Anda di halaman 1dari 4

Perkampungan sunnah

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaratuh


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang
Jutaan terima kasih diucapkan kepada nahkoda pemimpin bahtera majlis kerana sudi untuk
menjemput saya, barisan warga pendidik budiman, seterusnya generasi pendukng wacana
wawasan Negara.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Berdirinya saya pada hari ini adalah untuk berkongsi maklumat dengan tuan puan semua
mengenai akan satu program yang dianjurkan secara terbuka oleh kerajaan Negeri Perlis kepada
orang ramai. Sebelum itu, izinkan saya untuk bercerita serba sedikit mengenai Negeri Perlis.
Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di Utara Semenanjung Malaysia
dan bersempadan dengan Negara Thailand. Ibu negeri Perlis merupakan Kangar. Perlis
merupakan negeri yang terkenal dengan tanaman harumanis, yang juga merupakan satu-satunya
negeri yang sesuai untuk penanaman ini. Ramai yang datang mengunjungi Perlis apabila tibanya
musim ini. Perlis juga merupakan negeri pertama yang menganjurkan program Perkampungan
Sunnah ini. Program Perkampungan Sunnah ini, dianjurkan oleh Jabatan Mufti Perlis dengan
kerjasama Majlis Agama Islam Perlis dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs).
Sidang warga hadirin yang dirahmati Allah,
Ini adalah program yang setiap tahun diadakan sejak beberapa tahun yang lalu. Program ini
merupakan program yang percuma. Tidak memerlukan apa-apa pembayaran untuk mendaftar.
Terbaru pada Februari yang lepas, Mufti Negeri Perlis iatu SS Prof Madya Dato, Perkasa Dr
Mohd Asri Zainul Abidin atau dikenali dengan Dr. MAZA telah mengumumkan mengenai
program Perkampungan Sunnah 2018 yang akan diadakan di Masjid Alwi, Kangar Perlis pada
tarikh 11-13 Mei 2018. Program Perkampungan Sunnah tahun 2018 ini, adalah yang ke-5 pernah
diadakan di Perlis. Program pada kali ini bertemakan, Penyucian Jiwa menurut al-Quran dan As-
Sunnah.
Sidang hadirin yang santun budi,
Menurut sumber keratan akhbar Sinar Harian tahun 2017, urusetia program berkenaan, Nafizah
Abdul Halim berkata, program perkampungan berkonsepkan santai itu berjaya menggamit
pengunjung tempatan dan pengunjung dari negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan
Thailand. Mereka datang dari jauh semata-mata untuk melihat sendiri Perkampungan Sunnah ini.
Oleh itu, molek sekiranya kita yang berdekatan ini juga turut hadir bagi lebih menghidupkan
suasana bermanfaat ini. Menurut beliau lagi, dalam masa yang sama program ini dapat membuka
minda pengunjung luar untuk mengetahui lebih dekat kedudukn manhaj Ahlul Sunnah Wal
Jamaah di negeri ini.
Menerut sumber tersebut lagi, sebelum ini Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
berkata Perkampungan Sunnah yang dianjurkan jabatan itu bakal menjadi medan mengubah
pandangan serong masyarakat luar terhadap fahaman Islam di negeri ini. Menurutnya, dengan
slogan “Sunnah Pengukuh Ukhwah” program ini diharapkan dapat mengubah pandangan serong
pegangan Ahlul Sunah Wal Jamaah yang diamalkan.
Sidang hadirin yang budiman,
Penceramah yang dijemput juga kebanyakan yang dikenali ramai, seperti Dr MAZA (Tuan
rumah), Dr. Rozaimi, Dr. Ismail Lutfi, PU Hafiz, Ustaz Abdullah Bukhari, Syeikh Hussein Yee,
Dr Kamilin Jamilin, Prof Madya Dr Basri Ibrahim, Dr. Fathul Bari, Ustaz Zahiruddin Zabidi,
