Anda di halaman 1dari 12

FALSAFAH

DAN
LOGIKA MELAYU
(JXEA 1104)

NAMA :WAN FAEZAH BINTI WAN DIN

NO.MATRIK :JEA080155

TUGASAN :TUGASAN 1(HIKAYAT SERI


KELANTAN)
HIKAYAT SERI KELANTAN
Maka sekalian inang dayang pengasuh itu takut mendengar sabda Sultan Abdullah lalu

inang pengasuh yang ramai-ramai duduk mesyuarat sekalian.Maka kata seorang yang

ramai itu, “Adakah tiada Encik Siti itu masa ia tinggal itu beri satu/kesaktian kepada

Tuan Puteri Sa’dung itu kerana Tuan Puteri Sa’dung itu anak angkat Encik Siti?”

Maka tiadalah siapa-siapa tahu seorang pun melainkan inang yang busu seorang

menyahut ,katanya, “Ada juga aku dengar masa Tuan Puteri Sa’dung duduk bercekap-

cekap dengan aku berpesan demikian bunyinya;jikalau aku mati berdarah,kamu ambillah

satu jembul di dalam sanggulku ini;maka dalam jembul itu berisi air mawar pemberian

daripada Encik Siti.Maka Encik Siti dapat daripada Tuan Puteri Maning Berembung.”

Maka tatkala itu mendengarlah sekaliannya seperti kata inang yang busu itu,maka

sekalian itu pun masuk pergi dekat mayat Tuan Puteri Sa’dung yang duduk tudung

itu,lalu dibuka kain tudung mayat Tuan Puteri Sa’dung itu.Maka sekalian itu pun

hairanlah akan dirinya melihat mayat itu rupanya seperti orang tidur jendera.Maka

tatkala itu inang yang busu itu pun rombak sanggul Tuan Puteri Sa’dung itu lalu diambil

jembul yang di dalam sanggul itu seperti pesanan tuan puteri itu kepadanya betullah.

(1)
Maka inang yang busu pun berkatalah kepada inang yang ramai-ramai itu ,

“sebagaimana kita hendak buat air mawar yang dalam jembul ini kerana aku tiada

pandai.”

Lalu dijawab oleh inang yang tua itu, “aku dengar khabar cetera daripada orang tua-

tua dahulu kala,air mawar itu disapukan kepada tubuh orang yang mati dan mata luka

itu,nescaya mata luka itu pun sembuh dan yang mati itu pun hidup balik dan anggota

yang bercerai itu pun boleh bertangkup balik.”

Maka tatkala itu inang yang busu mendengar kata inang yang tua itu lalu ia pun ambil

kepada Tuan Puteri Sa’dung/yang sudah bercerai itu pergi bertangkup balik dengan badan

tuan Puteri Sa’dung itu.kemudian diambil satu piring emas dicurahkan air mawar itu ke

dalam piring itu.Kemudian diambil kapas ,dicelupkan ke dalam air mawar itu lalu

dicomor kepada leher Tuan Puteri Sa’dung itu,tempat mata lukanya ,dan dicomorkan

kepada tubuh badan sekaliannya itu.Setelah sudah dicomor itu,lalu diambil kain kuning

ditudung kepada Tuan Puteri Sa’dung itu.

Kemudian lepas tudung itu lalu Tuan Puteri Sa’dung pun bergerak-gerak lalu

bersin;kemudian maka hiduplah seperti sedia kalanya,serta bangunlah Tuan Puteri

Sa’dung serta minta beri kepadanya air daripada inang yang busu itu,hendak buat basuh

mukanya,serta bersabda kepada sekalian dayang-dayang dan inang dan pengasuh yang

ramai-ramai itu, “Ke manakah pergi Kakanda Sultan Abdullah itu?”Maka sembah inang

sekalian,kakanda Tuanku Sultan Abdullah itu duduk bersuka-sukaan di dalam anjung

(2)
istana dengan isterinya.Maka sudah tujuh hari tiada keluar ke balai penghadapan.Maka

dibalai penghadapan pun sunyi senyaplah.Lalu tuan puteri pun diam tidak bersabda apa-

apa lagi.

