Anda di halaman 1dari 2

Bismilahirahmannirahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majllis, barisan panel hakim yang sentiasa
berasimilasi dengan kebenaran, saudara penjaga masa yang cakna dengan randiknya, warga
pendidik yang bermisi, seterusnya warga intelektual penerus wawasan Negara.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam perjuangan di bumi Tuhan.

Akhlak mulia keluarga bahagia, demikianlah bingkisan wacana saya pada pagi ini.

Hadirin yang bervisi,

Menyusuri konsep akhlak mulia keluarga bahagia mempunyai kolerasi tersendiri. Ramai
percaya bahawa akhlak mulia adalah kuasa kebahagiaan keluarga, masyarakat dan Negara.
Justeru, hadirin sekalian, saya ingin mengajak anda menghayati tiga fokus bicara intipati
wacana saya pada hari ini. Pertama senario semasa institusi keluarga hari ini. Kedua, cabaran
yang dihadapi oleh institusi keluarga, dan ketiga, langkah memujudkan keluarga bahagia
melalui pembentukan akhlak mulia.

Putera-puteri anak pertiwi,

Masih segar di ingatan, kita disentak dengan peristiwa duka si bapa menikam mati si isteri
meninggalkan anak-anak yang masih kecil, isteri tua menyimbah asid kepada suami tersayang
kerana isu berpoligami, si anak pula membunuh ibu kandung angkara dadah yang menghantui
diri. Statistik kes sumbang mahram, harapkan pagar, pagar makan padi yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga menunjukkan ada peningkatan kes setiap
tahun iatu 2503 kes pada tahun 2010 kepada 2952 kes pada tahun 2011. Senario realiti
masyarakat Malaysia sebegini amat menakutkan kita kerana seolah-seolah masyarakat kita
kehilangan rentak memacu bahtera keluarga. Anak-anak muda di bangku persekolahan sudah
mempraktikkan gejala sumbang yang ditonton melalui kemajuan teknologi. Persoalannya,
mampukah kita membentuk akhlak mulia dalam kalangan masyarakat kita dan seterusnya
melahirkan keluarga yang bahagia dalam situasi sebegini.

Warga dewan budiman,

Cabaran dalam membentuk keluarga bahagia. Kehidupan moden hari ini bukan sahaja
menuntut manusia untuk bekerja keras bagi menanpung kehidupan, namun manusia mula
melupakan asas pembinaan keluarga menurut lunas dan akhlak yang mulia. Pembentukan
keluarga nucleus tidak lagi menjadi keutamaan dalam era kemodenan ini. Para ibu bapa
begitu sibuk bekerja sehingga anak-anak dibiarkan membesar tanpa ada pengawasan. Statistic
kes lari dari rumah yang dikeluarkan oleh PDRM Bukit Aman menunjukkan 87 peratus kes
lari rumah kerana kelalaian ibu bapa. Pakej keluarga bahagia berteraskan yang mudah
disayangi, yang tua dihormati, Konsep Rumah Syurgaku tidak lagi menjadi ikutan bahkan
dipandang sepi dalam masyarakat. Sungguh sedih melihat kehancuran akhlak dalam kalangan
remaja. Imam Ghazali penah berkata, untuk melihat kemajuan sesuatu bangsa, lihatlah
remajanyaa hari ini. Namun, saying seribu kali saying, kes-kes moral terus meningkat saban
tahun dan dilihat tiada kesudahannya.

Hadirin yang dikasihi,

Pepatah Melayu ada mengatakan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Peranan dan
tanggungjawab membentuk masyarakat berkualiti diperkasakan melalui pelbagai medium di
peringkat akar umbi. Agensi-agensi yang prihatin menyahut pelan strategic kerajaan
mengajak masyarakat mengubah paradigm. Kursus pra perkahwinan diwajibkan kepada
pasangan yang seia sekata mengikat janji agar memperoleh kemahiran keibubapaan yang
secukupnya. Amalan Budi Bahasa Budaya Kita, disemarakkan agar jutaan rakyat Malaysia
bersama-sama menghayati konsep jati diri dan membetulkan organisasi lantas menanam dan
mengkambus jauh telunjuk lurus kelingkit berkait. Didikan agama dan kerohanian
disemaisuburkan dalam diri setiap ahli keluarga dengan akhlak-akhlak mulia dan mahmudah
agar sikap saying menyanyangi dalam keluarga dan masyarakat tidak bertepi. Sudah tentulah
puncak kasih akan berpanjangan. Jelas menunjukkan usaha-usaha telah dilakukan bagi
membentuk akhlak mulia dan akhirnya membentuk keluarga bahagia.

Anak-anak bangsaku,

Saya dapat menyimpulkan bahawa bangsa Malaysia mempunyai kekuatan dan kelebihan yang
tersendiri. Nilai-nilai tradisi dan akhlak masih utuh mendasari prinsip keluarga bahagia.
Ayuhlah anak-anak bangsaku, kita kekalkan warisan gemilang selagi hayat dikandung badan.
Marilah kita lakarkan potret kegemilangan Malaysia pada masa hadapan. Sekian salam
keluarga bahagia. Wabillah hitaufiq walhidayah wasalamualaikumm WBT.

Anda mungkin juga menyukai