Ustaz Ahmad Hasyimi, Ustaz Sofwan Badrie, Dr. JOhari Mat, Dr. Azrul Azlan dan ramai lagi.
Program Perkampungan Sunnah ini diadakan selama 3 hari. Dari pagi selepas Subuh sehingga
selepas Isyak, ada sahaja majlis Ilmu yang diadakan secara berjadual. Kuiah diadakan di dalam
masjid, namun di luar masjid turut diletakkan TV dan skrin besar bagi yang mahu mendengar
dari luar masjid. Hanya sesi forum pada waktu malam sahaja yang diadakan di luar masjid.
Topik-topik yang dibincangkan adalah yang sememangnya bersesuaian. Menurut sumber keratan
akhbar Sinar Harian, menyatakan bahawa sewaktu program ini julung kalinya diadakan iatu pada
tahun 2015, ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan iatu seramai 10 000 yang hadir
membanjiri perkarangan Masjid Alwi.
Bersempena dengan tempat program ini diadakan, atau dengan lebih jelasnya iatu Masjid Alwi,
suka untuk saya menceritakan mengenai keistemewaan masjid ini. Masjid ini nampaknya
sangat menarik. Mana taknya, ia dibina pada tahun 1932 dan merupakan sebuah masjid yang
telah lama terbina di negeri Perlis ini sebelum kemerdekaan Malaysia. Masjid Alwi ini telah
dibina dan dirasmikan pada 10 Februari 1932. Ia dirasmikan oleh DYMM Tuanku Syed Alwi ibn
Syed Saffi, Raja Negeri Perlis. Baginda Syed Alwi telah ditabalkan menjadi Raja Perlis dan
upacara pertabalan baginda telah dilaksanakan di hadapan Raja Chulalongkorn dengan penuh
adat istiadat Kerajaan Siam.
Warga hadirin sekalian,
Memandangkan program ini diadakan selama tiga hari, anda tidak perlu risau memikirkan
mengenai tempat penginapan kerana, pihak penganjur telah menyediakan tempat penginapan
buat para jemaah yang hadir dengan membenarkan untuk bermalam di dalam masjid bagi lebih
merasai suasana, bersesuaian dengan nama program , “Perkampungan Sunnah” . Namun bagi
mereka yang ingin menginap di luar, adalah tidak mengapa. Terdapat pengusaha-pengusaha
homestay dan hotel di sekitarnya. Hotel yang terkenal di Perlis adalah Putra Regency Hotel yang
juga merupakan tidak jauh, hanya beberapa masa beberapa minit perjalanan dalam jaraknya.
Makanan dan minuman juga disediakan. Namun boleh juga membeli di tapak jualan brdekatan.
Di sana ada juga yang menjual buku-buku agama, menjual pakaian, pakej umrah, penapis air dan
sebagainya. Pengunjung bukan sahaja mendengar ceramah atau kuliah yang disediakan, malah
mereka berpeluang mentelaah buku-buku di gerai pameran dan mengenali pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) yang bersedia memberi penerangan kepada orang ramai mengenai tawaran dan
aktiviti (NGO) terbabit.
Sidang pendengar yang setia,
Di penghujung kalam, ingin saya kongsikan apa istemewanya program ini. Terdapat beberapa
keunikan Perkampungan Sunnah ini, antaranya, program seumpama ini merupakan julung kali
diadakan di Malaysia. Seterusnya, ia juga bersempena dengan Hari Keputeraan Raja Perlis.
Selain itu, program ini diadakan di masjid Alwi yang merupakan masjid warisan Negeri Perlis,
dan pastinya tiap tahun mempunyai tema yang berbeza.
Sekian sahaja dari saya, sebelum mengundur diri, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf
sekiranya ada terkasar bahasa terguris hati.
Sekian terima kasih.
Rujukan
http://www.pls.icu.gov.my/index.php/sumber-data/keratan-akhbar/225-perkampungan-sunnah-siri-ke-
4-2017.html

http://www.fadhilk.com/bercuti-ke-perlis-perkampungan-sunnah-2018/

Anda mungkin juga menyukai