(3)
Pengenalan
Hikayat Seri Kelantan adalah karya klasik yang saya pilih untuk tugasan subjek

Falsafah Dan Logika Melayu(JXEA1104).Saya memilih hikayat ini kerana ia bertepatan

dengan tajuk tugasan yang diberikan iaitu menghuraikan karya-karya klasik dalam

bentuk aliran falsafah .Sebelum membincangkan petikan yang saya pilih untuk tugasan

ini secara lebih terperincisaya akan menerangkan terlebih dahulu serba sedikit tentang

synopsis dan jalan cerita hikayat ini.

Hikayat Seri Kelantan merupakan salah sebuah karya klasik yang memenuhi cirri

karya-karya klasik yang ilmiah.Hikayat ini mengisahkan sejarah pertuturan raja-raja

Kelantan ,bermula dengan kisah Encik Siti Wan Kembang yang memerintah negeri

Kelantan Purba yang dikenali juga dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga

Cerangtegayung.Beliau dipercayai lahir daripada buluh betung.Selepas kisah Cik

Siti,Hikayat Seri Kelantan menceritakan pula tentang Tuan Puteri Sa’dong iaitu kisah

Tuan Puteri Sa’dong sebagai anak raja Jembal,diambil oleh Cik Siti sebagai anak angkat

dan dikahwini pula oleh Raja Abdullah dari Jembal.Kisah legenda Puteri Sa’dong ini juga

menceritakan Puteri Sa’dong yang membunuh suaminya kerana dianggap tidak

setia.Puteri Sa’dong turun takhta dan menyerahkan pemerintahan negeri kepada adik

iparnya yang bernama Raja Ibrahim.Selepas itu,pemerintahan Kelantan mula

bergolak.Rajanya silih berganti sehigga berlaku beberapa peperangan saudara yang turut

melibatkan negara jiran iaitu Siam dan Terengganu.

(4)
Walupun pada keseluruhannya naskhah Hikayat Seri Kelantan ini menggunakan

Bahasa Melayu,tetapi terdapat pada beberapa tempat sifat-sifat yang menunjukkan

pengaruh dialek kelantan.Dari segi perkataan yang digunakan misalnya,pengaruh dialek

ini merupakan pengruh pengucapan lisan dan ini dapat diperhatikan daripada ejaan

sesetengah perkataan,yang menyimpang daripada ejaan bahasa Melayu standard.Di

samping perkataan –perkataan ,terdapat juga beberapa ungkapan atau kosa kata yang

menunjukkan pengaruh kebiasaan dialek Kelantan.

(5)
Jika dikaji secara ilmu falsafah,cerita tentang Puteri Sa’dong yang boleh dihidupkan

kembali hanya dengan cara dititiskan air mawar adalah tidak logik sama sekali.Ini kerana

ilmu falsafah ialah ilmu yang mengkaji dan meneliti objek yang abstrak dan logikal yang

merupakan hakikat benda-benda dan kejadian di dalam alam semesta ini yang dilihat dan

dihuraikan secara holistik atau menyeluruh berdasarkan paradigma berfikir logika dengan

kaedah renungan ,pentaakulan,dan hujahan yang logikal dan rasional dengan nilai

kebenarannya diukur berasaskan akal yang rasional.

Cerita-cerita seperti ini dipercayai timbul kerana pandangan sarwa orang Melayu pada

zaman dahulu adalah lebih berlandaskan animisme,iaitu fahaman yang berlandaskan

kepercayaan akan kuasa-kuasa di alam.Ini berlaku kerana masyarakat pada zaman itu

masih lagi dipengaruhi oleh agama dan kebudayaan Hindu-Buddha yang lebih bersifat

dewa-dewi,alam kayangan,kuasa ghaib dan sebagainya.

Jika dilihat dari perspektif atau falsafah Islam cerita-cerita seperti ini dianggap tahyul

kerana menurut Al-Quran sendiri setiap yang hidup pasti akan mati dan manusia juga

tidak mempunyai kuasa untuk menghidupkan kembali orang yang telah meniggal

dunia.Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas(1978:41 42)konsep pengislaman

adalah sebagai pembebasan manusia daripada kekangan tahyul,dongeng,animisme,tradisi

budaya pribumi dan sekularisme terhadap akal dan bahasanya.Oleh itu,segala kegiatan

saintifik falsafah terlaksana dalam lingkungan suasana latar yang berasaskan pandangan

hidup tersebut.

