Anda di halaman 1dari 23

Zikir Dan Wirid Solat Fardhu

Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta
istigfar.

Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa.

Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi
Muhammad SAW.

Mulakan wirid dengan istighfar


Untuk mendapat ganjaran yang lebih, marilah kita amalkan setiap kali selesai menunaikan solat fardhu dengan
ucapan istigfar di bawah sebanyak tiga (3) kali:

 Astagfirullah hal azim allazi laa ila ha illa huwal hayyul qoyyum wa atu bu ilaih. 

Maksudnya:
Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup,
berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.

2.Seterusnya wirid disambung dengan ucapan berikut sebanyak 3 atau 10 kali:

 Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa ‘a laa kulli
syai’in qadirr 

Maksudnya: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya.
BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang
Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.

1
3.Disambung lagi dengan ucapan berikut sebanyak 3 atau 7 kali:

 Allahumma ajirna minannarr 

Maksudnya: Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab neraka

4.Seterusnya wirid disambung dengan ucapan:

 Allahumma antassalam, wamin kassalam, Wa Ilayka ya ‘udussalam, fahayyina rabbana bissalam, Wa adkhilnal
Jannata daa rassalam, tabarakta rabbana wata ‘aalaita ya zal jala li wal ikram 

Maksudnya:

Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripadaMu keselamatan, kepadaMu kembali keselamatan. Maka
hidupkanlah kami wahai Tuhan, dalam keselamatan. Masukkan kami ke syurga, negara keselamatan. Maka
sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

5.Seterusnya wirid disambung dengan bacaan Al-Fatihah

2
 

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka


na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim
wa laḍ-ḍāllīn 

Maksudnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan
yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai
pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada
Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang
Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan
bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

6.Seterusnya disambung wirid dengan bacaan Al-Baqarah ayat 163:

 Wa ila hukum ilaahum’ wahidullaa ila ha illa huwarrahmanurrahim 

Maksudnya:

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang
Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

7.Seterusnya wirid disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 255:

3
 Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati
wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa
khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi,
walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim. 

Maksudnya:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya
mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di
langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan
dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,
sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki
(memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan
tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi
(darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

.Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 285:

4
 Aamanar-rasulu bimaa unzila ‘ilaihi min robbih wal mu’minun kullun Aamana billahi wa mala ikatihi
wakutubihi wa rusulih Laa nufarriqu baina ahadim-mirr-rusulih, wa qolu sami’na wa atoghna ghufronaka
rabbana wa ilaikal masirr 

Maksudnya:

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang
beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-
rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”.
Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan
kepadaMu jualah tempat kembali”.

.Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 286:

5
 Laa yukallifulla-hu nafsan illa wus ‘aha laha ma kasabat wa ‘alaiha maktasabat robbana laa tuahizznaa inn na
sina au akhto’ na rabbana wala tahmil ‘alainaa isran kama hamaltahu, ‘alallazi na min qoblina rabbana wala
tuhammilna maa laa thoqota lanabih waghfu ‘anna waghfirlana warhamna anta maulana fansurna ‘alal qaumil
kaafirin 

Maksudnya:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang
diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan
berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah
Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau
pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta
ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami
untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”

10.

Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 18:

6
 Syahidallahu innahu, laa ilaha illa huwa wal malaa ikatu wa ulul ‘ilmi qaa imam bilqist. Laa ilaha illa huwal
a’zii zul hakim 

Maksudnya:

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan
malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

11.Seterusnya wirid disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 19:

 ‘Innaddin na ‘indallah hil islam 

Maksudnya:

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. 

12
.Seterusnya wirid disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 26:

7
 Qulillaahumma maalikal mulki, tu’til mulka man tasyaa’u, watanzi’u mulka mimman tasyaa’u, watu ‘izzu man
tasyaa’u, watudzillu man tasyaa’u, biyadikal khoyru innaka ‘alaa kulii syai’in qodiirun 

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang
memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa
pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau
kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah
sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

13.Seterusnya wirid disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 27:

 Tuwlijul layla finnahaari, watuwlijunnahaaro fil layli, wa tukhrijul hayya minal mayyiti, watukhrijul mayyita
minal hayyi, watarzuqu man tasyaa’u bighoyri hisaabin 

8
Maksudnya:

“Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang
memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari
benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah
yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”.

14.Selepas itu bacalah surah Al-Ikhlas:

 Qul huwallahu ahad. Allahus-samad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad 

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan
sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak
ada sesiapapun yang serupa denganNya.

5.Disambung dengan bacaan surah Al-Falaq:

9
 Qul A’uzu birabbil-falaq. Min syarri maa khalaq. Wa min syarri ghasiqin izaa waqab. Wa min syarrin-naffasati
fil-uqad. Wa min syarri haasidin izaa hasad. 

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian
makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan
dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan
dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.

16

.Disambung lagi dengan surah An-Nas:

10
 Qul a’uzu birabbin-nas. Malikin-nas. Ilahin-nas. Min syarril-waswasil-khannas. Allazii yuwaswisu fi sudurin-
nas. Minal jinnati wan-nas. 

