Anda di halaman 1dari 4

Penemuan Saintifik Mengenai Susu Ibu Bukti

Kebenaran Al-Quran
by HASNUL HADI AHMAD   on FEBRUARY 10, 2012

in  FADHILAT & KELEBIHAN , INFO & MAKLUMAT , KELUARGA , KESIHATAN

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya
telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari
awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan
susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua
tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)
Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan
penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi
sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain,
tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi
perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada
pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan
meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan
rahang.
kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang
pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk
mencegah bayi dari mendapat kanser.

“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di
dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.

manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi
dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan
kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.

satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University
Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu
ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang
disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.

Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda.
Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu
menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik
membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini
menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun
berabat yang lalu.

Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:

akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu


mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu
mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti
tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse,
kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:

Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak
perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan
bila-bila masa.
Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang
sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient,
protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.

Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan
dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia
merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang
menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah
menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran
Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi
yang ingin menyempurnakan penyusuan”

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui
ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak

1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal
soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-
maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan
memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama
selsema dan batuk, InsyaAllah.

5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap
perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka
Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU.

Wallahu’alam….

Anda mungkin juga menyukai