(6)
Falsafah Islam sendiri menekankan mana-mana kegiatan falsafah yang tidak

berasaskan skema konsep saintifik Islam tidak dapat diterima sebagai hasil falsafah

Islam.Antara skema konsep saintifik Islam yang penting termasuklah konsep

ilmu,kebenaran,sains,penyataan saintifik,teori,dan kaedah.Sejajar dengan kenyataan

bahawa pandangan hidup Islam melatari falsafah Islam,Prof.Syed Hossein Nasr(1989)

menegaskan ciri falsafah Islam sebagai suatu ilmu tabii yang merujuk serta berdasar

kepada tauhid sebagai doktrin induknya.Ini jelas bertentangan dengan kisah Puteri

Sa’dong yang dapat hidup kembali dan dapat dilihat menyimpang dari akidah.

Falsafah yang berlandaskan skeptisisme atau kesangsian yang menjadi kegiatan ego

diri manusia untuk melampaui ilmu Tuhan dengan sendirinya tidak dapat diterima

sebagai falsafah Islam.Agama Islam meletakkan akal sebagai asas akidah dan

pertanggungjawaban manusia.Oleh itu jika dinilai secara akal logik cerita ini adalah tidak

masuk akal dan tidak logik.Mengabaikan penggunaan akal dianggap sebagai satu

kesalahan atau satu dosa.Hal ini ditegaskan dalam Al-Quran surah al-Mulk,ayat 10-

11.Jelas bahawa al-Quran menyeru manusia supaya menggunakan akal fikiran dan hal ini

akan dihisab kelak,sesuai dengan penegasan al-Quran dalam surah Al-Isra’,ayat 36.

Secara tegas Islam menolak taklid secara melulu dan sebaliknya mewajibkan

penggunaan akal fikiran dalam segala hal yang bersangkutan dengan akidah dan syariah

Rasulullah S.A.W,menurut riwayat al-Tarmizi bersabda “Jangan kamu menjadi pengikut

buta.”Dalam konteks inilah Taha Jabir al-Alwani (1993)mengaskan ijtihad sebagai

keperluan mutlak dalam memastikan kelangsungan hidup syiar Islam.Di samping itu

Islam menolak segala bentuk khurafat,sihir,tilik menilik dan segala perbuatan yang tidak

(7)
bersandar kepada akal yang terpimpin yang jelas terdapat dalam cerita Puteri Sa’dong

yang terdapat dalam Hikayat Seri Kelantan.

Dalam konteks perkembangan falsafah sebagai suatu disiplin ilmu,al-Quran menyeru

manusia menyelidik sekalian yang ada di langit dan di bumi serta yang ada pada diri

manusia sendiri untuk mengenal hakikat kebenaran.Salah satu ayat al-Quran yang

berkaitan dengan hal ini terdapat dalam Surah Fussilat ayat 53.Jika kita pertalikan

persoalan pokok yang digarap oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman awal,iaitu yang lebih

focus kepada hakikat alam dan hakikat diri,jelas bahawa Islam memang menganjurkan

penelitian yang sedemikian.Jelas bahawa cakupan falsafah Islam tidak terkeluar daripada

perkara-perkara dasar yang berkaitan dengan akidah.

Cerita seperti ini perlu mempunyai laporan yang sah namun tidak ada bukti yang sah

menunjukkan perkara ini benar-benar terjadi.Laporan yang benar perlu kepada autoriti

yang sah(valid)dan absah(legitimate) yang melibatkan dua jenis laporan:1.laporan

melalui perkhabaran daripada autoriti yang sah iaitu dibenar dan disahkan oleh majoriti

manusia melalui tahap-tahap yang berurutan dan bersambungan yang mana akal tidak

dapat menerima bahawa kesemua manusia itu telah bersetuju untuk mengemukakan

sesuatu yang tidak benar secara beramai-ramai.2.laporan yang benar daripada autoriti

yang absah dari segi agama yang kebenarannya adalah secara semestinya dan mutlak dan

berpunca daripada Allah.

