sebentar tadi.

ASAL JURAGAN MENGAIL IKAN,


SAMBIL BERSUKA DI TEPI KUALA,
MASA JANGAN KITA TANGGUHKAN,
TIRAI DIBUKA MAJLIS BERMULA.

Para guru, para ibu bapa, serta para pelajar yang dihormati
lagi disayangi sekalian.

Syukur alhamdulillah, sukacita dikesempatan ini bagi pihak


majlis ingin mengucapkan penghargaan, terima kasih, dan
selamat datang kepada dif-dif kehormat serta para hadirin
sekalian ke pembukaan rasmi hari sukan peringkat sekolah
bagi tahun 2019 dan kejohanan olahraga tahunan Sekolah
Kebangsaan Sungai Bakap.

Sesungguhnya dengan adanya kejohanan ini dapat


memupuk semangat kesukanan di kalangan murid seiring
dengan matlamat PENDIDIKAN SATU SUKAN, SATU
MURID.

Dif-dif kehormat dan para hadirin yang dihormati sekalian,


majlis pada pagi ini diteruskan dengan mempersilakan
yang berusaha ENCIK MOHAMED RODHZI BIN MOHD
NOH, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Yang berusaha dengan segala sukacitanya dipersilakan.


Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan
oleh yang berusaha ENCIK MOHAMED RODHZI BIN
MOHD NOH.Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai
Bakap.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


Kini sampailah kita kepada kemuncak acara; ucapan
perasmian kejohanan olahraga tahunan 2019 Sekolah
Kebangsaan Sungai Bakap.

Untuk itu, dengan segala sukacitanya majlis


mempersilakan yang berbahagia ENCIK ROSLI BIN
HASHIM bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya
menyempurnakan acara perasmian kejohanan.

Yang berbahagia dengan segala sukacitanya dipersilakan.

Selepas ucapan

MUZIK

Begitulah tadi ucapan perasmian kejohanan olahraga


tahunan sekolah 2019 yang juga telah menyempurnakan
gimik perasmian sebentar iaitu yang berbahagia/yang
berhormat ENCIK ROSLI BIN HASHIM Pengerusi PIBK
Sbrg Perai Selatan

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan ribuan terima


kasih. Seterusnya dipersilakan tuan guru besar untuk
menyampaikan cenderahati untuk perasmi kejohanan,
ENCIK ROSLI BIN HASHM, Pengerusi PIBK Sbrg Perai
Selatan
Dif-dif kehormat dan para hadirin yang dihormati sekalian,
adalah diharapkan murid-murid yang mengambil bahagian
akan memberikan sepenuh komitmen dalam kejohanan ini
dengan semangat kesukanan.

Sebentar tadi juga telah berjalan persembahan oleh


pasukan silat yang dianggotai oleh 18 orang ahli yang
dipimpin oleh ENCIK RASHIDI

Berikutnya, lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh


ADIK MUHAMMAD AMZAR HAKIMI BIN MOHD
NAZIR . Sukacita dipersilakan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada


ADIK MUHAMMAD AMZAR HAKIMI BIN MOHD NAZIR
dan semua pasukan yang mengambil bahagian.

Dif-dif kehormat dan hadirin sekalian, dengan ini


9.00 PAGI dimaklumkan kejohanan sukan 2019 Sekolah Kebangsaan
Sungai Bakap dimulakan.

Para guru, para ibu bapa, serta para pelajar yang dihormati
lagi disayangi sekalian.

Syukur alhamdulillah, kini sampailah kita kepada acara


penyampaian hadiah kejohanan sukan tahunan 2019
Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap.

Majlis dengan ini sukacita menjemput yang berusaha


ENCIK MOHAMED RODHZI BIN MOHD NOH Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap untuk mempersilakan
dan mengiringi yang berhormat/yang berbahagia
………………..………… untuk menyempurnakan acara
penyampaian hadiah kejohanan sukan tahunan sekolah
2019.

11.30 PAGI Yang berusaha dipersilakan.


*keputusan dibacakan

Dan sekarang diumumkan johan keseluruhan kejohanan


sukan tahunan sekolah kebangsaan sungai bakap bagi
tahun 2019.

Johan keseluruhan dimenangi oleh pasukan rumah


………….

12.00 Hadirin sekalian, dengan ini sempurnalah kejohanan sukan


TENGAHARI tahunan 2019 Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap.

Penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang


terlibat dalam menjayakan kejohanan sukan tahunan
sekolah 2019 ini.

Syabas diucapkan kepada pasukan rumah ……………yang


berjaya menjadi johan keseluruhan dan tahniah kepada
semua pasukan yang mengambil bahagian.

Anda mungkin juga menyukai