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang
Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik
penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu
pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”

7.Diikuti bacaan Al-Fatihah sekali lagi:

11
 B ismillā
hi r-
ra ḥmānir
- raḥīm.
Al-
ḥa mdu
lillāhi
rabbil-
‘ā lamīn.
Ar-
ra ḥmānir
- raḥīm.
M āliki

yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim,


ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn 

Maksudnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan
yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai
pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada
Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang
Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan
bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

18.Kemudian mulakan tasbih dengan ucapan:

 Ilahirabbi subhanallah 

Maksudnya: Tuhanku, penjagaku Maha Suci Allah

19.Mulakan tasbih dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:

12
 Subhaanallah 

Maksudnya: Maha Suci Allah

20.Apabila genap bilangan tasbih, sambung wirid dengan bacaan berikut:

 Subhaanallahi wabihamdihi da ‘iman qo’imann abada 

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya

21.Mulakan tahmid dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:

 Alhamdulillah (33x) 

Maksudnya: Segala puji bagi Allah

22.Apabila genap bilangan tahmid, sambung wirid dengan bacaan


berikut:

 Alhamdulillahi rabbil a’lamin ‘a laa kulli haalin’ wafi kulli haalin’ wanikmatin 

Maksudnya:

13
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ke atas setiap
keadaan dan dalam setiap keadaan dan nikmat.

23.Mulakan takbir dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:

 Allahuakbarr (33X) 

Maksudnya: Allah Maha Besar

24.Apabila genap bilangan takbir, sambung wirid dengan bacaan berikut:

 Allahu akbar kabiraw wal hamdulillahi kasiro wa subhanallahi bukrotaw wa ashila, Laa ilaha illallahu wahdahu
laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu wahuwa ‘alaa kulli syai-in qodir wa ilaihil masirr,
wa laa haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim, astagfirullahal ‘aziim. 

Maksudnya:

14
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala
pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan
kepada Allah jualah tempat kembali. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah
Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah.

DOA SELEPAS SOLAT

15
1. Doa Pertama

Bacaan Rumi:

16
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin
ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.
Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana
zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,
Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh
qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.
Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina
muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.

Maksud doa:
“Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas
keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.”
“Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke
dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa
kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih
kecil.”
“Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan
kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau
kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.”
“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami
daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh
alam.”

17
2. Doa
Kedua
Maksud Doa:
“Dengan nama
Allah, yang Maha
Pemurah dan Maha
Penyayang. Segala
puji bagi Allah,
Tuhan sekalian
alam. Selawat dan
salam atas semulia-
mulia para nabi dan
rasul, junjungan
kami Muhammad
dan ats keluarga dan
sahabat Baginda
seluruhnya.”
“Ya Allah, ya
Tuhan kami!
Terimalah solat dan
doa kami.
Sesungguhnya
Engkau Maha
Mendengar dan
Maha Mengetahui.
Berilah keampunan
kepada kami,
sesungguhnya
Engkau Maha
Pengampun lagi
Maha Penyayang.”
“Ya Allah,
jadikanlah agama
kami agama Nabi
Muhammad.
Keislaman kami,
Islam yang sebenar-
benarnya. Keimanan
kami, iman yang
sempurna. Solat
kami, solat yang
khusyuk. Amal
kami, amal yang
soleh. Niat kami,
niat yang ikhlas.
Jadikanlah dosa-
dosa kami, dosa-
dosa yang terampun.
Jadikanlah hidup
dan kehidupan
kami, hidup dan
kehidupan para
ulama. Mati kami
dengan mati
syahid.”
“Ya Allah,
masukkanlah kami
ke dalam syurga
bersama dengan

18
para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada
seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami
Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan.
Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

3. Doa Ketiga

19
20
Maksud Doa:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas penghulu para rasul dan ikutan orang-orang bertakwa (Nabi Muhammad), serta ke
atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.”
“Ya Allah! Ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, lepaskanlah daripada api neraka dan kemaafan
semasa diadakan perhitungan (hisab). Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah
mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau
adalah Tuhan Maha Pemberi.”
“Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke
dalam syurga bersama-sama iman.”
“Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami. Kasihanilah kedua ibu
bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil.”
“Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur
kami dengan kesudahan yang tidak baik. Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan
juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab api neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke
atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Segala puji
itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh Alam.”

4. Doa Keempat
Doa yang keempat adalah doa ringkas yang anda boleh membaca selepas solat Maghrib.

Bacalah  “Allahumma Ajirnii Minan-nar “ sebanyak 7 kali.


Maksud doa:
“Ya Allah, lindungilah aku daripada api neraka” sebanyak 7 kali. Sesungguhnya apabila engkau
mengucapkannya kemudian engkau mati malam itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka. Dan ucapkan juga
selepas solat subuh. Sesungguhnya jika engkau mengucapkan kemudian engkau mati pada hari itu, engkau pasti
dilindungi daripada neraka.”

5. Doa Kelima
Doa selepas solat kelima iaitu doa yang terakhir juga merupakan doa yang anda boleh membaca selepas
solat Maghrib.

21
Anda boleh membaca “Laa Ilaha Illallahu Wahdahu Laa SyariiKalah, Lahul-Mulku Walahul-Hamdu, Yuhyi
Wayumitu Wahuwa ‘Ala Kulli Syai’in Qodir “ sebanyak 10 kali.
Maksud doa:
Siapa yang membaca, “Tiada tuhan yang patut disembah selain Allah semata yang tiada sekutu bagiNya.
MilikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan, dan
Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu” sebanyak 10 kali selepas Maghrib, pasti Allah akan mengirimkan
sepasukan malaikat bersenjata yang menjaganya daripada syaitan sehingga pagi hari, Allah akan memberikan
10 pahala yang menghantarnya ke syurga, menghapuskan 10 dosa yang mencelakakannya, dan bacaan itu
sama nilainya dengan memerdekakan 10 orang hamba mukmin.

DOA UNTUK KEDUA IBUBAPA

22
Maksudnya: “Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa keDua orang tuaku dan kasihilah mereka
sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.”

23

Anda mungkin juga menyukai