(8)
Lain pula jika dilihat dari segi epistimologi Melayu yang bermaksud satu bidang kajian

tentang kaedah mentakrif ilmu pengetahuan yang dipegang oleh masyarakat

Melayu.Ada dua pendekatan dalam penubuhan epistimologi Melayu.Pertama pendekatan

etnografi iaitu menganalisis dan menubuhkan konsep ilmu pengetahuan yang ditanggapi

dan dipegang oleh orang Melayu seperti yang terkandung dalam khazanah kesusasteraan

bertulis dan lisan,prosa dan puisi,mantera dan sebagainya.Dalam kajian demikian usaha

penilaian dan pengesahan tidak terlibat;iaitu ciri-ciri kebenaran,kepalsuan,kesahihan dan

keabsahan tidak dipenting dan diutamakan.Apa yang dipentingkan ialah

penganalisisan,penubuhan dan penghuraian konsep ilmu pengetahuan masyarakat Melayu

seprti yang dijelmakan oleh bentuk-bentuk pengucapan dan pengungkapan Melayu itu.

Usaha mencari ilmu yang benar amat penting kepada manusia kerana ada pertalian

secara langsung dengan pengenalan tentang dirinya dalam alam persekitarannya,dan juga

pengenalan tentang nasib masa hadapannya iaitu destinasi yang muktamad dan

kekal.Ilmu yang benar seperti yang ditakrifkan oleh Syed Naquib Al-Attas ialah

kebolehan mengenali,mengecami dan memahami tempat yang benar dan wajar bagi

letaknya sesuatu itu di dalam ketertiban penciptaan dan kelakuan yang dengan itu akan

membawa kepada kebolehan mengenali,mengecami,dan mengesahkan tempat yang

benardan wajar bagi Tuhan dalam ketertiban wujud dan kewujudan.

(9)
KESIMPULAN
Untuk mengkaji sesuatu hikayat ia bergantung kepada diri seseorang.Taraf dan

hierarki seseorang manusia dengan makna yang setepat-tepatnya bergantung kepada ilmu

ma’rifat dan keyakinan dan keyakinan pula ada pentarafannya iaitu bermula dengan

keyakinan berdasarkan ilmu pengetahuan kemudian kepada keyakinan berdasarkan mata

hati dan akhirnya keyakinan berdasarkan pengecapan anggota hati dan seluruh anggota

diri manusia.

Kajian seperti ini juga turut bergantung kepada penerimaan orang ramai pada sesuatu

masa.Pergantungan kepada penerimaan ramai ini telah melahirkan aliran berfikir yang

menganggap bahawasanya masyarakat bukannya seseorang individu atau sesuatu badan

tertentu yang menjadi tunggak autoriti yang menentukan kebenaran.Ia juga menganggap

segala instuisi social dalam masyarakat sebagai “akal kolektif” masyarakat yang semata-

mata dan boleh diubah dan disesuaikan mengikut perubahan dan kehendak masyarakat

melalui peredaran masa tanpa dibimbing oleh nilai yang mutlak dan muktamad.

Harapan saya semoga pada masa akan datang ada usaha untuk meneliti teks ini dengan

lebih mendalam dan menyeluruh.Mohd Taib Osman bahagian yang mengandungi kisah-

kisah yang mengandungi unsur-unsur ajaib seperti Puteri Sa’dong yang dapat dihidupkan

kembali sebagai “folkloristic”.Daripada apa yang telah saya tulis saya membuat

kesimpulan bahawa cerita seperti petikan yang saya pilih daripada Hikayat Seri Kelantan

ini adalah cerita yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

(10)
BIBLIOGRAFI

1 .Awang Sariyan –Falsafah dan Logika Melayu,Jabatan Bahasa Melayu Akademi

Pengajian Melayu Universiti Malaya(2007).

2 .Hashim Bin Haji Musa,Ph.D-Falsafah,Logik,Teori Nilai Dan Etika Melayu,

Akademi Pengajian Melayu (2001).

3 .Http://indrayogi.multiply.com/photos/album/ 5/Tokoh-Tokoh Islam

4 .Mohd Taib Osman,Hikayat Seri Kelantan(halaman 13-15)-Dewan Bahasa Dan

Pustaka Kuala Lumpur(2004).

(11)

Anda mungkin juga menyukai